Tetamu Kehormat...

September 26, 2011

Hormati Kehendak Rakyat Kelantan - Hudud Boleh Dilaksanakan

Saya dalam isu ini sependapat dengan Aziz Bari dan Khairy Jamaluddin - Kerajaan BN perlu mengizinkan Hudud dilaksanakan di Kelantan. Sudah tiba masanya kehendak rakyat Kelantan diutamakan. Selama ini kita melaungkan slogan "Rakyat Didahulukan" maka - saya mohon agar DS Najib mendahulukan kehendak rakyat Kelantan yang dahagakan hukum Hudud - bahkan kita semua wajib melaksanakannya setakat yang termampu.

Trasformasi dalam hukum jenayah syariah perlu dilakukan. Sekurang-kurangnya, bentuk hukuman yang dikenakan selama ini ke atas pelaku zina atau orang yang berkhalwat dalam kanun jenayah syariah perlu dirombak - tidak lagi hanya didenda dengan sejumlah wang sahaja, malah hukuman berat seperti sebat mesti dilaksanakan. Sekali pun kita belum boleh mengisytiharkan pelaksanaan hukum Hudud 100%, namun demikian menuju ke arah tersebut adalah wajib! Kita mesti melakukan trasformasi undang-undang jenayah syariah yang sudah lama tidak diteliti semula. Setidak-tidaknya, atas nama demokrasi dan kebebasan, mengapa dinafikan kehendak rakyat Kelantan? Baca kenyataan Aziz Bari di bawah :

SELEPAS MELAWAT KELANTAN dan memberi taklimat kepada Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat, semalam serta mendengar sentimen daripada akar umbi, saya kini boleh meluahkan perkara berikut; yang masyarakat di luar Kelantan tidak boleh menghargai. Saya akui bahawa apa yang saya lihat dan dengar semasa lawatan singkat itu telah mengubah perspektif saya mengenai isu berkenaan. NONE

1. Hudud adalah tuntutan/hasrat rakyat Kelantan. Tok Guru berada di bawah tekanan dan saya fikir mereka sanggup mengadakan referendum atau pungutan suara bagi tujuan itu. Berdasarkan sentimen ini, pemimpin Umno di Kelantan mengutuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana menolak hukum hudud yang secara tidak langsung membawa makna Umno boleh gulung tikar di negeri itu.

2. Seminar yang dianjurkan itu bukanlah sesuatu yang baru, saya pernah menjadi ahli panel untuk acara Hari Hudud pada tahun-tahun sebelumnya. Ini adalah program tahunan walaupun sebelum Pakatan diwujudkan. Bagaimanapun bagi tahun ini, media-media milik Umno telah memutar-belitkan isu itu atas sebab-sebab yang jelas: pilihan raya dan berharap ia dapat mengkucar-kacirkan Pakatan. Sebelum ini, Umno langsung tidak mempedulikan Hari Hudud. NONE

3. Tetapi saya berpendapat Najib membuat langkah yang salah. Dengan menolak pelaksanaan hukum hudud, beliau berfikiran bahawa boleh mendapatkan sokongan dan undi masyarakat bukan Islam. Tetapi Tok Guru bukan bodoh. Mereka mempunyai laman facebook sendiri dan berdasrkan yang diterima, PAS yakin bahawa Umno kini tergugat atau terdedah di kawasan Melayu/Islam. Berdasarkan sambutan di Facebook, tidak ada jaminan bahawa mereka akan mendapat undi bukan Islam. DAP juga membuat kesilapan di sini.

4. Tok Guru telah menyatakan dengan jelas: hudud adalah hanya untuk Kelantan sahaja dan untuk orang bukan Islam. Jadi apa masalah? Saya telah berkata bahawa dari segi perlembagaan negara, ini tidak ada masalah. Masalahnya adalah dengan pengerusi DAP Karpal Singh dan parti itu yang yang berpegang pada keputusan mahkamah yang hakim itu sendiri - Tun Salleh Abas - mendakwa berlaku kesilapan. azlanDan juga, apa yang DAP perkatakan bukan sahaja merupakan satu pandangan yang hanya betul. Ia hanya pendapat. Tidak ada kebenaran mutlak dalam hal ini. Perkara yang paling penting untuk difahami adalah bahawa perlembagaan tidak melarang pemakaian undang-undang Islam. Malah Najib sendiri mengakui perkara itu sudah ada dalam sistem sekarang. Kini, PAS boleh berkata kepada PM: lakukannya.

