Tetamu Kehormat...

October 21, 2011

Isu Aziz Bari Cuba Alih Perhatian daripada HIMPUN - Jangan Lupa Isu Dr Rosli

Saya mahu menasihat semua pihak agar isu Aziz Bari tidak mengalihkan perhatian kita daripada agenda besar umat Islam memerangi dakwah Kristianisasi di negara ini. Jangan sesekali kita terpedaya dengan perjuangan bohong Pakatan Rakyat atas nama "Kebebasan Akademik" - tidak wujud pun sebenarnya istilah kebebasan akademik. Masih kita lupa dengan apa yang berlaku atas bekas Naib Canselor UNISEL? Datuk Dr Rosli Saruwono yang "ditekan" agar meletakkan jawatan sebagai NC UNISEL beberapa bulan yang lalu? Baru beberapa tahun PR berkuasa di Selangor, perangai mengalahkan 54 tahun UMNO/BN memerintah negara. Jadi siapa yang lebih zalim? Isu Aziz Bari sengajar digembar-gemburkan bagi menutup isu yang lebih besar, iaitu agenda memurtadkan umat Islam di negara ini. Isu Aziz Bari diharap dapat melalaikan rakyat daripada turun berhimpun di Stadium Shah Alam Sabtu ini bagi menjayakan usaha HIMPUN. Malah, pada hemat saya Aziz Bari seharusnya menuruti langkah Dr Rosli jika ideologi politiknya tidak lagi serasi dengan pihak yang memerintah. Sudah, tumpukan perhatian dan sokongan kita terhadap agenda HIMPUN, Sabtu ini! Takbirr!

(Bernama) - Datuk Dr Rosti Saruwono mengambil keputusan meletakkan jawatan selaku Naib Canselor Universiti Selangor (Unisel) dengan notis 24 jam berkuatkuasa esok. Beliau mengesahkan peletakan jawatannya menerusi khidmat pesanan ringkas sebagai membalas SMS yang dihantar oleh Bernama bagi mendapatkan pengesahan berita tindakannya itu.

"Ada keputusan yang saya tak sanggup laksanakan iaitu untuk melucutkan jawatan tiga pegawai Unisel tanpa proses sewajarnya," katanya ketika menjelaskan antara punca beliau meletakkan jawatan. Berasal dari Klang, Selangor Rosti pernah berkhidmat sebagai Timbalan Presiden Bahagian Pendidikan Petronas dan rektor pertama Universiti Teknologi Petronas (UTP) sebelum dilantik sebagai Naib Canselor Unisel pada 2 Mac, 2009.

Beliau menggantikan Prof Datuk Dr Mohd Razali Agus yang mengosongkan jawatan itu pada Julai 2008. Semasa baru dilantik, Rosti berkata beliau tidak akan menjadi "Pak Turut" kepada mana-mana pihak dan ingin memastikan institusi pengajian tinggi swasta milik kerajaan negeri itu tidak dijadikan medan berpolitik. Menurut sumber, Rosti telah diarahkan oleh kepimpinan Unisel untuk melucutkan jawatan tiga pegawai -- Pendaftar Rokmaa Mat, Dekan Fakulti Perniagaan Prof Dr Khalifah Othman dan Pengarah Pemasaran dan Komunikasi Korporat Halid Hasbullah.

12 comments:

Anonymous said...

dan jangan lupa isu kurang asam dan terlebih garam yang mencetus reaksi berantai hingga berakhir dengan penggangtungan.

Anonymous said...

Inilah dia perjuangan puak-puak sial yg tidak berpijak di bumi nyata.

Didalam keadaan kita yg berusaha utk melahirkan suatu kerajaan yg adil dan berwibawa.

Ada pula satu puak yg hanya memikirkan utk membalas dendam, kononya jika pihak mengkritik boleh buat maka dia pun mahu buat sama.

Persoalannya, bukan masaalah Dr.Rosli atau Prof Dr Aziz Bari, tetapi masaalahnya ialah kebebasan utk mengeluarkan pendapat selagi tidak bercanggah dng undang-undang.

Bukan soal Pas atau Umno tetapi yg perlu di tanamkan di dalam jiwa kita ialah kita mahukan sebuah kerajaan yg adil dan saksama.

Bukan sebuah kerajaan yg bias, apabila kesalahan tersebut dilakukan oleh org kita maka di diamkan tetapi apabila kesalahan yg sama atau lebih kecil tetapi dilakukan oleh pihak lawan maka segera diambil tindakan.

Inilah yg perlu dibetulkan, tidak kiralah samada perkara ini boleh dilakukan oleh pihak kerajaan BN atau pihak kerajaan Pakatan Rakyat.

Tetapi sehingga setakat ini, nampak jelas kerajaan BN tiada hasrat mahu melakukan perubahan tersebut, munkin mereka merasakan beroleh keuntungan dari perlakuan sebegitu.

OLeh itu kita sebagai rakyat jelata perlu menanamkan sikap utk tidak menyokong sebuah kerajaan yg tidak ada hati mahu berubah.

