Tetamu Kehormat...

September 27, 2011

Nik Aziz Selesai Dulu Isu Ini! Sebelum Buka Kitab Hudud

Sebahagian daripada beribu naskhah al-Quran
yang dibuang di bangsal lembu di Bachok, Kelantan semalam.

BACHOK – Penduduk Kampung Pauh Sembilan dekat sini gempar apabila menemui beribu-ribu naskhah al-Quran yang ditinggalkan di sebuah bangsal lembu dipercayai untuk dilupuskan secara tidak sah. Seorang penduduk, Mamat Harun, 65, berkata, kira-kira pukul 12 tengah hari kelmarin, sebuah treler telah memasuki kampungnya dan dia sempat melihat beberapa lelaki sedang memunggah kotak ke dalam sebuah lori kecil.

13 comments:

Anonymous said...

sesiapa yg x menerima hukum hudud bermakna x beriman kepada kitab(krna dlm kitab tlh tmaktub wajib laksana hukum hudud)..ini bermakna ia melanggar rukun iman...jika salah satu rukun iman tidak disetujui maka kafir la tanpa segan silu....tq

Anonymous said...

SEBENARNYE HUDUD NI DI TOLAK OLEH PEMIMPIN ISLAM SENDIRI...SAMA JGK DGN RAKYAT...KALU DIORANG SUKA PADA HUDUD, DIORANG X UNDI PARTI YG MENENTANG HUDUD...ORG ISLAM TU SEBENARNYE X TAHU MAKSUD HUDUD..SO MCM MANE NAK BG PENERANGAN KAT PUAK2 KAFIR NI....ANTARA KENAPA ADE ORG2 ISLAM TOLAK HUDUD.
1) DIORANG X DAPAT NAK BELI NO EKOR.
2) DIORANG X DAPAT NAK LANGGAN GRO N PELACUR.
DIORANG X DAPAT NAK SELEWENG WANG2 ANAK2 YATIM.
DIORANG X DAPAT LG NAK TGK HIBURAN2 YG MEROSAKKAN AKIDAH TERMASUK ANAK MEREKA.
LGPUN DAH JELAS BAHAWA PERLEMBAGAAN DLM MSIA 100% IKUT CARA YAHUDI.

Anonymous said...

setahu aku apa kau cakap apa pun, meka jika org dari sana keja kerajaan BN meka akan puja puji nik ajis...gaji BN beri yg dikatakan haram...dia belasah tetapi bab fikiran masih PAS...jgn buang masa la...meka tu buta hati/pekak telinga...sebab meka buka tinggal di kelantan..1 tahunsekali balaik kampung susa kejap aja..sebab tu di atak pedulu apa kau org ckp...fahammmmm

C L J said...

Ini dah termasuk bab menghina Islam dan ada undang undang yang boleh digunakan untuk mendakwa pihak bertanggong jawab.

Arip Sepina said...

Tuan Azli, Tumpang share kat sini ye. TQ.

Surat terbuka ini ditujukan kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya pimpinan Pakatan Rakyat. Ingin saya tegaskan bahawa kesusahan, kekalutan, kegusaran sentiasa menyelubungi kita lantaran negara diurustadbir dengan diselimuti kronisme, rasuah, penipuan dan sebagainya. Hasilnya adalah pembolotan kekayaan negara secara korup oleh kelompok-kelompok dan individu-individu tertentu dan rakyat semakin terhimpit lantaran nilai ringgit yang semakin kecil.

Meskipun rakyat semakin sedar dan cuba untuk melakukan perubahan, namun segalanya menjadi sia-sia apabila undi rakyat tidak menjadi penentu, tetapi yang menjadi penentu adalah pengundi-pengundi palsu (pengundi hantu, pengundi ‘clone’ dan sebagainya). Sebagai contoh yang mudah adalah pengguguran senarai pengundi yang berjaya didedahkan dan dibantah oleh PAS Selangor.

Kesedaran bagi mendesak untuk pembaikan terhadap pilihan raya yang bersih telah berjaya dimobilisasi oleh gabungan NGO dan didokong rakyat iaitu BERSIH. Namun malangnya kesedaran yang penting ini telah berjaya dipudarkan oleh Barisan Nasianal. Bagaimana? Jawapannya sangat senang, iaitu para pemikir BN akan mengalihkan isu ini kepada isu-isu lain agar rakyat tidak dapat lagi fokus. BN akan mengaturkan proksi-proksi mereka iaitu media arus perdana, NGO-NGO, mantan-mantan pimpinan BN, jabatan-jabatan dan pelbagai lagi agensi agar mengubah isu dan isu sebenar akan tenggelam bagi mamanjangkan hayat BN.

