Tetamu Kehormat...

September 21, 2011

Sampai Bila Najib Mahu Berlembut?

Alangkah baik, sekiranya Datuk Seri Najib boleh berkata begini, "Ok Anwar Ibrahim, aku sanggup jadi saksi pembelaan kes kamu, tetapi dengan satu syarat! Kamu bersumpah dengan nama Allah terlebih dahulu bahawa kamu benar-benar tidak meliwat Saiful - sahut cabaran ini dahulu. Lepas itu baru kamu boleh dakwa aku "cool" atau pun tidak!".

Pada hemat saya - kerajaan pimpinan Najib perlu agresif menyerang Pakatan Rakyat - jangan biarkan pelbagai isu dimanipulasi oleh mereka dengan sesuka hati. Para pemimpin UMNO jangan tidur - tolong buka mulut dan jawab tuduhan-tuduhan Anwar Ibrahim dan koncu-koncunya. Para pemimpin UMNO sangat lemah dan tidak bertenaga dalam menjawab isu-isu semasa. Najib dan Hishamuddin jangan lembik sangat - tolong keras sikit! Baca berita di bawah:

TINDAKAN PERDANA MENTERI Datuk Seri Najib Razak dan isterinya yang mahu mengketepikan sepina yang mengkehendaki mereka menjadi saksi pembelaan kes liwat kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim dianggap tidak 'cool'. Sebelum ini, Najib berkata beliau akan memberi keterangan pada perbicaraan liwat II jika disepina yang bermaksud beliau bersedia berdepoan dengan Anwar di mahkamah. NONE"Najib pilih untuk berundur sebelum bertempur. Ini tidak 'cool'.

"Najib hari ini mahu ketepikan sepina kami untuk jawab di mahkamah. Perkembangan ini tentunya kurang menyenangkan kerana pada peringkat awal, Najib berkata dia akan hadir sekiranya disepina. Tetapi sekarang beliau tak mahu hadir pula," kata Anwar.

Pada 8 Ogos lalu, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, membenarkan permohonan pasukan pembelaan menemuramah 71 saksi yang ditawarkan oleh pihak pendakwaan termasuk Najib dan Rosmah. Najib dan Rosmah sebelum ini berkata, mereka berdua hanya akan hadir jika pasukan pembelaan mengemukakan sepina. "Saya tidak tahu apa sebab. Najib kata beliau tidak terlibat.

Semua orang tahu beliau ada berjumpa dengan Saiful (pengadu) sebelum ini dan beliau juga ada menghubungi polis. Itu penting bagi kita, maklumat dan keterangan mengenai penglibatan Najib," kata Anwar.
anwar sodomy saiful bukhari azlan allegations 290608Najib sebelum ini dihambat kontroversi apabila tindakannya berjumpa Saiful Bukhari Azlan sebelum pengadu membuat laporan polis terhadap Anwar pada tahun 2008. Anwar, 64, menghadapi pertuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26, di Kondominium Desa Damansara di sini antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

20 comments:

Badut Rakyat said...

salam 1 Malaysia..link anda telah di pautkan untuk blog saya.saya harap anda pautkan blog saya...

http://badutrakyat.blogspot.com/

terima kasih

penulis Badut Rakyat

Anti Jumud said...

KALAU NAK BERLEMUT PUN BIAT KENA PADA TEMPATNYA...TAPI KALAU ASYIK DOK BERLEMBUT JE TUNGGU MASA JE NAK KENA PIJAK KEPALA..MEMANG PENJILAT NAWAR SEKARANG NI DAH TAHAP MENGGELABAH GILA TAMBAH PULA SAKSI YANG DIKEMUKAN ANWAR LANGUNG TIDAK ADA KREDIBELITI DAN BOLEH DITERIMA PAKAI..LESEN MATI ...

Muhammad Azli Shukri said...

tuan badut, blog tuan sudah lama dipaut

Muhammad Azli Shukri said...

anti jumud tepat kenyataan tuan

Anonymous said...

