Tetamu Kehormat...

September 8, 2011

Isu Mat Sabu - Satu Penjelasan Baik Daripada Blog Xpress Minda

Dalam sehari dua ni, Mat Sabu, Pas dan gerombolan penyokongnya sedang sedaya upaya membuktikan bahawa Mat Indera adalah pejuang kemerdekaan negara. Sekarang ini mereka cuba menjadikan buku biografi Pengukir Nama Johor pula sebagai sandaran utk mengiakan hujah Mat Sabu yg meletakkan Mat Indera dan komunis sebagai pejuang kemerdekaan.

Buku Pengukir Nama Johor memenuhi tujuan penerbitannya merungkai siapa yg pernah berjuang menentang penjajahan British dan buku tersebut juga tidak menafikan penglibatan Mat Indera dengan komunis

Pada perenggan akhir biografi Mat Indera dalam buku tersebut turut mencadangkan supaya Mat Indera secara individu di iktiraf sebagai pejuang kemerdekaan dan bukannya petualang.

“walaupun ketokohan Mat Indera masih menjadi kontroversi, namun ada satu persoalan besar yg perlu di beri jawapan sewajrnya. Persoalan kini; Adakah Mat indera seorang petualang atau seorang pejuang? Huraian di atas cukup jelas memberikan jawapan yang tepat kepada persoalan itu.

Seperti Maharaja Lela, Tok Janggut, Mat saleh, Dato’ Dol Said, Rosli Dobi dan lain-lain, Mat Indera adalah seorang yang berani berjuang secara terbuka melibatkan jasmaninya, rohaninya, inteleknya dan emosinya demi bangsa dan negara.

Dia tidak mempunyai kepentingan peribadi. Dia juga tidak mempunyai niat jahat terhadap bangsa dan negaranya. Dia rela mempertaruhkan nyawanya demi memperjuangkan hak kedaulatan sebuah negara yang terbelenggu oleh rantai penjajahan. Justeru Mat indera sewajarnya diabadikan namanya sebagai pejuang, bukannya seorang petualang”. (Petikan buku Pengukir Nama Johor)

Penulis biografi Mat Indera dalam buku itu sendiri mengakui sejarah Mat Indera penuh kontroversi. Tentu sekali kerana penglibatan Mat indera bersama komunis.

Tetapi buku tersebut tidak sesekali mencadangkan supaya keganasan bersenjata komunis PKM diiktiraf sebagai perjuangan untuk kemerdekaan.

Biografi bersifat riwayat hidup dari sisi pandangan orang-orang terdekat selain turut mengutip sedikit info drpd lain-lain buku atau rujukan. Ia boleh di rujuk utk mengetahui riwayat Mat Indera dari satu sisi tapi bukan rujukan sejarah yg muktamad untuk menafikan keganasan yg dilakukan oleh Mat Indera dan anggota penganas komunis.

Saranan dan pengiktirafan buku tersebut sama seperti sejarah Tanah Melayu yg mengakui pencerobohan tentera Jepun telah berjaya membangkitkan semangat menentang British di kalangan anak Melayu selepas tamatnya Perang Dunia ke-2.

Tapi hakikatnya kita tak iktiraf pun Jepun sebagai pejuang kemerdekaan hakiki Tanah Melayu.

Mat Sabu walaupun tidak menyebut perkataan komunis secara terbuka hakikat kita semua tahu Mat Indera tidak berseorangan menyerang Balai Polis Bukit Kepong.

Mat Sabu dan gerombolan fokuskan isu pada Mat Indera di masa yang sama mereka melupakan fakta bahawa Mat Indera telah mengetuai sepasukan 200 orang manusia yg mengangkat panji komunis untuk menyerang Balai Polis Bukit Kepong.

“Bila hari merdeka nanti, tunjuklah filem Bukit Kepong. Bukit Kepong, polis itu polis British. Hat (yang) serang Bukit Kepong itulah pejuang kemerdekaan. Ketuanya Mat Indra, Melayu.. tetapi semua sejarah tu ditutup.

Jins Shamsudin buat filem, Jins Shamsudin tu UMNO. Cerita Bukit Kepong hat serang Balai Polis tu penjahat, polis tu polis British, sebelum merdeka negara kita di perintah oleh British.

