Tetamu Kehormat...

September 21, 2011

Dr Asri, Bersediakah Tuan Dimaki?

Soalan pertama saya - Apakah Dr Asri tidak takut digelar sebagai ulama terompoh kayu atau dituduh sebagai agen UMNO apabila membuat kenyataan bahawa sekarang bukan masa yang sesuai untuk melaksanakan hukum Hudud? Tidak bimbangkah Dr Asri dengan mulut para pemimpin PAS yang celupar lagi kurang ajar dalam mengutuk dan mencaci saudara seIslam? Atau Asri sudah dapat membaca rentak tari politik PAS yang kini semakin longgar perjuangan Islam mereka? Mungkin Asri tidak akan dimaki sebagaimana para pemimpin UMNO dimaki oleh pemimpin PAS, sekiranya mereka mengeluarkan kenyataan seperti itu - kerana semua orang sudah tahu PAS yang ada pada hari ini bukanlah PAS yang mereka kenali 10 atau 20 tahun yang lalu! Dahulu, Hudud adalah jihad mereka, dan negara Islam adalah kalimah suci mereka. Tetapi, sekarang yang tinggal hanyalah "tahalul siyasi" bagi menghalalkan segala aneka yang haram demi segenggam kuasa dunia yang sementara. Tahalul Siyasi PAS dengan DAP tidak akan membawa kita ke syurga - ia lebih banyak membuka pintu-pintu neraka, kerana secara terang-terangan meninggalkan saudara seIslam dan mengambil musuh sebagai sahabat akrab. Tahalul Siyasi PAS hanya mengundang fitnah, mengundang permusuhan sesama umat Islam dan lebih teruk ia menghalalkan segala perlakukan politik atas nama agama! Apakah Dr Asri bersedia dicemuh? Walaupun beliau mungkin tidak akan dikafirkan sebagaimana kami ahli UMNO dikafirkan. Baca berita di bawah :

KOTA BHARU 20 Sept. - Pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin menyifatkan sekarang bukan masa yang sesuai untuk negara ini melaksanakan hukum hudud. Beliau berkata, hukum Allah itu akan hanya dapat dilaksanakan sekiranya keadaan negara ini benar-benar kondusif dengan memastikan keamanan dan keadilan benar-benar wujud terlebih dahulu.

Katanya, perkara paling penting sekarang ialah mempromosikan hudud dengan cara yang positif bagi mengelakkan salah anggap kerana hudud mempunyai maksud yang luas dan bukan hanya melibatkan hukuman terhadap pesalah semata-mata.

"Pada saya Malaysia tidak kondusif lagi untuk melaksanakan hudud tetapi tidak boleh kata tidak, kita kena usaha wujudkan suasana kondusif, kita mudahkan yang halal dan sukarkan yang haram, maka ketika itu baru hudud boleh dilaksanakan.

"Saya melihat ada beberapa pihak yang bercakap mengenai hudud, satu ikhlas untuk melaksanakannya tetapi kurang faham tentang latar belakang hudud, mereka hanya terfikir potong tangan orang mencuri selesai tanggungjawab sedangkan tanggungjawab bermula sebelum daripada itu.

"Golongan kedua pula anti hudud disebabkan satu pihak yang memberikan promosi negatif maka reaksinya adalah negatif, maka kita berharap ada promosi positif dan kita akan mendapat reaksi positif," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membentangkan kertas kerja pada Majlis Sambutan Hari Hududullah di Balai Islam Lundang di sini hari ini. Majlis tersebut dirasmikan oleh Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Sebelum ini Utusan Malaysia melaporkan Nik Abdul Aziz berkata, pihaknya sentiasa berharap dapat melaksanakan hudud di negara ini biar pun ditentang hebat oleh sekutunya dalam pembangkang.

Mohd. Asri berkata, dorongan politik yang kuat harus ada sekiranya hudud ingin dilaksanakan di negara ini.

"Banyak aspek perlu dilihat untuk melaksanakan hudud, kita perlu berikan keadilan, keamanan dan keharmonian baru boleh dilaksanakan supaya nanti tidak ada salah faham dari kalangan bukan Islam dan dunia luar.

"Pada masa sama juga perlu ada ijtihad baru dan bukan hanya terikat dengan teks lama semata-mata supaya ia sentiasa sesuai dengan keadaan semasa dan dalam masyarakat majmuk seperti di Malaysia," katanya.

2 comments:

Anonymous said...

dia mufti karipap....fatwa dia ikut trend, kalau trend PR tgh kuat semua fatwa dia ala2 bulan, bila dah nampak momentum kat UMNO meningkat fatwa dia pun mirip2 dacing....cam sial perangai

MC_Shaharul said...

aik sblm nie ade org mrh pkai kata "ulama terompah" smpai kata org pas nie ska hina ulama...hahaha..tp lebih kureng jer korg nie pn...bila ade jer ulama n mufti yg x stuju ngan korg,korg maki jgk ulama...ulama ada pendapatnye masing2 bro,ape salah perselihan pendapat dikalangan ulama mengenai hukum Islam?senang2 ko jerla jd ulama..ko kan hebat mengalahkan sgala ulama2 yg ada diatas muka bumi nie...