Tetamu Kehormat...

September 27, 2011

Nik Aziz Tidak Amanah Dengan Ilmu : Orang Kafir Juga Tertakluk Di Bawah Hukum Hudud

PAS melalui lidah Nik Aziz, Haji Hadi dan para pemimpin utamanya sering mendakwa bahawa orang bukan Islam atau orang kafir Dzhimmi di negara ini terlepas dan bebas daripada terikat dengan hukum Hudud, merupakan satu fitnah atas nama agama - bahkan ia merupakan pembohongan yang jauh terpesong daripada kehendak ajaran Islam yang sebenar. Maka, tidak hairanlah, Tun Mahathir pernah mendakwa bahawa Hukum Hudud yang dicanang oleh PAS selama ini, bukanlah hukum Hudud yang sebenar, sebaliknya ia hanyalah hukum yang digubal dengan kejahilan dan retorik politik untuk berkuasa. Baca penjelasan berhubung hukum Hudud wajib dikenakan juga ke atas orang kafir Dzimmi yang tinggal di dalam sebuah negara Islam :

ISU ORANG BUKAN Islam tidak dikenakan hudud telah muncul di Malaysia sejak tahun 2003 apabila Parti Islam Semalaysia (PAS) melancarkan Draf Negara Islam (DNI)setebal 53 muka surat. Ketika melancarkan DNI ini, Tuan Haji Hadi antaranya menyentuh berkenaan hukum hudud kepada bukan Islam.

Isu ini menimbulkan kebingungan kepada ummat Islam di Malaysia. Saya sendiri dulu diajar oleh PAS bahawa orang kafir yang menjadi warga Negara Islam juga wajib dikenakan hudud. Jika selama ini PAS secara jelas dalam Draf Hudud Kelantan menyatakan hudud wajib ke atas Islam dan bukan Islam, tetapi secara rasminya DNI menidakkan hukum tersebut. Sangat menyedihkan apabila sesetengah ahli PAS, tetap mempertahankan apa saja keputusan ulama' mereka (termasuk bagi kes hudud ini) tetapi masih ada lagi sebilangan orang Islam yang teliti dalam menilai hukum syara’ dan tidak menjadikan ulama’ sebagai standard kebenaran. Golongan inilah yang mengalami kebingungan, tidak tahu bagaimana untuk berhukum.

Dalam Draf Negara Islam(DNI) yang dikeluarkan PAS pada tahun 2003 edisi bahasa melayu cetakan pertama muka surat 27 adalah dinyatakan
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Perlaksanaan Hukum Hudud, Qisas dan Ta’zir hanya dikenakan ke atas orang Islam sahaja. Penduduk bukan Islam diberi pilihan samada hendak menerima hukum tersebut (hukum Islam) atau Common Law (hukum kufur). Firman Allah swt dalam Al Quran:

Maksudnya: Mereka suka mendengar berita-berita dusta, sangat suka memakan segala yang haram. Oleh itu kalau mereka datang kepada kamu, maka hukumlah di antara mereka (dengan apa yang yang telah diterangkan oleh Allah) atau berpalinglah dari mereka; dan kalau engkau berpaling dari mereka maka mereka tidak akan dapat membahayakan kamu sedikit pun; dan jika engkau menghukum maka hukumlah di antara mereka dengan adil; keran sesunguhnya Allah mengasihi orang yang berlaku adil.(Al-Maidah 42)

Sekiranya dengan melaksanakan yang tersebut di atas dikatakan PAS tidak adil, maka ketetapan Allah swt dalam ayat ini juga tidak adil. Memberi pilihan kepada orang bukan Islam samada menerima hukum Hudud, Qisas dan Ta’zir atau sebaliknya bukanlah ketentuan yang PAS kepada mereka tetapi ketetapan yang Allah jelas dan nyata. Sebarang pertikaian dalam perkara ini sekali gus mempertikaikan hukum Allah.

--------------------------------------------------------------------------------------------
Pembaca yang dikasihi,

Kewajipan kafir dzimmi dikenakan hukuman hudud adalah hukum qathie sebagaimana kewajipan solat, puasa, riba’ dan lain-lain hukum qathie yang disampaikan secara tawatur baik dalam Al Quran mahupun Al Hadith. Tindakan PAS terutama Haji Hadi melaungkan di mana-mana hudud tidak dikenakan keatas bukan Islam dan malah mereka menyatakan sesiapa yang mempertikaikan perkara ini sekaligus mempertikai hukum Allah adalah merupakan kecerobohan dalam agama. Penggunaan ayat 42 Surah Al Maidah tersebut jelas salah kaprah kerana ia digunakan pada konteks yang salah. Semua ini akan saya huraikan secara detail dalam siri-siri berikutnya.

Apa yang saya hendak saya pada siri pertama ini, adalah kewajipan kafir dzimmi dikenakan hudud adalah kewajipan yang qathie, bukan khilafiah. Tindakan mana-mana pihak menafikan hukum ini adalah merupakan kecerobohan dalam agama yang wajib dmuhasabah dan ditentang apatah lagi dibawa oleh ulama’ yang memimpin parti Islam. Oleh itu saya minta kepada pembaca sekelian untuk menilai apa yang akan saya sampaikan ini berdasarkan hujah syara’ semata, tiada selainnya. Janganlah ketaatan kepada ulama’ menutup pintu hati kita dalam menilai kebenaran. Kerana Allah mengecam tindakan sedemikian secara keras dalam firmanNYa:

تَّخَذُوا أَحْبَارَهُمْ وَرُهْبَانَهُمْ أَرْبَابًا مِنْ دُونِ اللهِ وَالْمَسِيحَ ابْنَ مَرْيَمَ وَمَا أُمِرُوا إِلاَّ لِيَعْبُدُوا إِلَهًا وَاحِدًا لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ سُبْحَانَهُ عَمَّا يُشْرِكُونَ

Mereka menjadikan orang-orang alim dan rahib-rahib mereka sebagai tuhan selain Allah serta mempertuhankan al-Masih putra Maryam. Padahal mereka hanya disuruh menyembah Tuhan Yang Maha Esa. Tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia. Mahasuci Allah dari apa yang mereka persekutukan. (QS at-Taubah: 31).