Tapi di buat filem yang hero hat pertahan balai polis hat serang tu pengganas. Padahal Mat Indera ketua penyerang balai polis tu dan akhirnya dia dihukum gantung di jail Taiping”. – (Mat Sabu, Timbalan Presiden Pas / 21 ogos 2011)

Penglibatan seorang Melayu Islam yg mengetuai pasukan komunis tidak mampu memadam fakta sejarah bahawa komunis itu pengganas dan membawa banyak kerosakan pada kehidupan rakyat.

Mat Indera memusuhi British adalah fakta. Mat Indera seorang Melayu Jawa dan beragama Islam juga fakta.

Mat Indera menyokong perjuangan ganas komunis adalah fakta.

Mat Indera bukannya secara berseorangan menyerang Balai Polis Bukit Kepong, ini fakta.

Mat Indera mengetuai sepasukan 200 orang pengganas komunis menyerang dan mengganas di Bukit Kepong, ini fakta.

Ideologi komunis yg menolak ketuhanan yakni tidak menyakini kewujudan Allah s.w.t jugak adalah fakta.

Matlamat komunis utk mendirikan Republik Komunis seperti mana republik komunis Soviet Union dan negara Cina adalah fakta.

Hak kehidupan umat Islam mengamalkan Islam di Soviet Union dan China di kekang dan dinafikan, ini fakta.

Dan komunis berterusan membuat kacau walaupun British sudah berambus dari Tanah Melayu (Malaysia) pun adalah fakta.

Menentang penjajahan British tidak menghapuskan hakikat bahawa Mat Indera telah bersekongkol dengan komunis yg matlamatnya jelas bertentangan dengan Islam.

Mat Indera tidak layak di sama tarafkan dgn perjuangan tokoh lain seperti Maharaja Lela, Dol Said, Tok janggut, Mat Kilau atau Abdul Rahman Limbong.

Tok Janggut, Mat Kilau, Tok Gajah dan lain-lain pahlwan & pejuang kemerdekaan menentang penjajahan British namun mereka tidak pula menyertai organisasi yg menolak kewujudan Allah s.w.t

Tidak pula Tok Janggut atau Mat Kilau berangan-angan utk mewujudkan republik yg bercorak komunis atau atheis.

Amat berbeza dengan Mat Indera yg menentang penjajah British di masa yg sama dia menyokong dan bersetuju dgn dasar komunis yg anti ketuhanan yakni tidak mempercayai kewujudan Allah s.w.t.

Kalau nak jadikan alasan menentang penjajahan British sebagai sandaran utama utk iktiraf seseorang, maka eloklah kita iktiraf Jepun sebagai pejuang kemerdekaan kita atas sebab Jepun berjaya menghalau British keluar daripada Tanah Melayu.

*****************************************************

UPDATE (07 Sept 2011)

YWJ tak pernah iktiraf Mat Indera

Sejarawan, masyarakat kena tafsir Pengukir Nama Johor oleh 2 penulis berbeza

JOHOR BAHRU: Ahmad Indera atau Mat Indera tidak pernah diiktiraf sebagai pejuang kemerdekaan negara oleh Yayasan Warisan Johor (YWJ), walaupun namanya disenaraikan menerusi penulisan yang diterbitkan dalam buku bertajuk, Pengukir Nama Johor.

Sebaliknya, dua penulisan berkaitan Mat Indera diterbitkan dalam buku itu hasil penyelidikan dua penulis berbeza, memerlukan tafsiran dan penilaian masyarakat, khususnya golongan sejarawan, sama ada lelaki itu seorang pengganas komunis atau pejuang.

Selain artikel hasil penyelidikan Allahyarham Ismail Adnan, buku itu juga memaparkan penulisan mengenai Mat Indera berdasarkan kajian Sahgidon Dirhan bertajuk Bajuri Haji Siraj, yang mendedahkan Mat Indera pemimpin komunis Melayu melakukan keganasan dan kekejaman terhadap bangsa sendiri.

Pengarah YWJ, Muhamad Fuad Radzuan, berkata buku berkenaan hasil kajian penyelidik dan penulis secara individu di bawah Projek Penyelidikan dan Penulisan Warisan Sejarah Johor (PEWARIS) yang diselenggarakan yayasan itu.

“Projek PEWARIS membabitkan penulis dan penyelidik yang dilatih sekumpulan tenaga akademik dari beberapa institusi pengajian tinggi awam negara ini. Hasil kajian dan penulisan mereka dibukukan untuk tatapan masyarakat, termasuk buku Pengukir Nama Johor yang diterbitkan pada 2004.

