Tetamu Kehormat...

October 13, 2011

Semua Harus Ikut Jejak Langkah Zulkifli Noordin

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru,Datuk Zulkifli Noordin mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pakar perlembagaan,Prof Dr Abdul Aziz Bari @ Aziz Basi yang mempertikaikan titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung isu pemeriksaan sebuah gereja oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di Damansara Utama Ogos lalu. Menurut beliau,kenyataan Aziz Basi itu seolah-olah memberi bayangan bahawa Sultan Selangor mengambil sikap berpihak dalam memutuskan perkara tersebut.

“Raja-raja Melayu tidak pernah ambil sikap memihak. Jika kita ingat kembali sikap Almarhum Sultan Salahuddin,baginda akan tegur sesiapa saja yang memerintah Selangor pada waktu itu.Raja-raja Melayu bertanggungjawab untuk menjaga kepentingan rakyat dibawah naungan baginda. Jadi dakwaan mengatakan baginda mengambil sikap berpihak adalah satu putar belit dan kebiadapan melampau,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen.

Mstar melaporkan Jelas beliau,seperti yang terkandung dalam Undang-undang Tubuh Negeri Selangor, hal ehwal agama Islam Selangor terletak di bawah bidang kuasa Tuanku Sultan Selangor.

“Oleh itu,Menteri Besar,ahli exco dan kerajaan negeri tiada kuasa dalam isu ini. Hal Ehwal Islam di peringkat negeri terletak di bawah kuasa Raja-raja Melayu. Sudah menjadi kewajiban Sultan untuk pertahankan dan mendaulatkan agama Islam,” ujarnya. Datuk Zulkifli Noordin berkata,dalam isu serbuan ke atas gereja itu, kes tersebut tidak dibawa ke mahkamah kerana saksi tidak mahu memberikan kerjasama.

“Buat apa kalau pihak pendakwa raya bawa kes ini ke mahkamah jika tahu saksi enggan bekerjasama. Tidakkah ia akan memalukan agama Islam? Kita tidak mahu perkara ini berlaku…oleh itu, baginda keluarkan kenyataan untuk pertahankan umat Islam,” katanya. Sementara itu,beliau turut mencabar Aziz basi supaya meletak jawatan selaku pensyarah dan bertanding dalam pilihan raya akan datang jika mahu berpolitik.

“Kalau hebat sangat berpolitik,letak jawatan dan bertanding dalam pilihan raya. Cara dia bertindak tidak menggambarkan dirinya sebagai pakar perlembagaan dan juga ahli akademik,” katanya. Kenyataan Aziz basi itu turut menerima kritikan pelbagai pihak kerana memburuk-burukkan institusi raja.

2 comments:

shamshul anuar said...

Saudara azli,

Siapa kata Dr aziz Bari sebagai "pakar" Perlembagaan Persekutuan. Kenapa kita mencipta masalah dengan memberi pengiktirafan melangit dengan Hamba Allah seorang yang berperang pula dengan kita.

Apa hebatnya beliau dibandingkan dengan Dr Ramlah Adam atau Dr Ridhuan Tee ? apakah kelulusan Dr aziz dibidang Perlembagaan yang membolehkan segala suratkhabar menyebut beliau sebagai "pakar" dalam Perlembagaan.

Beliau nampak hebat kerana kebodohan kita semua yang memberi pengiktirafan pada Aziz yang berperang dengan Melayu sendiri.

Alangkah baiknya jika kita menyebut Dr Ramlah sebagai "pakar" dalam bidang perlembagaan.

Saranan demi saranan diberi supaya tindakan diambil terhadap sesiapa yang gugat keharmonian seperti Namawee yang hina ugama Islam atau Mohd Sabu dan Ambiga yang jelas ingkar pada perintah Yang diPertuan Agung.

Namun saranan tinggal saranan. Laporan polis tiada kesan. Namawee bebas buat filem dan Mohd Sabu masih bebas menghasut.

Yang kena tindakan ialah Koperal Jenain yang laksanakan tanggungjawab jaga keamanan. Yang terlepas ialah mak Aminurashid yang cuai dalam mendidik anak sampai keluarga Koperal Jenain hilang punca pendapatan.

Yang kena tindakan ialah pegawai polis yang hadapi demonstrasi haram depan Hospital Tung shin. Yang dibela ialah para peserta demonstrasi haram. Siap diberi makan macam makan kenduri.

Kalau beginilah cara Menteri Hishamudin buat kerja, maka Tun dr Mahathir silap kata umat Nabi Muhammad SAW di Malaysia akan hilang kuasa politik dalam 10 tahun. ianya akan berlaku lebih awal lagi. Yang sebenarnya Najib mungkin ( barang dijauhkan Allah SAW) merupakan umat Nabi Muhammad SAW terakhir yang jadi Perdana Menteri.

Selagi orang Melayu pertahankan orang seperti Mohd Sabu dan aziz( dengan enggan ambil tindakan), maka sebenarnya mereka( disini maksudnya Hishamudin) sebenarnya pertahankan orang yang berperang dengan umat Melayu sendiri.

Anonymous said...

Sokong Zulkifli Nordin

Pilihanraya akan datang bertanding atas tiket BN, jangan jadi bebas.

Hidup BN,
Hidup ZUL