Tetamu Kehormat...

October 3, 2011

Konflik Nik Aziz - Karpal Singh : Siapa Sebenar Lidah Bercabang?

Cukup-cukuplah PAS bersikap hipokrit dalam isu ini. Tetapkan sahaja pendirian dan jangan main wayang lagi - bimbang kelak terkena batang hidung sendiri. PAS terlalu banyak berpura-pura dan bersembunyi dalam soal ini. Sejak daripada dahulu lagi, sikap takiyah PAS diterjemahkan melalui konsep "tahalul siyasi" dengan DAP - dengan harapan untuk menumpaskan UMNO yang dibenci. Bersekongkol dengan musuh Allah untuk menghancurkan saudara seIslam sendiri. Tangan perpaduan yang dihulurkan oleh UMNO ditepis oleh PAS demi mengejar kuasa dan sedikit habuan dunia yang dihiasi dengan kata-kata retorik "kami mahu melaksanakan Islam melalui kuasa demokrasi" - niat suci itu tidak akan tercapai, selagi PAS menjadikan saudara seIslamnya UMNO sebagai musuh yang dikafirkan. Bersediakah PAS menghadapi kekalahan yang bakal menjelma tidak lama lagi?

KUALA LUMPUR, 2 Okt – DAP tidak ada sebarang masalah dengan PAS dalam kebanyakan isu besar kecuali soal hukum hudud, kata Pengerusinya Karpal Singh hari ini. “Kami tiada apa-apa (sebab) untuk menentang PAS. Dalam isu-isu besar, kami memiliki pendirian yang sama.

“Tetapi kami mendapati pendirian PAS tidak konsisten dengan Perlembagaan Persekutuan,” kata beliau pada satu sidang media di George Town hari ini. Karpal juga berkata, beliau terkejut dengan kenyataan Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam bahawa parti itu telah bersetuju pada dasarnya dalam soal pelaksanaan undang-undang hudud yang diluluskan di Kelantan dan Terengganu masing-masing pada 1999 dan 2003.

“Kami tidak bersetuju pada dasarnya berhubung perundangan (hudud),” kata beliau dipetik Star Online hari ini. Karpal berkata pemimpin-pemimpin DAP telah membuat pendirian yang jelas pada satu mesyuarat Pakatan Rakyat Rabu lalu bahawa hukum hudud tidak seiring dengan Perlembagaan Persekutuan. Mengenai ketidakhadiran beliau pada majlis sambutan 60 tahun PAS di Kepala Batas semalam, Karpal berkata, beliau tidak hadir sebab kurang sihat.

“Saya telah memaklumkan ibu pejabat bahawa saya tidak dapat hadir majlis (semalam),” kata Karpal sambil menambah, beliau bukan dengan sengaja cuba mengelak majlis itu.

14 comments:

Anonymous said...

ape isu yg tuan nk bwk?bkn kah pas nie mmg bersungguh2 ingatkan hukum hudud Allah nie di laksanakan?bknkah tok guru bersungguh2 mempertahankan prinsip dia nk menegakkan syariat Allah?masalah dap xmau hukum hudud bkn sesuatu yg pelik krn dia mmg kafir...ape plak peranan umno yg mengaku Islam spaya syariat Allah dilaksanakan?bkn jelas2 umno menolak hudud??so ape perlunya pas bergabung dgn umno?

sama jer umno tolak hudud,dap pn tolak hudud...tp klu org kafir tolak hudud x pelik sgtla...tp klu yg mengaku Islam sndiri tolak n mempersendakan syariat Allah tue nk kata ape plak?

nk tanye jgk sape yg jd tungangan sape?bila chua soi lek x nk hukum hudud tiba2 pm bg kenyataan kata hudud tidak akan dilaksanakan di Malaysia...tp bila dap sentuh pasal hudud n x stuju dgn hudud tp pas tetap mempertahankan pendirian n tetap jgk akan sdaya upaya utk melaksanakan hudud di kelantan..

xyahla ckp belit2 tuan..jgn jd org munafikla...bila org rmai dah celik dgn sgala penyelewangan umno kelam kabut hulur tgn ajak bersatu dgn pas...kunun2 nk jaga melayu...melayu nk yg korg jaga?melayu2 atasan?habis sume korg gadai dah hak2 melayu ape lg jer yg tggl...ckup2 la org dah smakin celik skrg..terima kenyataan atau x...tgkla perubahannya nnti..stiap kebathilan pasti akan jatuh jgk...