Kes Anwar adalah liwat.Samada dia meliwat atau tidak,mahkamah akan tentukan.
Yg nak sapina Najib ni buat apa? Kes yg sedang dibicara bukan kes konspirasi!

zopinion said...

Bro, mmg kalau ikut perasaan, mmg najib tak cool dgn tindakannya. Tapi bagi gua, tak ada maknanya nak kena cool dgn anwar. mamat ni terlanjur jauh... tak pyh layan lagi dah, buang masa perdana menteri.

Blog gua as below lebih memerlukan perhatian PM.. tq

http://wubra.blogspot.com/2011/09/bn-risk-losing-20000-votes-from-mas.html

Anonymous said...

Bila Masa Najib Cool.. Najib ni Penakut.. Tengok Bibir dah tau... Dia cuma Cool Dgn Bini dia Rosmah je.. Bantai Duit Rakyat..Guna Jet Peribadi.. Beli Cincin 24juta untuk bini dia Cool je.. Semuanya asal Kerana Rosmah.. SSayang Bini katakan.. ke Sayang Suami. kah kah kah.

Aznan Isa said...

Benda Yg Najib Kena Jawab di Mahkamah - Kenapa Dia Jumpa Saiful sebelum tarikh dia kononnya diliwat dan Saiful Buat Report Polis - Video NAJIB MENPU! http://www.youtube.com/watch?v=J4X5_G67mZw

Kenapa Najib + Rosmah TAKUT untuk ke MAHKAMAH?

30 Jun 2008 Najib cakap Saiful berjumpa BELIAU kerana ingin memohon BIASISWA.

- Apa giler pergi jumpa PM sampai nak mohon BIASISWA?

TIBA-TIBA

3 Julai 2008 Najib cakap Saiful datang jumpa pasal DI LIWAT oleh DSAI.

MANA 1 nie Najib? Siap jumpa di Kediaman lagi.. HEBAT betul!

Penyokong UMNO, nie ker PEMIMPIN korang? BERBELIT2 la cakap.. korang nak jumpa Najib pun SUSAH... mamat nie senang2 jer...

BOLEH FIKIR TAK LAGI PENYOKONG2 UMNO? Apa? Tak percaya lagi Najib PEMBELIT? OK! Lu suka.... kekeke.... baru kena gula2 sikit... dah PERCAYA SAMPAI KEANAK CUCU! Hebat2 SOKONGAN Najib nie... teruskanlah sokong yer... apa ada hal... YG PENTING! Wang Besar! Wang Besar.. yerrr... PUTAR lagi.. PUTAR lagi... Wang Besar! Wang Besar.... kekekekeke....

TUMBANGKAN UMNO pada PRU13!

Anonymous said...

Najib, nape takut sgt ni? Bukan ke masa konvensyen umno hari tu kata x takut dgn Anwar, skrg apa jadi? Klau awk bersikap mcm ni najib, jelas lah awk ni jenis cakap belakang jer berani, tapi realitinya tidak. Skrg dah terbukti. Klau awk enggan hadhir utk jadi saksi, maka ada beberapa conclusion yg dpt dibuat:
1) Najib & rosmah takut, apa maknanya tu?...
2) Implikasi darinya rakyat dah tau dah sape yg bersalah, walaupun mahkamah belom putuskan lagi keputusan.
So, lepas ni semua, awk dgn rosmah x nak hadhir kemahkamah lagi ke? tak malu pd rakyat ke? Terpulang pd awk cik najib, sbb apapun, awk yg menanggung risiko...

KZSO said...

alaaa...anu-arr pun bagi ceramah dalam kandang...dia pon tak mahu disoal oleh pendakwa dan pembela dia dlm kes liwatini, apsal najib dan rosmah pon nak terkinja-kinja nak disoaljawab dlm mahkamah?

najib dan rosmah patut komen.."alahai anu-arr tu pon lagi tak 'cool' sbb berani beri ceramah dalam kandang jer ; tak berani disoaljawab..."

Original Quality said...

