Tetamu Kehormat...

September 10, 2011

Isu Haji Hadi : Bulan Yang Belum Cukup Terang!

Pertama saya rasa macam mahu termuntah mendengar kata-kata daripada Presiden PAS di bawah ini. Sebabnya mudah, iaitu :

1. Kalau kita tahu seseorang itu suka menipu dalam urusan perniagaan, apakah kita akan berurus niaga lagi dengan orang tersebut? Sanggupkah kita ditipu berkali-kali, sedangkan selama ini kita tahu orang tersebut kuat menipu? Tetapi, jika kita masih terus berurus niaga dengan orang tersebut, maknanya kita masih yakin dan percaya bahawa orang tersebut sebenarnya bukanlah seorang yang menipu, sebaliknya ada pihak yang dengki dan memfitnah orang tersebut agar kita menjauhinya.

2. Hal yang sama dengan Pilihan Raya - PAS tidak henti-henti melalak macam orang tidak sedar diri, kononnya sistem Pilihan Raya Malaysia penuh dengan penyelewengan dan para pengundi hantu, bahkan mereka percaya bulat-bulat segala fitnah serta hasutan daripada Anwar Ibrahim dan Ambiga. Sedangkan PAS terlupa, sistem itulah yang telah memenangkan Nik Aziz di Kelantan selama lebih 20 tahun!

3. Dan sekarang - setelah PAS mengutuk SPR dan Kerajaan kononnya melakukan penyelewengan dalam Pilihan Raya - mereka secara tiba-tiba berkata "Kami bersungguh-sungguh untuk menghadapi Pilihan Raya Umum kali ini". Kalau PAS sudah tidak yakin dengan sistem Pilihan Raya yang ada di Malaysia, dan sudah hilang hormat terhadap SPR - jalan terbaik untuk menunjukkan rasa protes adalah dengan tidak menyertai Pilihan Raya Umum yang ke-13 nanti! Biar satu dunia nampak dan mengambil perhatian serius terhadap sistem demokrasi Malaysia yang kononnya dituduh sangat pincang dan sudah hancur!

4. Sekiranya demonstrasi besar-besaran boleh dilakukan oleh PAS dengan kerjasama Ambiga, saya tidak fikir untuk memboikot Pilihan Raya merupakan satu masalah besar. Soalnya sekarang mengapa PAS dan Anwar tidak mahu memprotes Pilihan Raya Malaysia? Jawapannya mudah - sebab hati kecil mereka masih yakin dengan sistem yang sedia ada! Mereka berbohong kononnya mereka sangat kecewa dan hilang keyakinan terhadap SPR dan sistem Pilihan Raya di negara ini - mereka tahu, itu semua hanyalah untuk gimik politik.

5. Kalau benar Anwar, Haji Hadi, Lim Kit Siang dan Nik Aziz benar-benar sudah tidak yakin lagi dengan SPR dan Pilihan Raya di negara ini, saya mereka akan memprotes dan sama sekali tidak akan menyertainya. Hal ini sama sahaja keadaannya tatkala kita ditipu dalam sesuatu urusan perniagaan - sekali kita ditipu, jangan harap kita percaya lagi. Betul tak? Tetapi, malangnya PAS, PKR dan DAP sering mendakwa bahawa mereka telah ditipu oleh BN dan SPR pada setiap kali diadakan Pilihan Raya Umum - selama 12 kali Pilihan Raya Umum diadakan - nada yang sama akan kita dengar - iaitu : "BN menang dengan undi POS" dan "BN menang dengan pengundi hantu". Malangnya - walaupun PAS, PKR dan DAP sudah ditipu selama 12 kali - mereka masih lagi mahu menyertai sistem yang sedia ada. Mengapa mereka terlalu bodoh menyertai sistem yang mereka sendiri benci - bukankah lebih mudah dengan memboikot sahaja Pilihan Raya Umum yang diadakan setiap lima tahun, agar seluruh dunia memberi perhatian terhadap penyelewengan BN yang didakwa oleh mereka?