Oleh itu, mari kita mohon kepada Allah agar membuka pintu hati kita dalam memahami penjelasan berikutnya untuk menerima kebenaran sekiranya ia benar. Dan menolak kebathilan jika ia bathil. Kita mohon kepada Allah supaya kita berhukum dengan bersandarkan dalil syar'ie semata. Kita mohon juga kepada Tuhan yang Maha Pemberi Petunjuk, agar kita tidak berhukum kerana sekadar ketaatan kepada pemimpin kita, atau kepercayaan kepada ulama' tertentu melainkan semata atas kebenaran dalil Mu, ya Allah. Ameen,

Dalam surah Al Maidah ayat 41 hingga 45 Allah menceritakan betapa kedegilan Orang Yahudi dalam menerima seruan Nabi Musa. Kepada Nabi Musa diturunkan Kitab Taurat yang menjadi Kitab wahyu. Kemudian dalam ayat 46 dan 47, Allah menceritakan kepada Nabi Isa telah diturunkan Injil tetapi diingkari oleh Bani Israel. Seterusnya dalam ayat 48 Surah Al Maidah, Allah mengiktiraf Nabi Muhammad sebagai Rasul yang baginya diwahyukan Al Quran sebagai sumber hukum.

Dan kami telah turunkan kepada mu Al Quran dengan membawa kebenaran, membenar apa yang sebelumnya iaitu kitab-kitab (yang yang diturunkan sebeklumnya) dan sebagai memansuhkan kitab-kitab yang lain;maka putuskanlah perkara mereka menurut apa yang Allah turunkan dan janganlah kamu memgikuti hawa nafsu mereka dengan meninggalkan kebenaran yang telah datang kepada mu. Untuk tiap-tiap ummat diantara kamu, kami berikan aturan dan jalan yang terang.Sekiranya Allah mengkehendaki, nescaya kamu dijadikannya satu ummat(saja), tetapi Allah hendak menguji kamu terhadap pemberiannya kepada mu, maka berlumba-lumbalah membuat kebajikan. Hanya kepada Allahlah kembali kamu semuanya, lalu diberitahukanNya kepada mu, apa yang telah yang kamu perselisihkan itu. (Al Maidah:48)

Di dalam surah 44 dan 45 Allah menyatakan kepada Nabi Musa diturunkan Taurat, dalam ayat 46 dan 47 kepada Nabi Isa diturunkan Injil, maka seterusnya dalam ayat 48 ini dinyatakan kepada Nabi Muhammad diturunkan Al Quran. Yang dimaksudkan dengan “muhaiminan alahi” adalah menundukkan(musyathiran) dan mengusai (mushallithan). Penguasaan Al Quran terhadap kitab-kitab terdahulu menghapus(naskh) syariat-syariat sebelumnya. Dengan kata lain Al Quran membenarkan keberadaan kitab-kitab terdahulu dan sekaligus menasakhnya.

Seterusnya dalam ayat 49 Allah berfirman

وَأَنِ احْكُمْ بَيْنَهُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللهُ وَلاَ تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ وَاحْذَرْهُمْ أَنْ يَفْتِنُوكَ عَنْ
بَعْضِ مَا أَنْزَلَ اللهُ إِلَيْكَ فَإِنْ تَوَلَّوْا فَاعْلَمْ أَنَّمَا يُرِيدُ اللهُ أَنْ يُصِيبَهُمْ بِبَعْضِ ذُنُوبِهِمْ وَإِنَّ كَثِيرًا مِنَ النَّاسِ لَفَاسِقُونَ

Dan hendaklah kamu memutuskan perkara di antara mereka menurut apa yang diturunkan Allah, dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka, supaya mereka tidak memalingkan kamu dari sebahagian apa yang telah diturunkan Allah kepada kamu. Jika mereka berpaling (dari hukum yang telah diturunkan Allah), maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah mengkehendaki akan menimpakan musibah kepada mereka disebabkan sebahagian dosa-dosa mereka. Dan sesungguhnya kebanyakan manusia adalah orang-orang yang fasiq. (Al Maidah 49)

Asbab An Nuzul bagi ayat ini :

Ibnu Ishaq, Ibnu Jarir, Ibnu Abi Hatim, dan al-Baihaqi dalam Ad-Dala’il meriwayatkan dari Ibnu Abbas: Kaab bin Usaid, Abdullah bin Suraya, dan Syasy bin Qais berkata, “Pergilah kalian bersama kami menghadap Muhammad, mudah-mudahan kita dapat memalingkan dia dari agamanya.”

Sesampai di tempat Nabi saw. mereka berkata, “Ya Muhammad, sesungguhnya engkau mengetahui bahawa kami adalah pendeta-pendeta Yahudi, orang-orang terhormat, dan pemimpin-pemimpin mereka. Jika kami mengikutimu, niscaya orang-orang Yahudi mengikuti kami dan mereka tidak menyalahi kehendak kami. Antara kami dan mereka ada perselisihan dan kami mengajak mereka untuk memutuskan perkara kepada engkau. Karena itu, berilah keputusan yang memenangkan kami atas mereka dalam perkara ini, niscaya kami akan beriman kepadamu dan membenarkanmu.” Nabi saw. menolak permintaan mereka. Lalu turunlah QS al-Maidah ayat 49-50. (As-Suyuthi, Ad-Durr al-Mantsur, II/513-512 (Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, 1990); al-Thabari, Jami’ al-Bayan fî Ta’wil al-Qur’an, IV/614 (Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, 1992); al-Khazin, Lubab al-Ta’wil wa fî Ma’anî al-Tanzil, II/51-52 (Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, 1995).

Berikutlah sedikit penjelasan berkenaan seputar ayat-ayat yang menjadi asas pembahasan kewajipan penerapan hukum Islam kepada kafir dzimmi. Dalam DNI, PAS menjadikan ayat Al-Maidah 42 sebagai dalil orang bukan Islam tidak wajib dikenakan hudud dan malah diberi pilihan untuk memilih hukum Islam atau hukum kufur. Saya akan jelaskan pandangan para mufassirin bagi ayat-ayat tersebut juga hukum yang digali para fuqaha dan imam mazhab berkenaan hukum ini dari ayat-ayat tersebut.