Kelmarin dulu didepan anggota UMNO/BN di Shah Alam diupacara Konvensyen BN Selangor bukan main garang membuat pengistiharan yang beliau langsung tak takut, gentar dan gerun dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim... berani berdepan dengan beliau bila-bila masa dan dimana saja....belum kering air liur , kini Najib Razak sudah pun menunjukkan belang beliau yang sebenar....jenis kaki penakut, bacul, dayus, cakap besar berdegar-berdegar, cakap tak serupa bikin, bikin tak serupa cakap...PEMIMPIN YANG LANSGUNG TIDAK BOLEH DIPERCAYAI DAN DIPEGANG AKAN JANJI-JANJI DAN KATA-KATANYA.

Anonymous said...

gua da bilang najib da kena penyakit Dollah...kata org kat bawah jika pemimpin kalau isteri kerap tarik teliga..kita tak leh bengantung harap...bayangkan rumah sendiri dia raja.. pemaisuri 2nd hand (bekas bini olang ) leh menjadikan Raja diruam sebagai tikus mondok...habis la...so kau bayangkan sebab tu PKR dgn raja liwatnya berani kutuk najib n ros Mah

Arip SEPINA said...

Tuan Azli Mohon Share kat sini ye... permisi pak!!

“Sila sambut delegasi 240 Adun BN yang berkampung di seluruh Dun Selangor dengan kain rentang ‘Masihkah Engkau Ingat 51 Tahun Ketika BN Perintah Di Selangor’,” kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.

Sebenarnya, kata beliau itulah yang layak untuk menyambut rombongan Adun BN ke negeri Selangor dalam misi untuk menawan negeri itu.

Katanya, apabila hilang kuasa barulah mereka teringat kepada rakyat.

“Apabila hilang kuasa baru teringat masih ramai rakyat tidak kenal Umno. Apabila hilang kuasa baru teringat untuk membela rakyat,” katanya kepada Harakahdaily.

Soal beliau, apa yang Umno buat ketika 51 tahun memerintah.

“Kenapa sekarang baru sibuk hendak mengambil berat tentang rakyat?” tanya beliau lagi.

Rakyat, ujarnya tentu masih ingat bagaimana bekas Menteri Besar Umno membelanjakan wang rakyat RM1.7 juta untuk lawatan ke Paris Disneyland dan Orlando Disneyland dalam masa lapan hari sahaja.

Tambahnya, belanja bilik hotel untuk Datuk Seri Khir Toyo sebanyak RM110,000 sedangkan rakyat ke Makkah selama 40 hari baru berbelanja RM10,000.

Rakyat, katanya tentu masih ingat ketika Umno berkuasa menghalau penduduk Kampung Berembang, Ampang macam binatang pada hal penduduk itu penyokong tegar Umno, tetapi pemimpin Umno tidak mempedulikan kerana mereka berada di puncak kuasa.

Tambahnya, rakyat juga tentu masih ingat di zaman Umno memerintah di mana kegiatan masjid malap seperti lampu yang tidak ada bateri.

Ini, katanya kerana ahli jawatankuasa masjid yang dilantik bukan ahli masjid supaya memudahkan kegiatan menjahilkan rakyat dan jauh daripada institusi agama kerana Umno sedar jika rakyat celik agama bererti selamat tinggallah parti itu.

“Rakyat tentu masih ingat ketika kerajaan Pakatan Rakyat memberi air percuma 20 meter padu kepada semua rakyat, maka pemimpin Umno mengatakan ini kerja membazir. Awas jika BN menang semua ini akan ditarik balik,” katanya lagi.

Beliau berkata, rakyat juga tentu masih ingat di mana ustaz-ustaz diburu macam penjenayah bila mana Datuk Dr Haron Din, Datuk Ismail Kamus, Allahyarham Datuk Ishak Baharom hendak ditangkap kononnya melakukan kesalahan jenayah syariah.

Sekarang, ujarnya baru pemimpin Umno hendak bermuka-muka menjadi pembela rakyat.

Baginya, mereka akan menanam janji manis, tetapi apabila mendapat kuasa mereka akan melanjutkan tradisi menindas rakyat.