Anonymous said...

Aikkk.... Hj Hadi pun kata Hudud cuma 0.001% saja.. camana nihh... UMNO tak tolak hukuk tu, cuma masa yg belum sesua... Pi la jilat bontot Nik Aziz tuhh... muga-muga dpt kentut yang wangi... Nik Aziz dan Anwar adalah sama.. setakat lulus dlm pengajian bahasa saja...

Salam semua (R)... said...

Saudara Anon October 3, 2011 1:30 AM,

Sikap Pas dari dulu begitulah. Kenapa tidak mahu mengambil pendekatan yang lebih mulia dan berhikmah. Nabi Muhammad SAW kalau beliau adapun sekarang ini, tidak akan mengambil pendekatan sebegitu.

Islam mengajar kita supaya lebih berhikmah dan bijaksana dalam berdakwah.

Cara Pas berdakwah dengan asyik menyalahkan pihak pemerintah yang tidak zalim kepada Allah amatlah tidak bertepatan selain menyalahi syariat Allah.

Sebaik-baiknya berbincanglah secara Ilmiah di medium yang sesuai. Biasakanlah diri berkumpul dengan para-para Mufti dan janganlah menjauhi mereka. Kalau kita rasa diri kita pandai, ketauhilah, masih ramai lagi insan yang pandai dan beriman di luar sana.

Saya juga percaya DS Najib tidaklah sekejam Firaun menolak semua cadangan membabi buta.

Selain itu Pas janganlah bertindak secara tidak ikhlas dengan mengatakan Pas akan melaksanakan hudud ini bilamana mereka dan rakan sekutu PR yang lain menang dalam PRU 13 nanti...
Semua orang tahu bahawa DAP secara nyata telah menolak hudud dan pembentukan negara Islam...

Apa ini semua? sedarkah saudara bahawa semua kenyataan ini akan dipersoalkan balik di padang Mahsyar kelak?

Adakah kerana dendam lama menjadi penyebab mengapa Pas tidak mahu bersatu dengan UMNO / pemerintah ?

Nik Aziz selalu mengungkit perkara ini berulang-ulang kali. Nasihatlah saya pada Nik Aziz, sebagai Ulama / Pendakwah, perkara mazmummah sebegini, perlulah dielak dan dibuang daripada amalan kita apatah lagi diperdengarkan kepada orang ramai berkali-kali.

Tak kena tu Tok Guru. Nabi mengajar kita saling bermaafan dan mengasihani sesama umat Islam sehinggalah ke saat beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Bertaubatlah...dan kembalilah ke pangkal jalan.

Terima kasih saudara Azli.

Anonymous said...

DAP tolak hudud ni sebab dia kafir dan tak tahu hukum islam.

Yang ni UMNO kan parti ISLAM pun tolak hudud.UMNO tak paham Hukum hakam ISLAM ke?

HUDUD ni hukum dari siapa?

HUKUM DARI ALLAH.

HUDUD bukan DARI PAS.

Anonymous said...

Kalau UMNO betul-betul ingin persaudaraan sesama Islam berlandaksan keadilan dan hak, royalti untuk Kelantan jangan diberi dolak-dalik lagi. Dalam perkara hudud, UMNO perlu membantu PAS untuk merealisasikan hudud dengan langkah pertama. Jangan bermuka-muka seperti orang hipokrit.

samagreen said...

Allah tu Maha Rahman, Allah tu Maha Adil!

Jadi manusia yg beriman perlu belajar jadi org yg penyayang lagi adil!

Ada tiga perkara besar yg Nik Aziz kena buat sblum beliau cakap pasal hudud (atau sblum kita kembali menemui Allah)?

Pertama: Letak jawatan MB, utk beri peluang kpd org2 muda yg lebih bertenaga, dan tumpukn kpd kerja2 dakwah yg masih banyak tertunggak [Al A'la: 16-17];

Kedua: Bersangka baik sesama manusia, apatah lagi sesama Islam. Dan menyambut baik hasrat kumpulan yg mahukn perpaduan (andai beliau tergolong dlm org2 yg beriman, yg berjiwa besar!) [At Taubah: 111];

Ketiga: Berjumpa dgn Saiful! iaitu org yg didakwa tlh 'menfitnah' kawan karibnya Anwar [Al A'raf: 29, Al Hujurat: 6)

Anonymous said...