Dalam ayat 49 surah Al-Maidah, Allah berfirman

وَأَنِ احْكُمْ بَيْنَهُمْ بِمَا أَنْزَلَ

Ibnu Kathir dalam Tafsir Al Quran Al-‘azhim menyatakan ia merupakan penegasan (ta’kId) terhadap perintah dalam ayat sebelumnya (iaitu ayat 48)agar Nabi saw. berhukum dengan apa yang diturunkan Allah Swt. dan larangan menyalahinya. Pengulangan itu untuk menjadikan perintah tersebut menempati ghayat at-ta’kid (puncak penegasan). Dalam ayat 48 Allah menyatakan yang bermaksud

” Dan kami telah turunkan kepada mu Al Quran dengan membawa kebenaran”

Jadi menurut Ibnu Kathir, ayat 49 ini menegaskan sekali lagi dengan membawa puncak penegasan terhadap kewajipan berhukum dengan hukum Allah.

Dalam hal ini, pihak yang menjadi objek penerapan hukum, yang diungkapkan dengan menggunakan dhamir hum (kata ganti mereka)- وَأَنِ احْكُمْ بَيْنَهُمْ-, adalah Yahudi. Demikian kesimpulan para mufassir seperti al-Thabari, Abu Hayyan al-Andalusi, al-Qinuji, al-Wahidi al-Naysaburi, dan lain-lain. Kesimpulan tersebut amat tepat jika dikaitkan dengan sabab nuzul ayat ini dan ayat-ayat sebelumnya. Kewajipan penerapan hukum tersebut adalah kepada orang Islam dan bukan Islam.

Manakala ayat بِمَا أَنْزَلَ اللهُ (dengan apa yang diturunkan Allah) adalah merujuk kepada ayat sebelumnya (ayat 48),bahawa Allah telah menurunkan kepada Nabi Muhammad iatu Al-Kitab(AlQuran) setelah Allah memberitahu dalam ayat 45 dan 45 kepada Nabi Musa telah diturunkan Kitab Taurat dan dalam ayat 46 & 47 dinyatakan pula kepada Nabi Isa telah diturunkan Kitab Injil. Al Quran telah membenar dan memansuhkan kitab-kitab terdahulu tersebut. Sejak saat itu, hukum yang wajib diterapkan Rasulullah saw. dan umatnya dalam memutuskan perkara adalah yang bersumber dari al-Quran.

Sebahagian mufassirin menyatakan ayat 49 ini telah memansuhkan ayat 42 surah Al-Maidah - maka hukumlah di antara mereka (dengan apa yang yang telah diterangkan oleh Allah) atau berpalinglah dari mereka- tersebut yang memberi pilihan kepada Nabi menghukum atau membiarkan orang kafir. (Al-Syaukani dalam Fath al-Qadir, Ibnu Juzyi al-Kalbi dalam At-Tasyhil li ‘Ulum al-Tanzil, Nidzamuddin al-Naysaburi dalam Tafsir Gharaib al-Qur’an, al-Jashshash dalam Ahkam al-Qur’an,, Abu Hayyan al-Andalusi dalam Tafsir al-Bahr al-Muhith, al-Wahidi al-Naysaburi dalam al-Wasith, dan as-Suyuthi, Ad-Durr al-Mantsur).

Mufassir dan fukaha lainnya tidak melihat adanya nasikh-mansukh dalam kedua ayat tersebut. Kerana untuk menyatakan sebuah ayat telah di-naskh oleh ayat lain diperlukan qarinah (petunjuk) yang jelas. Dalam kedua ayat tersebut tidak ada qarînah yang jelas yang menunjukkan tentang itu. Walaupun secara lahiriah terlihat adanya pertentangan di antara keduanya,tetapi kedua-ayat ini boleh dikompromikan. Kaedah ini disebut sebagai al-jam‘u bayna al-dalilayn (mengkompromikan dua dalil). Kerana kaedah ushool meyatakan bahawa mengamalkan 2 dalil lebih utama dari mengamalkan 1 dalil.

Walaupun fara fuqaha berbeza pandangan tentang adanya nasikh mansukh antara ayat 42 dan 49 surah Al-Maidah ini, mereka tidak berbeza pandangan tentang kewajipan penerapan hukum Islam kepada Islam dan bukan Islam.

Menurut Imam Syafie, kedua-dua ayat ini (42 dan 49) adalah tidak bertentangan. Beliau menyatakan ayat 42 adalah berkenaan dengan kafir mu‘ahid (kaum kafir luardaulah yang terikat perjanjian dengan Negara Islam), sedangkan ayat 49 adalah tentang kafir dzimmi (kaum kafir yang menjadi warga Daulah Khilafah). (Az-Zuhaili dalam Tafsir Al Munir dan Mahmud Hijazi, al- Tafsir al-Wadhih).

Pandangan yang senada dinyatakan oleh Syeikh Taqiyuddin An Nabhani dalam kitab Syakhsiah Islamiah jilid II. Menurut An Nabhani, ayat 42 adalah bagi kes kas kafir dzimmi yang bukan menjadi warga Negara Islam sedangkan ayat 49 adalah bagi kes kafir dzimmi dan ummat Islam.

Selanjutnya Allah Swt. berfirman:

وَلاَ تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ (
dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka

Ath-Thabari menyatakan, “Ini merupakan larangan Allah kepada Nabi Muhammad saw dari mengikuti hawa nafsu kaum Yahudi yang meminta keputusan hukum kepada beliau dalam kes orang-orang terbunuh dan menentang mereka, sekaligus perintah tetap istiqamah dengan Kitab yang diturunkan Allah kepada beliau.

Selanjutnya Allah berfirman:

وَاحْذَرْهُمْ أَنْ يَفْتِنُوكَ عَنْ بَعْضِ مَا أَنْزَلَ اللهُ إِلَيْكَ

(dan berhati-hatilah kamu terhadap mereka, supaya mereka tidak memalingkan kamu dari sebahagian apa yang telah diturunkan Allah kepadamu).

Menurut Ibnu Abbas dan Abu Ubaidah, yang dimaksud dengan yaftinuka (memfitnah kamu) adalah mengembalikanmu pada hawa nafsu mereka. Sebab, setiap orang yang terpalingkan dari kebenaran pada kebatilan berarti telah terfitnah. Frasa ini memberikan peringatan terhadap kaum Muslim untuk berhati-hati terhadap usaha kaum kafir yang berkeinginan memalingkan mereka dari sebagian wahyu yang telah Allah turunkan kepada mereka.