“Awas rakyat Selangor, bila bertemu dengan Adun BN yang berkampung di tempat tuan-tuan tolong ingatkan kepada mereka ‘Masihkah Engkau Ingat 51 Tahun Berkuasa’,” katanya.

Paling cantik sekali, tambah beliau ialah rakyat Selangor kena tanya kepada wakil rakyat yang datang daripada negeri yang BN memerintah.

“Adakah rakyatnya mendapat air percuma, kifalah RM2,500, Tabung Warisan Anak Selangor, Guru Kafa mendapat gaji RM1,300 sebulan?

“Sudah tentu jika soalan ini dikemukan Adun BN lari lintang pukang,” katanya.

shamshul anuar said...

Saudara Arip Sepina,

Bila masa pula bekas Mufti Selangor hendak ditangkap seperti penjenayah?

Betulkah kegiatan masjid malap seperti tiada bateri di zaman BN. Betulkah? Sebenarnya tiada siapa larang umat islam beribadat atau memeriahkan masjid. Cuma kita saja tak nak beribadat. Tak kira di zamam BN atau PR, semua malas nak mengagungkan Allah SWT.

JIka jumpa ADUN PR, pula sila ingatkan mereka apa mereka buat sampai bangunan PKNS Shah Alam tempat umat Nabi Muhammad SAW berniaga sampai terjual.

Jika jumpa ADUN PR, sila tanya kenapa berbelas belas kedai Umat Nabi Muhammad SAW di Pandan Perdana dirobohkan tetapi kedai Cina kekal pula.,

Jika jumpa ADUN PR, sila tanya apa jadi pada segala tanaman orang kampung di lot kerajaan( dibenarkan dizamam BN) ditempat seperti Belanga pecah, Sabak Bernam yang habis punah ranah dimusnahkan oleh kerajaan dibawah telunjuk DAP.

Jika jumpa ADUN PR , sila tanya sejak bila wanita seksi seperti pramugari bukan islam siap boleh beri ceramah pada orang islam dalam masjid.

Jika junpa ADUN PR, jangan lupa ingatkan mereka bahawa di Melaka juga guru KAFA dapat bayaran tinggi.

Jika jumpa ADUN PR, sila tanya kenapa berkeras tak mahu UITM dibina di Batang Kali dengan berbagai helah walaupun mahu ditolong oleh Kerajaan Melaka.

Jika jumpa ADUN PR, sila tanya adakah azan akan dibiartkan berkemundang jika ditakdirkan PR menguasai negara. Maklumlah di Pulau Pinang, azan dianggap menganggu.

Jika jumpa ADUN PR, sila tanya kenapa Anwar Ibrahim enggan bersumpah walaupun dicabar berkali kali.

samagreen said...

Sampai bila Anwar nak berkeras?

"........hati mereka keras (tidak mahu menerima kebenaran) dan Syaitan pula memperelokkan (pd pandangan) mereka apa yg mereka telah lakukan" (Al An'am:43)

dan Syaitan pula mencantikkan.....

Eloklah tu!!!

Arip SEPINA said...

Tuan Azli, Seronok pula teman menyakat puak umngok ni... Teman tumpang share lagi kat sini ye. bukan ape Umngok ni terlampai buta perut tak nampak perkara yang baik..

KUALA LUMPUR, 23 Sept: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mengucapkan syabas dan tahniah kepada kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor yang berjaya menambah simpanan tunai kerajaan negeri sebanyak RM1.1 bilion, dan menjadi rekod kewangan paling baik dalam tempoh 28 tahun.
“Pencapaian ini membuktikan bahawa kerajaan Pakatan Rakyat yang memerintah selama 3 tahun ini lebih baik daripada kerajaan di bawah Barisan Nasional yang telah memerintah puluhan tahun lamanya,” kata Timbalan Ketuanya, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz.

Katanya, meskipun diserang oleh media arus perdana dan kerajaan Umno BN, kerajaan Pakatan Rakyat terus unggul dengan mencipta pelbagai kejayaan yang menguntungkan kerajaan negeri dan rakyat.

