Tetamu Kehormat...

October 15, 2011

Mat Sabu - Bulan Tidak Lagi Seterang Dulu

Saya semakin "menyampah" dan meluat dengar tuduhan PAS kononnya selama ini mereka dinafikan hak untuk bersuara dalam arus media perdana. PAS mesti bertanya kepada diri mereka sendiri, sekiranya mereka menguasai TV3 atau Utusan Malaysia, apakah mereka akan memberi ruang kepada UMNO/BN untuk mempromosikan agenda perjuangan mereka? Pooorah la. Dan cubalah kita berfikir, apakah kerajaan akan mengizinkan orang yang selama ini mengutuk dan mencaci makinya setiap hari, tiba-tiba dibenarkan untuk bercakap sesuka hati dalam saluran media yang dimilikinya? Bodohlah kalau kerajaan buat seperti itu. Nasihat saya minta Malaysia Kini buat perkara ini terlebih dahulu.

Sejak PAS ditubuhkan sudah ratusan ribu ceramah politik yang mereka adakan atas nama agama - tidak cukup di surau dan di masjid, mereka buat di stadium dan di tanah lapang, bahkan turut sama mengedar VCD dan kaset mengutuk saudara mereka sendiri - ada orang UMNO/BN kacau? Semua orang tahu - PAS berkempen setiap hari, dan tidak pernah henti-henti, setiap kali ustaz-ustaz mereka mengadakan kuliyyah agama, pasti diselit penghinaan dan kempen membenci sesama saudara seIslam - tidak pernah kita mendengar doa kebaikan untuk saudara mereka sendiri, ada kita dengar orang-orang PAS berdoa, "Ya Allah Engkau berikanlah hidayah kepada pemimpin UMNO agar memartabatkan agama-Mu di bumi tercinta ini, ampunilah dosa mereka dan satukanlah kami demi Islam".

Apa yang kita dengar hari-hari daripada mulut para juak PAS ini ialah kutukan yang tidak henti-henti kepada Rosmah Mansor kerana beliau tidak bertudung - ada mereka berdoa kepada Allah agar dibukakan hati Rosmah untuk bertudung? Ada ke? Pooorah.

KUALA KEDAH - Timbalan Presidan Pas, Mohamad Sabu mengingatkan pengamal media baru yang pro-Pakatan Rakyat (PR) supaya bersikap profesional dan jangan menyebarkan fitnah walaupun kepada parti lawan.

“Saya lihat jentera Pas sudah semakin bijak menggunakan media baru dan kesannya dapat dilihat dalam pertemuan dengan penulis blog di Selangor baru-baru ini apabila hampir 80 peratus yang hadir terdiri daripada golongan muda.

“Ini perkembangan baik untuk Pas dan PR dalam usaha mendapatkan sokongan sebanyak mungkin bagi menumbangkan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13),” katanya yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu. Sehubungan itu, kata Mat Sabu, parti komponen PR di semua peringkat perlu memfokuskan usaha ke arah menjalin hubungan baik dengan penulis blog berkualiti serta rakan laman sosial memandangkan hampir 70 peratus daripada pengguna media baru terdiri daripada golongan belia yang kebanyakannya pengundi atas pagar.

“Ini sesuatu yang harus diberi perhatian serius,” katanya.

Mat Sabu berkata, penyebaran maklumat parti melalui laman sosial Facebook dan Twitter dianggap langkah lebih berkesan dalam memberi penerangan kepada rakyat, berhubung gerak kerja parti, lebih-lebih lagi PR tidak mendapat ruang liputan dalam kebanyakan media arus perdana. Menurutnya, media baru memiliki rangkaian yang besar dalam mempengaruhi pemikiran pembaca, sama ada ditafsir secara positif atau negatif.

“Blogger perlu ambil pendekatan berbeza, jika penulisan mereka ada kualiti, pembaca akan cari mereka asalkan fakta yang dilontarkan berasas,” katanya. Mat Sabu berkata, Pas kini sedang berusaha menggalakkan lebih ramai penulis blog pro-PR untuk membantu secara sukarela menangkis tohmahan dan fitnah dilemparkan penulis blog upahan atau cybertrooper :yang kini semakin galak menjelang PRU13.

“PR harus menggunakan pendekatan media baru dengan sepenuhnya memandangkan kita dinafikan hak untuk menyuarakan perjuangan kami melalui media arus perdana termasuk televisyen dan radio,” katanya.

8 comments:

Anonymous said...

Jika inilah caranya untuk kekalkan kuasa, maka sudah wajarlah rakyat menolak mereka sekarang. Jika tidak, Malaysia ini akhirnya akan dihuni oleh jutaan warga asing. Rakyat akan merempat dibumi sendiri akhirnya. Fikirlah masa depan anak cucu, dan generasi akan datang. Usah terlena dibuai mimpi lagi, "Misteri Enam Bas Ke Putrajaya" kini terbongkar]

Anonymous said...