Jika telusuri dalam konteks hari ini, sememangnya ada orang kafir mahupun golongan sekular sanggup bekerjasama dengan gerakan Islam tetapi memiliki keterbatasan. Contohnya mereka mahu terus melaksanakan hukum sekular, mahukan mereka terlibat dalam pemerintahan, menolak perlaksanaan hukum Islam dan sebagainya. Apa yang terjadi pada Rasulullah dahulu sememangnya terjadi kepada kita hari ini. Ramai bukan Islam tidak mahukan hudud, jadi apakah kita mahu melupakan peringatan Allah dalam ayat ini bahawa mereka akan membawa kamu mengikut kehendak nafsu mereka? Jika itulah tindakan kita maka akhir dari ayat ini Allah memberikan amaran

وَإِنَّ كَثِيرًا مِنَ النَّاسِ لَفَاسِقُونَ

Dalam frasa ini diberitakan, sebahagian besar manusia tergolong sebagai kaum fasik. Kenyataan ini banyak diungkap dalam al-Quran (Lihat, misalnya: QS Yusuf [10]: 103; QS al-An‘am [6]: 116).

Jadi jelas, bahawa kewajipan penerapan hukum Islam adalah wajib kepada orang Islam dan kafir dzimmi. Malah Allah menyatakan ramai golongan yang fasiq menafikan hal ini. Seterusnya saya akan bentangkan pula pandangan keempat-empat mazhab berkenaan kewajipan hudud kepada Muslim dan Kafir Dzimmi.

17 comments:

Anonymous said...

haaa dah ada yg marah? tu la bila islam itu diletakkan di dalam peti undi inilah jadinya...suruh dulu ahli-ahli pas berhenti merokok dulu boleh buat? jgn cakap banyak la...buat perkara mudah dulu

Anonymous said...

Kita tak mahu hudud PAS, apa kata UMNO pulak mengemukan hudud yang sebenarnya, kan menjadi kewajipan kita apalagi pihak yang mempunyai kuasa eksekutif lagi tinggi.

Anonymous said...

Alhamdulillah saudara syukri dah faham dan akui bahawa hukum hudud wajib qatie dilaksanakan samada kepada orang Islam dan kafir zimmi. Maka eloklah juga kalau kita sama-sama desak supaya hukum ini ditegakkan segera lagipun dah 54 tahun kita "merdeka". Nak tunggu bila lagi. Jangan pula kita derhaka pada ilmu kita sendiri.

Anonymous said...

begitulah saudara, hudud ni hanya jadi mainan oleh ulamak PAS dan pengikut mereka yang jumud dan hanya mengikut dengan bebal . sudah berapa kali ulamak PAS ni mengeluarkan kenyataan yang menipu agama islam itu sendiri , yang lebih hina lagi mereka tak rasa bersalah langsung mempermain-mainkan hukum islam .

Masih lagi terngiang-ngiang ditelinga tatkala Mustapa Ali dalam sidang akhbar ketika PRK Labis , sebagai setiausaha dia katakan walaupun PR menang hudud bukanlah perkara utama ... kesiannn masa tu bebal PAS semua mengangguk , jauh sekali nak kata menolak hukum Allah .. maklumlah masa tu undi cina jadi penentu . semua ulamak PAS jadi munafik dan hanya melacurkan agama islam sahaja.

SyahMir

Anonymous said...

hahaha...ada plak hudud pas eh...hudud umno camne plak??tlg bgtau camne lak hudud umno...al-maklumla hudud pas x btl...hudud Allah pn kene perlekeh sblm nie...hudud umno camne?hudud british eh?

Anonymous said...

artikel ni dirujuk utk membuktikan bahawa hudud bukanlah boleh di dagangkan, pas keluarkan hudud kemudian membuka kelemahan utk dipertikai oleh ahli agama sendiri, apatah lagi oleh org awam, ini bukan soal umno atau tidak.

Pertanggungjawab dlm bab ugama adalah terbeban pada ahli agama apatah lagi setiap saat dok jaja bahawa jemaahnya lebih islamik dari yg lain, tapi sekiranya hujah pas boleh disangkal dgn cara ilmiah dari kalam ahli agama juga maka hujahkanlah balik dgn kaedah disiplin ilmu agama yg dilatih dari dulu lagi, bukannya mencabar utk dikemukakan hudud umno, sebab umno tak pernah guna poltik demokrasi barat yg menjadi ketagihan semua parti politik termasuk ulama pas utk dptkan kerusi/kuasa dgn menjaja ugama.

Agama bukan setakat hukum saja yg dok diglamerkan oleh pas, tapi pengisiannya yg penting, tapi lebih 20 tahun perintah kelantan, apakah pendekatan yg paling bijak Islam utk mengurangkan penagihan dadah dan pelanggaran maksiat yg mengakibatkan pengidap aid/hiv paling ramai juumlahnya di malaysia. Tak malukah tradisional ulama dan moderate islamic pas dgn hasilnya yg ditakdirkan oleh Allah swt dlm soal ni?? Apakah pendekatan yg berkesan yg telah dibuat utk mengatasinya atau mengurangkan?? Perancangan dan pelaksanaan yg unggul mestilah diwar warkan biar semua rakyat termasuk non muslim dpt tahu begitu hebatnya islam yg dimiliki oleh oleh pas sbb mampu menggunakan kuasa yg ada utk melaksanakan program pencegahan dadah dari masa kanak2 lagi. Setakat ceramah politik agama dan kuliah kat surau itu bukan merupakan mercu tanda yg boleh kita banggakan utk menghapuskan masalah ini, bila kita dipandang lemah maka Islam juga akan diperlekehkan sbb parti Pas menjaja agama dlm sisitem poltik barat ni. Akhirnya ulama pas termasuk dlm golongan ulama akhir zaman yg ramainya jumlahnya tapi hampas sahaja.