Bagaimana? Terdapat banyak cara yang diaturkan oleh pemikir-pemikir BN yang harus kita sedari agar kita tidak tertipu lagi, dan agar kita tidak tertari dan mengikut kehendak mereka. Antara rahsia mereka adalah:

1. Mencipta dan mempromosikan perkara yang membingungkan atau menyentak Pakatan Rakyat.

2. Menyibukkan rakyat dengan menimbulkan perkara menyusahkan rakyat.

3. Membuat pendedahan yang boleh melekakan Pakatan Rakyat.

4. Membangkitkan isu-isu perkauman atau polemik agama.

Mari kita perhatikan satu-persatu.

Arip Sepina said...

Ni Sambungan yang atas tadi tuan Azli ye.

Setiap kali BN merasa mereka terancam dengan pendedahan (dalam hal ini, pilihanraya yang bersih), BN akan mencipta dan melontarkan gelaran-gelaran atau tuduhan-tuduhan bagi menjatuhkan Pakatan Rakyat. Tidak kiralah sama ada melabelkan Pakatan Rakyat sebagai pengganas, pelampau agama, pelampau bangsa, terpesong dari perjuangan asal bahkan mereka akan melakukan serangan-serangan peribadi. Akhirnya rakyat akan kebingungan dan pimpinan Pakatan Rakyat pula sibuk menjawab tuduhan yang dilemparkan. Maka tuntutan pilihan raya bersih akan ditenggelamkan.

Kedua, kerajaan BN akan menimbulkan isu yang akan menggusarkan rakyat, contohnya menaikkan cukai, menaikkan tarif, kenaikan harga minyak, tol dan sebagainya, sama ada akhirnya mereka akan berlagak hero menyelesaikan masalah tersebut atau mereka akan membiarkan rakyat terkapai-kapai menyelesaikan masalah ditimbulkan ini. Maka tuntutan pilihan raya bersih akan terkubur.

Ketiga, BN juga sanggup mewujudkan perkara-perkara yang menggembirakan Pakatan Rakyat bagi melekakan pendokong dan pimpinan Pakatan Rakyat. Contohnya, mereka akan berlakon bergaduh sesama sendiri. Bayangkan tiba-tiba Dr Mahathir dan Muhyiddin Yassin menyokong Hudud dan ada pula pimpinan lain yang menentang. Sedangkan selama ini pedulikah mereka? Bahkan mereka sanggup melakukan pendakwaan terhadap individu atau pimpinan-pimpinan mereka sendiri. Sebagai kesan, pimpinan dan penyokong Pakatan Rakyat akan bergembira dengan isu yang didentangkan dan sibuk menceritakan hal tersebut. Akhirnya tuntutan pilihan raya bersih akan terkubur.

Keempat, BN juga sanggup menimbulkan isu-isu perkauman, menimbulkan polimik antara agama, bahkan sanggup menimbulkan polemik dengan negara lain. Hal begini bukan baru, mereka sanggup menimbulkan polemik-polemik ini kerana mereka tahu apabila berlaku kekecohan atau rakyat rasa tidak selamat, rakyat akan menumpukan perhatian kepada isu-isu tersebut. Akhirnya tuntutan pilihan raya bersih akan terkubur.

Lantaran itulah, saya ingin menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia yang menginginkan hidup yang lebih baik, agar menumpukan sepenuh perhatian dan menggembleng tenaga menuntut pilihan raya yang bersih. Seandainya terdapat isu-isu yang cuba ditimbulkan, janganlah kita mudah teralih arah.

Kepada pimpinan Pakatan Rakyat pula, apalah salahnya jika kita terus bekerja membela rakyat, namun jika ditanya mengenai isu-isu lain yang cuba dipolemikkan, jawabkan sahaja, “kita insya Allah mampu menyelesaikannya (apa jua isu) apabila kita memenangi pilihanraya dan menjadi kerajaan, syaratnya pilihanraya mestilah diadakan dengan bersih”.

Arip Sepina said...

Ni kata2 TG Nik Aziz: Saya jarang membaca Utusan Malaysia, bagi saya ia lebih kepada surat pekeliling UMNO. Pagi ini saya ditunjukkan lakaran kartun yg disiarkan semalam, memperlekehkan kalimah hudud. Saya tidak mahu mengulas panjang, cukuplah saya katakan, padanlah dengan tahap pemikiran sidang pengarang Utusan Malaysia...

Arip Sepina said...

dan lagi...

KUALA LUMPUR, 27 Sept: Sambil menegaskan bahawa Setiausaha Agongnya Lim Guan Eng (gambar) tidak pernah membuat ugutan terhadap Pakatan Rakyat kerana kontroversi hudud, DAP hari ini menuntut penjelasan daripada akhbar The Star milik MCA atas laporan palsu terhadap kenyataan yang dibuat Lim hujung minggu lalu.

