Tetamu Kehormat...

October 21, 2011

BN Dijangka Menang Besar? Biar Betul!

KUALA LUMPUR, 21 Okt — Bank pelaburan utama menjangkakan Barisan Nasional (BN) akan memperbaiki prestasi pada pilihan raya umum ke-13 berbanding kedudukan tiga tahun lalu berikutan indikasi adanya peralihan sokongan kepada perikatan itu.

Dalam laporannya semalam, OSK Research berkata, kerajaan pusat yang memerintah itu dipercayai akan menambah kerusi Parlimen pada pilihan raya umum kali ini yang dijangka akan diadakan Mac depan. BN dinafikan majoriti dua pertiga pada Mac 2008.

“Jangkaan ini bersandarkan pada indikasi bahawa sokongan beberapa komuniti mula beralih kepada BN sejak awal 2010,” kata OSK.

“Sementara kita tidak boleh meramalkan bilangan kerusi yang akan dimenangi oleh BN, kami percaya kedudukan akan lebih baik daripada 63 peratus pada 2008,” katanya lagi. Laporan OSK itu berkata berdasarkan pilihan raya 2008 dan aliran berita sejak itu, tiga negeri di pantai barat iaitu Kedah, Perak dan Selangor dijangka akan menyaksikan saingan sengit.

Ia juga memberi pecahan sokongan mengikut sudut geografi dengan Pakatan Rakyat mendominasi kawasan bandar, pantai barat Semenanjung dan kawasan pendalaman diduduki orang Melayu di utara, menggambarkan ikatan komponen merangkumi fundamentalis Islam, penduduk sekular di kawasan bandar dan pembawa pembaharuan yang sederhana pendirian.

BN menguasai kawasan selatan Semenanjung dan Malaysia Timur, yang lebih menggambarkan agenda memfokuskan pembangunan.

BN di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Razak berhadapan dengan rekod keputusan bercampur-campur dalam pilihan raya kecil sejak 2008 tetapi memenangi kebanyakan pilihan raya kecil yang baru diadakan termasuk Tenang pada Januari lalu dan kemudian pilihan raya negeri Sarawak April lalu.

Kajian pungutan suara kendalian Merdeka Center menunjukkan bahawa populariti Najib merosot kepada 59 peratus Ogos lalu berbanding 79 peratus pada Mei 2010, antara lain disebabkan kenaikan kos sarap hidup dan juga tindakan keras pihak berkuasa dalam menangani perhimpunan Bersih 2.0.

Bulan lalu Najib mengumumkan pembaharuan politik dengan memansuhkan dua undang-undang termasuk Akta Keselamatan Dalam Negeri. Pada 7 Oktober lalu, Najib yang juga Menteri Kewangan mengumumkan Bajet 2012 yang menyediakan siri ganjaran dan pemberian jangka pendek, yang pengkritik melihatnya sebagai bajet pilihan raya. Mandat semasa hanya akan berakhir suku kedua 2013.

1 comment:

maie1958 said...

macam mana tak menang besar,warga indon,yanmar,bangla dah bolih mengundi untuk mempertahankan putrajaya 'at all cost' dan biar berkecai daging dari tulang namun putrajaya yang makbapak ku punya tetap ku pertahankan...?????