DPPWP, ujarnya percaya kejayaan itu diperolehi hasil daripada titik peluh, kesabaran, serta komitmen pemimpin Pakatan Rakyat Selangor yang berusaha dan berjuang demi rakyat, bukan untuk kepentingan diri sendiri.

Katanya, kejayaan itu juga membuktikan bahawa pengurusan yang cekap, telus dan amanah mampu memberi pulangan yang baik kepada rakyat dan negeri sementara ketirisan, pemborosan serta kepimpinan yang tidak amanah dan cekap merugikan kerajaan dan negara.

Selain itu, katanya pembangunan yang berteraskan kebajikan di atas dasar ‘Merakyatkan Ekonomi Selangor’ berjaya membuktikan bahawa agenda mengutamakan kebajikan rakyat tidak merugikan negeri.

“Malah agenda kebajikan inilah yang membawa pulangan serta keuntungan berlipat kali ganda kepada negeri,” ujarnya.

Justeru, katanya DPPWP menyeru agar kerajaan negeri-negeri lain mencontohi apa yang dilakukan oleh kerajaan Paktan Rakyat Negeri Selangor dengan pelbagai insentif khusus buat rakyat di negeri masing-masing.

Akhir sekali, katanya lagi DPPWP mengharapkan agar program penerangan di negeri Selangor dipertingkatkan agar rakyat keseluruhannya mengetahui kejayaan yang dibawa oleh kerajaan Pakatan Rakyat negeri Selangor.

Tambahnya, DPPWP bimbang, program penerangan tidak sampai ke akar umbi yang menyebabkan rakyat tidak mendapat maklumat sebenar apa yang dilakukan oleh Kerajaan Selangor selama 3 tahun ini.

“Semoga kerajaan Pakatan Rakyat Selangor terus diberi kepercayaan untuk meneraju pentadbiran negeri selepas PRU ke 13 nanti. Teruskan kerajaan Selangor di dalam membela kebajikan rakyat!” katanya.

Arip SEPINA said...

Dan Lagi...

Muktakir ini, media Umno sengaja membesar-besarkan pelbagai isu bagi mengalihkan tumpuan kerja Pakatan Rakyat. Isu ucapan Mohamad Sabu, isu bendera, isu hudud, isu sejarah kemerdekaan merupakan antara isu-isu yang sedang sengaja diwujudkan menjelang PRU akan datang.

Isu sedemikian diwujudkan untuk mengalihkan perhatian kepada isu-isu utama yang mempunyai kesan langsung kepada keselamatan negara seperti isu warga asing yang diberi kerakyatan mudah dan penyelewengan wang rakyat dan rasuah secara besar-besaran.

Demikian juga isu warga asing yang diberi hak mengundi, peningkatan kos hidup yang membebankan, cukai GST yang akan dilaksanakan selepas PRU ke 13, isu akta yang akan menggantikan ISA… semua ini adalah isu besar yang sepatutnya menjadi isu sebenar untuk PRU ke 13 kerana ianya mempunyai impak kepada rakyat secara langsung.

Dalam menghadapi PRU yang semakin hampir, rakyat sedang dan akan bakal saksikan bagaimana media perdana akan mengiatkan usaha untuk mengalihkan perhatian mereka sehingga isu-isu utama tenggelam dengan isu-isu yang sengaja diwujudkan.

Teknik mengalih perhatian dengan membawa isu yang sengaja diada-adakan terutama isu bangsa, agama dan pelbagai isu sensitif sememangnya menjadi hobi dan senjata BN untuk lima dekad yang lalu, terutamanya pada waktu timbulnya isu-isu yang tidak dijawab mereka.

Selain mengalihkan perhatian, sebenarnya tujuan asal BN sengaja mewujudkan isu ialah supaya rakyat lupa bahawa mereka perlu menjawab sesuatu isu besar yang dibangkitkan.

Teknik ini sentiasa digunakan tidak lain tidak bukan kerana BN mempunyai kuasa mutlak terhadap media perdana. Dulu ia sememangnya berkesan, akan tetapi pada zaman teknologi sekarang keberkesanannya boleh dikurangkan secara drastik bergantung kepada kebijaksaan Pakatan Rakyat menghadapi teknik ini.