Dalam satu surat terbukanya hari ini, setiausaha politik Lim, Zairil Khir Johari menegaskan bahawa Lim hanya berjanji “seluruh ahli jawatankuasa DAP akan meletak jawatan sekiranya ada sesiapa yang boleh membuktikan bahawa hudud akan dilaksanakan dalam Dasar Bersama Pakatan Rakyat atau Buku Jingga yang telah dipersembahkan kepada awam.”

Kata Zairil, pada 25 September akhbar The Star sememangnya melaporkan kenyataan Lim dengan betul dan tepat.

“Tapi, ini ditukar ke satu versi lain pada 26 September 2011 yang memberikan bayangan salah dan tidak tepat bahawa Lim telah mengugut perletakan jawatan seluruh jawatankuasa parti DAP daripada Pakatan Rakyat jika hukum hudud akan dijumpai dalam Dasar Bersama atau Buku Jingga,” kata Zairil.

Tajuk utama The Star pada 25 September “Guan Eng: DAP top leadership will quit if hudud law included in Pakatan policy” telah ditukar ke satu versi salah dan tidak tepat pada 26 September bertajuk “DAP leaders threaten to quit Pakatan council”, tambah Zairil.

“Ia adalah secara kategorinya tidak betul kerana Lim tidak pernah membuat ugutan untuk keluar daripada barisan kepimpinan Pakatan Rakyat atau Pakatan Rakyat secara amnya.

Apa yang Lim kata ialah seluruh jawatankuasa parti akan meletakkan jawatan untuk mengambil sikap bertanggungjawab jika hukum hudud dijumpai masuk ke dalam Dasar Bersama atau Buku Jingga,” tegas beliau.

Semalam, para Setiausaha Agung PAS, PKR dan DAP dikatakan sebulat suara mencapai kata sepakat untuk mengarahkan semua pimpinan parti masing-masing agar jangan mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai hudud sehinggalah 28 September ini.

Arahan ini dikeluarkan berikutan pendiriaan bersama yang akan dibuat pimpinan Pakatan Rakyat 28 September nanti dalam mesyuarat mereka.

Tegas Setiausaha Agong PAS, Datuk Mustafa Ali, dakwaan yang mengatakan sebahagian pemimpin terutama dari DAP akan keluar dari Pakatan Rakyat sekiranya PAS dengan persetujuan PKR melaksanakan hukum hudud di Kelantan dan meneruskan agenda penubuhan negara Islam di negara ini, tidak berbangkit.

Sebaliknya, perkara itu sengaja dicetuskan oleh Umno dan akhbar milik parti itu, Utusan Malaysia untuk mencetuskan perselisihan dalam Pakatan Rakyat bagi kepentingan politik mereka.

“Para pemimpin Pakatan Rakyat cukup sedar perkara itu dan sehubungan itu mereka akan mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan perkara itu pada 28 September ini,” terang beliau dalam sidang media bersama dengan Setiausaha Agung PKR, Saifudin Nasution Ismail dan Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke di Pejabat Agung PAS semalam.

Muhammad Azli Shukri said...

anony 12:04 saya setuju, dan sesiapa yang menerima hukum hudud yang menyeleweng juga sudah dikira sebagai menghina agama Allah.

Abd Rahman Abd Rahim said...

Kepada tanpa nama,

Hebat sangat membicara tentang HUDUD. Orang ini tak betul parti itu tak betul kerajaan ini tak betul.

Amat baik sangat kah kamu?

Setinggi mana darjat ilmu kamu?

Lihat dalam diri, keluarga, saudara mara, jiran, rakan taulan dan jemaah kamu.

Siapa yang akan kamu angkat sebagai Hakim dan Saksi?

Sekiranya terdapat sekelumit perasaan was-was atas kewibawaan diri kamu juga yang berada disekeliling kamu maka layakkah kamu membicara sesuatu yang kamu sendiri tidak pasti melaksanakannya.

HUDUD akan membawa lebih mudharat dari kebaikan sekiranya tidak tangani oleh Ulamak Ilmuan yang martabatnya diperakui oleh seluruh masyarakat.

Sila namakan 4 orang sahaja dari kalangan PAS yang memenuhi syarat yang paling minima ini.

4 orang ini diitiraf kewibawaan Ilmunya oleh pihak kawan dan lawan, Islam dan bukan Islam yang merangkumi 27 juta rakyat Malaysia.

Sanggupkah keempat-empat mereka ini memperakui bahawa mereka adalah layak untuk menanggung tanggung jawab ALLAH swt ini.

Kalau sanggup sila datang kedepan.

Anonymous said...

Rumusannya; hanya org yg tidak takut mencuri yang takut kepada hudud.

Anonymous said...

kes di atas tu bukan isu kerajaan Pas kelantan semata. ni isu umat Islam

Alquran bukan milik pas



cukuplah tu politaik!!

Muhammad Azli Shukri said...

Tq