Tetamu Kehormat...

October 18, 2011

Di Manakah Para Ulama PAS?

Di mana ulama PAS dan ulama-ulama lain yang selama ini sangat lantang memperjuangkan Islam? Mengapa masih bersikap tunggu dan lihat sahaja? Apakah kerana cadangan dan perhimpunan ini dianjur dan disokong oleh Tan Sri Harussani dan Datuk Zulkifli Noordin, maka ia tidak perlu disokong? Mana perginya para pemuda-pemudi PAS? Tunjuklah sokongan dan hebahkannya di dalam Harakah.

KUALA LUMPUR, 18 Okt — Himpunan Sejuta Umat (Himpun) hujung minggu ini, yang antara lain bermatlamat mahu menyatukan umat Islam bagi menegaskan pendirian mempertahankan akidah Islam dengan memfokus isu murtad, akan mengeluarkan deklarasi menggesa kerajaan menggubal satu undang-undang khusus bagi mencegah kes-kes murtad di kalangan Muslim.

Gesaan ke arah itu merupakan salah satu kandungan dalam deklarasi yang akan diputuskan di akhir perhimpunan, kata Setiausaha Sekretariat Himpun Aminuddin Yahaya ketika ditemui The Malaysian Insider di sini semalam.

Kandungan deklarasi mirip pandangan dikemukakan oleh Mufti Perak, Tan Sri Dr. Harussani Zakaria minggu lalu. Beliau mencadangkan agar pihak berkuasa agama supaya segera mewujudkan akta bagi menghukum individu yang terbukti bersalah memurtadkan orang Islam kerana ia jelas bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Menurut Harussani, ini kerana golongan yang cuba menyesatkan orang Islam tidak pernah berhenti berbuat demikian sejak dari dahulu lagi. Harussani, yang dijangka akan turut berucap pada perhimpunan, akta murtad perlu diwujudkan segera kerana gejala itu seperti virus terhadap bangsa Melayu Islam.

Meskipun belum ada angka rasmi dikeluarkan oleh pihak kerajaan mengenai kes murtad, pada tahun 2008 Harussani dilaporkan berkata terdapat 260,000 orang Melayu sudah dikristiankan di negara ini dan bilangan itu dikhuatiri bertambah saban tahun.

Dalam satu kenyataan semalam, International Renaissance Front (IRF) berkata tiada perangkaan tepat mengenai kes murtad dan bimbang Himpunan Sejuta Umat akan memberi gambaran salah dan buruk tentang Islam.

“Antara kandungan deklarasi ialah kami akan meminta kerajaan mengadakan akta yang khusus mengenai usaha mencegah kes-kes murtad, termasuk tindakan ke atas mereka yang menjalankan usaha-usaha memurtadkan orang Islam,” jelas Aminuddin.

Aminuddin yang juga Timbalan Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) berkata, deklarasi itu akan diserahkan kepada Majlis Raja-raja dalam waktu terdekat selepas selesainya perhimpunan julung kali ini.

“Mungkin dalam tempoh satu dua minggu kami akan mempersembahkan kepada Majlis Raja-raja... kita harap dengan segera, tetapi seperti biasa kami kena melalui beberapa protokol,” kata beliau.

Mengenai kandungan akta murtad yang disyorkan itu, kata Aminuddin, biro perundangan Sekretariat Himpun sedang menghalusi dan akan diumumkan kelak. Ketika ditanya sama ada deklarasi sedemikian akan dikemukakan kepada sultan dan gabenor di semua negeri, Aminuddin berkata, pihaknya yakin mesej mengenai gesaan itu akan sampai ke peringkat negeri sebaik sahaja “kami mempersembahkan kepada Majlis Raja-raja.”

“Sebab Majlis Raja-raja dianggotai oleh semua sultan,” kata beliau sambil menambah, perhimpunan ini akan diadakan di peringkat negeri selepas ini.

“Kita mengharapkan undang-undang ini akan digubal dengan segera,” kata Aminuddin ketika menjawab soalan mengenai peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang memberi perlindungan kepada agama Islam sebagai agama persekutuan.

Katanya, pun begitu ada sesetengah pihak mengambil kesempatan untuk cuba memurtadkan umat Islam dan menjejaskan akidah umat Islam. Aminuddin berkata idea mengadakan perhimpunan ini bertolak daripada insiden membabitkan Gereja Methodist Damansara Utama dekat Petaling Jaya, Selangor 3 Ogos lalu.

“Walaupun hanya satu kes, kami melihat ia sebagai kes yang serius, jadi kami hendak menyampaikan mesej bahawa perkara ini perlu dielakkan, akidah umat Islam tidak patut digugat” katanya lagi.

