Tetamu Kehormat...

October 30, 2011

Tahaluf Siyasi PAS - Jalan Lurus Yang Gelap

GOMBAK - Pas mengamalkan konsep ‘tahaluf siyasi’ menerusi gabungan Pakatan Rakyat (PR) adalah sebagai strategi yang berdasarkan senario semasa untuk mencapai matlamat dan perjuangan parti itu (Nak capai matlamat apa sebenarnya? Negara Islam pun sudah berkubur, Hukum Hudud pun ditentang DAP, apa yang tinggal sebenarnya nie bro?"). Setiausaha Dewan Ulama Pas, Dr Khairudin Aman Razali berkata, tahaluf siyasi yang bermaksud kerjasama sesebuah gerakan Islam dengan gerakan lain yang tidak bermatlamatkan Islam dalam perjuangannya untuk mencapai satu matlamat (Habis mengapa tidak dilakukan sahaja tahaluf siyasi dengan UMNO yang jelas saudara seIslam? Sebenarnya korang nak kuasa itu aje).

“Kerjasama ini boleh terjadi dalam apa jua bidang yang dipersetujui bersama, contohnya untuk menentang kezaliman. Walaupun Pas berlainan ideologi politik dengan parti komponen lain dalam PR, kita masih mempunyai titik persamaan,” katanya. Beliau berkata, Pas tidak akan goyah dengan cabaran dan tohmahan pihak lain yang cuba mengganggu kerjasama parti itu dengan komponen PR yang lain. (Titik persamaan PAS, DAP dan PKR tak banyak - hanya satu aje nak kalahkan BN dan jadi Perdana Menteri itu sahaja - yang lain tiada persamaan. Kalau persamaan tak banyak buat apa PAS buat tahaluf siyasi dengan DAP, buat rugi aje. Kalau sekadar tumbangkan UMNO, tetapi negara Islam dan hukum Hudud tidak boleh dilaksanakan, apakah maknaya semua itu - ini tahaluf syaitaini)

“Tahaluf siyasi mempunyai banyak hikmah, antaranya mampu menyebarkan agama Islam kepada golongan bukan Islam, memperkukuhkan akidah dan dapat mengurangkan musuh,” katanya selepas membentang kertas kerja bertajuk ‘Pas dan Tahaluf Siyasi’ pada Ijtimak Tarbawi anjuran Pemuda Pas. (Menyebarkan Islam ada banyak cara, mengapa ini yang PAS pilih - merapatkan persaudaraan Islam dan menyatupadu umat Islam merupakan jalan utama nabi sewaktu menyebarkan Islam di kota Madinah, mengapa cara ini tidak dipilih? Bila UMNO menghulurkan tangan perpaduan, korang tuduh macam-macam dengan prasangka buruk. Selepas itu, letak syarat yang bukan-bukan - Islam ke cara ini?)

Katanya, bagi menghadapi arus politik perdana, Pas perlu bijak mengambil manfaat daripada setiap ruang dan peluang yang ada. “Ahli Pas perlu bersatu dan mempunyai kekuatan dalam melaksanakan tahaluf siyasi," katanya. Sementara itu, Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan berkata, ijtimak kali ini disertai 6,000 pemuda dari seluruh negara.

“Program pada tahun ini menampilkan kelainan dengan ia dibuka kepada umum untuk menghimpunkan seramai mungkin belia bertujuan melahirkan pemuda memiliki ciri-ciri responsif, optimis dan sensitif di samping merapatkan ukhuwah,” katanya. “Ijtimak Tarbawi adalah kesinambungan Muktamar Pemuda Pas. Kami akan memberikan taklimat pengarahan persiapan pilihan raya secara khusus pada majlis penutup program ini,” katanya.

No comments: