Tetamu Kehormat...

September 8, 2011

Khoo Kay Kim Digelar Profesor Kangkung - Karpal Singh Apa Pula?

Setelah Mufti Perak digelar dengan gelaran Haramsani dan Anjing UMNO oleh puak-puak PAS kerana benci mendengar kebenaran yang tidak senada dengan kehendak nafsu serakah mereka - kini giliran Profesor Emeritus Dr Khoo Kay Kim pula digelar sebagai Profesor Kangkung oleh puak-puak yang tidak pernah kenal erti dosa dan pahala ini. Kalau sebelum ini puak-puak PAS memuji Harussani kerana ketegasannya mengharamkan Sure Heboh, tiba-tiba mereka boleh membenci Mufti Perak itu 100% hanya kerana beliau menyeru agar PAS dan UMNO bersatu demi umat Islam di Malaysia. Begitu juga pada suatu ketika dahulu puak-puak PKR sangat menyanjung keilmuan Khoo Kay Kim yang bertegas bahawa tarikh sebenar kemerdekaan Malaysia yang perlu disambut ialah 16 September setiap tahun, bersesuaian dengan tarikh kemasukan Sabah dan Sarawak ke dalam Malaysia. Namun demikian, Khoo Kay Kim dikutuk dan dicaci semula hanya kerana beliau berkata bahawa kenyataan Mat Sabu tentang peristiwa Bukit Kepong adalah salah. Maka, kesimpulan saya dalam hal ini adalah sangat mudah, iaitu :

1. Kalau seseorang yang pakar dalam sesuatu bidang pun tergamak dicaci dan dimaki oleh pimpinan PAS - apatah lagi rakyat biasa.

2. Semua ilmuan atau agamawan yang menyokong kebenaran tidak akan diiktiraf ilmu mereka selagi mereka tidak menyokong PAS atau DAP.

3. Mana-mana pakar bidang yang bercakap dengan jujur dan tidak sekata dengan nafsu serakah PAS atau DAP - kepakaran mereka tertolak! mengikut penilaian PAS dan DAP.

4. Para pemimpin PAS boleh dianggap "pakar" semua bidang - ahli sejarah, ahli agama, ahli politik, ahli ekonomi, ahli penipu, ahli silap mata, ahli pengurusan dan ahli semua jenis ilmu pengetahuan. Maka, sebab itulah mereka tidak perlu mendengar nasihat atau pandangan daripada mana-mana pakar bidang.

5. Apa-apa sahaja yang diucapkan oleh para pemimpin PAS dalam ceramah mereka - tidak pernah salah dan silap, semuanya betul belaka dan jangan sesekali dipertikai atau dibangkang. Sesiapa sahaja yang mempertikaikannya, tunggulah gelaran "babi", "haramjadah", "kangkung" dan lain-lain perkataan jijik.

Soalannya sekarang - sekiranya Khoo Kay Kim digelar sebagai Profesor Kangkung kerana menyanggah pandangan Mat Sabu, maka apa pula gelaran yang harus diberikan kepada Karpal Singh yang juga menyanggah kenyataan Timbalan Presiden PAS itu? Bolehkah Karpal Singh digelar sebagai Peguam Kangkung? Tepuk dada tanya iman.

Baca Berita Jahat Malaysia Kini di sini.. dan jangan lupa juga tonton video ini...

13 comments:

KLExpress said...

Karpal Singh pengerusi DAP kangkung..Mohd Sabu dah nyanyuk dah

Anonymous said...

Peguam Ngangkung.

Anonymous said...

KAPAL KANGKONG..DIA TAU KING JUBUR TU MEMANG MENJUBUR TP SAJA DI BELANYA..BUKAN KANGKONG DIA DIIBARATKAN TISSU TERPAKAI DLM MANGKOK TANDAS...

Neuro6 said...

Loyar Buruk....tu la karpal singh!!

Anonymous said...

Kapal Kangkung dalam Sink


Abu~

Anonymous said...

“Saya kecewa dengan apa yang dikatakan (oleh Menteri Besar Johor), tetapi kami tidak akan berundur daripada mendesak kerajaan membersihkan nama abang kami,” kata adik Mat Indera, Baharom Shah, kepada The Malaysian Insider ketika ditemui pada forum bertajuk “Mat Indera — Pejuang atau Pengkhianat Kemerdekaan” di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor di sini, malam tadi.