5. Oleh sebab mereka berasa masih ada ruang untuk menang - sekurang-kurangnya untuk diri sendiri, maka apa salahnya kalau mereka menyertai Pilihan Raya Umum. Pura-pura benci, tapi sayang. Pura-pura tidak yakin, tetapi percaya. Permainan mereka sudah boleh dibaca. Cukup-cukuplah Haji Hadi. InsyaAllah, PAS akan tewas teruk kali ini. Amin. Baca kenyataan Haji Hadi di bawah :

"PAS anjur konvensyen negara berkebajikan yang merupakan tema muktamar untuk dipanjangkan bagi menghadapi pilihan raya umum. Ini menunjukkan PAS bersungguh-sungguh untuk menghadapi pilihan raya umum walaupun kita dibayangi maklumat yang mendukacitakan di mana perancangan untuk penipuan yang lebih besar dilakukan dalam pilihan raya umum. Zaman ini zaman internet dan kita dapat kesan penipuan ini dan mereka (Umno BN) nak tutup cepat-cepat jadi tapi jangan nak tipu kita dah dapat maklumat," - Abdul Hadi Awang, Presiden PAS. (Klik di sini)

6 comments:

Anonymous said...

betul kata penulis yang saya rasa terkena pada muka penulis sendiri,sekali orang menipu kita taka kan percaya selamanya,umno dah lama menipu rakyat malahan penipuan oleh umno dianggap bersih dan jujur,tengoklah tiap kali pilihan raya janji janji yang ditaburkan sampai terberak cair,sebab apa sebab nak menang pilihan raya,lepas menang janji dah jadi buta.

pencacai2 umno pun mulalah buat cerita bagi menutup janji puak umno.

tengoklah isu bukit kepung,terang umno menipu sejarah,kalau mat sabu tak dedahkan maka sampai bila2 pun orang tak tahu hal sebenarnya yang terjadi dibukit kepung,siapa sahaja yang menjadi talibarut penjajah wajid dibunuh tak kiralah adik kita ke,ayah kita,bangsa kita,

ini bukan soal melayu cina atau apa bangsa sekali pun,tapi ini saol kebenaran,nyatakan kebenaran walaupun kebenaran itu pahit untuk kita telan,walaupun kebenran itu terkena atas bangsa kita sendiri.

mungkin benar kata2 yang mengatakan kemerdekaan kita tidak tulin malahan mungkin ada perjanjian yang disembunyikan oleh pemimpin umno terdahulu bagi mendapatkan kemerdekan dari pehak penjajah.
mungkin ini yang dikatakan oleh pehak british'kamu mahu merdeka?
boleh,tapi dengan syarat kamu kena kekalkan apa yang british tinggalkan dan salah satu darinya ialah undang2.maka merdekalah malaysia,mungkinkah..

rakyat dah lama tertipu dan akan terus tertipu kerna lahir dari umno hanya peminpin yang memang pandai menipu,

Anonymous said...

rakyat kelantan tak rasa tertipu ke dgn n.ajis selama 20 tahun?

kan dh terpercik balik kt muka sendiri anon atas aku ni.

hadi besi

samagreen said...

PKM bermati-matian cuba menghalau 'penjajah' British kerana British wujud incidentally dgn perjuangan mereka utk memperluaskan GAGASAN DUNIA MERAH!!

Boleh Ano 9:45 tolong jelaskan kebaikan gagasan dunia merah?

Boleh Ano 9:45 tolong jelaskan keburukan KONSEP PERSEKUTUAN TANAH MELAYU?

Setelah Rasulullah SAW wafat, bukan sedikit umatnya yg bertukar jadi murtad!! kerana enggan terima kenyataan.

Kenyataannya skrg Hardy dah kena tipu dgn Mat Labu, dan Mat Labu dah kena tipu dgn ..............
(tlg isikan tempat kosong)

Anonymous said...

KERAjaan kebajikan pas Kedah, tarif air naik utk kediaman, sekarang kilang kulim hi-tech, bil air tak boleh bayar di pejabat pos, etc . Kedah sejahtera beb..

Muhammad Azli Shukri said...

Tq

jack said...

ko ingat kalau komunis menang, mati mampus semua puak pas nie kena bunuh, bodohnyelah mumat, memang la britis bukan islam, tapi mane yang mudarat britis atau komunis, jawab, bodohnyelah orang sekarang nie, memang bn bukan bagua, tapi sekarang pakatan yang diterajui pas lagi teruk, ko tengok kat selangor, umah urat banyak, judi tak haram, kilang arak lagi besar, pani, baiki kerosakan bukan tambah wahai puak pas,