Tetamu Kehormat...

October 7, 2011

Siapa Tiru Siapa?

Oleh DATUK AZIZ JAMALUDIN MHD TAHIR. MINGGU INI ADALAH minggu yang dinanti dengan penuh harapan oleh 28 juta rakyat Malaysia. Perdana Menteri akan mengumumkan pelbagai pendekatan belanjawan bagi mengurangkan beban rakyat, termasuk memperuntukkan lebih banyak wang untuk kesihatan dan pelajaran.

Dua sektor ini, setiap tahun akan memperoleh peruntukan besar, kerana amat penting untuk menjamin lahirnya modal insan yang dapat meneruskan kesinambungan pembangunan negara.

Saban tahun, setiap rakyat sebenarnya menerima subsidi kerajaan sejak sebelum dilahirkan lagi. Sebelum seseorang bayi lahir, kerajaan memperuntukkan pembiayaan ibu-ibu hamil bagi mendapatkan pemeriksaan kesihatan, dan apabila tiba ketikanya bersalin, mereka bersalin di hospital kerajaan dengan bayaran paling minimum.

Setelah seorang kanak-kanak mencapai tahap umur persekolahan, mereka diberikan subsidi yuran persekolahan dan buku teks. Para pelajar tidak perlu membayar gaji guru sebagaimana terpaksa ditanggung oleh rakyat Kampuchea.

Setiap pelajar, diwajibkan membayar gaji guru satu riel (RM 0.50) setiap hari dan ini bermakna sepanjang tahun dengan tempoh persekolahan selama 220 hari, seorang pelajar diwajibkan membayar RM110.00. Pelajar juga tidak dibekalkan buku teks dan keadaan sekolah mereka adalah serba kekurangan.

Di Malaysia, keluarga miskin dibantu sama ada melalui program E-Kasih ataupun dibiayai menerusi Tabung Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin. Di peringkat lepasan Sijil Pelajaran Malaysia, ada Tabung Pembangunan Sumber Manusia, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional dan pelbagai bentuk pinjaman atau biasiswa yang tidak terdapat di negara lain.

Kesemua kemudahan itu berjaya meletakkan kestabilan politik yang tinggi dan mengamalkan pengurusan ekonomi cekap. Dengan keadaan politik dan ekonomi yang berkembang baik, lebih banyak hasil diperoleh dan hasil itulah kemudiannya diagihkan kepada rakyat sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Setiap kali belanjawan dikemukakan, tentunya ada lebih ramai rakyat yang menyambut strategi bajet yang lebih mengutamakan kepentingan rakyat dari segala-galanya. Sebagaimana dijanjikan sebelum ini, Belanjawan 2012 memberikan fokus membantu rakyat mengekang kenaikan kos sara hidup, dan bukannya bajet yang tidak mengambil kira masalah golongan berpendapatan rendah sebagaimana didakwa.

Bajet yang dikemukakan pembangkang pada Selasa lalu memerlukan sejumlah RM220 bilion dan secara jujurnya dari mana jumlah itu diperoleh tidak dijelaskan dari mana puncanya.

Ia dibuat berdasarkan angan-angan besar seorang yang tidak berwang, tetapi ingin mendapatkan kesemuanya sedangkan poketnya kosong. Mereka hanya membuat perkiraan berdasarkan angka, tetapi tidak membuat ukuran pendapatan sebenar. Hakikatnya mereka juga tidak mempunyai pengalaman menguruskan ekonomi negara, tidak memahami apakah sebenarnya keperluan rakyat dan negara.

Mereka dikehendaki menunaikan segala janji yang pernah dibuat sebelum ini kepada rakyat, sehingga ada rakyat yang sanggup memberi kepercayaan kepada mereka dengan memberi mandat di sesetengah negeri tetapi sehingga hari ini janji tersebut tinggal janji manis di bibir sahaja.

Apabila hampir masa pilihan raya mereka ingin berjanji lagi, percayalah kali ini rakyat Malaysia tidak akan diperdaya dengan janji-janji manis tersebut. Seperti pepatah Melayu mengatakan 'pisang tidak akan berbuah dua kali'.

