Tetamu Kehormat...

October 13, 2011

Jangan Panggil Aku Hantu!

Setelah ISA dimansuhkan, semakin berani rakyat Malaysia menghina dan merendah-rendahkan institusi raja. Yang terbaru Dr Aziz Bari cuba mengkritik dan seakan-akan merendah-rendahkan peranan sultan Selangor. Aziz Bari buat-buat tidak faham bahasa (baca di sini). Memang tidak salah mengkritik raja, tetapi yang salah ialah sikap mengkritik secara terbuka terhadap sultan Selangor dan sikap berat sebelah Aziz Bari dalam mengkritik kerajaan dan memejamkan mata serta memekakkan telinga terhadap penyelewengan pihak pembangkang, khususnya Pakatan Rakyat. Malang sungguh, tidak pula kedengaran komen Aziz Bari berhubung kes liwat Anwar Ibrahim yang tertangguh hampir 4 tahun - mengapa perkara seperti ini tidak diberi perhatian serius oleh Aziz Bari. Bukankah itu merupakan pembaziran wang rakyat?

Begitu juga dengan isu "lompat parti" yang berlaku di Perak - Aziz Bari mengkritik sikap wakil rakyat PR yang tidak menghormati pilihan rakyat sehingga tumbangnya kerajaan PR di negeri tersebut, tetapi pada masa yang sama beliau "memberi lampau hijau" kepada idea 16 September Anwar Ibrahim, bahawa kerajaan BN boleh ditumbangkan melalui penghijrahan 40 ahli parlimen BN menyertai Pakatan Rakyat, dan ia tidak boleh dianggap sebagai menodai pilihan rakyat. Bahkan perbuatan tersebut dianggap sah di sisi undang-undang, walaupun ia jelas tidak bermoral.

Maka, jelaslah tafsiran undang-undang yang sering dikemukakan oleh beliau kepada media, merupakan tafsiran perundangan yang bersifat memihak kepada golongan tertentu dan bukan berpaksikan kepada kebenaran. Dengan kata lain - Aziz Bari sudah boleh digolongkan sebagai ahli politik dan bukan lagi ahli akademik yang berpegang kepada integriti ilmu dan kebenaran ilmiah. Hujah perundangan beliu adalah hujah-hujah terpilih dan berkepentingan - bukan hujah kebenaran! Selayaknya beliau harus segera menanggalkan jubah akademiknya dan menyarungkan pula jubah politik. (klik di sini).

5 comments:

Adi Kencana said...

Aziz Bari ni memang pro pembangkang, jadi semua ulasan dia memanglah pro pembangkang. Memang x boleh nak harap ulasan yg neutral dari dia ni.

ANWAR IBRAHIM: HERO TAHI KUCING DI KAMPONG BHARU. Baca di sini...

http://apakecoh2.blogspot.com/

Anonymous said...

Perlakuan Umno terhadap Raja-Raja semasa itu amat memalukan kerana Umno menghina Institusi Raja yang menjadi teras kepada identiti dan maruah orang Melayu. Secara tidak langsung UMNO lah yang mengajar orang lain (Bangsa) lain menghina orang Melayu

UMNgok sekarang sedang sesak nafas dan tidak cukup oksigen untuk bernafas, maka cuba memanjangkan talian hayat sampai ke pagar istana. Mereka cuba memainkan sentimen bahawa sekarang ada pihak yang hendak menggugat Raja-Raja Melayu. Dengan harapan orang Melayu akan simpati dan menyokong mereka. Sekarang mereka nak jadi jaguh pejuang agama, mereka juga nak jadi jaguh pertahan Melayu, mereka lah juga nak jadi hero mempertahankan Raja-raja Melayu.

Tindakan mereka umpama kentut kepal dan sedut perlahan-lahan di hidung. Sebenarnya pemimpin umno silap, bahawa sejarah tidak boleh menipu, walaupun pemimpin umno kaki penipu dan putar alam dalam isu Raja-Raja Melayu.

Nak tahu kisah UMNO hina Raja Melayu sila baca catatan Sejarah ini.

