Tetamu Kehormat...

October 16, 2011

Isu Aziz Bari - Teh Candu Dari UIA

Walau apa pun hujah Aziz Bari - sebagai rakyat negeri Selangor susah sangat ke untuk memohon maaf kepada Tuanku Sultan Selangor? Perlukah Aziz Bari mengeluarkan ratusan ringgit untuk mengucapkan "Patik Mohon Maaf Tuanku" atas komen patik yang tidak disenangi ramai pihak - susah sangat ke wahai tuan profesor? Aziz Bari akan lebih dipandang hormat sekiranya sanggup memohon maaf, walau pun beliau merasa tidak melakukan apa-apa kesalahan. Namun demikian, komen beliau yang dipetik dan dipaparkan oleh MalaysiaKini sangat jelas bermotifkan politik - walau pun beliau tidak berniat sebegitu. Tetapi, soalnya komen beliau telah mencetuskan fitnah - sebab itu kita mahu Aziz Bari memohon maaf kepada Tuanku Sultan Selangor!

BEKAS PERDANA MENTERI Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan keengganan Profesor Dr Abdul Aziz Bari memohon maaf serta menarik balik kenyataannya yang mempertikai titah Sultan Selangor berhubung isu pemeriksaan gereja di Damansara Utama Ogos lalu, 'sebagai kurang ajar'. Beliau berkata kenyataan pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu bertentangan dengan moral masyarakat Timur dan boleh disifatkan sebagai kurang ajar dalam bahasa Melayu.

"Sama ada ia melanggar undang-undang, saya tidak tahu, tetapi dari segi moral, ia kurang ajar," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Konvokesyen Universiti Teknologi Petronas (UTP) Ke-11, Ahad. Dr Mahathir, yang juga Canselor UTP, diminta mengulas kenyataan Dr Abdul Aziz yang disiarkan sebuah portal berita bahawa tindakan Sultan Selangor campur tangan berhubung isu pemeriksaan gereja bukan sesuatu tindakan yang lazim.

Abdul Aziz dilaporkan berkata sebagai Ketua Agama Islam di Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhak campur tangan, namun ia perlu dilakukan selaras dengan ajaran Islam. Terdahulu, Dr Mahathir menyampaikan Anugerah Canselor Emas kepada graduan Sarjana Muda Kepujian Kejuruteraan Awam Lai Chin Leong, 23, ekoran kecemerlangannya meraih purata nilai gred kumulatif (PNGK) 3.89. Muhammad Aiman Jamaludin, 22, T. Kuhanesapathy, 23, pula menerima Anugerah Canselor Perak dan Gangsa.

5 comments:

ultraman said...

bapa segala kurang ajar adalah dr.Mahathir, kemudian perangai kurang ajar beliau diikuti ahli UMNO.
kalau tak percaya, tanya sahaja dengan Ku Li dan Rais Yatim.

Anonymous said...

bapa kurang ajar ialah nuar berahi

Anonymous said...

Melayu mudah lupa. Dia nak lupa apa yang kena pada dia, dia masih ingat apa yang kena ke atas orang lain.

Anonymous said...

Parti PAS kurang ajar. Sebab suka melawan kerajaan yang memerintah.
Parti UMNO terlebih ajar kerana yakin dengan kuasa sultan-sultan Melayu?

Parti DAP tersangat kurang ajar dan biadap kepada bangsa Melayu dan Islam.

Parti-parti lain umpama kura-kura yang perlu diajar, dari spesis yang suka masukkan kepala kedalam badan?

kik.. kih.. kih.. kih..
Semua parti politik serupa
"KI TA SE RU PA"

Anonymous said...

KUALA LUMPUR, 17 Okt: Prof Dr Abdul Aziz Bari berasa hairan dengan serangan bertubi-tubi yang dibuat ke atas beliau oleh akhbar milik Umno, Utusan Malaysia.

"Hari ini sudah lebih seminggu saya diserang oleh akhbar itu. Dan semalam, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pun ikut mengutuk saya. Sedangkan apa yang saya komen begitu ringkas dan tak lari dari peruntukan perlembagaan. Sekurang-kurangnya kalau dibandingkan dengan apa bekas Perdana Menteri itu buat masa beliau berkuasa.

"Kita semua tahu bagaimana dia mengutuk dan menelanjangkan Raja-Raja. Utusan pun dua kali masa itu. Selain menyiarkan pelbagai fitnah untuk menjatuhkan imej Raja-Raja mereka kata negeri-negeri yang tidak beraja - seperti Pulau Pinang - lebih maju dari negeri-negeri yang ada Raja," kata Aziz.

Hari ini profesor undang-undang UIAM dikunjungi oleh pegawai SKMM.

Secara kebetulan dalam kolumnya semalam Awang Selamat mengkritik badan tersebut yang dikatakan tidak peka dengan usaha pihak-pihak tertentu seperti Malaysiakini melalui individu seperti Aziz dalam soal memurtadkan umat Islam.

Aziz berasa kesal kerana kedudukannya dikutuk dan dipertikaikan.

"Ibarat permainan bola mereka bukan nak rebut bola dari kaki saya. Sebaliknya kaki saya pula yang disepak. Dan orang-orang lama seperti mantan Perdana Menteri itu pun ikut sama. Mereka keroyok saya ramai-ramai.

"Kalau tak setuju dengan hujah saya berilah hujah mereka pula. Saya pun nak belajar juga; mungkin mereka lebih betul. Menuduh saya derhaka, biadab, keliru dan ada agenda politik adalah tidak adil. Saya orang kecil, tak ada pengaruh. Apa yang mereka takutkan? Sebab itu saya nak saman mereka," ujarnya.

Bagaimanapun pakar perlembagaan negara itu amat terharu dengan sokongan masyarakat termasuk bekas-bekas pelajar beliau.

"Mereka bersusah payah menelefon menyatakan sokongan dan menyeru saya jangan undur. Itu tidak termasuk yang menulis dalam ruang maya untuk memberi semangat. Saya cukup berterima kasih kepada mereka," tambahnya.

Aziz berkata beliau sekadar mahu berkongsi dengan masyarakat apa yang beliau kaji selama ini.

"Dengan perkembangan terbaru ini saya sendiri terpaksa melihat semula teori saya mengenai kedudukan dan peranan Raja-Raja. Ini sangat berguna dan menarik bagi saya. Sebab itu saya tak minat hendak berpolitik sebab dunia akademik ini sangat mengujakan," ujarnya.