Mengenai sikap mereka yang cakap tidak serupa bikin ini, Allah SWT menegaskan dalam al-Quran yang bermaksud: "Amat besar kebenciannya di sisi Allah (apabila) kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya." (as-Saff: 3)

Jelas sekali daripada firman itu tersimpul adanya harapan, bahkan seharusnya bahawa seorang yang beriman kepada Allah atau percaya kepada Tuhan Yang Maha Esa, tentulah satu kata dan perbuatannya. Kalau tidak, bagaimana kita dapat membezakan daripada seorang yang munafik?

Abraham Lincoln pernah mengucapkan kata-kata mutiara: 'Kamu dapat menipu seorang selama-lamanya, kamu juga dapat menipu semua orang satu saat, tetapi kamu tidak akan dapat menipu semua orang selama-lamanya.'

Justeru bajet mereka ini menurut bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai "senang bila mahu belanja duit yang kita tidak ada, manakala Dr. Chandra Muzafar merumuskan sebagai bajet yang tidak "mengetahui perkara-perkara asas dalam ekonomi."

Mereka sentiasa menabur janji, namun memungkiri. Kaedah mereka sangat licik dengan menumpang kesungguhan kerajaan melaksanakan pendekatan "bajet rakyat" dengan menggunakan tema "kesejahteraan untuk semua" adalah sesuatu yang cuba memancing persepsi rakyat.

Rakyat sudah mempersoalkan konsep "membangun bersama Islam" yang dilaung-laung selama ini adalah sebuah konsep yang lesu dan tidak mendatangkan kesejahteraan, rakyat tidak boleh hidup berdasarkan retorik semata-mata.

Golongan ini sebenarnya gusar dan resah, kerana setiap tahun ada iltizam yang kuat daripada kerajaan untuk memenuhi keperluan rakyat.

Kelicikan mereka terserlah apabila mengandaikan kerajaan akan meniru strategi bajet yang dikemukakannya lebih awal. Sebenarnya, itulah propaganda sengaja dirancang dengan melihat jika ada sedikit persamaan, maka sahlah kerajaan mengambil apa yang diputuskan mereka.

Dakwaan bajet kerajaan meniru bajet pembangkang sebenarnya helah untuk menutup ketidakupayaan mereka untuk merancang dalam konteks realiti sumber sebenar yang dimiliki.

Sebenarnya mereka telah mengambil apa yang dilaksanakan oleh kerajaan dengan melakukan sedikit "top up" bagi menggambarkan sikap murah hati yang dibuat-buat tanpa mengukur realiti yang ada dalam genggaman. Sikap itu jelas menggambarkan kesombongan pembangkang yang keterlaluan dan ketandusan idea.

Tentunya belanjawan kerajaan akan memberikan senyuman kepada rakyat. Rakyat akan merasakan sedikit kelegaan kerana banyak faedah yang bakal diterima. Apa pun, sebanyak mana belanjawan yang diumumkan setiap rakyat amat mengharapkan kehidupan mereka lebih selesa.

Keselesaan dapat dicapai apabila persekitaran terbina secara kondusif, setiap orang mempunyai pekerjaan dan boleh meraih rezeki dengan baik.

Rakyat akan lebih bersyukur dengan apa telah dan sedang dilaksanakan oleh kerajaan.

Rakyat tetap menaruh harapan yang besar bahawa kerajaan yang masih memerintah pada masa inilah telah banyak membina ruang kehidupan yang aman, sejahtera dan bebas mencari rezeki tanpa rasa takut dan sekatan. Inilah hasil dan berkat kepimpinan yang diredai Allah SWT. Insya-Allah.

2 comments:

Anonymous said...

What Anu_war knows about economy???
He knows ...N U T!!!
Di Uni. dia cuma ambil bahasa melayu...bukan ekonomi. Jadi jangan sekali-kali cuba nak menyentuh pasal bidang yang dia sendiri tak tahu.

aku sayang SM said...

Ayahanda Tun kan dah komen kat BABI ni...."u pay RM1.00, u get RM1.00 lah..."

orang UMNO utang depa kata bodo tu paham maksud Ayahanda Tun,....tapi para pukisana kat PuKiR dan mangkok hayun kat PASial tak mengerti nak paham....BODOHHHH!!!!!