Tetamu Kehormat...

October 15, 2011

Salam Tok Guru..DAP dan PKR Tu Parti Islam Ke?

8 comments:

Anonymous said...

240 warga asing yang menaiki sepuluh buah bas dari Johor

Ketua Polis Daerah Sepang.
“Maklumat yang kita peroleh menunjukkan semua warga asing itu berada di Desa Pinggiran Putra untuk menghadiri kursus keusahawanan"

(Warga asing di dulukan)
(Rakyat MALAYSIA pandai-pandai la hidup)

Anonymous said...

Daripada cakap-cakap warga asing ini, tujuan mereka ke Putrajaya adalah untuk mendapatkan kad pengenalan bagi mengesahkan mereka menjadi warganegara. Selepas berehat mereka terus bergerak ke Masjid Putrajaya dan sampai di sana sekitar jam 6 pagi untuk solat Subuh di Masjid Putrajaya.

Mereka juga mendakwa seolah-olah ada kawalan daripada anggota polis tidak beruniform (preman) yang mengawal pergerakan mereka. Beberapa buah bas didakwa diarah oleh seorang Datuk yang tidak dikenali masuk ke Jabatan Perdana Menteri (JPM

Anonymous said...

Dewan Rakyat sebelum ini dimaklumkan terdapat 27,293 warga asing telah diterima menjadi warganegara sejak tahun 2008 hingga 2011.

Hafiz Ad-Din said...

Assalamualaikum....
Warga asing lebih penting dari akidah orang yang bergelar "Islam"?
Kita semua nak ikut ajaran Islam yang bertuhankan dan ditentukan Allah untuk masuk syurga atau neraka ker atau nak masuk syurga yang ditentukan dan ditafsirkan oleh manusia sendiri mengikut fahaman dan idealogi manusia itu sendiri?
Kepada orang Islam di Malaysia khususnya, ingat pesanan ini; Tidak akan ada seorang pun manusia di dunia ini yang boleh menentukan ke syurga atau ke neraka seseorang itu. Dengan menjatuhkan hukum kafir sewenang-wenangnya kepada seseorang Muslim, akan mendapat azab yang amat berat selagi tidak diampunkan oleh orang yang dituduh itu dan Allah. Wallahu.
Terima kasih.

Anonymous said...

hafiz ad-din,ada garis2 yg allah tentu kn utk mnntu kn kufur atau tidak sseorng manusia itu.tidak prlu utk kita mnymbah brhala utk mnjadi kufur.cukup skadar prbuatan dn ungkapan kata2.dn garis2 ini lh yg di ikuti olh mnusia utk mnntu kn samada kufur atau tdk manusia lain tu.Allah tlh mnjanji kn syurga utk umat Islam dn neraka utk org2 kafir.Ssungguh ny Allah tdk mmungkiri janji.

Anonymous said...

IPOH TIMUR MCA Starts signature campaign

Mana Pergi UMNO? Mana Pergi PERKASA? Bilamana Hukum Islam Di Perlekehkan Oleh MCA? Mana Laporan Polis Beribu-Ribu Yang Dibuat? Kalau Berbicara Tentang Melayu Bukan Main Lagi.. Sanggup Pertahan Hingga Titisan Darah Terakhir... Bila Berbicara Tentang Islam, Masing-Masing Membisu Seribu Bahasa Dan Tak Berani Pertahankannya.

Hafiz Ad-Din said...

Terima kasih Anonymous...
Betul juga pandangan saudara/ saudari...
Seperti yang saudara/ saudari tulis; Allah menjanjikan syurga untuk umat Islam serta neraka untuk kafir serta garis panduan untuk yang kufur seseorang itu...
Tapi tidak pernah sekalipun disebut manusia mampu menandingi kebesaran Allah untuk menentukan tahap keimanan atau kebarangkalian seseorang itu untuk ke syurga atau neraka...Sedangkan Allah itu sendiri Maha Pengampun, jika di dunia ini seseorang itu kufur(perbuatan atau percakapan seperti saudara sebutkan) atau kafir sekalipun, tetapi di akhir hayat orang itu sempat bertaubat/memohon ampun dan menyesali segala perbuatannya, bolehkah manusia yang lain menilai orang itu melalui mata kasar mereka?Adakah orang itu masih lagi kufur melalui mata kasar mereka?Hanya Allah sahaja yang selayaknya menentukan iman dan taqwa seseorang itu seterusnya menentukan ke syurga atau neraka seseorang itu. Manusia hanya mengetahui kufurnya seseorang itu melalui percakapan/ perbuatan seperti yang disebutkan, tetapi ini hanya menentukan kekufuran seseorang itu melalui mata kasar manusia dan bukannya menentukan ke syurga atau ke neraka seseorang itu kerana hanya dosa dan pahala yang menentukan syurga atau neraka, dan hanya Allah yang menetukan dosa dan pahala itu.
Manusia mungkin boleh melabelkan orang lain itu kufur atau sebagainya melalui garis panduan seperti yang disebutkan, tetapi syurga dan neraka bukan urusan manusia, itu urusan Allah yang tidak mampu ditanding oleh manusia.
Maaf kalau ada kesilapan dari saya.
Terima Kasih.

Anonymous said...

berapa banyak rakyat china di singapore jadi warganegara singapore tak ada masalah pun...itu semua hasil pemerintahan pap...makin ramai orang cina di singapore padahal keluarga cina di singapore hanya ada seorang anak untuk setiap keluarga...dan keluarga melayu ada lebih dari seorang anak...akhirnya melayu jadi minoriti dan cina jadi majoriti...kenapa tak kecoh...kenapa singapore laknat tu boleh buat kenapa kita malaysia salah pulak nak buat....

berdosa ker kalau rakyat asing jadi warganegara malaysia??? dalam quran kata haram ker rakyat asing jadi warganegara malaysia???

salah ker kalau kita bawak masuk orang melayu islam dari negara luar dan beri kerakyatan kepada mereka supaya orang melayu terus kekal jadi kaum majoriti kat malaysia ni?? macam singapore buat, di mana secara tiba-tiba aje cina boleh jadi kaum majoriti kat singapore dan melayu jadi minoriti...

kalau singapore boleh buat, kenapa kita rasa bersalah pulak nak buat???