Pengasas Umno Dato’ Onn Jaafar dibuang daripada istana Johor pada tahun 1920 dan membawa diri ke Singapura kerana kritik Sultan atas isu harta.
Tahun 1974 Tan Sri Ghazali Jawi (bapa Dato’ Seri Tajul Rosli) yang tidak mahu meletak jawatan Menteri besar Perak, walaupun perjanjian asal dia hanya hendak pegang dua tahun sahaja. Apabila sampai masanya dia tidak mahu lepas jawatan. Sultan Idris murka dan bernazar tidak mahu cukur jambang, selagi Ghazali Jawi tidak mahu letak jawatan. Bukankah ini derhaka namanya. Tiba-tiba Datuk Seri Tajul Rosli kata Umno tidak pernah derhaka tidak pernah ucap macam Nizar.( UM 12/2/09). Tindakan bapanya kepada Sultan Perak apa pula maknanya.

Anonymous said...

salam bro..kalau u kata UMNO yg mula2 derhaka sultan, mengapa tabiat buruk umno itu u all ikut? so u all dgn UMNO sama sahaja, tidak ada beza. Kita pilih PR kerana PR berbeza dgn UMNO, bukan kerana PR itu sama aje dgn UMNO.

drsbos said...

Sifat menyalahkan pihak lain merupakan satu kaedah yang digunakan sebagai alasan menutupi kelemahan diri. Saling menyalahkan sudah menjadi satu kelaziman.

Sdr Aziz Bari juga tidak terkecuali menyatakan pendapatnya menyalahkan pihak istana telah melakukan sesuatu diluar kelaziman kerana mencampuri urusan politik. Sebagai pakar perlembagaan yang berkaitan dengan monarki, amat diharapkan beliau menerangkan maksud tersebut (melakuan di luar kelaziman oleh pihak istana)berdasarkan teks ucapan dari istana agar semua mampu memahaminya.Beliau juga telah melakukan sesuatu diluar kelaziman kerana tidak menyalurkan pendapatnya secara yang lazim terhadap pihak istana.Kelemahan pihak yang memerintah telah meletakkan istana sebagai pihak yang perlu mengatasi masalah yang berkaiatan dengan aqidah Melayu Islam. Mari kita bersama-sama bersifat kritis sebagaimana Sdr Aziz Bari anjurkan yang berkaiatan dengan masalah aqidah Melayu Islam. Apa yang ditulis bermatalamat untuk memperkasakan Melayu Islam yang masih ketinggalan dalam banyak perkara termasuk dari segi aqidah. Amin

V7 said...

Anonymous October 13, 2011 11:19 AM
said...

Perlakuan Umno terhadap Raja-Raja semasa itu amat memalukan kerana Umno menghina Institusi Raja yang menjadi teras kepada identiti dan maruah orang Melayu. Secara tidak langsung UMNO lah yang mengajar orang lain (Bangsa) lain menghina orang Melayu

UMNgok sekarang sedang sesak nafas dan tidak cukup oksigen untuk bernafas, maka cuba memanjangkan talian hayat sampai ke pagar istana. Mereka cuba memainkan sentimen bahawa sekarang ada pihak yang hendak menggugat Raja-Raja Melayu. Dengan harapan orang Melayu akan simpati dan menyokong mereka. Sekarang mereka nak jadi jaguh pejuang agama, mereka juga nak jadi jaguh pertahan Melayu, mereka lah juga nak jadi hero mempertahankan Raja-raja Melayu.

Tindakan mereka umpama kentut kepal dan sedut perlahan-lahan di hidung. Sebenarnya pemimpin umno silap, bahawa sejarah tidak boleh menipu, walaupun pemimpin umno kaki penipu dan putar alam dalam isu Raja-Raja Melayu.

Nak tahu kisah UMNO hina Raja Melayu sila baca catatan Sejarah ini.

Pengasas Umno Dato’ Onn Jaafar dibuang daripada istana Johor pada tahun 1920 dan membawa diri ke Singapura kerana kritik Sultan atas isu harta.
Tahun 1974 Tan Sri Ghazali Jawi (bapa Dato’ Seri Tajul Rosli) yang tidak mahu meletak jawatan Menteri besar Perak, walaupun perjanjian asal dia hanya hendak pegang dua tahun sahaja. Apabila sampai masanya dia tidak mahu lepas jawatan. Sultan Idris murka dan bernazar tidak mahu cukur jambang, selagi Ghazali Jawi tidak mahu letak jawatan. Bukankah ini derhaka namanya. Tiba-tiba Datuk Seri Tajul Rosli kata Umno tidak pernah derhaka tidak pernah ucap macam Nizar.( UM 12/2/09). Tindakan bapanya kepada Sultan Perak apa pula maknanya.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

wahai anjing kurap anwar ibrahim...cukup-cukup lah hisap dan jilat kote anwar tu...tak kan kau nak hisap sampai kau termuntah pulak...