MCA buat resolusi bantang perlaksanaan hukum hudud (bukan hudud PAS saja) di Malaysia. Kalau UMNO yang dominan dan big brother dlm BN hanya diam menikus,namanya dayus. Atau mungkin UMNO sendiri tiada cita-cita langsung fasal hudud kononnya sudah tiada relevan dgn zaman. Jangan marah kalau orang panggil UMNO parti sekular.

Anonymous said...

yg dok sruh TGNA ltk jwatan pasai apa?yg spatut ny di dsak utk mltak jawatan ada lh pmimpin yg asyk mengaut kkayaan ngara utk dri mreka dn kroni2.buat pngndali blog,jwpan pd prtanyaan anda snang je.Pmimpin UMNO lidah brcabang.Msa mreka mnang mreka cuba hapus kn PAS dr arena politik Mlaysia tp bla mreka klah,mreka twar kn PAS krajaan prpaduan.Sdang kn Allah mnrima taubat smasa manusia tu msh sihat dn bkn ny msa nyawa dh brada di halkum.Msa dh susah bru tringat nk prpaduan.

Anonymous said...

Kalau PAS belum bersedia, mengapa sudah berani bercakap? Orang tidak berani masuk gelanggang kalau latihan belum cukup. Tapi PAS lain nampaknya. Orang mula keliru dengan pandangan perjuangan Islam yang PAS anuti. Kita jadi lebih malu dan kecewa lagi apabila mengetahui bahawa sampai saat ini PAS belum menyiapkan draf hukum hudud yang diminta. Bahkan apa yang berlaku, rupa-rupanya PAS meminta tenaga luar untuk menyiapkan kertas kerja tersebut iaitu Tan Sri Prof. Ahmad Ibrahim dan Dr. Mahmud Saedon Awang Othman. Tapi sebelum kedua-dua orang ahli undang-undang itu memulakan kerja, mereka telah pun menarik diri. Menurut laporan, dalam pertemuan dengan Jawatankuasa Hudud Negeri Kelantan (ditubuhkan selepas tiga bulan PAS memerintah Kelantan), salah seorang daripada mereka telah bertanya, "Mana draf mengenai undang-undang hudud yang telah dibuat oleh Kerajaan Negeri?" Pihak PAS menjawab, "Pihak Kerajaan PAS Negeri Kelantan belum pun menyiapkan draf tentang hukum hudud."

Ditanya lagi oleh pihak ahli undang-undang Malaysia itu, "Mengapa PAS Pusat tidak menyiapkannya?"

Tanpa menjawab, ada setengah perwakilan PAS macam marah-marah pada kedua-dua ahli penal jemputan ini.

Apa ertinya Kelantan itu dinamakan "Negeri
Islam"; kalau keadaan di dalamnya sama saja dengan apa yang
ada di negeri-negeri lain? Apakah cukup ke-Islamamrya dengan
nama dan perlembagaan bertulisnya saja Islam sedangkan
sistem hidup di dalamnya bukan sistem Islam?

Anonymous said...

Jakim,majlis fatwa,yadim,perkim,UIA dll dibawah kuasa eksekutif persekutuan. Tunggu PM, orang paling berkuasa, cakap je..kita perlu ambil langkah pertama dari ribuan perjalanan untuk mendaulatkan hukum Allah di muka bumi ini.

Zek said...

Anon 1.30 AM, 9.40 AM, 10.55 AM.

Sebelum nak menuding jari, muhasabah dulu. Sedarlah bahawa MB Kedah pun tak terima HUDUD PAS untuk dilaksanakan di negeri pimpinannya. MB DS Azizan tu orang UMNO ke? MB Selangor juga tolak HUDUD PAS. TS Khalid Ibrahim pemimpin UMNO ke?

abg kamal said...

aku sokong hudud.klu d laksanakan.. mula2 mintak anuar berahim direjam sampai mampos dulu.. lpas tu niky ajis lak d sebat pasal mulut bercabang

abg kamal said...

satu lagi lakonan niky ajis dalam drama menjelang pilihan raya

abang sasa said...

sialan punyer pas.....