Bila dituding jari kpd pas jgn pula pembaca cuba menuding kepada umno, sbb umno tak pernah guna agama utk dptkan kerusi, jadi kalu pembaca tetap mengata pd umno seolah diluar konteks sbb yg pakar agama dan kebenaran Haq dikatakan berada dlm pas, jadi sepatutnya masalah pengisian/tarbiah nafs menjadi cemerlang dibawah kjaan pas, tapi hancurr, kat kg saya di bachok boleh dikatakan setiap buah rumah wujud penagih.

wasalam

Anonymous said...

Penulis kini kelihatan faham kewajiban melaksanakan hukum Hudud. Samada ini sekadar isu yg ditimbulkan oleh pihak PAS untuk memancing undi atau tidak, perlaksanaannya tetap wajib, bukan? Isunya sekarang ini, adakah melalui UMNO perlaksanaan hukum yg turun daripada Allah itu mampu dilaksanakan? jika tidak, kenapa kita menghalang pihak lain yg cuba melaksanakannya?

jika sekalipun ia bertujuan utk memancing undi, ia sekadar memancing undi kepada para pengundi yg percaya bahawa perlaksanaan hukum ini adalah perintah. jika anda percaya bahawa ramai pengundi akan lebih berminat utk menolak perlaksanaan perundangan Islam tersebut, maka tidak perlulah anda rasa tergugat. lagipun hanya Kelantan akan melaksanakannya. bukan di negeri2 yg menjadi kubu UMNO. andai PAS berjaya melaksanakannya dgn baik di Kelantan, apa salahnya jika ia turut dicontohi di negeri2 lain. Adakah ini yg menjadi kekhuatiran anda?

lagi pun apa yg timbul baru2 ini berkenaan hukum hudud bukanlah daripada pihak PAS. Ia ditimbulkan oleh Tun Mahathir yg mencabar PAS utk melaksanakannya di Kelantan. Ia berikutan tuntutan PAS pada tahun 2003 lepas yg sengaja ditimbulkan kembali utk membangkitkn huru-hara & pecah belah dikalangan Pakatan Rakyat. Kenapa semasa pemerintahan beliau, beliau tidak mencabar sedemikian? adakah beliau risau akan terbongkar sesuatu pd pemerintahannya bila UMNO tewas? kenapa mencabar tatkala ada pakatan Parti gabungan pd waktu ini? tidakkah anda dpt lihat apa yg berlaku dan bgmn permainannya?

biar kita buta mata, jgn kita butakan hati.

Zek said...

Semasa Trengganu diperintah oleh PAS pada tahun 1999 hingga 2004, kenapa hukum HUDUD tidak dilaksanakan?

Didalam ceramah pilihanraya PAS telah mengewar-warkan bahawa PAS akan melaksanakan hukum HUDUD sekiranya diberi kuasa memerintah. Dengan izin ALLAH PAS menang pilihanraya tahun 1999.

Tapi janji tinggal janji.

Dalam kempen2 pilihanraya mereka berjanji akan melaksanakan HUDUD sebelum ayam berkokok sekiranya mereka berkuasa.

Lima tahun rakyat Trengganu menunggu, habuk pun tak ada. Maka ALLAH tarik balik kuasa memerintah Trengganu daripada tangan PAS sehinggalah sekarang.

Aku percaya kebanyakan rakyat Trengganu tidak mudah ditipu lagi. Pemimpin PAS hanya pandai berjanji sahaja. Tetapi janji kosong.

Anonymous said...

Lagi sekali nik aziz dengan bebalnya mengatakan hudud hanya untuk orang islam , tak maluke nik aziz dah berapa kali menipu dan memutar belit ajaran islam , dan yang terus bebal adalah pengikut mereka yang jahil hanya mengikut membabi buta sikap munafik nik aziz .

MAcam biasa semasa menag terengganu dahulu Hadi awang berjanji sebelum ayam berkokok dia akan laksanakan hudud .. tapi macam biasalaa orang PAS ni buat perangai munafik , dengan tiba-tiba hadi kata hudud ni hanya 0.001% sahaja dalam islam .. kiranya dia taknak buat laa tu , tapi orang PAS bebal , selama ni dah habis semua orang UMNO dikafirkan dan difitnah

Kat Kedah pun sama , azizan kata hudud ni hanya perkara kecil dalam islam , itulah sikap munafik pemimpin PAS bila dah berkuasa.

Kat Perak lagi best , masa pemimpin PAS jadi MB siapa lagi kalau tak Nizar , tapi bila suruh dilaksanakan hudud , Nizar buat laporan polis katanya orang yang suruh buat hudud kat Perak ni nak lagakan hubungan antara kaum

Itulah sikap pemimpin PAS yang kononnya mereka lebih Islam daripada orang Islam lain , mereka bersikap bagaikan binatang (maaf saya terpaksa guna perkataan ini) , habis semua orang islam yang tak bersefahaman akan kena kafir.

Kat selangor dengan terang khalid kata takkan laksanakan hudud , lagipun orang PAS semua mana berani sebut hudud kat selangor ni , nanti ustaz PAS dan ulama yang mereka gelar dalam PAS akan dimaki hamun oleh DAP.

Akhirnya Hudud ni hanya mainan dan satu pelacuran terhadap agama islam oleh pemimpin dan pengikut bebal PAS , yang akan timbul untuk takut-takutkan orang Islam yang bebal .

Dan antara perkara yang disebut dalam surat Tun Dr Mahathir kepada Nik Ajis dulu ialah kenapa orang islam kena hudud tapi orang bukan islam tidak ? tapi nik ajis ni buta dan bebal malah tak faham agama , dan dituduh Tun sebagai kafir .

Malah jangan lupa hudud PAS telah didrafkan oleh orang lain dan bukan majlis syura atau pemimpin atau ulama PAS yang seringakli menjatuhkan hukuman kafir kepada orang lain , kenapa? sebab mereka sendiri tak faham dan taktahu !!!

itulah jadinya apabila agama islam dilacurkan dan diputar belit oleh orang Politik demi kuasa dan duit .. fitnah menjadi asam garam hidup mereka

-SyahMir

Anonymous said...

Kepada anon September 28, 2011 10:53 AM

Tak perlu menipu , bersikap munafik dan bercakap tanpa fakta.

Apabila statistik HIV meletakkan kelantan antara penghidap terbanyak dengan sepantas kilat Nik Ajis menyalahkan orang lain walaupun negeri lain pun banyak juga tapi mereka bersikap muhasabah diri .

