Tetamu Kehormat...

August 25, 2011

Ya Allah Mengapa Sampai Begini Jadinya Parti Islam? Peguam PAS Bela Orang Murtad?

Untuk makluman pembaca MyMassa, Peguam PAS tersebut merupakan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Disiplin PAS Pusat (2011-2013). Dia pernah bertanding menentang Datuk Wira Abu Seman di Parlimen Masjid Tanah pada tahun 2004.

Muhammad Burok.
Apa yang MyMassa rasa nak gelak ialah apabila PAS membicarakan soal kerahsiaan. Sejak bila PAS pandai jaga rahsia orang sedangkan beratus-ratus kad pengenalan orang telah mereka tayang semata-mata mahu menghentam SPR dalam isu daftar pengundi.

PAS semakin menghampiri ajalnya. Jika dahulu merekalah pejuang anti kristianisasi, kini merekalah sekutu terkuat gerakan tersebut. Tahniah PAS. Baca sambungannya di sini...

2 comments:

Anonymous said...

Saya berhajat untuk membalas tulisan Dr Mashitah Ibrahim bertajuk “Isu Murtad: PAS Pilih JAIS atau DAP?” Artikel beliau disiarkan di dalam Sinar Harian pada 12 Ogos 2011.
Secara mudahnya, Mashitah cuba memberi gambaran bahawa PAS telah membuang perjuangan Islam kerana tidak menyebelahi JAIS. Mashitah juga cuba menyebar fitnah kononnya sikap dingin PAS terhadap murtad adalah kerana hubungan PAS dengan DAP.

Lupakah Mashitah parti yang beliau wakili telah meluluskan Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Pesekutuan) 1997 (Akta 559). Sesiapa yang merujuk kepada Akta tersebut akan melihat bahawa “Murtad” tidak menjadi salah satu dari kesalahan jenayah Syariah di dalam Wilayah-Wilayah Persekutuan.

Siapakah yang telah meluluskan Akta Jenayah Syariah ini? Adakah DAP? Adakah Ambiga? Adakah Gereja Methodist Damansara Utama?
Atau, bukankah yang meluluskannya adalah Umno?

Maka, bolehkah kita katakan Umno sendiri penyokong kepada murtad secara sukarela memandangkan murtad dihalalkan di Wilayah2 Persekutuan.

Tidak hairanlah Lina Joy tidak boleh didakwa di Mahkamah Syariah atas jenayah murtad memandangkan Lina Joy dibaptiskan di sebuah gereja di Brickfield (yang berada di dalam Wilayah Persekutuan).

Malahan, kalau saya mahu pergi jauh ke lubuk sejarah, Umno telah bersikap dingin terhadap murtadnya Natrah.

Allahyarham Haji Ahmad Fuad menulis dalam bukunya yang bertajuk “Ulamak Malaya Belum Bersatu dan Belum Punya Persatuan” di mana beliau menyifatkan kedudukan ulamak ketika itu umpama sampah yang tidak dihargai kerana tiada kekuatan.

Lebih-lebih lagi ketika itu ulamak telah muak dengan sikap Umno yang mengabaikan isu permurtadan Natrah, penganjuran judi loteri, fun fair, kaberat dan lain-lain.

Dan menjadi maklumat umum, usaha Allahyarham Tuan Haji Ahmad Fuad menubuhkan Persatuan Ulama Malaya telah membawa kepada tertubuhnya Partai Islam Setanah Melayu, ringkasnya PAS.

Dengan kata lain, PERMURTADAN NATRAH adalah salah satu faktor yang membawa kepada perpecahan dalam Umno yang telah membuahkan PAS. PAS ditubuhkan atas sikap Umno yang dingin dan senyap dalam isu murtadnya Natrah.

Peristiwa Natrah mengajar kita betapa tingginya toleransi Umno terhadap jenayah murtad. Sehingga sejarah mengajar kita kebangkitan orang Islam di Singapura dalam peristiwa Natrah dipimpin oleh bekas Presiden PAS (Allahyarham Burhanuddin Helmi) serta Allahyarham Karim Ghani. Umno pada masa itu bersikap senyap sunyi dan dingin.

Jangan juga kita lupa betapa Umno beberapa kali menghalang usaha PAS untuk membentangkan rang undang-undang pribadi yang bakal mengharamkan murtad. Kalau Umno ikhlas menangani murtad sudah tentu Umno yang akan membentang rang undang-undang murtad di Parlimen sekaligus mengharamkan murtad sama sekali.

Namun, Akta Jenayah Shariah yang diluluskan oleh Umno untuk Wilayah Persekutuan sendiri tidak mengharamkan murtad.

Jelaslah Umno selama ini bertoleransi dengan murtad. Rekod Umno di dalam memerangi murtad adalah amat buruk dan sangat-sangat dikesali.

Maka, apakah hak Mashitah untuk mengkritik PAS hanya kerana PAS bersikap hati-hati dengan JAIS? Bukankah JAIS sendiri tidak konsisten di dalam menangani gejala murtad?

Mengapa gereja DUMC yang kesnya tidak jelas boleh diserbu sebegitu namun Masjid Qadyani di Kampung Nakhoda terus dibiarkan beroperasi sehingga sekarang?

Amat tidak wajar bagi Mashitah memburuk-burukan PAS sebegini.

Lebih-lebih lagi UMNO sendiri mempunyai rekod yang tersangat buruk dari segi murtad.

Anonymous said...

Biasalah, PAS akan membela diri mereka dan menyalahkan orang lain atas segala apa yang berlaku. Tak hairanlah kerana Pakatan Rakyat ini memang jenis suka tuduh orang itu dan ini, tapi diri sendiri yang sebenarnya bermasalah. Macam isu arak dan judi, PAS tuduh kerajaan menentang hukum Allah kerana benarkan lesen arak dan judi, tapi bila Majlis Bandaraya Shah Alam nak buat sekatan jualan arak dan judi di Shah Alam di mana 80% komunitinya adalah beragama Islam, maka DAP pun melenting, kemudian PAS pun membela DAP, akhirnya Dr. Hasan Ali jadi mangsa hingga beliau dipecat dari jawatan Pesuruhjaya PAS Selangor kerana tidak sehaluan dengan DAP. PAS lebih sayang kepada DAP berbanding Dr. Hasan Ali, sebab itulah PAS menjulang DAP dan menindas Dr. Hasan Ali dalam apa-apa percanggahan antara Dr. Hasan Ali dengan DAP walapun Dr. Hasan Ali di pihak benar, PAS akan terus menindas beliau dan menjulang DAP setinggi-tingginya. Dalam isu ini pun, sama juga, kerana DAP telah ada perancangan, maka PAS terima sajalah perancangan DAP itu hinggakan ahli PAS boleh jadi peguam kepada orang yang terlibat dengan kegiatan agama bukan Islam. Tapi PAS akan kata ini semua dakwah, tapi dakwah kepala otak PAS kalau begini jadinya.