Tetamu Kehormat...

September 6, 2011

MSO : Fikir Dulu Sebelum Tulis

Mari kita cuba berfikir sejenak tulisan tahap merapu Sayuti Omar di dalam blognya dengan judul "Kematian Noramfaizul Takdir Biasa Bagi Wartwatan" (klik di sini). Secara sinis dan tersirat - amat jelas beliau menyindir cara sambutan yang diberikan oleh kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor, seorang jurugambar Bernama yang terkorban akibat tembakan peluru sesat. MSO menyindir dengan berkata, "Melihat peraiaan agak berlebihan dan ulasan-ulasan yang bernilai tinggi seperti wira sebenar negara ini oleh Perdana Menteri seolah-olah jurugambar itu telah berjasa besar kepada bangsa dan negara. Pada saya sambutan dan simpati itu agak melampau. Walhal beliau pergi menyertai misi bantuan yang diuruskan oleh Kelab Putra 1 Malaysia saja yang dianggotai oleh Pemuda Umno. Misi yang disertai juga bukan misi perang mempertahakan watan dan agama tetapi misi kemansiaan - merakam gambar macam mana kelab Umno itu membahagi-bagikan makanan dan minuman."

Mungkin MSO lupa - perangai yang suka membesar-besarkan sesuatu isu yang kecil sebenarnya dipelopori oleh parti yang disokongnya sendiri. Lihatlah dengan mata kepala sendiri, bagaimana PAS meraikan kematian peserta Bersih, Baharudin Ahmad yang didakwa kononnya mati syahid, sehingga Nik Aziz sanggup meluangkan masa ke rumah Allahyarham dan diberi liputan meluas oleh Harakah - bukankah ini juga namanya mengharapkan political mileage?

Contoh lain, bagaimana isu Memali dipanas-panaskan oleh PAS beratus kali hanya untuk mengharapkan political mileage dan mengekalkan sokongan orang ramai terhadap parti tersebut - bukankah ini juga namanya memanipulasikan politik kematian? Begitu juga dengan kematian Teoh Beng Hock - walaupun Suruhanjaya Diraja sudah memutuskan keputusan bahawa Teoh membunuh diri - tetapi kematiannya tetap dipolitikan - jadi, apa yang menghairankan sangat, sekiranya kerajaan di bawah kepimpinan DS Najib memberi perhatian serius terhadap kematian wartawan Bernama tersebut? Ada masalah ke? Atau MSO sudah mula berasa cemburu?

Janganlah iri hati, sekiranya pihak kerajaan atau UMNO mendapat sedikit political mileage daripada peristiwa yang menyedihkan ini. Ini bukanlah kehendak UMNO atau DS Najib - ia adalah takdir yang wajib kita terima. Sebagaimana PAS mendapat simpati rakyat daripada peristiwa Memali dan kematian Baharudin Ahmad. Begitu juga dengan UMNO yang mungkin mendapat sedikit penghargaan daripada usaha membantu rakyat Somalia. Harap MSO faham. Wallahualam.

17 comments:

doublecombo said...

Tuan,
Si dungu yg bernama MSO ini hanyalah pencacai kampungan PAS. Seorang kaki sembang kedai kopi yg kebetulan boleh menulis sikit-sikit. Tapi tuan tengok laras bahasa, struktur ayat dan ejaan-ejaan dia. Hancur!
Kalau tak silap dia mengaku mendapat pendidikan kewartawanan di Indonesia. Cuba suruh dia tunjuk buktinya? Saya was-was...
Manusia ini, sama macam penyokong PR lain bercakap tentang ketelusan. Tapi cuba tuan komen hentam dia; mesti tak dilepaskannya. Itulah ketelusan cara mereka.

captmam said...

Setuju sangat dengan doublecombo....MSO auta je lebih...

Anonymous said...

MSO iri hati dan bimbang melihat ramai penyokong kerajaan memberi penghormatan kpd jenazah allahyarham Noramfaizul yg. terkorban dlm misi kemanusiaan di Somalia. Beribu org. keluar memberi penghormatan terakhir pd. arwah.Ia mengambarkan bahawa rakyat menyokong usaha murni Putera UMNO membantu saudara seIslam yg. dlm kesusahan. Tak kira sebesar mana pergorbanan yg. mereka sumbangkan. Ia wajar dihargai apatah lagi dari pihak kerajaan. Ia akan menyuntik semangat rakyat utk terus menyumbang bakti tidak kira kpd siapa pun.

usin said...

penulis politik mcm mso ni bila menulis fokus adalah bagaimana mengubah persepsi sasaran. bagaimana mengubah sesuatu yg baik kpd was2, mengubah sesuatu yg indah kpd jelek & yg jelek kpd indah. memang tiada keikhlasan, memang tiada peradaban. haram untuk menyentuh keburukan parti dokongan sendiri hatta perilaku adalah 'sebijik' saling tak tumpah. penulis begini sebenarnya tak perlu dipanggil dungu kerana dia sendiri telah mengikhtiraf diri sendiri sebagai dungu.