5. Najib seolah-olah mengulangi apa yang saya katakan selama ini; bahawa unsur-unsur hudud sudah ada dalam sistem di negara ini. Persoalannya jika demikian, mengapa menentang PAS berhubung isu itu? Umno sepatutnya membantu dan bukannya menjadi halangan. Atas alasan itu, saya katakan Umno berada dalam bahaya kehilangan undi orang Melayu beragama Islam dalam usaha mereka merayu mendapatkan sokongan masyarakat bukan Islam. malay and english newspaper report on hudud 231208Dan masyarakat bukan Islam tidak semestinya mempercayai apa yang dilaporkan oleh media mereka setakat ini. Cuba perhatikan apa yang PAS akan lakukan mulai hari ini berhubung isu berkenaan.

6. Tidak timbul persoalan mengubah dasar Pakatan, seperti yang didakwa oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, LimGuan Eng yang juga adalah setiausaha agung DAP. Hukum hudud adalah hanya untuk Kelantan dan untuk umat Islam. Malah di Kedah, PAS mempunyai dasar yang berbeza. Menteri Besar Datuk Seri Azizan Razak tegas berkata hukum hudud tidak akan dilaksanakan di negeri pimpinan PAS itu. Nampaknya DAP cuba membuktikan bahawa mereka mendahului MCA dan Gerakan dalam usaha menentang hudud. Mereka terlepas pandang hakikat bahawa Nik Aziz hanya mendengar dan bertindak mengikut sentimen akar umbi di negeri itu. hududYang DAP lihat dari perspektif ini - sama seperti Umno, MCA dan Gerakan - mengambil pendekatan tidak demokratik. Mereka menolak hudud walaupun ia tuntutan orang ramai dan permintaan seumpama itu dibenarkan oleh perlembagaan. Di Kelantan, PAS dengan yakin mengisytiharkan bahawa mandat untuk memerintah termasuk mandat untuk melaksanakan hudud. Jadi, pada dasarnya, ini adalah mengenai menghormati permintaan ramai dan bukannya semata-mata melaksanakan hukum hudud atau mengkhianati rakan-rakan Pakatan. Kita harus ingat bahawa permintaan hudud di Kelantan dilakukan melalui saluran demokrasi. Ini adalah apa yang Umno, DAP, MCA dan Gerakan perlu sentiasa ingat.
azlan
7. Saya bersetuju dengan Tok Guru bahawa tiada perubahan dalam sistem atau di dalam polisi. Ia hanya melakukan sesuatu yang boleh didapati dalam kerangka sistem sedia ada . Tetapi sudah tentu beliau menyedari bahawa ini hanya boleh menjadi kenyataan dengan kerjasama dari Umno. Akta Mahkamah Syariah yang akan mengekang kuasa mahkamah syariah selama ini perlu dimansuhkan dan juga bagi membolehkan agensi-agensi persekutuan seperti polis dan sebagainya menjalankan tugas mereka di sisi undang-undang. Jika Umno menolak melakukan ini, maka PAS boleh mencanangkan perkara ini ke seluruh negara bagi mendedahkan tembelang sebenar Umno. Selama ini, Umno telah melakukan pelbagai perkara untuk membuktikan bahawa mereka adalah pembela dan pejuang Islam yang sebenar. Antara contohnya, seperti serbuan gereja di Selangor, isu kepala lembu dan sebagainya. NONEApabila Najib menolak hukum hudud, beliau sebenarnya telah merosakkan semua kerja keras parti dan ahli-ahli Umno lakukan selama ini.

8. Saya fikir PAS bersedia bertarung pada pilihan raya umum akan datang tanpa DAP. Mereka masih mempunyai PKR dan Dewan Phimpun Penyokong PAS (DHPP) mereka sendiri. Saya tidak pasti jika DAP, MCA dan Gerakan benar-benar mewakili masyarakat bukan Islam. Masalah dengan parti-parti Cina adalah kerana mereka berfikiran hudud tidak boleh diterima meskipun perlembagaan tidak menyatakan demikian. NONEGolongan berkecuali atau atas pagar di kalangan masyarakat bukan Islam saya fikir adalah rasional, mereka tidak bimbang, khususnya selepas Tok Guru memberi jaminan bahawa hukum hudud akan hanya dilaksanakan di Kelantan dan untuk umat Islam sahaja.