Perhimpunan itu, yang dijangka dihadiri sekitar 100,000 orang, juga bertujuan mahu menerangkan kedudukan perkara yang sebenarnya tidak seperti yang digembar-gembur melalui media, mengukur tahap kesatuan dan semangat kekitaan dikalangan orang Islam khasnya terhadap gerak-kerja Kristianisasi termasuk peristiwa 3 Ogos 2011, memberitahu rakyat perlunya persoalan aqidah ditangani melalui hujah agama bukan dibiarkan berlarutan menjadi modal politik, menserlahkan institusi raja yang menjadi payung kaum Melayu dan Islam dalam hal peranan mereka dalam sama-sama menangani isu yang menyentuh sensitiviti orang Melayu Islam di negara ini, menzahirkan kekuatan akidah dan keimanan masyarakat Islam sambil memberi amaran tentang bahaya yang akan menimpa negara ini seandainya isu ini terus dieksploitasi dan menyedarkan rakyat tentang wujudnya peruntukkan dalam Perlembagaan dan undang-undang negeri yang tidak mengizinkan mana-mana pihak mengganggu-gugat kesucian Islam serta tindakan mendakwahkan agama selain daripada Islam kepada orang Islam.

10 comments:

Melayu Berwawasan said...

Puak PAS ini kalau tak ada kepentingan politik kepada pihak mereka bergitulah caranya...tunggu dan lihat.BENGGONG NAMANYA TU.

Arip Sepina said...

Tumpang ye tuan azli

saya mengajak korang semua ke link ini:

http://my.mg60.mail.yahoo.com/neo/launch?.rand=a7sod24b0rvhb

Anonymous said...

KUALA LUMPUR, 18 Okt: Sama ada PAS menyertai atau tidak Himpunan Sejuta Umat (Himpun) yang dijadualkan Sabtu ini akan diputuskan malam ini.

Keputusan itu akan dibuat pada Mesyuarat Lajnah Politik PAS Pusat yang akan diadakan malam nanti.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, keputusan itu mungkin dapat diketahui sekitar jam 11.00 malam ini.

Ketika dihubungi pagi ini, beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berkata, keputusan itu nanti dipatuhi semua organisasi PAS.

Semalam, PAS Selangor menyeru penganjur Himpun supaya menjauhkan dari sebarang usaha melaga-lagakan penganut agama hanya disebabkan dakwaan tanpa bukti mahkamah.

Pesuruhjayanya, Dr Abd Rani Osman berkata, biarpun Kristianisasi adalah satu ancaman, namun ancaman lebih besar yang sedang merosakkan akidah majoriti rakyat di negara ini adalah doktrinasi fahaman perkauman, sekularisme dan materialisme.

"Sebarang usaha melaga-lagakan antara penganut pelbagai agama dengan tidak beserta sebarang bukti kesalahan yang diputuskan mahkamah perlu dijauhi.

"Tindakan sebegini hanya bertujuan untuk menutup masalah sebenar yang menimpa umat Islam, di mana aqidah mereka dicemari oleh fahaman sekularisme dan sebagainya yang pada akhirnya meletakan kesalahan itu dibahu pihak lain," katanya pada sidang media di Pejabat PAS Selangor di Shah Alam.

Himpunan tersebut dijadual diadakan pada 22 Oktober di Stadium Shah Alam bermula jam 2.00 petang.

Arip Sepina said...

Tumpang share ye tuan azli


KUALA LUMPUR, 17 Okt: Prof Dr Abdul Aziz Bari berasa hairan dengan serangan bertubi-tubi yang dibuat ke atas beliau oleh akhbar milik Umno, Utusan Malaysia.

"Hari ini sudah lebih seminggu saya diserang oleh akhbar itu. Dan semalam, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pun ikut mengutuk saya. Sedangkan apa yang saya komen begitu ringkas dan tak lari dari peruntukan perlembagaan. Sekurang-kurangnya kalau dibandingkan dengan apa bekas Perdana Menteri itu buat masa beliau berkuasa.

"Kita semua tahu bagaimana dia mengutuk dan menelanjangkan Raja-Raja. Utusan pun dua kali masa itu. Selain menyiarkan pelbagai fitnah untuk menjatuhkan imej Raja-Raja mereka kata negeri-negeri yang tidak beraja - seperti Pulau Pinang - lebih maju dari negeri-negeri yang ada Raja," kata Aziz.

Hari ini profesor undang-undang UIAM dikunjungi oleh pegawai SKMM.

Secara kebetulan dalam kolumnya semalam Awang Selamat mengkritik badan tersebut yang dikatakan tidak peka dengan usaha pihak-pihak tertentu seperti Malaysiakini melalui individu seperti Aziz dalam soal memurtadkan umat Islam.