“Justeru, Pengukir Nama Johor hasil kajian dan penyelidikan penulis secara individu walaupun mungkin boleh menimbulkan kontroversi. Terserah kepada masyarakat khususnya golongan sejarawan mentafsir dan menilainya kerana pentafsiran oleh golongan yang tidak arif, dikhuatiri boleh mengelirukan masyarakat.

“Selain artikel mengenai Mat Indera hasil penyelidikan dan penulisan Ismail, sebuah lagi artikel dalam buku sama oleh Sahgidon pula menyatakan Mat Indera adalah pemimpin komunis Melayu yang ganas dan kejam terhadap bangsanya sendiri,” katanya di sini, semalam.

Muhamad Fuad berkata, perbezaan itu wujud kerana YWJ memberi kebebasan kepada penyelidik dan penulis sejarah berkenaan mengemukakan hasil kajian dan penulisan masing-masing dalam bentuk karya akademik popular.

Katanya, pendekatan itu dengan harapan hasil penyelidikan berkenaan dapat merangsang penulis lain memperkembangkan maklumat yang ada dalam penulisan buku terbabit supaya ia menjadi lebih komprehensif.

Sumber : klik sini..

24 comments:

Anonymous said...

Situasi itu berlaku pada tahun 1950di mana umat melayu masa itu belum tahu entah kapan bila tanahair boleh merdeka, mungkin dalam tahun 1997. Apa yang dikatakan komunis masa itu pun tidak sama takrifan kita hari ini selepas ianya menjadi buku sejarah. Apa pun mengangkat senjata di dlm tanahair dikuasai penjajah kiranya tidak semestinya sudah dipanggil pengganas atau penderhaka. situasi itu masa itu berbeza di mana bila merdeka belum diketahui lagi. Mat Indera tak tahu pun apa akan berlaku pada tahun 31 ogos 1957. mungkin kalau sejarah mengelarkan sekian orang itu penderhaka, maka itu versi penjajah ketika itu. Penjajah bukan pemerintah kerajaan berdaulat.

hafiz said...
This comment has been removed by the author.
hafiz said...

Jika kita kembali kepada Islam kita..Matlamat itu tidak menghalalkan cara...Majoriti masyarakat haritu juga menolak komunis...

Jika Mat Indera masih Komunis selepas 31 Ogos 1957..adakah dia masih seorang perjuang?

Anonymous said...

memorandum persefahaman (MoU) itu ditandatangani sendiri Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang mewakili Umno dengan pihak CPC.

“Umno mengutuk komunis dan melemparkan segala fitnah terhadap Parti Komunis Malaya (PKM) serta cuba menodai nama baik Mat Sabu, tetapi pada masa yang sama Umno secara terbuka telah menjalin hubungan intim dengan ‘bapa’ PKM, iaitu CPC.

Anonymous said...

anom 1253 masih cuba membela mat indera - apa ke halnya brother. bagaimana tindakan komunis membakar mayat dan menghumban kanak-kanak tidak berdosa ke dalam api yang marak, mat indera tahu ka tak apa yang komunis tu dah buat? kalau mat indera tahu, apakah tindakannya brother? diam bermakna bersekongkol dengan komunis, dah lah ajak komunis serang balai polis, kemudian membenarkan komunis menghumban mayat dan kanak-kanak kecil yang masih hidup ke dalam apa yang marak, ikut ajaran isle kah tindakan mat indera itu? pejuang kemerdekaan jika begitu perangainya?

Anonymous said...

Sedangkan di sebaliknya usaha dirintis Timbalan Presiden PAS, tiba-tiba Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) tampil menemui balu anggota polis yang tidak menerima sebarang pencen sejak kematian suami pada 1962.

Antaranya Syed Omar Syed Yassin yang berkhidmat selepas tragedi Bukit Kepong. Malah JPA meminta mana-mana balu anggota polis yang pernah bertugas di Bukit Kepong tampil membuat aduan.

dah kecoh baru nak bagi...

Anonymous said...

kesian kat mat sabu,

sebagaimana mat indera yang di peralat kan oleh cina komunis begitu juga lah dengan PAS dan mat sabu yang diperalatkan oleh cina DAP.

tetapi yang lebih menyedihkan ialah PAS sanggup mengkafirkan saudara seagama demi persahabatan mereka dengan DAP.

Anonymous said...

UMNO parti islam
MIC & MCA pun parti ISLAM gak ke..

Anonymous said...

