Tetamu Kehormat...

September 25, 2011

Isu Hudud : Kepimpinan DAP Ugut Letak Jawatan!

Pakatan Rakyat semakin retak berhubung isu Hukum Hudud yang ingin dilaksanakan oleh PAS. Polemik lama ini tercetus kembali setelah Tun Mahathir mencabar Nik Aziz agar melaksanakan hukum tersebut di Kelantan. Terbaru - DAP mengugut seluruh kepimpinan parti itu akan meletakkan jawatan mereka, sekiranya hukum Hudud dijadikan dasar perjuangan Pakatan Rakyat, menjelang mesyuarat bulana Pakatan Rakyat Rabu ini. Kesimpulan yang mampu saya buat setakat ini adalah seperti berikut :

1. Islam tidak boleh ditegakkan melalui peti undi atau demokrasi. Islam mesti ditegakkan dengan dakwah terlebih dahulu dan bukan melalui kuasa.

2. PAS tidak menjalankan tanggugjawab mereka setelah 54 tahun negara ini merdeka. Mereka tidak berdakwah kepada orang bukan Islam, bahkan tidak bersungguh-sungguh mengIslamkan orang kafir yang ada di bumi Malaysia ini. PAS lebih sibuk berceramah dan memaki hamun saudara seIslam mereka sendiri daripada turun ke medan dakwah menarik orang kafir mendekati Islam melalui akhlak dan pendidikan.

3. Selama 54 tahun PAS sebenarnya berpolitik dan bukan berdakwah. PAS sibuk mengejar kuasa yang ada pada UMNO berbanding mendekati UMNO dengan cara halus dan berdakwah. Orang-orang UMNO dikafir dan bukan dididik dengan penuh sabar.

4. Keindahan hukum Hudud tidak dapat dilihat oleh orang bukan Islam melalui peribadi para pemimpin PAS yang rata-ratanya bermulut celupar dan tidak mempunyai perbezaan pun dengan para pemimpin UMNO. Hukum Hudud yang diperjuangkan oleh PAS tidak dapat diterjemahkan dalam bentuk akhlak dan ketinggian budi pekerti para pemimpim PAS. Maka, tidak hairan sekiranya orang bukan Islam tidak peduli dan percaya dengan keadilan hukum Hudud yang cuba dibawa oleh PAS - kerana mereka sendiri tidak dapat melihat keindahan Islam melalui peribadi ahli-ahli PAS. Baca berita di bawah :

KUALA LUMPUR, 25 Sept – Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mengancam keseluruhan kepimpinan parti itu akan meletakkan jawatan jika pelaksanaan hukum hudud dipaksa dimasukkan ke dalam rangka kerja Pakatan Rakyat. Kenyataan itu dibuat ketika kepimpinan dijadual mengadakan mesyuarat Rabu ini untuk membincangkan isu yang sudah lama berlarutan.

Menurut laporan Star Online hari ini, Lim menekankan bahawa Pakatan Rakyat yang dianggotai DAP, PAS dan PKR dibentuk berdasarkan dasar bersama dan persefahaman, khususnya dalam isu-isu berkaitan dengan usaha melawan rasuah dan mempertahankan keadilan. Hukum hudud, kata beliau, tidak pernah dimasukkan ke dalam rangka kerja bersama Pakatan Rakyat atau Buku Jingga, dan oleh itu tidak seharusnya menjadi sebahagian daripada agenda perikatan itu.

“Oleh itu jika pelaksanaan hukum hudud digariskan dalam rangka kerja dasar bersama dan Buku Jingga, keseluruhan jawatankuasa pusat parti akan meletakkan jawatan,” kata beliau selepas merasmikan Konvensyen DAP Wilayah Persekutuan di sini.

6 comments:

Anonymous said...

sama saja macam MCA dan Gerakan.
Yang beza cuma Pas nak laksana dan UMNO tak nak laksana.. kalau la semua MP UMNO sokong untuk pelaksanaan... barulah nampak niat ikhlas nak kawan dengan PAS.. kan dah nampak tembelang.. UMNO takut hudud macam takut nampak hantu.. hihihihihihi

Salam semua (R)... said...

Salam perjuangan.

Memang betul kata anda.

Terima kasih.

Anonymous said...

UMNO berterus terang didalam perlaksanaan hudud malah UMNO sedar masyarakat bukan Islam belum lagi menerima hudud.

Hudud dirosakan PAS selama bertahun2 semata2 ingin mendapat undi.Malah draf hudud dianggap hantu krn sehingga sekarang ianya tak pernah dibentangkan dan berhantu... .

Yang paling memalukan buku lengkap negara Islam tak buat dah nak buat buku kebajikan.Kpd orang2 PAS percayalah ulamak2 PAS akan mencari helah berbagai2 alasan krn buku kebajikan itu pun takda baru idea je ...bak kata org baru je nak fikirkan...UMNO dah lama buat kebajikan..cth felda uitm mara bank rakyat PNB Tabung Haji huh banyak beb

HHalem said...

Tuan Azli:-)

"Polemik lama ini tercetus kembali setelah Tun Mahathir mencabar Nik Aziz agar melaksanakan hukum tersebut di Kelantan"

Penyataan Tuan boleh direpair:-)

Bukan Ayahanda Tun yg mulakan.

Ia bermula semula bila Pok Nick naik panas apabila keluar satu laporan bahawa Kelantan negeri yg tertinggi dgn HIV.

Pok Nick terus salahkan sbb hudud dan Tun. Pok Nick kata akirat nanti, apabila Allah ta'ala tanya kenapa tak buat hudud, beliau akan minta tanyakan dan salahkan Tun.

Kemudian baru lah Tun cabar Pok Nick.

Muhammad Azli Shukri said...

Tq Tuan HHalem.

Anonymous said...

LGE tu sahnya bukan Islam, Karpal pun bukan melayu dan Islam. Mereka memang tak ambik subjek agama Islam dan tak g nagji Quran pun. Patut sangat mereka menolak sebab mereka bukan saja jahil, tapi tak pernah mak bapak dan tok guru mereka ajar tentang hal2 agama Islam. Tapi yg ngaku Islam pun tak ngaku hukum agamanya elok, apa lagi puak yg langsung tak reti. Walaupun kudrat puak2 yg tak brapa nak suka hudud nak mencuri dah tak berapa nak kuat, tapi harapan mereka untuk anak2 cucu mereka meneruskan usaha mencuri harta negara masih membara sepanjang masa selagi tiada hudud.