Anonymous said...

pada suatu hari seekor kucing telah mencuri makanan seorg mahasiswa di satu universitas di medan, mahasiswa tersebut telah berjaya menangkap kucing yg kelaparan tu, terus dihakiminya, lalu dijatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas kucing kurap yg malang tersebut, tempat hukuman dijalankan di kawasan kampus universitas tersebut iaitu di sepohon pokok lalu digantung dgn tali, semasa hukuman dijalankan oleh mahasiswa tersebut beliau membaca penghakiman yg diputuskan oleh beliau sendiri di depan kucing yg malang tersebut, mahasiswa2 lain turut menjadi saksi hukuman tersebut dijalankan, sungguh malang nasib kucing kurap tersebut dek kerana kelaparan dia menjadi mangsa dan nyawa diambil oleh mahasiswa yg amat pelik perangainya, sampai sekarang mahasiswa itu tetap mempertahankan hak dirinya walaupun sebutir nasi, demi sebutir nasi hidupnya menjadi terpaksa diteruskan waima mengorbankan seekor kucing kurap, apatah lagi insan ciptaan Allah swt, nauzubillah...

Anonymous said...

drp pemuda ampang

sesiapa saje yg terkorban semasa mejalankan tugas adalah hero. BN gunakan sepenuhnya media utk political mileage.
Berita itu akan mungkin di siarkan sehari shj sekiranya keluarga mangsa menyatakan akan saman Kelab Putera Malaysia.

Anonymous said...

Sahabat,

MSO otak pembangkang, tahu nak membangkang aje.

Saman? Menang -untung dunia, akhirat tak dapat. Kalah - rugi dunia akhirat.

-Pulau Indah-

Anonymous said...

politaik 24/7

Anonymous said...

Kesian.. Semata mata nak mempromosikan malaysia di mata dunia Afrika, seorang jurugambar terpaksa dikorbankan. Semata2 nak menaikkan nama mamak kutty Dato Azeez yang gilakan publisiti keselamatan diri sendiri terabai. Dahla naik pajero takde langsung pelekat media atau pengaman, mana tak askar somalia tak syak apa2..
kalau nak jadi hero pun biarlah berpada-pada. Kalau azeez kutty yg terkorban baru la dikatakan hero..

Hehehhe

Anonymous said...

Satu ulasan yang menarik dengan contoh2 semasa. Kata dulang paku serpih, kata orang dia yang lebih. Itu lah PAS.

Terimakasih tuan. Ini baru penulis blog berkualiti. Keep up the good work.

akuantiPAKATAN.

Anonymous said...

Ini bukan persoalan kematian sahaja. Kematian itu adalah takdir Allah SWT. Sudah ... Jangan lagi dipanjang cerita ini. Tidak perlu diberi pingat kebesaran negara.

Yang penting, adalah untuk Azeez BERTANGGUNGJAWAB ATAS KEMATIAN INI.

Sebagai ketua rombongan yang telah meranapkan nama UMNO atas nama NGO. Seorang ketua WAJIB BERTANGGUNGJAWAB, bukan sekadar pandai cakap dan ambik gambar serta mecari salah orang lain.

Azeez u are no body bro in political circle.

aku@JB

Muhammad Azli Shukri said...

Tq

Anonymous said...

Puak-puak Pakatan Rakyat ini auta saja lebih, mereka suka merosakkan keadaan. Lihatlah isu harga barang, mereka tuduh kerajaan sebabkan harga barang naik sedangkan kos pengeluaran meningkat, takkan kerajaan nak paksa peniaga semua rugi, ini mereka tak cerita, mereka tipu sana tipu sini, itulah kerja mereka. Pakatan Rakyat mana tahu buat kerja, mereka hanya tahu maki hamun, hasutan dan demontrasi liar. Lihatlah dalam setahun beribu ceramah maki hamun, kemudian bersepah-sepah hasutan, dan demontrasi liar. Ini semua menyebabkan ketidak tentuan ekonomi, kesannya rakyat menderita, tapi Pakatan Rakyat dengan muka tak tahu malunya menuduh kerajaan itu dan ini sedangkan petualangnya adalah Pakatan Rakyat si penipu.

Ce cite Ce Cite said...

Aku kenal MSO. Dia anti bekas PM Tun M. Tapi sanggup jual buku yang mengangkat Tun M. Maknanya demi wang semua boleh jadi.

To Live Again said...

Woi MSO..Sekurang2nya Kelab Putra 1Malaysia 2 nak jugak pergi ke misi untuk membantu sedara seagama..Bntuan x semetinya dengan senjata je mangkuk..Kita terdaya setakat bantuan makanan,perubatan,pendidikan maka kita sumbg la ke arah 2..Yg puak PAS yg MULIA lg MAKSUM plak buat ape???Buat bodo je kan..

Sekurang2nya wartawan 2 pegi sana membuat liputan untuk ditunjukkan kepada kita di sini yg x berkesempatan ke sana betapa bertuahnya dn makmurnya bumi Malaysia ni..supaya kita insaf dn menghargai pemberian Allah yang tak ternilai harganya ni

Kan Allah pon suruh kita gunakan mata untuk melihat segala ciptaan dn kejadiannya dgn cara itu kita akan bersyukur dn berasa betapa kerdilnya kita..

Nah! Sekrg itu lah yg arwah cuba buat..Nk harapkn MSO pegi sana mgkn smpai kiamat pon x pegi..Bila dh ada org pegi disindir konon org 2 mati katak..

To Live Again said...

Kepada yg menuduh umno dn dato azeez 2 sudah2 la..Dh x percaya pada jnji2 dn qada' qadar Allah ke sedara suma..Ni suma adalah misi SUKARELA ok diulang MISI SUKARELA yg mana bkn kerahan tenaga yg mana peserta dipilih secara diktator..Semua peserta pergi secara SUKARELA kerana rasa MINAT dan TANGGUNGJAWAB..kalau x percaya cuba la tgk rekod arwah..Belia dn pegi serata dunia mengikut misi kemanusiaan..Belia penah ke Palastine,Aceh,Jepun,Mesir dll..

Buat sesape yg rasakan diri 2 pndai sgt konon usaha ni adalah sia2 belaka harap dpt cermin diri 2 dulu..

Tahu x kenapa dunia barat dpt menguasai dunia melalui MEDIA,diulang melalui MEDIA..Ini kerana mereka mempunya ramai rakyat yg suka pd KERJA2 gila seperti membuat liputan di medan perang dn kwsn bencana..Dek kerana KERJA GILA la mereka mempunya reputasi hebat di dlm dunia penyairan kerana mereka bisa memesongkan apa saja fakta yang selari dgn kehendak mereka kerana hanya mereka yang mepunyai wakil di kawasan kejadian..Akibatnya mereka berjaya membentuk persepsi penduduk dunia berkenaan dgn sesuati isu hnya menggunakan MEDIA..

To Live Again said...

Seperkara lagi, tahu x tuan2 yg berlagak PANDAI menuduh misi ini mencari glamor di negara africa semata bahwa dunia barat melebarkan pengaruh dn dakwah melalui misi sebegini??

Tak pernah kah kita mendengar cerita mengenai NGO2 yg mempunya latar belakang yg berkaitat rapat dgn Kristian yang menjadi pertubuhan yang mula2 smpai di bumi yang mengalami malapetaka?

Tak pernah kah kita melihat dn membaca di akhbar2 dn media barat bagaimana yg memaparkn bagaimana biarawati dan petugas dr ngo kristian menyuap magsa Tsunami di aceh yg 99% beragama Islam..bagaimana gmbr biarawati mendodoikan anak2 yg menjadi yatim dgn penuh keibuan??

Tak terfikirkah apa kesan jangka pnjg??? Kristian dan negara barat akn disanjung tinggi dek kerana usaha2 MURNI DN KEMANUSIAAN mereka..Imej barat dan KRISTIAN menjadi mekar di mata dunia..

Dan lbh mengerikan kita bimbang misi kemanusiaan menjadi misi mengKRISTINISASI kan umat Islam di negara2 miskin spt Somalia..Nauzbillah...

Jadi tlg la BERFIKIR menggunakan AKAL dn bukan KEPALA LUTUT..