Tetamu Kehormat...

October 12, 2011

Mahu Jadi Calon PRU Ke Prof?

Saya menasihatkan Dr Abdul Aziz Bari agar letak sahaja jawatan sebagai pensyarah di UIA. Jadi ahli politik sepenuh masa. Lagi pun Pilihan Raya umum semakin hampir, mungkin nama beliau sudah pun disenarai pendek oleh Anwar Ibrahim atau Haji Hadi sebagai calon pilihan raya mewakili PAS. Pada hemat saya, beliau bukan lagi seorang ahli akademik yang jujur, bahkan banyak pandangannya lebih bercorak populis dan memenangkan sesuatu pihak sahaja. Undang-undang bukan sahaja teori, lebih jauh daripada itu, ia adalah isu berkenaan pelaksanaan. Tidak semudah bercakap untuk melaksanakan itu dan ini - undang-undang berdiri dan berjaya, bergantung kepada kaedah pelaksanaannya.

Bercakap memang mudah, semua orang boleh bercakap - tetapi itu orang politik, seperti Anwar dan kuncu-kuncunya. Lantaran itu, Aziz Bari tidak perlu lagi bersembunyi di sebalik wajah akademik, elok terus jadi ahli politik, lagi mudah hentam kerajaan. Kita tidak mahu gajinya di bayar oleh kerajaan BN yang dipilih oleh rakyat, untuk menghentam semula kerajaan BN yang sememangnya merupakan pilihan rakyat dalam PRU yang lalu. Aziz Bari patut letak jawatan dari UIA - berasa malu dengan diri sendiri.

KUALA LUMPUR 11 Okt. - Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) membidas tindakan pakar Perlembagaan, Prof. Dr. Abdul Aziz Bari yang mempertikaikan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung isu pemeriksaan sebuah gereja di Damansara Utama Ogos lalu.

Yang Dipertuannya, Azwandin Hamzah berkata, kenyataan itu menunjukkan Abdul Aziz tidak faham dan tidak menghormati kuasa yang ada pada Sultan sebagai ketua agama Islam. Katanya, sultan bukan sahaja menegur tetapi mahu bertindak adil kepada kedua-dua pihak supaya tidak timbul ketegangan.

''Saya rasa pandangan itu tidak ikhlas, silap dan mempunyai agenda peribadi untuk kepentingan beliau sendiri. Saya juga tidak menolak kemungkinan ia adalah agenda pihak tertentu yang ingin menggunakan beliau,'' katanya dihubungi, di sini, hari ini.

Dalam kenyataan yang disiarkan oleh portal pro pembangkang Malaysiakini, Abdul Aziz dipetik berkata, tindakan Sultan Selangor campur tangan berhubung isu pemeriksaan gereja tersebut bukan sesuatu tindakan yang lazim.

Menurut Abdul Aziz, sebagai ketua agama Islam negeri itu baginda mempunyai hak untuk campur tangan tetapi ia perlu dilakukan selaras dengan ajaran Islam. Malahan beliau secara terbuka menyifatkan tindakan Sultan Selangor dilihat tidak konsisten. Sementara itu, pelbagai pihak turut membidas Malaysiakini kerana menyiarkan komen-komen yang mempertikaikan titah Sultan Selangor dalam isu berkenaan.

Komen-komen pembaca tersebut dibuat bagi mengulas kenyataan Abdul Aziz. Melalui komen-komen yang disiarkan itu, terdapat pembaca yang mempertikaikan titah Sultan Selangor dengan menuduh baginda memihak kepada UMNO dalam membuat keputusan dan ada juga komen pembaca yang sanggup mempertikaikan kedudukan sultan sebagai ketua agama negeri yang dilantik.

Mengulas tindakan tersebut, Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohamed Maliki Mohamed Rapiee berkata, perbuatan portal itu menyiarkan komen-komen sedemikian perlu diberi perhatian serius dan tindakan segera harus diambil terhadap mereka kerana perbuatan berkenaan amat tidak bertanggungjawab.

Katanya, tindakan tersebut bukan sahaja mencabar kredibiliti Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang menjalankan siasatan ke atas gereja berkenaan malah turut melibatkan kredibiliti Sultan Selangor selaku ketua agama Islam di negeri itu.

"Malaysiakini gagal menjalankan tanggungjawab sebagai sebuah pertubuhan media yang berhemah. Tindakan menyiarkan komen-komen terbabit ternyata mencemarkan kredibiliti Sultan Selangor sebagai ketua agama.

"Tindakan tegas perlu dikenakan terhadap mereka. Perkara seumpamanya tidak boleh dibiarkan kerana kita khuatir ia akan menjejaskan imej agama dan juga sultan," katanya.

Sementara itu, Setiausaha Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan Malaysia (GNM), Mohd. Jurit Ramli pula meminta umat Islam bersikap berkecuali dan tidak mengambil kira untung atau rugi dari sudut politik apabila membincangkan soal akidah.

Katanya, tindakan mempertikaikan titah Sultan Selangor itu tidak sepatutnya berlaku jika umat Islam memikirkan kesannya terhadap agama.

"Kita tidak boleh berkompromi dalam isu akidah Islam. Perkara seumpama ini tidak boleh dipolitikkan kerana apa yang haram tetap haram, apa yang halal tetap halal," jelasnya. Beliau juga menggesa menggesa tindakan segera diambil terhadap portal berita berkenaan supaya kejadian sama tidak berulang.

"Malaysiakini seharusnya menapis terlebih dahulu komen-komen yang ingin disiarkan kerana khuatir ia boleh memberi kesan negatif terhadap sesuatu agama atau kaum.

"Saya tidak pasti apa tujuan mereka menyiarkan komen-komen yang mempertikaikan titah baginda sultan. Kemungkinan besar mereka mempunyai niat tertentu untuk memburukkan imej sultan dan perkara ini perlu diperjelaskan," ujarnya.

4 comments:

Anonymous said...

prof ni dengarnya dah dapat title datuk. dulu dia bukan main bidas prof yg ada title datuk kononnya kaki bodek dan mcm2 lg fitnah. agaknya skrg ni dia dapat title sebab bodoek juga ke?

Anonymous said...

Prof Bari atau Prof Babi? ada yg yg gelar prof mangkok. boleh blah la, kalau setakat jadi barua komunis dap dan yahudi dap. Gaji kamu tu tak halal pun

ddinbunga said...

SALAM, KALO JANTAN MASUK LA BERTANDING ATAS PARTI PEMBANGKANG, NAK TENGOK PERIUK NASI TU KOSONG.

LAWATI KE BLOG DDINBUNGA.BLOGSPOT UNTUK PERKEMBANGAN YB DS AHMAD HUSNI, THANKS

Anonymous said...

Alangkah amannya jika kita kembali ke zaman tiada internet, yang ada cuma Utusan Malaysia, RTM dan TV3.