Tetamu Kehormat...

October 29, 2011

Cara Mudah Fitnah UMNO!

Inilah cara paling mudah fitnah UMNO - baru sahaja dikenakan siasatan disiplin oleh universiti, tiba-tiba sahaja Aziz Bari menerima surat ugutan berisi peluru. Mudah..mudah..mudah sungguh mencipta fitnah. Sebelum ini, Anwar Ibrahim mendakwa kononnya menerima ugutan bunuh, manakala Nurul Izzah pula mendakwa anak kecilnya dijadi sasaran untuk dikorbankan oleh pihak-pihak tertentu. Dan sebelum itu, beberapa pemimpin pembangkang juga mendakwa kononnya diugut bunuh melalui sms dan surat berantai. Tetapi, yang peliknya semua laporan polis yang mereka buat seolah-olah hilang begitu sahaja, bahkan Anwar dan Nurul Izzah pun tidak lagi kedengaran mempertikaikan hasil siasatan polis yang sampai sekarang masih tidak tahu hasilnya. Seperti yang kita ketahui, PKR adalah parti yang begitu licik dalam melakukan kerja-kerja jahat seperti ini, dan kemudian melamparkan tuduhan kepada UMNO atau PERKASA. Sekarang, Aziz Bari pula menerima ugutan dan tidak mustahil ia adalah agenda jahat Pakjatan Rakyat sendiri, dalam usaha mendapat laba politik daripada isu yang sedang dihadapi oleh profesor undang-undang UIA itu. Namun demikian, yang menarik adalah kenyataan Aziz bari di bawah:

"Ditanya perasaannya sama ada takut, beliau berkata "tidak" kerana pernah mendapat ancaman bertulis sebelum ini ketika mengkritik kepimpinan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjelang muktamar pemilihan parti itu pada 2009."

Maka kenyataan Aziz Bari ini sedikit sebanyak mendedahkan petualang sebenar yang gemar melakukan kerja-kerja kotor bagi memburukkan nama UMNO melalui jalan haram - iaitu "poskan sahaja peluru dan surat ugutan" - maka orang akan menuduh UMNO!

No comments: