Tetamu Kehormat...

September 9, 2011

Menjawab Tuduhan Tuan Ibrahim : Malam Sebelum Waktunya

Tuan-tuan baca kenyataan Tuan Ibrahim Tuan Man ini : "Mengenai soal status Ahmad Indera atau Mat Indera, Tuan Ibrahim menyarankan semua pihak bersangka baik ketika menilai status beliau sedangkan tiada siapa tidak mengetahui sejauhmana tuduhan itu betul dan pada masa yang sama beliau tidak dapat membela dirinya. Mungkin di saat kehidupannya, beliau ada melakukan kesilapan sebagai manusia biasa, namun kita dituntut baik sangka kepada beliau, mungkin dalam tempoh tahanan beliau telah bertaubat dan memohon keampunan dari Allah, apatah lagi beberapa maklumat penjaga kubur memberikan gambaran baik terhadap beliau,”

tambah beliau. Malah katanya, fakta yang ada sekarang saling bertentangan antara satu sama lain. Di satu pihak, Mat Indera dikatakan tidak pernah menganut fahaman komunis, seorang penghafal Quran, berakhlak baik sebagaimana yang ditulis dalam buku Pengukir Nama Johor. Sebelah satu lagi pula membuat pelbagai tuduhan negatif yang menyatakan beliau adalah sebaliknya. Yang ada hanyalah warisnya yang membuat penafian semua tudahan liar itu. Apakah ada yang lebih hampir selain waris bagi kita berbaik sangka kepada beliau?” - Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Penerangan PAS Pusat. (klik di sini)

Ini pula ulasan saya :

1. Bijak sungguh Tuan Ibrahim bermain kata. Dengan manusia yang sudah jelas menyembelih bangsanya sendiri, Tuan Ibrahim boleh berbaik sangka. Tetapi, dengan para pemimpin UMNO mengapa tidak boleh berbaik sangka? Mengapa dikutuk dan dicaci Mufti Perak yang mahu PAS dan UMNO bersatu padu, apakah yang menghalang PAS untuk berbaik sangka dengan Mufti Perak pada waktu itu?

2. Mengapa semua perkara yang dilakukan oleh UMNO tidak betul pada pandangan PAS? Mustahil tiada perkara yang baik dilakukan oleh UMNO selama ini. Jadi mengapa PAS tidak mahu mengakuinya?

3. Sekiranya para pemimpin PAS boleh berbaik sangka dengan Komunis, pihak Kristian, Syaitan, DAP dan semua musuh Allah di muka bumi ini, maka mengapa dengan UMNO mereka kafirkan? Apakah yang PAS mahukan? Kuasa atau agama?

4. Dan - sekali pun Mat Indera mungkin sudah bertaubat dan Allah menerima taubatnya, maka apakah itu bermakna kita merestui dan mengiktiraf perbuatannya yang turut sama terlibat membunuh anggota polis di Bukit Kepong, sekali gus menulis semula sejarah dengan menjadikannya sebagai hero utama kemerdekaan negara?

5. Jika benar Mat Indera seorang penghafal al-Quran, tetapi itu bukanlah jaminan bahawa dia bebas daripada kesesatan. Berapa ramai yang menghafal al-Quran, tetapi dikhabarkan oleh Allah sebagai penghuni neraka.

6. Pengukir Nama Johor hanyalah sebuah buku yang mencadangkan agar Mat Indera diiktiraf sebagai pejuang kemerdekaan, tetapi berapa banyak pula kajian dan buku sejarah yang sama sekali tidak bersetuju dengan cadangan tersebut? Sudahkah Tuan Ibrahim menemuinya?

7. Mat Indera bisa sahaja diiktiraf sebagai pejuang kemerdekaan oleh PAS, tiada masalah, tetapi kita mahu PAS menyatakan dengan ayat yang lengkap iaitu, "Mat Indera ialah seorang pejuang yang mahu membebaskan negara ini bagi mewujudkan sebuah negara Komunis" - inilah yang paling tepat! Jangan ditulis sekerat-sekerat. Jangan hanya ditulis "Mat Indera juga seorang pejuang kemerdekaan negara" - itu salah! Tidak sampai maksud yang sebenar.

8. Percayalah, hipokrit PAS akan memakan dirinya sendiri tidak lama lagi. Sejengkal demi sejengkal mereka masuk ke lubang biawak. Kalau Karpal Singah boleh bersikap rasional dalam hal ini, mengapa tidak dengan kepimpinan PAS? Masyarakat akan lebih menghormati PAS, sekiranya Mat Sabu ditegur oleh kepimpinan PAS - akan terselahlah sikap PAS yang bertegas dalam soal-soal kebenaran.

9. Sekali pun terdapat jasa Mat Indera dalam perjuangan kemerdekaan - bagaimana sejarah harus ditulis? Apakah dengan membunuh polis Melayu, membakar wanita dan anak kecil boleh dianggap sebagai salah satu juzuk-juzuk perjuangan suci?

10. PAS sudah berada di persimpangan - mereka bukan sahaja akan dihukum oleh pengundi, bahkan tidak mustahil dihukum oleh Allah kerana bersekongkol dengan DAP. Selagi PAS terus kemaruk mengejar kuasa dan bukan dakwah - maka kegagalan akan terus mengejar mereka. Wallahualam.

10 comments:

PaKMie said...

salam...

Ulasan yang tepat tq bro...

Asalamualaikum...

Cheguman said...

Mantap Azli. Hanya jauhari mengenal manikam.

Brahim Nyior said...

Kesian PAS, semakin dibenci dan dijauhi oleh orang Melayu.

Terlalu menjaga hati DAP dan bukan Melayu, akhirnya PAS menggadaikan prinsipnya.

Ok bro Azli.. Ulasan ni menepati persoalan yang Tuan Ibrahim bangkitkan.

C L J said...

Mengenai tajuk tentang KOMUNIS aku nak mintak maaf aku tidak boleh berbahas lagi. Aku dah ada kesimpulan yang mutlak kerana aku sendiri dan keluargaku melalui pengalaman pengalaman sendiri. Kalian yang masih keliru tu teruskanlah kebodohan cuba mengubah fakta sejarah itu. Silakan .

Norhamin said...

Norhamin
Salam.
Kalau benarlah Mat Indera pejuang kemerdekaan, mengapa harus bakar hidup-hidup orang melayu yang beragama islam, termasuk wanita dan kanak-kanak yang lemah. Kalau benarlah Mat Indera seorang islam yang tahu agama dan menghafaz Al-Quran, tentu dia tahu bagaimana Rasullullah melayan para musuhnya, bukannya dengan bertindak kejam membakar manusia ketika masih bernyawa satu perbuatan yang di kutuk oleh Allah dan Rasulnya?. Bukankah itu dzalim namanya. Adakah perbuatan yang dzalim itu menunjukkan sifat-sfat orang islam yang sebenarnya? Fikir-fikirkan lah.

Anonymous said...

Macam pulak dgn kata-kata British bukan penjajah tapi penaung negara kita selama ini. Mat Indera itu hanya satu watak dari beribu peristiwa pra merdeka.Peristiwa pra-merdeka yangi ingin dikaji dan diversikan semula. Statement di atas pulak membuat perkataan merdeka itu tidak relevan lagi.

Anonymous said...

pernah menjadi sejarah dlm sukatan sejarah sekolah dulu bahawa dikatakan Kamal Antartuk dikatakan tokoh membawa Islam ke kemodenan.Itulah sejarah yang bercerita tentang sejarah.

Muhammad Azli Shukri said...

Tq bro

Aznan Isa said...

umno mesti dimusuhi kerana sudah terang lagi bersuluh membuang syariat ALLAH. cakap banyak pun tak guna laa bro, sbb golongan ini telah ditutup pintu hatinya dan tidak akan menerima kebenaran hakiki.

Anonymous said...

Zippp..cakap byk x guna, noktah & muktamad !!! Contoh paling JELAS golongan manusia yg TERTUTUP PINTU HATInya ialah Aznan Isa !!! Siapa.? Aznan Isa..Betul ke.? Betuulll, tdk syak lagi.. Sekali lg nak tanya, siapa namanya.? Namanya ialah, AZNAN ISA..AZNAN ISA..AZNAN ISA !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!