Tetamu Kehormat...

October 5, 2011

Rais Bidas Lim Guan Eng

KUALA LUMPUR 4 Okt. - Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim menempelak Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng kerana menuduhnya berbohong dan membuat tuduhan palsu berhubung isu bahasa Malaysia diketepikan dalam satu majlis rasmi di negeri itu baru-baru ini.

Menurutnya, Guan Eng sepatutnya menasihatkan pengurusan Kolej Han Chiang di negeri itu yang dibantu kerajaan penubuhannya, supaya menggunakan bahasa Malaysia dalam majlis rasminya. Katanya, Kolej Han Chiang yang dikendalikan oleh personaliti kenamaan yang rapat dengan Guan Eng hanya menggunakan bahasa Inggeris dan Mandarin dalam satu majlis yang dihadiri beliau baru-baru ini.

Jelas beliau, penyampai pada majlis itu hanya menggunakan kedua-dua bahasa itu kecuali bagi satu lagu yang dinyanyikan dalam bahasa kebangsaan. Merujuk kepada majlis ulang tahun Kolej Han Chiang di Pulau Pinang pada 29 September lalu yang beliau hadiri bagi mewakili Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Rais menegaskan:

"Tiada sebab kenapa Lim Guan Eng mengatakan bahawa saya 'berbohong' macam Utusan. Para penyampai (Kolej) Han Chiang malam itu tidak menggunakan sepatah pun bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

"Guan Eng sepatutnya menasihatkan konco-konconya di institusi itu supaya menghormati bahasa kebangsaan." Rais menyatakan demikian dalam kenyataannya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Utusan Malaysia hari ini. Beliau mengulas kenyataan Guan Eng dalam blognya, limguaneng.com hari ini yang mendakwa Rais membuat tuduhan palsu mengenai satu majlis rasmi dihadiri menteri berkenaan di Pulau Pinang yang hanya menggunakan bahasa Inggeris dan Mandarin.

Entri terbaru Guan Eng itu bertajuk Datuk Seri Rais Yatim Should Not Lie Like Utusan Malaysia But Prove Which Penang State Official Function He Attended Sidelined Bahasa Malaysia (Datuk Seri Rais Yatim Sepatutnya Tidak Berbohong Seperti Utusan Malaysia Tetapi Membuktikan Majlis Rasmi Negeri Pulau Pinang Yang Mana Beliau Hadiri Mengetepikan Bahasa Malaysia".

Dalam entri tersebut, Guan Eng mencabar Rais mengemukakan bukti dan menamakan majlis rasmi kerajaan negeri Pulau Pinang dihadirinya yang mengetepikan Bahasa Malaysia. Guan Eng mengingatkan Rais bahawa Kolej Han Chiang dikendalikan oleh pihak swasta dan majlis dihadiri Rais itu pula adalah anjuran kolej berkenaan, bukannya kerajaan negeri. Menurut Guan Eng, sekiranya Rais gagal menunjukkan bukti, menteri tersebut perlu menarik balik kenyataannya berhubung isu itu dan juga mengemukakan permohonan maaf.

Semalam, Bernama melaporkan satu kenyataan Rais di Jelebu, Negeri Sembilan yang melahirkan rasa kesal beliau kerana bahasa kebangsaan tidak dinobatkan di Pulau Pinang selepas dua tahun negeri itu dikuasai oleh DAP. Rais dipetik memberitahu, ini jelas terbukti apabila dalam satu majlis rasmi yang beliau hadiri, penganjur hanya bercakap dalam bahasa Cina dan Inggeris.

"Hanya saya berucap dalam bahasa kebangsaan dan sebahagian Inggeris. Ini menunjukkan sikap tidak menghargai bahasa kebangsaan itu sudah jelas dan ini adalah amat tidak baik dalam konteks perpaduan pelbagai kaum," katanya.

6 comments:

Anonymous said...

Takat ni Malaysia belum ada identiti..masih malu dan huduh melihat bahasanya sendiri berbanding, korea, taiwan, cina, iran, moggolia dan lain2 yg ada bahasa sendiri. Contoh perasmian sukan bolasepak piala dunia, wakil Cina buah selamba berucap dlm bahasa negaranya. Betul la kata org..benih british ni subur..

Anonymous said...

untuk bertutur dalam satu majlis perlu ada kepetahan. kalau tak petah maka hilanglah keyakinan.

cumanya kenapa semudah itu petah bertutur dalam bahasa Inggeris tetapi tidak petah bertutur dalam bahasa kebangsaan?

apakah ianya disebabkan faktor kendiri, pendidikan atau persekitaran?

Anonymous said...

Ala Rais ayah dino...

Bila orang Melayu Atau menteri Melayu menyalahkan bangsa lain pasal tak guna Bahasa Melayu adalah bangang tahap gaban.

Tak sedarkah ayah Dino aka Rais ini yang parti nya yang kunun Parti Melayu menggunakan Bahasa Penjajah " United Monkey No Otak "

Dulu elok nama Pudu Raya, semua org kenal tapi mongkok president UMNGOK pergi tukar Pudu Central...Central bahasa apa.

Precint tu bahasa apa...

Sendiri cakap bahasa Me4layu dulu baru suruh org lain cakap bahasa kita....