9. Umat Islam liberal? Undang-undang adalah jelas. Malah, sekarang pun, mereka tertakluk kepada undang-undang Islam. Mereka tidak mempunyai hak untuk memilih apa undang-undang. Perlembagaan negara telah menyatakan dengan jelas bahawa di bawah Artikel 8 (5) bahawa hak sama-rata tidak boleh diguna-pakai. Sebagai contoh, jika orang Islam yang mempunyai hubungan seks dengan persetujuan orang bukan Islam, maka dia akan menghadapi tindakan manakala rakan bukan Islam akan terlepas dan dibebaskan. nik aziz and anwar selangor anti fitnah tour

10. Nik Aziz berkata, beliau ingin cuba melaksanakan hukum hudud di Kelantan sekarang kerana majoriti umat Islam di negeri itu telah memberikannya mandat. Negeri-negeri lain, katanya, hanya perlu menunggu dan melihat bagaimana Kelantan melakukannya. Jika ia 'baik' dan berjaya, mereka boleh melakukan perkara yang sama.

11. NGO seperti kumpulan pendesak Melayu, PERKASA, Pembela Islam dan yang lain perlu menyokong Kelantan dalam isu ini. Jika tidak, mereka menghadapi risiko dilabel sebagai boneka atau barua Umno semata-mata.

13 comments:

Anonymous said...

salam,

persoalan:

adakah hudud juga turut dikenakan ke atas orang bukan islam?

jika hudud tidak dikenakan ke atas orang bukan islam maka ianya tidak adil.

hukum hudud perlu dikenakan ke atas semua rakyat kelantan. barulah wujudnya konsep keadilan.

mae1000 said...

Setuju. Biarlah PAS membuktikan bagaimana rupa perlaksanaan hukum hudud. Apa UMNO nak takut ?

Adi Kencana said...

Kita tengok kalau PAS boleh buat dan apa penerimaan rakyat, bkn shj di Kelantan ttp di seluruh negara terhadap isu ini.

Nurul Izzah iktiraf kepimpinan Dato' Raja Nong Chik? Baca di sini.

http://apakecoh2.blogspot.com/

Anonymous said...

salam tuan

saya menyokong pelaksanaan hudud dimana pun didunia ini.

kelantan adalah tempat yang paling sesuai dimulakan dimalaysia.lagi pun kelantan bukanlah negeri pelbagai kaum dan agama.

hudud mesti dikenakan kepada semua rakyat kelantan barulah keadilan terjadi.

tiada hudud ala PAS tiada Hudud ala UMNo.

hendak seribu daya tak hendak seribu dalih.semua pihak mesti bekerjasama melaksanakanya.

Anonymous said...

tuan,

Hukum HUDUD ni hukum dari PAS atau hukum dari ALLAH.

Kenapa UMNO nak pertikai HUKUM ni.

Anonymous said...

Bukankah demokrasi yg dilaung2 olih pemerintah dan pembangkang itu berasaskan pilihan majoriti.
Jika majoriti rakyat ini memilih hudud kenapa tidak bolih dilaksanakan?
Sungguh meloyakan melihat gelagat pemimpin Melayu Islam samaada kerajaan atau pembangkang yg bercakap merendahkan tuntutan agama utk menjaga hati org bukan Islam.
Masyarakat Islam adalah majoriti dinegara ini dan mereka ada pilihan dibawah sistem demokrasi sekarang.
Sudah tentu org Islam diSingapura tidak akan bercakap atau mahu melaksana hudud kerana mereka bukan majoriti.
Sampai bila agaknya Najib asyik nak utamakan kehendak minoriti dpd majoriti?
Apakah Najib berpendapat apabila org Islam sudah jadi minoriti dinegara ini baru hukum Islam mahu ditegakkan.
Jika UMNO ikhlas dlm menjaga kepentingan Melayu Islam dinegara ini sudah lama undang2 syariah setaraf jika tidak melebihi undang2 lain.
54 thn satu jangka masa yg amat panjang, lihat sikap kebanyakan bukan Melayu di negara ini masih tidak dapat menerima Melayu sebagai penduduk asal negara ini.
Jika bukan UMNO yg terlalu berlembut dan mementingkan diri sendiri......siapa?
Yg pasti UMNO telah lupa diri dan lupa bahawa ada perkara2 yg tidak bolih dipolitikan.

Suara Ampang Puteri said...

Saya sokong hudud kalau dilaksanakan kepada semua. Untuk orang Islam tu salah, kerana hukum hudud adalah mencegaj jenayah. Orang bukan Islam masih juga boleh mencuri dan dihukum lebih ringan dari orang Islam.

Anonymous said...

hukum hudud ialah undang-undang jenayah.Undang-undang jenayah mesti seragam seluruh malaysia jika tidak ia akan menimbulkan banyak masalah.Pas tak boleh laksanakan diKelantan sahaja tetapi diseluruh Malaysia.Ini kerana dalam satu negara jenayah yang sama mesti hukumannya sama termasuklah kepada bukan islam.Kalau PAS benar-benar ikhlas mereka mesti bertanding dikesemua kerusi parlimen dan dapatkan majoriti 2/3 untuk pinda perlembagaan bagi memberi laluan kepada hukum hudum boleh dilaksanakan.Kenapa dekat pilihanraya baru nak muncul hudud semula.Kenapa tak dilaksanakan pada awal 2009 ketika PAS baru menang selesa pada PR12.Jika PAS bertujuan politik untuk menarik undi saya fikir dosa dia lebih besar kerana menggunakan hukum Allah untuk menarik pengundi supaya mereka dapat kekal memerentah dan jadi wakil rakyat serta dapat elaun yang banyak bila jadi ADUN atau Ahli parlimen.

Bekas Ahli PAS said...

TAUHID HAKIMIYAH = KHAWARIJ.

Anonymous said...

setuju..sepatutnya Nik Aziz melaksanakan hudud di kelantan sebaik sahaja DR.M letak jawatan. ini kerana x mungkin DR. M mampu menghukum PAS bila mana die bukan PM lagi..

soalnya kenapa tertangguh, dan kini menjelang PRU 13 baru isu hudud menjelma kembali..

taktik? strategi?

Muhammad Azli Shukri said...

Tq

Anonymous said...

kalu hudud ni timbul atas dasar poltik kerusi sy lebih sokong kenyataan khairy,

apa susah dgn kehendak kjaan ktan, ISA kjaan najib hapuskan dgn mudah w/pun prosesnya masih panjang lagi, tapi cukup memberikan kelebihan politik.

apa liat sangat dgn hudud ktan? Pemain poltik yg bijak sepatutnya jgn menolak mentah2 kehendak nik aziz, sbb org Islam kena akur bila kehendak agama nak dilaksanakan, jgn silap cakap kerusi nanti hilang, baru padan muka. sekarang dlm segi taktikal pas di depan berbanding umno setelah lebih sebulan umno kedepan dgn isu mat syabu dan kjaan kebajikan pas.

Sepatutnya umno kena lebih bijak dgn menerima saja kehendak kjaan nik aziz tu, dan biarkan mereka teruskan, galakkan perbincangan, seminar ilmiah dari segi keadilan terhadap non muslim dan kos melaksanakan, termasuk melantik kakitangan yg terlatih utk merealisasikan hukum ni, kemampuan kjaan nik aziz merealisasikan semestinya tak semudah bercakap, akhirnya rakyat Islam akan menilai betulkah pas ikhlas atau sekadar bahan komoditi sahaja.

bercakap amat senang, kenapa najib taknak gunakan kesempatan ni??

Anonymous said...

Profesor Bari adalah betul berhubung hudud. Iaitu ia adalah kehendak rakyat negeri Serambi Mekah.

Cumanya apakah kehendak rakyat di sesebuah negeri harus dipenuhi tanpa mengambil kira kehendak rakyat di seluruh negara?

Kalau rakyat di negeri Pas boleh dapat apa yang dikehendaki makanya bagaimana nanti kalau rakyat di negeri Dap menuntut sesuatu yang bertentangan dengan kehendak negeri Pas?

Terfikirkah Profesor akan aspek ini?