Tetamu Kehormat...

September 5, 2011

Noramfaizul Mati Syahid - Mufti Perak

KUALA LUMPUR 4 Sept. – Jurukamera BernamaTV, Noramfaizul Mohd. Nor yang terbunuh di Somalia boleh disifatkan sebagai mati syahid kerana Allahyarham terkorban semasa misi membantu meringankan penderitaan dan kesengsaraan rakyat Somalia yang majoritinya beragama Islam.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, sebagai umat Islam, Allahyarham layak diberi pengiktirafan tertinggi itu kerana turut telah membuka mata rakyat negara ini akan penderitaan yang dialami rakyat Somalia.

“Allahyarham yang terlibat dalam misi kemanusiaan ini serta rakan-rakan media lain ternyata pejuang yang hebat kerana berani untuk membuat liputan di negara yang bergolak seperti Somalia,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

5 comments:

Anonymous said...

sememangnya kemunculan wira sejati ini menjadikan keperkasaan pakatan rakyat bertambah lembik dan semakin hilang taring

makanya jangan pelik isu yang tiada kaitan dengan pembangkang (misi Somalia) akan terus diperkecil-kecilkan secara keanak-keanakan atas sebab-sebab yang disebutkan itu.

Anonymous said...

kelab pemuda 1M adalah umno punya..yang pas sibuk2 sgt napenye? org mati syahid ke tidak ke pas pulak penyibut...bongok hamPAS

Anonymous said...

bayangkan kalau semua negara yang hendak hantar bantuan kemanusiaan ke Somalia perlu mencermin diri sendiri terlebih dahulu. perlu pastikan negara sendiri bebas masalah (bebas kemiskinan) terlebih dahulu sebelum terfikir untuk membantu orang lain.

soalnya sudah adakah mana-mana negara di dunia ini yang telah capai status negara bebas kemiskinan? Bukankah di negara Barat sendiri ramai yang merempat di tepi-tepi jalan. apakah dengan status ini tiada negara boleh dianggap layak hulurkan tangan pada mana-mana negara yang memerlukan. apakah ini bermakna negara ditimpa musibah tidak perlu dibantu kerana tidak ada negara yang bebas musibah?

bayangkan kalau sebuah negara tidak perlu membantu negara lain atas alasan kalau negara berkenaan berhadapan dengan situasi yang sama makanya kelayakan membantu dengan sendirinya terbatal.

dan dek kerana tiada negara Islam yang bebas kemiskinan makanya kalau ada negara Islam yang berdepan malapetaka, pada siapa harus mengadu?

kalau ada negara Islam dijajah dan oleh kerana tiada negara Islam lain yang layak hantar bantuan (dek kerana tiada negara Islam yang aman dan damai) makanya siapakah yang harus membantu negara Islam?

pasa satu sudut, krisis Somalia mendedahkan siapa sahabat sejati ummah dan siapakah musang berbulu ayam. pada sudut yang lain ia mengesahkan tahap pemikiran ummah yang sentiasa mencari alasan untuk tidak membantu sesama ummah yang memerlukan.

AntiHipokrit

Anonymous said...

Penjaga yang bawa anaknya berkelah di kawasan air terjun tetapi si anak telah mati lemas maka apakah PEMBANGKANG akan katakan penjaga itu bersalah dan peguam pembangkang akan saman si penjaga berkenaan? biar betul, Bro...

kah kah kah

Anonymous said...

ce tgk bantuan tu di bagi pd penyokong2 pas yg merempat tu...cibai punya mulut