Tapi tidak nik ajis yang sentiasa merasakan dirinya betul dn tak buat salah , dia kata jika hudud dilaksanakan dikelantan dahulu perkara ini takkakn terjadi dan nik ajis terus menyebut Tun Dr Mahathir sebagai penghalang nak buat hudud oleh PAS , dan didengan mulut penuh fitnah lagi terhadap Tun dr Mahathir dengan pelbagai fitnah antaranya penghalang hukuman islam dan syariah .

Apabila nik ajis penuh bongkak tak pernah mengakur salah berkata begitu . Beberapa hari kemudian , Tun Dr Mahathir dengan selamba berkata buatlah hudud saya dah berhenti lebih 10 tahun , mana tau PM najib benarkan .. hehehe

Sebenarnya Tun hanya menyampaikan surat dan berkata hudud PAS tak betul sebab orang islam dikenakan hukuman hudud tapi orang bukan islam tidak . Sampai sekarang nik ajis dan PAS terus pegang hudud mereka yang tak betul tu , dan terus mengkafirkan orang Islam lain yang tidak senada ...

kalau betul PAS ni ikhlas tentunya setiap tahun atau mengadakan seminar dengan pakar-pakar islam untuk menunjukkan draf hudud kepada pakar untuk menelitinya dan mengkaji tapi ianya tidak berlaku kerana mereka tidak ikhlas , hinggakan terpaksa orang luar untuk draft hudud mereka sendiri , dan draft yang telah ditulis oleh orang luar itulah yang masih terus dipegang sejak dahulu lagi , hinggakan draft hudud untuk Kelantan dan Terengganu pun tak sama . memalukan

Anonymous said...

Hudud..thousands journey begins with one step. Yet, one step begins with thousands excuses. Which one..PAS or UMNO.

Anonymous said...

dah tu knapa umno taknak hudud?? Ingatkan Azli Shukri/umno tak paham hudud.. paham jugak ye. saje nak melawan hukum tuhan.

Arip Sepina said...

Sesungguhnya Allah akan bagi dugaan berdasarkan kemampuan seseorang untuk menerimanya.

Keputusan mesyuarat Pakatan Rakyat (PR) kali ini mencatatkan sejarah tersendiri kerana telah berjaya memincang isu utama yang menyentuh secara langsung pendirian PR.

Hasil perbincangan yang memakan masa lebih tiga jam itu telah merumuskan satu keputusan yang akan memperteguhkan lagi hubungan PR walaupun berhadapan dengan isu yang rumit. Ternyata cubaan Umno-BN sekali lagi gagal memecah-belahkan PR dalam isu ini.

Pendirian PR dalam memperakui Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 dan Enakmen Jenayah Syariah Terengganu 2003 membuktikan PR telah bertindak dengan penuh cermat dan berhemah dalam mencari penyelesaian terbaik dalam isu pelaksanaan hudud.

Perakuan ini bermakna PR memperakui bahawa undang- undang jenayah syariah yang dilulus oleh kedua- dua dewan negeri telah melalui prosedur yang betul, menepati kehendak dalam sistem demokrasi.

Sehubungan itu, perakuan bahawa Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993, dan Enakman Jenayah Syariah Terengganu 2003 yang telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri maka PAS melihat kerajaan negeri mempunyai hak bagi memperkanunkan undang-undang tersebut.

Persoalan sekarang ialah sejauhmana kesediaan pusat untuk memberi kebenaran untuk pelaksanaan merupakan perkara kedua yang perlu diselesaikan.

Rakyat Kelantan khususnya memilih PAS atas dasar Islam yang dibawanya, kerana itu mereka seharusnya diberi hak bagi mengamalkan ajaran mereka. Sebarang usaha menghalang adalah bertentangan dengan semangat demokrasi yang dipersetujui bersama. Kini terpulanglah kepada kerajaan kelantan bagi mengazetkan undang-undang tersebut.

Antara “Tidak menyokong” dengan “Penghalang”

PAS mengakui DAP mempunyai pandangan berbeza dalam soal ini dan pendirian mereka dalam tidak menyokong sistem perundangan syarak. Akan tetapi, ini bukanlah perkara pelik kerana mereka bukan beragama Islam dan tiada tuntutan syarak ke atas mereka.

DAP berpendapat ianya bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan, di mana kes-kes jenayah mesti berada di bawah bidang kuasa mahkamah sivil, bukan di mahkamah Syariah.

Mereka juga berpendapat enakmen ini memerlukan pindaan Perlembagaan bagi menguat-kuasakannya.

Jadi jelas, yang menghalang ialah Perlembagaan Persekutuan yang dimomok Umno selama 54 tahun, dan bukannya DAP. DAP tidak menyokong kerana ia melanggar Perlembagaan Persekutuan.

PAS memperakui perlunya bidang kuasa mahkamah syariah diangkat bagi menepati tuntutan syarak dalam pelaksanaan sistem perundangan ini. Namun, ruang dan bidang kuasa kerajaan negeri yang telah meluluskan enakmen ini juga perlu diperakui dan diiktiraf.

Situasi ini amat berbeza dengan Umno yang beragama Islam dan mempunyai kewajipan syarak dalam melaksanakannya.

Tambahan pula, Umno, yang mengaku dirinya Islam dan telah diberi kuasa pemerintahan selama lebih 54 tahun sepatutnya mesti bersedia memikul tanggungjawab ini untuk menyediakan negara ke arah kesediaan untuk melaksanakan hukum Allah.

Ini bukan. Umno masih mengatakan negara masih belum mampu melaksanakannya. Ini jelas mencerminkan kegagalan Umno dalam memastikan pelaksanaan syariat Allah di negara ini.

Keputusan yang dibuat PR ternyata jauh lebih baik dari pendirian Umno yang terus menolak hukum hudud sebagaimana kenyataan perdana menteri dan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak.

Sebagai damage control ekoran kenyataan presiden mereka, ramai pemimpin Umno bergesa-gesa berkata mereka secara dasarnya menyokong hudud tapi menyalahkan keadaan tidak sesuai untuk melaksanakan hukum Allah ini.