Saya mohon pihak kerajaan dapat membersihkan Mat Indera daripada dilabel sebagai pengkhianat negara. Sejarah kemerdekaan negara perlu dikaji semula,” katanya yang turut berpegang pada kandungan buku “Pengukir Nama Johor”, yang prakatanya disampaikan oleh Ghani sendiri.

Anonymous said...

”Penjajah hanya pergi setelah berjaya melahirkan pewaris yang dapat melaksanakan aspirasi mereka di Tanah Melayu. Terciptanya Malayan Union untuk melahirkan pewaris British.

Anonymous said...

memorandum persefahaman (MoU) itu ditandatangani sendiri Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang mewakili Umno dengan pihak CPC.

“Umno mengutuk komunis dan melemparkan segala fitnah terhadap Parti Komunis Malaya (PKM) serta cuba menodai nama baik Mat Sabu, tetapi pada masa yang sama Umno secara terbuka telah menjalin hubungan intim dengan ‘bapa’ PKM, iaitu CPC.

Anonymous said...

Dalam bab sejarah mokmin memeng hebat. Tak ada tokoh sejarah Cina/India boleh celen kehebatan tokoh politikawan/sejarawan mokmin. Bagi mokmin kalau tokoh sejarahwan Cina/India sekadar tokoh kangkung?

Anonymous said...

Anon 1:06,

hubungan diplomatik antara dua pihak bukanlah bermakna salah satu pihak bersetuju waima tunduk pada pihak yang satu lagi .

contohnya, As juga jalin hubungan dengan CPC, apakah itu bermakna As mahu imort ideologi berkenaan atau depa sujud kepada CPC.

serupa juga dengan Pas dan Dap. jalinan diplomasi antara Pas dan Dap bukanlah bermakna Pas mahu import ideologi Dap atau sebaliknya Dap mahu import ideologi Pas.

makanya kenyataan awak di atas adalah betul tetapi ulasan awaak adalah salah kerana dipengaruhi oleh sentimen politik semata-mata.

kalau kamu berfikir secara betul pastinya kesimpulan keanak-anakan itu tidak akan kamu paparkan dalam laman sesawang ini.

sebagai mukmin, berkata benarlah meskipun ianya tidak menguntungkan parti politik yang anda sokong. itupun kalau anda mahu jadi mukmin sejati. pilihan di tangan anda.

Pelayar Blog Siasah

Anonymous said...

Bila Karpal cakap jangan dirikan kota isler, tahu pulak depa dengar dan duduk diam-diam.

Kalau Karpal suruh bertaubat, pandai pulak mukmin mengelak dan berikan alasan.

Dan terkini apabila Karpal suruh diam kerana kenyataan yang mukmin buat adalah tidak tidak benar, pandai pulak depa melawan cakap-cakap Karpal.

Makanya siapakah yang kangkung? Profesor itu atau mukmin pembakngang?

kah kah kah

Amin said...

Amin. Salam.
Suka sungguh gelar orang dengan berbagai-bagai nama, kangkonglah, firaunlah, al juburilah, dan macam-macam lagi. Cuba fikirkan dengan matang dan waras, adakah itu baik dan mendatangkan faedah. Sia-sia sahaja, kata mahu jadi orang mukmin yang sejati saperti mukmin di zaman Rasullullah...tak usahlah gelar orang dengan pelbagai gelararan. Walaupun orang-orang ini banyak melakukan kesalahan...kita berdoa kepada Allah, supaya mereka diberi Hidayah, beri kesedaran kepada mereka supaya kembali kepada Allah. Itupun kalau benar mereka begitu. Nasihat saya, berhentilah dari menggelar dan memanggil saudara sesama islam, atau bukan islam...kerana ia amat dibenci oleh Allah dan Rasulnya.
Amin. Allah jauhkan saya dari berbuat begitu....

Anonymous said...

Itulah nasib kita sebagai rakyat, sibuk2 diaorang perang dlm media, cuti & shopping sakan, tup2 cukai prepaid...apa la nasib.