Tetamu Kehormat...

October 30, 2011

Isu Elton John - Mesej Asri Jelas Pemuda PAS ala-Taliban

Pemuda PAS tidak perlu gusar dan melenting dengan teguran Dr Asri berhubung isu konsert Elton John di Genting yang mendapat tentangan daripada PAS Pahang. Hakikatnya apa yang dikatakan oleh Dr Asri itu ada mesej yang jelas - iaitu selama ini sayap Pemuda PAS lebih mirip bersifat dan bertindak cara Taliban. Ini bukan cakap kosong, tetapi pengalaman peribadi saya sewaktu menuntut di Universiti Malaya sekitar tahun 1999-2003 membuktikan realiti tersebut. Pilihan Raya kampus di UM dijadikan medan oleh mahasiswa-mahasiswa yang Pro-PAS untuk bertindak ala-Taliban. Bukan setakat mencaci atau mengkafirkan para pelajar yang penyokong kerajaan, bahkan sesetengah daripada mereka juga bertindak liar sehingga mencetuskan pergaduhan. Kita jangan buat-buat lupa cara PAS melatih kader-kader pelajar universiti melalui program Tambrien - bertujuan untuk memastikan mereka berbaiat taat setia kepada pucuk pimpinan PAS. Inilah ala-Taliban yang sudah lama berakar umbi dalam kegiatan Pemuda PAS. Jadi Pemuda PAS jangan cepat melatah!

1 comment:

kelambuharimau said...

PAS memang macam taliban pun ,,berani mati untuk DAP