Tetamu Kehormat...

October 20, 2011

Panggilan Terakhir Kebenaran

Syabas Nasruddin At-Tantawi, Ketua Pemuda PAS Pusat atas pendirian yang menyokong Himpunan Sejuta Umat Sabtu ini. Namun demikian, hanya berpaksikan pendirian menyokong sahaja masih belum memadai, kita mahu Nasruddin mengerah dan menggalakkan ahli-ahlinya untuk turun bagi menjayakan perhimpunan tersebut. Kita tidak mahu PAS bersikap hipokrit dan meletakkan politik lebih tinggi daripada akidah. Sekadar menyebut "kami sokong HIMPUN" itu tidak cukup - Pemuda PAS perlu membuktikannya. Takbirr!!

KUALA LUMPUR 19 Okt. - Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasrudin Hassan hari ini menegaskan bahawa Dewan Pemuda serta Pas Pusat menyokong usaha murni pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk menganjurkan Himpunan Sejuta Umat (Himpun) Mempertahankan Akidah yang dijadualkan pada 22 Oktober ini.

Kata Nasrudin, sokongan itu adalah hasil keputusan bersama mesyuarat Pas mengenainya yang turut dihadiri beliau.

''Sebagaimana yang Ketua Pemuda sebut sebelum ini, tidak ada apa-apa masalah antara saya dengan keputusan Pas Pusat, sama sahaja.

''(Begitu pun), DPPM (Dewan Pemuda Pas Malaysia) tidak terlibat dari awal atas nama parti politik sebab itu (Himpun) adalah himpunan NGO muslim," katanya dalam satu komen balas di laman sosial Facebooknya hari ini.

Nasrudin memberikan komen itu bagi membalas pertanyaan rakan Facebooknya yang keliru dengan pendirian DPPM berhubung penganjuran Himpun kerana dilihat bertentangan dengan pendirian Pas Pusat. Ini kerana Pas pada mesyuarat lajnah politik parti itu semalam membuat pendirian untuk tidak terlibat dalam himpunan tersebut sebagai menghormati kehendak penganjur program, sementelah majlis itu juga tidak melibatkan parti-parti politik.

Nasrudin dalam satu kenyataan seperti yang tersiar di laman blog Pemuda Pas di http://pemuda.pas.org.my juga berkata, DPPM memberikan sokongan 200 peratus kepada usaha NGO-NGO Islam bagi menjayakan 'Himpunan Sejuta Ummah' itu.

10 comments:

Aznan Isa said...

aku nak tanya la!! Walaupun aku jahil tentang agama,masa tg hadi awang nak membentangkan akta Murtad kenapa puak2 umno x sokong pls jawap secara jujurnya dan berfakta! Murtad ni dari dulu da aku dengar bukan baru skrng! Berapa lama da org da Murtad & berapa Byk!? Nak berhimpun mmg aku sokong tapi yg buat aku menyampah manusia2 yg Hipokrit!

Anonymous said...

Bkn tak leh berhimpun tp cara tu bkn ubat sebenarnya untuk mengubati penyakit murtad ni..berhimpun tu hanya ubat penahan sakit jer.!.ubat sebenar adalah perlaksanaan hukum Allah tanpa kompromi..rahmat Allah sentiasa bersama org yang betul2 mahu melaksanakan hukum Allah di muka bumi ini...
Tapi kalo nak himpun gak
x pela..himpun la..abg2 polis jaga diorng ni bebaik yer..jgn sembur air n kasik asap tau..kalu Pacik BraHim tu tertido atas pentas tolong kejutkan dia tauuuuu..sok dia mkn ubat gak tu..alahai

Anonymous said...

ko xnak turun ko punya pasal

nanti ko jawab la dgn Allah kat padang mahsyar

Anonymous said...

ambiga memekik barulah diaorg nak turun..heeee

Arip Sepina said...

Tumpang share ye Tuan Azli

Penulis blog yang dikaitkan dengan Umno dikatakan menggunakan gambar palsu bagi memfitnah anak ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang hanya berusia 16 tahun meramas buah dada teman sekolahnya.

Menurut setiausaha publisiti DAP, Tony Pua (kanan), gambar yang digunakan oleh penulis blog berkenaan dikenalpasti sebagai Anya Sun Corke, 21, seorang warga Britain.

Gadis itu juga dikatakan tidak mempunyai kaitan dengan Pulau Pinang mahupun pernah berhubungan dengan anak Lim, kata Pua.

