Tetamu Kehormat...

October 20, 2011

Isu Aziz Bari Lebih Utama daripada Isu Kristianisasi?

Kalau isu seperti ini cepat sungguh puak-puak ini "turun padang" untuk berdemostrasi. Tetapi, apabila disuruh hadir ke Stadium Shah Alam untuk mempertahankan akidah umat Islam, macam-macam alasan yang mereka berikan. Nampaknya, isu Aziz Bari jauh lebih penting daripada isu Kristianisasi yang sedang galak memurtadkan umat Islam di negara ini atas nama kebebasan beragama. Inilah natijahnya apabila Islam diletakkan di dalam peti undi! Nasihat saya kepada mahasiswa UIA yang menyokong Aziz Bari ini, tolong yea..jangan lupa turun pada Sabtu ini di Stadium Shah Alam untuk sertai HIMPUN. Jangan dok galak memperjuangkan kebebasan bersuara sahaja, sedar-sedar akidah anak beranak tergadai!

7 comments:

Anonymous said...

jangan lupa tolong perjuangkan nasib penjawat awam yang telah diberhentikan oleh pembangkang udah le.

Anonymous said...

Dr. Asri tulis dlm Malaysiakini tindakan UIA sbg tindakan mengampu.Kenapa Dr. Asri senyap je dlm kes di UNISEL? Yg kedua, tolong sebarkan Dr. Asri sebenarnya tak layak untuk pergi ke Oxford kerana bertentangan peruntukan perbekalan cuti perkhidmatan awam. Bukan cuti penyelidikan, bukan cuti sabatikal dan bukan juga pertukaran perkhidmatan. Bagaimanapun, beliau telah dibenarkan oleh USM untuk ke Oxford selama 10 bulan & bergaji penuh kerana campurtangan oleh bekas VC USM. Prof. Dzulkifli Razak. Pensyarah2 lain yg mendapat tawaran yg sama tidak dibenarkan oleh USM untuk pergi tetapi Dr. Asri dibenarkan kerana 'kabel' besar beliau ikut pintu belakang dgn VC USM dan VIP. Dr. Asri ni sangat hipokrit...dia lagi Pengampu Besar! Ni bukan fitnah..kalau tak percaya siasatlaj sendiri..dia pergi Oxford atas peruntukan cuti apa?

Staf USM

Anonymous said...

ayoyo, macam mana ranking nak naik kalau ciku kencing berdiri sementara anak ciku kencing berlari.

Anonymous said...

sepatutnya biarlah tuan empunya tubuh yang tuntut hak dia menerusi saluran yang ada. orang ketiga masuk campur buat apa? takkan semua urusan penjawat awam nak diselesaikan menerusi kaedah jalanan. apa ini? dah tak ada tamadun ke?

Anonymous said...

Staf USM

October 20, 2011 7:42 PM,

Kadang-kadang kita rasa kesian kat orang kerana berasakan hak orang itu telah dinafikan lalu membelanya tetapi tanpa sedar kita juga mungkin telah menafikan hak orang lain sebelumnya tetapi tidak menyedarinya.

Terima kasih atas info berkenaan. Ia bagus untuk dijadikan renungan.

Anonymous said...

Staff USM

kami semua dh tau lama perangai asri ni.tanyalah kwn2 yang belajar sekali dgn dia di Kolej Islam, Jordan dan UIA semua kenal siapa asri ni.dia ni mmg suka create kontroversi utk dapatkan perhatian.

itu saya xlayan sgt si asri ni.budak2 kat sini UK europe suka dgn pandangan asri yg kononnya reformis.dia mmg ckp xserupa bikin.asri I know what you did last summer.he he.jgn ckp ulama pengampu.anda pun lebih kurang juga.

bab fellowhsipnya di Oxford Islamic Centre,Oxford univeristy,saya agak terkejut juga mcm mana dia dpt cuti lagi sbb setahu saya sebatikal leave utk pegawai akademik mcm dia hanya diperolehi 5 thn sekali.cuti penyelidikan pun mana bole panjang sampai 10 bulan.tp sbb dia pakai cabel wireless tu dia dpt kot.kita semua xdengki pun dgn dia.cuma xsuka perangainya yg hipokrit.

my_counsel

Anonymous said...

Sesungguhnya penggantungan tugas Prof Dr Aziz Bari merupakan satu tamparan hebat terhadap kebebasan mengeluarkan pendapat yang tidak bercanggah dengan undang-undang.

Komen singkat Prof DrAziz Bari berkaitan dengan kenyataan Sultan Selangor itu sebenarnya bukanlah merupakan satu kenyataan yang berbau penderhakaan jika dibandingkan dengan kenyataan yang pernah di buat oleh para pemimpin Umno di tahun 1983 dahulu.

Namun kenyataan pemimpin Umno tersebut sampai sekarang langsung tidak di ambil tindakan malah telah diberikan liputan meluas oleh media perdana ketika itu.

Apakah ini bentuk sistem undang-undang yang kita mahukan untuk terus di wujudkan di Malaysia ? sistem double standard untuk dua darjat ?

Satu untuk Umno dan suku sakatnya yang boleh buat dan cakap apa sahaja dan satu lagi untuk rakyat biasa yang jika bersuara sedikit pun walau pun jelas apa yang disuarakan tersebut tidak melanggar sebarang peruntukan undang-undang tetapi dengan pantas akan di ambil tindakan.

Wahai seluruh rakyat Malaysia, bangunlah kamu dari tidur dan marilah kita beramai-ramai bertindak dengan satu tindakan yang paling minima dan pasti mampu dilakukan oleh saudara-saudara sekalian iaitu dengan kita semua mengundi siapa sahaja calon yang di tonjolkan oleh Pakatan Rakyat di dalam PRU ke 13 nanti.

Jangan sesekali kita mengundi calon Barisan Nasional, kerana jika mengundi calon ini pasti akan menyebabkan kita lebih tersepit di masa akan datang.

Jika pengorbanan sekecil ini pun kita tidak mampu lakukan maka usah kita bercakap tentang hasrat kita yang mahukan pentadbiran yang adil dan saksama......