Tetamu Kehormat...

October 20, 2011

Teh Candu Dari USM Pula!

Dr Asri Zainal Abidin diminta jangan "menyebuk" dan suka menjaga tepi kain universiti lain. Selesaikan terlebih dahulu "masalah" diri sendiri di USM sebelum cuba menjadi hero kepada orang lain. Saya bukan membenci Dr Asri, tetapi sikap "pilih kasih"nya dalam mengkritik kerajaan dan parti pembangkang sangat berbeza. Menuduh UIA telah mengambil tindakan yang tidak bertamadun dan bersifat mengampu terhadap Aziz Bari merupakan tuduhan yang kotor dan jijik - bahkan secara tidak langsung Asri telah terjerus ke dalam sikap menuduh tanpa bukti! Malah, sebagai seorang ulama tersohor negara, prasangka buruk yang dilontarkan oleh Asri terhadap UIA, sama sekali tidak mencermini keperibadiannya sebagai seorang ahli akdemik. Terdapat komen pembaca blog saya yang mempertikaikan "cara" Asri diizinkan menjadi Fellow Pelawat di Universiti Oxford. Nampaknya Asri perlu "membersihkan" dirinya terlebih dahulu. Baca komen pembaca blog saya yang menamakan dirinya sebagai "Staff USM" di bawah :
"Dr. Asri tulis dlm Malaysiakini tindakan UIA sbg tindakan mengampu.Kenapa Dr. Asri senyap je dlm kes di UNISEL? Yg kedua, tolong sebarkan Dr. Asri sebenarnya tak layak untuk pergi ke Oxford kerana bertentangan peruntukan perbekalan cuti perkhidmatan awam. Bukan cuti penyelidikan, bukan cuti sabatikal dan bukan juga pertukaran perkhidmatan. Bagaimanapun, beliau telah dibenarkan oleh USM untuk ke Oxford selama 10 bulan & bergaji penuh kerana campurtangan oleh bekas VC USM. Prof. Dzulkifli Razak. Pensyarah2 lain yg mendapat tawaran yg sama tidak dibenarkan oleh USM untuk pergi tetapi Dr. Asri dibenarkan kerana 'kabel' besar beliau ikut pintu belakang dgn VC USM dan VIP. Dr. Asri ni sangat hipokrit...dia lagi Pengampu Besar! Ni bukan fitnah..kalau tak percaya siasatlaj sendiri..dia pergi Oxford atas peruntukan cuti apa?"


Staf USM

October 20, 2011 7:42 PM

4 comments:

Anonymous said...

sampai bila nak jadi lembu di tindik hidung ni... tahniah pada aziz bari kerana keberaniannya menyatakan pendapat dan pandangan...kalaulah semua para prof seperti dia barulah dapat menghasilkan universiti yang cemerlang.... nak jadi tnc dimalaysia ni pun kena pro umno...

Anonymous said...

Kalau profesor macam dia camana nak jaid Universiti cemerlang , Profesor kangkung Aziz ni hanya pandai bercerita politik , last-last keje pun x jalan ... Pandangan pun hanya layak jadi barua pembangkang yang hanya memfitnah

Akhirnya jadi barua pembangkang , cuba kalau Profesor ni kritik pembangkang mengenai UNISEL , aku gerenti memang macam beruk makan belacan laa Pakatan Rasuah kritik Aziz .. keberanian menyatakan pandangan??? hahaha

Anonymous said...

anon 11:33,

kalau tak pro Umno sudah tentu pro PR, so apa isunya?

Anonymous said...

KENAPA KITA SUKA BERSANGKA BURUK...TINDAKAN DIAMBIL OLEH UIA TETAPI KENAPA UMNO JUGA YG DIPERSALAHKAN????