Sewaktu perjanjian Bangkok antara Komunis Chin Peng, Kerajaan Malaysia & Thai......cuba selidik Chin Peng cakapa bahasa apa, wakil Malaysia (Melayu ) cakap bahasa apa & Wakil Thai cakap bahasa apa....

Anonymous said...

Sebanyak RM9 juta telah dibelanjakan bagi menyewa sebuah pesawat Airbus A319-IIX yang diguna Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sewaktu percutiannya di Perth Australia.

rakyat marhain dapat apa?

Anonymous said...

yang indah itu bahasa, yang cantik itu budi. Yang merdeka itu PEKEMBAR, yang 'penjajah' itu UMNO.

Arip Sepina said...

PULAU PINANG, 6 Okt: Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim perlu menghentikan permainan menunjukkan dirinya saja sebagai pejuang Bahasa Malaysia dengan menafikan orang lain juga turut bertutur dalam Bahasa Malaysia.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam kenyataanya berkata, siri pembohongan yang berniat jahat dan menyerang peribadi beliau oleh Rais yang mendakwa bahawa sebuah majlis rasmi yang dihadiri Rais di Pulau Pinang telah meminggirkan Bahasa Malaysia.

(Laporan akhbar Umno yang mendakwa Lim Guan Eng yang ketepi Bahasa Melayu)

"Rais jelas tidak dapat membezakan antara salah dan betul," kata Lim dalam satu kenyataan medianya hari ini.

Pertamanya, kata Lim Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP, kerajaan negeri tidak mempunyai sebarang hak dalam majlis yang dianjurkan oleh agensi swasta dan di samping itu, beliau enggan mengakui bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang turut bertutur dalam Bahasa Malaysia.

Rais pada mulanya berbohong bahawa hanya beliau seorang sahaja bercakap Bahasa Malaysia pada majlis makan malam di Kolej Han Chiang pada 29 September 2011 ketika beliau hadir mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, katanya.

"Dakwaannya adalah tidak benar kerana saya juga turut bertutur dalam Bahasa Malaysia, Inggeris dan Mandarin. Rais juga turut berucap beberapa patah dalam Bahasa Mandarin. Mengapa Rais cuba menggambarkan dirinya seorang sahaja pejuang Bahasa Malaysia dengan menafikan bahawa saya turut bertutur dalam Bahasa Malaysia?" soal Lim.

Bagi beliau, Rais telah salah menilai majlis anjuran Han Chiang sebagai majlis Kerajaan Negeri Pulau Pinang apabila majlis tersebut merupakan anjuran kolej swasta.

Jelas sekali orang yang ingin menutup pembohongan akan terpaksa berbohong lagi, katanya.

Menurut Lim, daripada mengakui kesilapan yang mengatakan bahawa majlis anjuran Han Chiang bukan merupakan majlis kerajaan negeri, "Rais terus menyerang Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan menyuruh supaya saya menasihati konco-konco (pengikut) di Kolej Han Chiang supaya menghormati bahasa kebangsaan."

Penggunaan perkataan 'konco-konco' (pengikut) adalah tidak munasabah kerana pihak pengurusan Han Chiang hanya terlibat dalam bidang pendidikan dan bukan politik, jelas beliau.

Rais, katanya, bukan sahaja biadap dan tidak menghormati penganjur malah telah melanggar protokol dengan meminta kerajaan negeri untuk campur tangan dalam sebuah majlis yang dianjurkan untuk pemimpin tertinggi Kerajaan Persekutuan.

"Saya ingin menegaskan di sini bahawa kerajaan negeri tidak mempunyai apa jua peranan dalam penganjuran majlis di Kolej Han Chiang pada 29 September yang lalu.

"Tambahan pula, bagaimana kerajaan negeri sekarang boleh terlibat dengan penubuhan Kolej Han Chiang sebagaimana didakwa oleh Rais sedangkan kolej tersebut sudah lama wujud sebelum Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat mengambil alih pada 2008?" tanya beliau.

Sekiranya Rais tidak gembira dengan Han Chiang, beliau sepatutnya berani membantah pada malam tersebut, cadangan Lim.
Sebaliknya, katanya, beliau hanya 'berani' mengkritik Han Chiang daripada jarak yang jauh dan selamat, iaitu ketika beliau berada di Negeri Sembilan.

"Jelas sekali, sebanyak mana pembohongan Rais pun tidak cukup untuk menyembunyikan kebenaran bahawa beliau dengan tidak adilnya telah menghina Kerajaan Negeri Pulau Pinang atas majlis anjuran Kolej Han Chiang.

"Seharusnya Rais berhenti daripada berkelakuan seperti Utusan Malaysia yang enggan mengakui pembohongan dan akan terus menipu untuk memainkan sentimen perkauman.

"Adakah Rais Yatim akan menafikan bahawa saya juga turut bertutur dalam Bahasa Malaysia pada malam tersebut?" soalnya.

Itulah sebabnya, kata Lim, mengapa Rais Yatim harus menghentikan permainan bahaya kononnya beliau merupakan seorang pejuang Bahasa Malaysia, dan juga berhenti menyalahkan Kerajaan Negeri untuk sebuah majlis anjuran kolej swasta.