"(Beliau) sekarang pelajar tahun ketiga di sebuah kolej di Amerika Syarikat. Semua ini membuktikan bahawa dakwaan oleh cybertrooper Umno adalah pembohongan,” katanya.

Pua menyifatkan tindakan keji penulis blog berkenaan yang mengheret anak Lim itu sebagai “memalukan bangsa, agama dan negara” mereka dan bertujuan memusnahkan masa depan remaja itu.

"Malah, penulis blog cuba memberi kredibiliti pendustaan mereka dengan menyiarkan gambar gadis muda itu,” kata Pua merujuk blog yang turut memuat-naikkan gambar mangsa-mangsa berkenaan.

Menurut Pua, tembelang penulis blog itu berjaya dibongkar oleh pengurus IT DAP Goh Kheng Teong yang mengesan identiti gadis itu selepas gambarnya dimuat-naikkan di blog mereka.

“Tidak ada sesiapa di sekolah anak Lim yang mengenali siapa gadis itu, termasuk pengetua dan guru-guru.

“Tidak memeranjatkan kerana gadis itu tidak pernah belajar di Pulau Pinang dan bukan juga warga Malaysia,” katanya.

Corke, yang kini menuntut di Wellesley College, adalah pemain catur yang terhandal dan menjadi wanita pertama yang mewakili universitinya dalam Liga Catur Amerika Syarikat.

Anonymous said...

aku nak tanye kat puak2 PAS ni, awat dlm buku jingga dan manifesto PR xada pun cita-cita menegakkan negara Islam dan hukum Hudud?

Anonymous said...

aku nak tanye kat puak2 PAS ni, awat dlm buku jingga dan manifesto PR xada pun cita-cita menegakkan negara Islam dan hukum Hudud?

October 20, 2011 11:48 AM

Ko dah baca ke buku jingga tu.
kan ada tulis:

Allah Matlamat Kami
Rasul Ikutan Kami
Al-Quran Panduan Kami...

Tak reti2 reti ke kalo dah Al-Quran jadi panduan ape yang tulis dalamnya mewajibkan Hudud kira dah ada la tu. Ape laa bangang sangat puak2 Umngok ni. Dah la bangang.. bengap bahalul pulak tu.. Opss... lupa lak UMNGOK.. dah memangnya bongok..

Anonymous said...

Sampai satu tahap umat akan terpisah tanpa ada ruang kemungkinan untuk bertaut kembali hinggalah ke satu masa (turunnya Nabi Isa).

Apakah jangkaan kehadiran semula Nabi Isa AS atas muka bumi di akhir zaman membuatkan umat sekarang dilanda "kristus mania"?

Umat yang dilanda kristus mania membayangkan bahawa agama akhir zaman adalah agama Kristus?

Justeru, pengikut kristus mania harus bertanyakan soalan ini pada diri mereka: Agama apakah yang akan disahkan oleh Nabi Isa AS? Kristus?

Kalau itulah kepercayaannya makanya tidak hairanlah kalau sesetengah kumpulan ummah merapatkan diri dengan gerakan kristus atas alasan yang tidak difahami oleh akal yang normal.

Atas Pagar

Anonymous said...

"aku nak tanye kat puak2 PAS ni, awat dlm buku jingga dan manifesto PR xada pun cita-cita menegakkan negara Islam dan hukum Hudud?"

Dalam buku umno yang mana satu ada tulis cita2 UMNO untuk menegakkan negara Islam? ha cuba jawab balik

aidil said...

ha mana... jawab la. Kat mana UMNO kat nak tegakkan negara islam....

Jawabla, tang mana plak PAS nak tegakkan agama islam.. Kalau takat cakap:
Allah matlamat kami
Rasul Ikutan Kami
Al-Quran Panduan Kami

Ramai jugak orang Islam mengucap kalimah syahadah tapi tongang arak, berzina, meliwat.. Cakap pakai air liur senang la.. Tapi bila nak buat, kena sergah, teloq masuk kat dlm mcm kepala kura2..

Yang sekoq sibuk dok banggang dengan negara Islam ciptaan manusia, yang sekoq lagi sibuk dok jaja ikut quran la, sunnah la, tapi kerana gila nak kuasa, takpa, semua simpan kat tepi dulu. janji dpt tumbangkan org yg depa x suka... kejap kata nak buat, kejap tak nak, kejap setuju untuk tidak bersetuju.. poooddaahh.. semoga balasan Allah setimplan ke atas kamu, kaum2 politkus munafik...