54 tahun memerintah tapi dalam keadaan kononya menyokong hudud, Umno masih menyalahkan keadaan tidak sesuai untuk melaksanakan hukum hudud. Jadi jelaslah selama ini, merekalah penghalang sebenar daripada pelaksanaan hukum Allah.

Arip Sepina said...

Pendirian orang bukan Islam “tidak menyokong” dan orang Islam yang “menghalang” amat beza darjatnya dalam isu pelaksanaan hukum hudud ini.

Hipokrit Umno dan BN

Kini, sikap menghalang Umno itu bertambah nyata kini apabila berhadapan tekanan dari MCA dan Gerakan yang terang terangan mengugut akan keluar dari gabungan Barisan Nasional (BN) seandainya Umno menerima hukum hudud.

MCA dan Gerakan hanya ugut nak keluar BN jika Umno nak laksana hudud kononnya ingin menjaga hak orang bukan Melayu. Tapi, tidak pula kedengaran MCA dan Gerakan ugut nak keluar BN semasa Umno dan Perkasa sering menindas hak dan menggertak kaum bukan Melayu. Bukankah itu menjadikan ugutan tersebut amat hiprokrit?

Namun, hipokrit MCA dan Gerakan tidak setanding Umno. Apabila tercetus isu ini, Timbalan Presiden Umno terus menyatakan Umno turut menyokong hudud. Selepas ugutan MCA dan Gerakan, Najib terus mengisytiharkan tidak akan melaksanakan hukum Allah ini di Malaysia.

Sikap hipokrit Umno menyebabkan rakyat beragama Islam kini menuntut satu perisytiharan bilakah Umno akan bersedia melaksanakan sistem perundangan syarak ini? Perisytiharan Umno ini juga sudah tentunya menyebabkan masyarakat Islam menuntut para ulamak dan ilmuan agama khususnya, untuk berfikir kewajaran mereka untuk terus berada dan menyokong Umno.

Hudud bukan isu politik

PAS ingin tegaskan bahawa isu hudud bukanlah isu politik tetapi ianya tuntutan syarak ke atas kerajaan yang memerintah. Kerana itu, kerajaan Kelantan secara konsisten telah melakukan pelbagai cara bagi menimbulkan kesedaran rakyat terhadap kewajipan menerima dan melaksanakannya selama ini.

Pelbagai seminar, diskusi, forum, wacana dan ceramah tentang enakmen hudud telah diadakan setiap tahun. Kerana itu, bilamana isu hudud timbul dan dipolemikkan oleh media Umno, rakyat Kelantan samada Islam atau bukan Islam langsung tidak termakan dengan polemik tersebut, kerana mereka telah biasa dengan isu ini.

Menteri Besar Kelantan telah menjelaskan perkara ini berpuluh kali bahawa beliau ingin melaksanakan sistem perundangan syarak ini kerana amanah yang terpikul di atas bahunya di akhirat.

Bahkan, kalau diamati beberapa langkah kerajaan negeri dalam pelaksanaan pembangunan Kelantan selaras dengan syarak tidaklah menguntungkan politik PAS di Kelantan - sebagai contoh tindakan menutup premis perjudian, kelab malam, disco dan mengehadkan penjualan arak; semua ini dari sudut politik ia bukanlah menguntungkan PAS.

Arip Sepina said...

Tindakan ini menyebabkan semua yang terlibat samada taukeh judi, kaki judi, disco dan lainnya tidak akan memberi undi kepada PAS, kerana mereka akan menentang peraturan ini. Namun, kerajaan Kelantan terus melaksanakannya semata-mata kerana tuntutan syarak.

PAS melihat keputusan yang telah dibuat oleh PR memberi ruang pengiktirafan dalam lingkungan demokrasi. Keputusan rakyat Kelantan untuk menerima PAS sebagai parti yang mewakili mereka, serta tindakan Dewan Undangan Negeri Kelantan yang telah meluluskan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 adalah hak dan dalam bidang kuasa mereka.

Bagi PAS, isu yang dipertikai adalah apakah perundangan syariah itu menepati kehendak perlembagaan atau berlawanan dengan kehendak perlembagaan negara, dan ini mestilah ditentukan oleh mereka yang berautoriti.

Jaminan PAS

PAS akan cuba menegakkan syariat Allah sedaya upaya dalam kerangka demokrasi yang ada. PAS sesekali tidak akan menjadi seperti Umno yang mengalah terus untuk menunaikan syariat Islam tanpa sebarang usaha yang ikhlas. Orang yang sikap mengalah tidak akan mencari jalan penyelesaian. Maka dengan Umno, masyarakat Islam bolehlah lupakan sahaja syariat Allah dapat ditegakkan.

PAS memberi jaminan tidak akan memaksa orang bukan Islam menerima hudud secara paksa. PAS juga ingin menegaskan di sini, hudud hanya melibatkan orang Islam sekiranya ia dapat dilaksanakan dalam kerangka demokrasi yang ada.

Namun, diharap rakyat dapat memahami situasi amat berlainan di negeri Kelantan, kerana rakyat Kelantan ingin hukum hudud dilaksanakan. Hak dan keinginan rakyat Kelantan harus dihormati.

Wan Solehah al-Halbani said...

Salam,

1. Satu artikel yg amat bagus.

2. PAS dan Ustaz Azhar berbohong.

3. Hudud wajib ke atas semua yg ada di dalam negara kita.

4. Hudud dan Negara Islam adalah kedua-duanya Aqidah.

5. Menjalankan Hudud dan menegakkan Negara Islam kedua-duanya adalah perintah Allah dan hukumnya adalah wajib ke atas setiap orang Islam.

6. Orang-orang yang tidak berjuang untuk menegakkan Negara Islam dan untuk menjalankan hudud adalah orang-orang kafir.

7. Orang-orang yang tidak berniat untuk menegakkan Negara Islam dan untuk menjalankan hukum Hudud adalah orang-orang yang terbatal Aqidah mereka dan terkeluar dpd agama Islam;

8. Orang-orang yang tidak setuju terhadap hukum Hudud dan Negara Islam adalah orang-orang kafir.

9. Orang-orang yang mengatakan bahawa Negara Islam dan Hudud tidak boleh dilaksanakan di Malaysia kerana kita ini adalah masyarakat berbagai kaum dan agama adalah orang-orang kafir.