PAS + DAP + PKR = 1Malaysia Islam agama rasmi. UMNO 1melayu, MCA 1cina MIC 1india Islam duk kat Jakim je.

Anonymous said...

anon 1:12 PM

Yang teruknya parti Komunis bukanya mat indera, macam tu kalau satu orang dalam UMNO makan rasuah,judi,minum arak,tolak hudud,tak tutup aurat,boros,cilok duit rakyat semua yang dalam UMNO pun sama ...macam tu ke maksud anta.

Anonymous said...

Tolak hudud = gugur negara Islam..

Anonymous said...

Pesta Cheng Ho dan kebudayaan China di Kelantan pun perlu melalui kerajaan China..

jangan samakan hubungan diplomatik dan ekonomi dengan kekejaman komunis dulu2.

Russia pun komunis, kita ada hubungan diplomatik.

Cerita sebenar Mat Sabu nk tutup isu liwat anwar..tu je

Nik Abdul Aziz

Anonymous said...

Cerita kominis dan bukit kepong hanya digambarkan dalam wayang gambar. Mcm juga kita tgk cerita rambo. Tapi cerita sebenarnya org tertindas sj yg tahu, bukan JKKK atau kontraktor kelas F yg dilantik pada tahun 1948-1950. Sekarang nak tanya pembaca semua. Antara Bitish dan Mat Indra siapa penjenayah. Siapa perompak harta negara? Org yg sama2 nak jadi perompak saja yg biarkan perompak menggasak harta negara. Mat Indra jenis tak blh tengok dengan menelan air liur je.

shamshul anuar said...

Saudara anonymous,

Segalanya jadi mudah jika saudara atau Mohd sabu menilai sesuatu berasaskan kebenaran dan inghat setiap yng hidup akan merasai mati dan betemu penciptanya.

Mat sabu adalah seorang yang dikenali sebagai tin kosong. Dia disukai kerana mampu berceramah dan memaki hamun serta memfitnah diatas pentas satu parti yang perasan hanya ia( PAS) mewakili Islam.

Dalm hal ini Mohd Sabu salah kerana secara tak langsung kata anggota polis Bukit kepong "pengkhianat" sebab Malaya ketika itu dibawah British.

Jadi katakanlah ayah Mohd sabu bekerja dengan kerajaan dizaman British, maka bolehkah kita tafsir ia sebagai "tali barut British'.

Sudah terang lagi bersuluh bahawa anggota tentera dan polislah yang selamatkan Tanah Melayu dari cengkamam komunis.

Penyelesaian mudah saja. Mohd sabu mintalah maaf dan mengaku kesilapannya. Akan lebih mudah begitu untuk Mohd sabu sendiri.

Tak perlulah fitnah UMNo hanya kerana tahu dir sendii hadapi masalh besar sebab terlajak mulut.

Dr Chua seorag bukan islam hadapi masalah bila gambar beliau berzina dengan seorang wanita tersebar. Beliau boleh nafikan dan tuduh ianya dari musuh politik.

Tetapi beliau bijak. Awal aawal lagi mengaku dan menyelematkan diri dari terpaksa berbohong dan berbohong untuk tutup skandal yang sudah terserlah didepan mata.

Tak perlulah tuduh UMno atau Muhyiddin Yassin fitnah beliau. semuanya berpunca dari mu;ut Mohd sabu yang semua orang tahu "lancang'.

Sepatutnya beliau yang dari satu parti yang berperangai seolah ianya satu satunya parti Islam gunakan kesempatan beribadat dalam bulan Ramadhan sebanyak munkin. Kita pun begitu juga.

Ini tidak. Berceramah 24 jam dan mengumpat dan memfitnah pula. Bila tersepit, salahkan orang lain pula.

Kadang kadang saya terfikir kenapalah bodohnya orang Melayu untuk "tolerate" pada satu ahli politik yang tak pernah bawa manfaat pada negara malah pada sesiapa saja.

Anonymous said...

Aku nak tergelak bila PAS kutuk kerajaan kawan ngan China sebab depa ni komunis. Masalahnya sekarang ni Betuika China ni full komunis? PAS silap, kalau China ni full Komunis, apsal depa ada Bursa Saham? Apsal Hong Kong 100% Kapitalis, Apsal China boleh join WTO? Kalau China komunis mcm mana depa boleh ada billionaire listed di Forbes? Ini semua elemen kapitalis oi! Realitinya CHina dah berubah semenjak 1978. Nak menipu tu pikir sikit tak semua org bodoh

Anonymous said...