Mad Sabu tak sedar lagi bulan sudah gerhana kini. Banyak bintang tiga bertaburan diselaputi awan mendung. Dulu sebelum PRU 12 bolehlah temberang ramai terlopong mendengar pelbagai janji yang ditabur. Tapi selepas berjaya menawan beberapa negeri rupanya banyak yang omong kosong. Banyak yang auta daripada fakta. Blogger pro PR kini tidak lagi boleh menandingi blogger pro BN.

shamshul Anuar said...

SAudara Azli,

Mohd Sabu tiada apa untuk dibanggakan. ketika muda beliau dibuang dari Universiti sebab suka memberontak dan menghasut pelajar .

Semasa tua mash lagi dengan perangai lama memberontak di jalanraya. Titah Yang DiPertuan Agong ditolak. Yang dijunjung ialah cara Ambiga.

Satu ketika dulu beliau siap memaki hamun Anwar sebagai "aljuburi" dan malah cabar Dr Mahathir pecat Anwar.

Itu dulu. Kini PAS menanggung Anwar seperti menanggung biawak hidup. Mereka masih boleh berlakon bila ditanya tidakkah mereka ingat apa yang Mohd Sabu cakap pasal Anwar.

Senjata PASS ialh ugama islam. atas nama ugama mereka mereka menanamkan kebencian melampau terhadap UMNO. Dan orang Melayu ramai yang terpedaya. Mereka diasuh bahawa menentang PAS ertinya menentang Islam.

Walhal PAS dan perjuangan mendaulatkan Islam adalah seperti langit dan bumi. Langsung tiada ciri keislaman pada hampir semua pemimpin tertinggi PAS.

Kita selalu tertipu memikirkan bahawa pemimpin PAS miskin. sebenarnya mereka kaya raya . Yang kita dok nampak rumah kampung. Kita tak sedar rumah banglo jutaan ringgit milik mereka.

Dan jangan lupa Mohd sabu juga dituduh oleh orang PSAS sendiri salsah guna derma untuk anak yatik Memali. Ini tuduhan dari seolah ahgli PAS sendiri. Dan Mohd sabu tidak teringin pun mahu jelaskan apa peranan dia dalam hal kutipan dema Memali. Kenapa tak mhu pertahankan diri.
Hukum hudud menunjukkan munafik PAS. Hadi siap kata hudud hanya 0.00001% dari undang undang Islam ketika jadi MB Trengganu. Nizar siap boleh tanya Tajol Rosli dimana Perlembagaan PAS yang mahu tegakkan Negara Islam.

Siapakah yang dari kalangan orang beriman yang mahu berfikir mahu percaya PAS. Kecuali orang yang sudah dibasuh otak mereka supaya memuja manusia selagi jadi pemimpin PAS.

Mohd Sabu bagi saya sebaris dengan Anwar. Mereka bawa malapetaka pada umat Melayu dengan sikap suka fitnah dan suka memberontak.

Anonymous said...

"Enam Buah Bas" Bawa Warga Asing Ikuti Kursus Keusahawanan Di Putrajaya Berjaya Di Dedahkan

Mengapa begitu istimewa warga asing ini dilayan oleh pihak tertentu dalam negara ini,"

Anonymous said...

240 warga asing yang menaiki sepuluh buah bas dari Johor

Ketua Polis Daerah Sepang.
“Maklumat yang kita peroleh menunjukkan semua warga asing itu berada di Desa Pinggiran Putra untuk menghadiri kursus keusahawanan"

"Warga asing di dulukan"
"Rakyat MALAYSIA pandai-pandai la hidup"

Anonymous said...

Daripada cakap-cakap warga asing ini, tujuan mereka ke Putrajaya adalah untuk mendapatkan kad pengenalan bagi mengesahkan mereka menjadi warganegara. Selepas berehat mereka terus bergerak ke Masjid Putrajaya dan sampai di sana sekitar jam 6 pagi untuk solat Subuh di Masjid Putrajaya.

Mereka juga mendakwa seolah-olah ada kawalan daripada anggota polis tidak beruniform (preman) yang mengawal pergerakan mereka. Beberapa buah bas didakwa diarah oleh seorang Datuk yang tidak dikenali masuk ke Jabatan Perdana Menteri (JPM

shamshul anuar said...

Saudara anonymous,

Jika saudara membutakan mata sendiri dengan sikap Mohd sabu , maka hancur leburlah Malaysia akan datang.

shamshul Anuar said...

Saudara Anonymous,

Siaoa sumber berita saudara pasal bas misteri ini?