Kita rakyat yg sepatutnya mempelopori perubahan tersebut.

Kita jangan sesekali menyokong pihak yg zalim........

Anonymous said...

Anon 12:12,

apa maksud kamu kebebasan mengeluarkan pendapat. apakah begini maksudnya: Contohnya:

Pas berkawan dengan Dap. Setelah berkawan dengan Dap, Pas batalkan hasrat negara Islam. Oleh itu saya berpendapat (dari sudut politik) Pas sekarang tidak lagi sebuah parti Islam.

Nah itu pendapat. Soalnya apakah kamu akan terima pendapat itu?

Anonymous said...

pada 1212 pegi berdiri depan cermin dan berkata: adakah saya betul?.

Anonymous said...

anon 12:21 dan 12:48, berkenaan Pas berkawan dng Dap dan menangguhkan hasrat negara Islam buat seketika.

Perlu difahami bahawa Pas tetap istikomah dng negara Islamnya cumanya perlu di tangguhkan buat seketika kerana menunggu mendapat majoriti 2/3 kerusi diParlimen.

Persoalannya kamu dan puak umno kamu yg berlakon seolah-olah beriya-iya sangat mahukan negara Islam kenapa tidak mahu memberikan sokongan ?

Jikalau umno mahu memberikan sokongan pasti dapat majoriti 2/3 tu....

Tetapi umno telah berkali-kali mengatakan bahawa mereka tidak BERHASRAT sesekali mahu menubuhkan negara Islam.

Habis kenapa kamu masih menyokong umno lagi jika kamu mahu negara Islam ?

Tentang Pas berkawan dng Dap walau pun tahu Dap tidak mahu negara Islam, ini kerana masaalah dharurat.

Didlm Islam ada ketikanya benda yg tak boleh tetapi kerana dharurat, di bolehkan.

Jika bersama Dap dapat menumbangkan kerajaan BN yg korup di bolehkan....ada faham ?

Ini perintah agama....

Sekarang BN cuma ada 2 pilihan, berubah atau di tumbangkan ...

Tetapi saya suka BN berubah supaya saya juga boleh menyokong BN di satu masa nanti... maksudnya saya tidak fanatik macam kamu...

Anonymous said...

Malaysia sudah negara Islam. Isu negara Islam tidak timbul lagi harap maklum.

Anonymous said...

Anon 2:26,

yang saya berikan adalah contoh. saya tidak mengatakan itu apa pendapat saya . ia hanya reaksi kepada kenyataan awak tentang kebebasan melahirkan pendapat.

nah meskipun cerita Dap dan Pas bukanlah pendapat tetapi pendapat rekaan saya semata-mata, tetapi oleh kerana kamu tidak dapat menerima itu pendapat saya (walhal ia sekadar pendapat rekaan) makanya kamu membuat artikel respons yang panjang lebar yang tiada kaitan dengan isu DR Bahari.

Bukankah ini menunjukkan kalau semua anak-anak dalam sebuah keluarga asyik mengeluarkan pendapat setiap kali si ayah mahu menyelamatkan aqidah anak-anak, akhirnya si ayah akan menyuruh anaknya sama ada tutup mulut atau mendedenda si anak kerana kurang ajar.

Tak salah memberikan pendapat tetapi dalam konteks ayah dan anak tadi, si ayah juga akan hilang kesabaran kalau si anak saja memberikan pendapat bertentangan setiak kali si ayah cuba berlaku adil dan protective.

otaklunyai said...

itu sebab jawa sekor ni boddoh... masih lagi penjilat amno laknatullah...

Tertido said...

anon 2:26 PM,
kamu sebenarnya tak tahu ttg majoriti,umno ada brp?pas ada brp?pkr?...apa itu darurat?adakah kamu sendiri yg menimbulkan darurat?jgn cakap kosong,politik demokrasi takkan membawa kamu kemana-mana:)
anon 12:12 PM,
kamu masih cetek dalam dunia konspirasi agaknya,gunakan akal yg diberikan Allah dan bergurulah pd yg benar2 ikhlas:)

Tertido said...

anon 2:26 PM,
kamu sebenarnya tak tahu ttg majoriti,umno ada brp?pas ada brp?pkr?...apa itu darurat?adakah kamu sendiri yg menimbulkan darurat?jgn cakap kosong,politik demokrasi takkan membawa kamu kemana-mana:)
anon 12:48 PM,(maaf 12:12PM:))
kamu masih cetek dalam dunia konspirasi agaknya,gunakan akal yg diberikan Allah dan bergurulah pd yg benar2 ikhlas:)

Anonymous said...

bertanding 80 kerusi nak dapat majoriti 2/3 dan akan tegakkan hudud.

pendapat macam ini budak tadika pun tahu ianya satu klentongan.

Anonymous said...

bukan sedikit profesor di negara Barat yang terpaksa meletak jawatan kerana mengeluarkan perkataan sadis, anti semitik, menghina agama, rasis dsbnya. apakah kita akan kata Barat tidak iktiraf hak bersuara?