10. Orang-orang yang mengatakan bahawa hukum Hudud sudah tidak sesuai bagi negar Malaysia kita ini adalah orang-orang kafir.

11. Hudud dan Negara Islam boleh diwujudkan melalui paksaan dan kekerasaan serta dgn Jihad, Perang dan Revolusi.

12. Kita tidak perlu untuk mendapat persetujuan dpd orang-orang kafir untuk menegakkan negara Islam dan manjalankan hukum Hudud.

13. Orang-orang yang keberatan untuk menjalankan hukum Hudud kerana mereka memberi pertimbangan kpd perasaan dan hati nurani orang-orang kafir adalah orang-orang kafir.

14. Bila umat Islam adalah golongan minoriti manakala orang-orang kafir adalah majoriti, kita boleh menegakkan negara Islam dan mernjalankan hukum Hudud melalui Jihad, Perang dan Revolusi.


Sekian, terima kasih.


Wan Solehah al-Halbani

Wan Solehah al-Halbani said...

Salam,

KALIMAH ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ BERERTI BAHAWA :

1. Kerajaan Allah sahaja yang tertinggi dan paling berkuasa yang mengatasi dan menundukkan seluruh kerajaan dan undang-undang manusia (9:33);

2. Allah yang berkuasa dan berhak untuk menguat kuasakan undang-undang Allah ke atas manusia (5:48, 49);

3. Allah yang berkuasa dan berhak untuk membuat undang-undang (12:40);

4. Allah berhak untuk menghukum manusia dengan undang-undang Allah (5:50);



PERLEMBAGAAN MALAYSIA ADALAH KAFIR KERANA :

1. Artikel 4 - Perlembagaan Malaysia adalah undang-undang yang tertinggi yang mengatasi al-Quran dan Hadis;

2. Artikel 43 - pemerintah menguat kuasakan undang-undang manusia ke atas umat manusia;

3. Artikel 44 - pemerintah membuat undang-undang manusia;

4. Artikel 161 – pemerintah menghukum manusia dengan undang-undang manusia.



MALAYSIA ADALAH KAFIR KERANA :

1. Pemerintah dilantik sebagai Tuhan-tuhan Manusia yang mempersekutukan Allah;

2. Manusia memerintah dan berkuasa ke atas manusia;

3. Manusia membuat undang-undang;

4. Menguat kuasakan undang-undang manusia;

5. Menghukum & mengadili dengan undang-undang manusia;

6. Manusia menyembah manusia;

7. Rakyat adalah para hamba kepada manusia;

8. Tidak menolak undang-undang manusia ;



UMNO & PAS ADALAH KAFIR KERANA MEREKA MELAKUKAN PERKARA-PERKARA BERIKUT :

1. Melantik manusia sbg Tuhan-tuhan Manusia;

2. Justeru mereka sekutukan Allah;

3. Membuat undang-undang manusia;

4. Menguat kuasakan undang-undang manusia;

5. Menghukum dengan undang-undang manusia;

6. Mewujudkan sistem manusia menyembah manusia;

7. Mewujudkan sistem manusia menjadi hamba kpd manusia;

8. Setuju, redha dan membolehkan amalan agama yang kafir.



PEMIMPIN KITA (UMNO & PAS) ADALAH TUHAN-TUHAN MANUSIA YANG KAFIR KERANA :

1. Mereka mempersekutukan Allah kerana mereka adalah Tuhan-tuhan Manusia;

2. Mereka berkuasa, berdaulat & memerintah ke atas manusia;

3. Mereka membuat undang-undang;

4. Mereka menguat kuasakan undang-undang manusia;

5. Mereka menghamba abdikan manusia kpd kuasa mereka;

6. Mereka menghukum dgn undang-undang manusia;

7. Mereka disembah oleh manusia.


DEMOKRASI ADALAH SISTEM MANUSIA MENYEMBAH MANUSIA :

1. Umat Islam yang taat dan patuh kpd undang-undang demokrasi bererti mereka menyembah para pemimpin mereka yang membuat undang-undang itu sebagai Tuhan-tuhan yang layak disembah (Taubah 31);

2. Para pemimpin adalah disembah sebagai Tuhan-tuhan yang layak disembah oleh manusia (Taubah 31);

3. Para penyembah dan orang-orang yang disembah adalah kesemuanya kafir.


AL- QURAN TIDAK MEMBENARKAN AMALAN DEMOKRASI :

1. Kufur ingkarkan demokrasi (Nisa 60);

2. Tidak amalkan demokrasi, kufur ingkarkannya, memusuhi & membencinya ( 60:4);

3. Tidak membenarkan kuasa politik diperolehi melalui jalan demokrasi (faatir 10);

4. Rasulullah menolak tawaran menjadi Raja (kafirun1-6);

5. Hukum Fiqh – DHARURAH, IJTIHAD & MASLAHAH tidak membolehkan amalan demokrasi kerana :

a) Demokrasi adalah agama yang kafir;
b) Sudah ada ayat-ayat al-Quran yang melarang kita dpd mengamalkan agama demokrasi.

6. PAS kafir kerana membolehkan amalan demokrasi melalui Ijtihad.



MEMELIHARA KESEMPURNAAN AQIDAH KITA :

1. Isytiharkan kekufuran kerajaan demokrasi;

2. Akui tidak ada ijtihad bagi membolehkan amalan demokrasi;

3. Tidak mengamalkan demokrasi;

4. Menolak dan mengingkari demokrasi;

5. Memusuhi dan membenci kerajaan demokrasi;

6. Menghapuskan kerajaan demokrasi melalui Jihad, Perang dan Revolusi.



METOD PERJUANGAN ISLAM ADALAH al-QURAN,SUNNAH DAN SIRAH :

1. Deklarasi kekufuran kerajaan demokrasi (Hjr 94, Maidah 67));

2. Penolakan total terhadap kerajaan demokrasi (Nisa 60,Mumtahanah 4);

3. Tanpa kompromi terhadap kerajaan demokrasi (Kafirun 1-6, Qalam 8 & 9);

4. Konfrantasi Terbuka terhadap kerajaan demokrasi (A’raf 110,127, Hud 55);

5. Jihad, Perang dan Revolusi (Baqarah 193, Hajj 40);


Sekian, Terima Kasih.