Tetamu Kehormat...

October 30, 2011

Isu Konsert Di Genting : PAS Terlupa Persamaan Antara Elton John dengan Anwar Ibrahim

PAS marah Elton John datang ke Genting Highland buat konsert - alasanya penyanyi tersebut merupakan seorang gay. Tetapi pada masa yang sama, PAS lupa siapa Anwar Ibrahim! Elton John mengaku bahawa beliau adalah seorang gay dan Anwar Ibrahim pula sudah dijatuhkan hukuman meliwat Azizan dan sekarang sedang dibicarakan kerana meliwat Saiful Bukhari pula. PAS Pahang sibuk berjuang menghalang konsert Elton John, tetapi terlupa berpuluh-puluh konsert masuk ke Selangor.

PAS membenci gay, tetapi terlupa untuk berdakwah dan menyelesaikan masalah gay yang semakin "berlambak" di Selangor dak Kuala Lumpur - apa yang PAS telah lakukan bagi mengurangkan masalah tersebut? Gay ini penyakit yang terkena kepada semua umat - tidak mengira Melayu, Cina atau India - semua pelaku luar tabii ini mesti dihukum dengan hukuman yang sama. Apabila hukum Hudud dilaksanakan, maka tidak kira Islam atau kafir, semuanya tertakluk kepada hukum Allah tersebut. Ini bukan penyakit umat Islam sahaja! Islam tidak diturunkan sekadar untuk menyelamatkan orang-orang yang beriman sahaja, sebaliknya Islam adalah untuk kesejahteraan umat manusia. Mana mungkin Hudud hanya untuk orang Islam semata-mata, kalau Islam itu sendiri membawa rahmat kepada seluruh manusia?

Elton John dibenci, tetapi apabila PAS disuruh menyertai HIMPUN macam-macam alasan diberi. PAS kata hukum Hudud hanya untuk orang Islam sahaja, seperti mana solat, puasa dan zakat -padahalnya ia adalah hukum untuk semua orang yang berada di bawah pemerintah Islam. Hukum Hudud tidak boleh diqiaskan dengan sebegitu rupa, ia adalah hukum yang ditetapkan untuk keadilan bagi seluruh umat manusia tidak mengira seseorang itu Islam atau kafir. Nabi bersabda, “Bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alihi wa Sallam telah pun menghukum rejam dua orang Yahudi. Kedua-dua itu sebelum berzina telah merasai persetubuhan melalui perkahwinan di dalam agamanya”. (Bukhari).

Bahkan, sekiranya kita mendakwa bahawa hukum Hudud hanya dikenakan atas umat Islam sahaja, maka secara tidak langsung kita telah menolak perintah Allah yang mewajibkan hukum Islam dilaksanakan sepenuhnya. Dan di mana kita mahu meletakkan firman-firman Allah yang mulia ini? “Maka putuskanlah perkara atas mereka menurut apa yang Allah turunkan (hukum Islam), dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka dengan meninggalkan kebenaran (hukum Islam) yang telah datang kepadamu” [TMQ al-Maidah (5):48].

Firman Allah lagi, “Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab kepadamu dengan membawa kebenaran, supaya kamu menghukum antara manusia dengan apa yang telah Allah wahyukan kepadamu” [TMQ an-Nisa (4):105]. Di sini Allah menggunakan perkataan "manusia" dan bukan perkataan "orang-orang beriman" sahaja.

Firman Allah lagi, “Perangilah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan tidak beriman kepada hari akhirat, dan mereka pula tidak mengharamkan apa yang telah diharamkan oleh Allah dan RasulNya, dan tidak beragama dengan ugama yang benar, iaitu dari orang-orang yang diberikan Kitab (kaum Yahudi dan Nasrani), sehingga mereka membayar jizyah dengan keadaan tunduk patuh” [TMQ at-Taubah (9):29].

Firman Allah lagi, “Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab sebahagian dari dosa-dosa mereka; dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik” [TMQ al-Ma’idah (5):49].

PAS sudah terlalu banyak menyeleweng dan terpesong jauh daripada landasan perjuangannya - kerana nafsu politik dan kemaruk untuk berkuasa, Islam telah dijadikan komoditi yang dijual beli atas nama demokrasi. Dan apabila Islam diletakkan di dalam peti undi, maka inilah jadinya. (Baca juga penjelasan menarik Hizbut Tahrir di sini).

4 comments:

Anonymous said...

Dah tak ade modal lah tu.... PAS - Piti Ambik Sokmo, Parti Anak Sialan,

Anonymous said...

sebelum kalian berkata apa-apa fikirkan disebelah kiri kalian malaikat Atiq mencatat sebarang tindakan kita. Sudahkah kalian mempunyai 4 orang saksi yg ADIL (baik amal Islami dan aqidahnya) ketika menuduh sedara seIslam kita meliwat? Jika tidak, kalian WAJIB disebat 80 kali mengikut hududullah/Qazaf!! Ketika hukum ini tidak tertegak lagi kerana sokongan kalian pd pemimpin yg MURTAD kerana menolak hudud, siap siagalah terima hukuman yg lebih berat di akhirat..

Muhammad Azli Shukri said...

wahai sahabat anwar sudah dihukum dengan hukuman takzir..dalam isu liwat azizan, jgn berdolak-dalih dan jgn masih mempertahankan kebathilan, kelak tuan juga yg merana.

Anonymous said...

Nasihat saya pada Elton John, join PKR dulu sebelum bercita-cita nak buat konsert tu.