Aku nak tergelak bila PAS marah kerajaan deal ngan China sebab kononnya Komunis. Hah ni, Penjaga Kota Mekah dan Madinah iaitu Arab Saudi pun ada kerjasama dengan China melalui perdagangan GCC (Gulf CHina COrporation), Apa lagi PAS marah sikit Arab Saudi tu HAHAHAHA

Anonymous said...

Rakyat Malaysia pun selalu pegi haji tiap2 tahun, kalau org PAS yang pegi haji tu pegi marah jap kat Kerajaan Arab Saudi tu apsal deal ngan China, komunis tuuu hahaha

Muhammad Azli Shukri said...

Tq

Anonymous said...

kalau tohmah pas sokong komunis, umno pendokong tegar kapitalis - dua2 idelogi kapir

umno dokong perlembagaan lord reid kapir 54 tahun tak sudah2

selagi umno ada, islam takkan di daulat kan, umno kena di hancurkan dulu, baru islam berdaulat

Anonymous said...

kalau tohmah pas sokong komunis, umno pendokong tegar kapitalis - dua2 idelogi kapir

umno dokong perlembagaan lord reid kapir 54 tahun tak sudah2

selagi umno ada, islam takkan di daulat kan, umno kena di hancurkan dulu, baru islam berdaulat

MANTRA said...

Apa nak dihairankan sekiranya PAS memilih Mat Indera yang penuh kontroversi untuk disanjung... Seorang yang baik budi bahasa, tinggi ilmu agama tetapi memilih PKM untuk sama-sama berjuang... Hari ini, PAS yang menentang sosialis tetapi mereka masih tetap ingin bersama-sama DAP yang terang2 menyokong sosialis... So, tak hairankan?

shamshul anuar said...

Saudara azli,

Sebenarnya perkara pokok ialah Mohd sabu sendiri. Ucapannya di bulan ramadhan ketika ulamak sibuk mengingatkan kita supaya ambil peluang limpahan rahmat dari Allah menunjukkan sikap sebenar Mohd sabu.

Mohd sabu seorang yang gemar bercakap. Malangnya apa yang dicakapkan banyak sebenarnya maki hamun, fitnah dan penipuan.

Kerana enggan bermuhasabah , maka Mohd sabu sibuk habiskan masa bantai orang kiri kanan.

Bila dah terlajak kata, dia boleh pura pura kata tak inght apa yang ia sebutkan. Sebenarnya ia berbohong.

Mohd Sabu menggunakan pendekatan berbohong untuk menutup pembohongan pertama. Dan ia akan terus berbohong dan berbohong .

Seperti yang diisebutkan, perkara ini mudah saja. Mengaku kesalahan dan meminta maaf.

Tolong beritahu apakah sikap pejuang kemerdekaan dengan membakar budak dan wanita serta anggota polis yang cedera yang masih hidup.

Pada satu parti yangperasan ianya satu satunya parti yang BOLEH BERCAKAP PASAL ISLAM, bahagian mana dalam perbuatan yang menyerang balai polis dan menzalimi sesama insan apatah lagi saudara seugama sebagai TUNTUTAN ugama.

Untuk Hadi samakan menyerang balai polis Bukit Kepong dengan cara Rasulullah SAW menawan Mekah adalah satu perbuatan KHIANAT .

Nabi Muhammad SAW tak pernah ajar umatnya supaya zalim pada kucing sekali pun apatah lagi pada sesama manusia. Tiada dalam sejarah yang katakan Nabi Muhammad SAW zalim pada penentangnya.

Lainlah kalau Hadiu itu bukan Umaty Nabi Muhammad SAw. Kalau mahu diterima sebagai Umat Nabi Muhammad SAW, tolong jangan lacurkan nama Nabi hanya untuk selamatkan orang yang tak berguna seperti Mohd Sabu

Hanya kerana Mohd sabu semua orang tahu banyak dosa memaki hamun dan fitnah sana sini, janganlah pula samakan Nabi Muhammad SAw atau perjuangan baginda dengan akhlak Mohd Sabuatau penceramah cari makan PAS sendiri.

Jauh beza macam langit dan bumi.

@dee said...
This comment has been removed by the author.
@dee said...

http://www.youtube.com/watch?v=pfP2SAItho4&feature=results_video&playnext=1&list=PL53623A406C09DF71