Walaupun ada-kalanya kita terpaksa jawab isu-isu yang sengaja dibangkitkan, namun pada masa yang sama para pemimpin Pakatan Rakyat harus terus menekankan isu-isu utama yang membabitkan rakyat sehingga BN terpaksa menjawabnya.

Oleh itu, dalam masa menjawab tuduhan dan isu yang sengaja diwujudkan, Pakatan Rakyat mesti lebih bijaksana mengambil peluang untuk mengungkit semula isu-isu utama ini supaya rakyat tidak hilang fokus dan terpengaruh dengan taktik alih perhatian BN.

Pakatan Rakyat dinasihatkan untuk mengawal emosi apabila berdepan dengan provokasi sebegini. Ini kerana isu-isu yang sengaja dibangkitkan adalah untuk mengganggu emosi supaya PR terus berbalah dengan mereka dalam isu yang sengaja diwujudkan sehinggakan tiada ruang dan masa untuk mengungkit isu-isu yang lain yang lebih penting dan berbangkit.

Seluruh jentera Pakatan Rakyat diharap tidak terpengaruh dengan isu yang sengaja diwujudkan bagi mengalih perhatian kepada isu sebenar yang sedang dihadapi rakyat.

Sementara itu, Pakatan Rakyat juga hendaklah memastikan seluruh jentera parti dapat menumpukan kepada persiapan akhir untuk pertarung PRU-13 dengan mengemaskinikan segala maklumat penting.

Bilik gerakan mestilah dibuka segera, semakan daftar pemilih mesti dilakukan dan semangat pekerja-pekerja jentera parti mesti berada pada tahap optimum. Tindakan segera bagi mengesan kelemahan jentera dan pembekalan peralatan pilihanraya juga mesti disiapkan segera.

Kewangan dan dana pilihanraya mesti dikeluarkan dan dijana segera bagi melengkapkan peralatan asas yang perlu disediakan.

Gerak kerja rayuan undi, semakan daftar, peralatan pilihanraya dan cara penerangan isu-isu semasa mesti dilengkapkan sebelum parlimen dibubarkan.

Gunakan dana pilihanraya di semua peringkat sekarang, bukan setelah parlimen dibubarkan. Segala-galanya akan berubah bilamana parlimen bubar.

Untuk itu, jangan terpengaruh dengan isu yang sengaja diwujudkan bagi melekakan kita dari tugas sebenar untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional dalam PRU akan datang.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan PAS
23 SEPTEMBER 2011

shamshul a uar said...

Arif sepina,

PAS rupanya masih tidur dan lebih malang lagi tak sedar yang ia masih lagi tidur.

Persoalan utama untuk PAS ialah sejak menyembah DAP , PAS sudah hilang arah.

Persoalan pokok untuk PAS ialah kenapa dulu kata haram mengundi bukan Islam dalam pilihanraya. Jadi sekarang adakah "halal" untuk PAS jadi kuli DAP ?

Selagi soalan ini tak dijawab, selagi itu orang Melayu tak percaya PAS. Dan mereka tunjukkan sikap marah pada PAS dengan kemenangan PAS dengan 45 undi di kawasan PAS sendiri, Manik urai.

<Masih mahu berdolak dallik lagi ?

Dan banyak isu dicipta PAS sendiri. Mohd Sabu yang cipta masalah untuk PAS dengan memuja Komunis. Bukan UMNO.

Dan PAS masih mahu terima Anwar Ibrahim walhal dulu siap Mohd sabu cabar Dr Mahathir pecat "anwar" kerana dia "aljuburi".

PAs perjuangkan Islam atau lacurkan islam untuk habuan didunia?

Muhammad Azli Shukri said...

tq

Anonymous said...

kes liwat paling pelik dalam dunia... pungkoq paling ajaib dan tahan lama dalam dunia... Teringin la pula aku nak mohon biasiswa kat PM macam si sayfool buat...