Aziz berasa kesal kerana kedudukannya dikutuk dan dipertikaikan.

"Ibarat permainan bola mereka bukan nak rebut bola dari kaki saya. Sebaliknya kaki saya pula yang disepak. Dan orang-orang lama seperti mantan Perdana Menteri itu pun ikut sama. Mereka keroyok saya ramai-ramai.

"Kalau tak setuju dengan hujah saya berilah hujah mereka pula. Saya pun nak belajar juga; mungkin mereka lebih betul. Menuduh saya derhaka, biadab, keliru dan ada agenda politik adalah tidak adil. Saya orang kecil, tak ada pengaruh. Apa yang mereka takutkan? Sebab itu saya nak saman mereka," ujarnya.

Bagaimanapun pakar perlembagaan negara itu amat terharu dengan sokongan masyarakat termasuk bekas-bekas pelajar beliau.

"Mereka bersusah payah menelefon menyatakan sokongan dan menyeru saya jangan undur. Itu tidak termasuk yang menulis dalam ruang maya untuk memberi semangat. Saya cukup berterima kasih kepada mereka," tambahnya.

Aziz berkata beliau sekadar mahu berkongsi dengan masyarakat apa yang beliau kaji selama ini.

"Dengan perkembangan terbaru ini saya sendiri terpaksa melihat semula teori saya mengenai kedudukan dan peranan Raja-Raja. Ini sangat berguna dan menarik bagi saya. Sebab itu saya tak minat hendak berpolitik sebab dunia akademik ini sangat mengujakan," ujarnya.

Arip Sepina said...

Saat PAS memperjuangkan aqidah sejak awal penubuhannya dulu, tidak ramai pihak yg berani menyokong PAS mahupun berjuang sendirian memperjuangkan Aqidah

sama2 pertahankan akidah, insyaallah! Smg m'jd jalan ke arah pelaksanaan hukum Islam. Berjuang utk laksanakn hukum Islam tu antaranya nk elakkan murtad le, xkira akidah lg gitu..macam2 anda!

Arip Sepina said...

Tuan Guru Presiden dan YB Salahuddin Ayob dah lama usulkan undang-undang Murtad dulu.. tapi takde YB UMNO yang sokong!!!???

Pembetulan la ye utk puak2 umngok ni.
HIMPUN adalah anjuran gabungan lebih 1000 ngo - ngo Islam. Yang mengetuai pd 22 Oktober 2011 adalah Tuan Hj Azmi Abd Hamid Pengerusi Majlis Perunding Pertubuhan2 Islam Malaysia [MAPPIM] dan Dr Yusri Muhammad Pengerusi Persatuan Pembela Isla...m [PEMBELA].... TIDAK ADA kena mengena dengan Zulkifli nordin dan Ezam Mohd Nor. mrk hanya mengeluarkan pandangan dari luar. Laporan artikel dlm Malaysiakini kononnya Zul Nordin dan Ezam Akan mengetui HIMPUN adalah TIDAK BENAR sama sekali. tq

Anonymous said...

Apa-apa acara mega untuk lebih berkesan seeloknya orang yang mega juga patut join sama di saf hadapan. Orang mega yang sebaik-baiknya ialah PM & TPM sendiri. Baru ada kesan besar, media perdana pun akan mneyusul kemudian.

Anonymous said...

Orang Islam yg murtad secara amnya mereka yg sudah lama tidak mengamal rukun Islam iaitu solat,puasa dan sebagainya. Murtad itu hanya kesan hiliran. Kalau kita mahu air sungai tidak keruh, kena pergi ke hulu sungai. Jadi, apa yg dibuat oleh badan berautoriti dan berpengaruh seperti media massa bagi memastikan umat Islam tertegak rukun Islamnya. Bolehkah majalah seperti URTV dan akademi fantasia boleh menguatkan rukun Islam muda-mudi umat melayu.Sekadar berkokok di hilir tapi yang keruhnya di hulu, nampak sangat agendanya, tiada keikhlasan yg totok.

Anonymous said...

IPOH TIMUR MCA Starts signature campaign

Mana Pergi UMNO? Mana Pergi PERKASA? Bilamana Hukum Islam Di Perlekehkan Oleh MCA? Mana Laporan Polis Beribu-Ribu Yang Dibuat? Kalau Berbicara Tentang Melayu Bukan Main Lagi.. Sanggup Pertahan Hingga Titisan Darah Terakhir... Bila Berbicara Tentang Islam, Masing-Masing Membisu Seribu Bahasa Dan Tak Berani Pertahankannya.

Anonymous said...

Itulah PUAK UMNO, hudud tak nak di laksanakan tapi buat HIMPUN anti murtad konon.


Puak UMNO ni memang tak Ikhlas.