Tetamu Kehormat...

August 1, 2011

Tulisan Terbaru Ridhuan Tee : Pedas Lagi Memedaskan!

Tulisan Ridhuan Tee Abdullah yang terbaru ini sangat tepat pada masa dan ketikanya. Elok disebar dan dikongsi bersama. Biar terbuka minda dan fikiran yang penuh dengan nanah dan lendir kotor serta buruk sangka terhadap UMNO dan orang Melayu. Semoga dalam bulan yang penuh kemuliaan ini, kita semua kembali ke pangkal jalan. Baca tulisan beliau di bawah :

SEBUT SAHAJA NAMA Ibrahim Ali pada pandangan ultra kiasu seolah-olah sedikitpun tidak ada kebaikan yang ada pada dirinya. Begitu juga segelintir kalangan umat Islam. Semuanya buruk belaka. Bila ditanya pula kepada golongan ultra ini akan pandangan mereka terhadap kenyataan-kenyataan rasis pemimpin parti politik perkauman dan NGO seperti Dong Zong, Jiao Zong, Dong Lian dan Dong Jiao Zong, termasuk beberapa Dong lagi, semuanya baik belaka. Mereka dinobatkan sebagai wira.

Marilah kita membuat senarai semakan (check list), berapa banyak kebaikan dan keburukan Ibrahim Ali. Saya yakin kita akan terjumpa juga dengan beberapa kebaikannya. Janganlah kita tolak secara pukal seseorang hanya kerana sedikit ‘kesalahannya’. Ibrahim Ali yang saya kenali memang seorang yang lantang memperjuangkan nasib Melayu (Islam) sehingga dicop sebagai rasis.

Tidakkah kita terfikir, kadangkala perlu ada juga orang yang lantang seperti ini sebagai reaksi atau respon kepada pertubuhan ekstrem atau ultra yang lain. Bangsa lain lantang dikatakan hak, orang Melayu lantang dikatakan rasis. Tidak perlu pergi jauh, lihat sahaja tuntutan MIC dalam Perhimpunan Agong ke 65 pada 31 Julai 2011. Ini belum lagi parti-parti komponen Barisan Nasioanl yang lain. Semuanya meletakkan kepentingan bangsa, bangsa dan bangsa.

Pelik sungguh politik negara ini, bila mana pertubuhan Melayu menuntut hak mereka dikatakan sebagai rasis. Tetapi bila pertubuhan bukan Melayu dan parti komponen BN dikatakan sebagai hak minoriti. Politik apakah ini?

Saya yakin Ibrahim Ali tidak akan menindas dan menganiaya orang bukan Islam jika ditakdirkan mempunyai kesempatan memegang kuasa. Islam tidak membenarkannya. Yang jelas, beliau bukan penzina (peliwat), penjudi, peminum arak dan tidak melakukan dosa besar. Berbanding dengan pemimpin ultra lain, yang sudah jelas terlibat melakukan dosa besar, tidak pula dibesar-besarkan peribadinya, malah dianggap sebagai orang berjasa.

Sehingga ke tahap ini, mereka tidak segan silu mengangkat pendosa-pendosa ini sebagai pemimpin kaum mereka. Pada mereka, peribadi pemimpin bangsa mereka tidak penting, selagi mereka mempertahankan hak-hak bangsa mereka dan aib mereka disenyapkan. Malah mereka akan dinobatkan sebagai hero dan wira. Maka tidak hairanlah jika pendosa-pendosa ini disanjung dan dijunjung.

Mereka juga tidak dianggap sebagai rasis. Berbeza pula pendekatannya apabila perkara yang sama dibangkitkan oleh orang Melayu, maka secara tiba-tiba peribadi pemimpin bangsa Melayu itu menjadi penting dan disensasikan dengan begitu buruk sekali. Apa sahaja yang keluar dari mulut orang Melayu tersebut seperti Ibrahim Ali ini dan kaitan dengan namanya, semuanya rasis atau berniat jahat. Permainan politik licik apakah ini? Kita masih buta.

Pada mereka latar belakang seseorang tidak penting, yang penting hak-hak bangsa mesti dipertahankan. Inilah cara ultra kiasu berfikir, yang pada pandangan saya berjaya mengaburi mata umat Islam. Kita pun sama terikut-ikut dengan rentak mereka.

Mungkin selepas ini saya juga dikategorikan termasuk dalam kumpulan Ibrahim Ali. Terpulanglah… Apa yang saya tahu, pendekatan saya berbeza dengan Ibrahim Ali. Saya tahu apa yang saya buat.

Ketika Ibrahim Ali menawarkan anugerah kepimpinan oleh Perkasa kepada UiTM, saya berada bersama beliau sebagai panelis dalam majlis forum tersebut. Pegawai atasan akademik dan pentadbiran UiTM bertepuk tangan dengan pengumuman anugerah tersebut, seolah-olah menerima sebagai tanda setuju. Saya tidak dengar Ibrahim Ali menamakan anugerah tersebut dengan namanya.

Saya fikir tawaran itu tidak salah. Selaku rakyat Malaysia, Ibrahim Ali berhak berbuat demikian. Naïf sangat kita jika menolak sumbangan seseorang hanya kerana namanya tidak enak didengar, kecuali hasil daripada pendapatan haram.

Tidak ramai kalangan kita yang tampil ke hadapan memberi sumbangan (sedekah) walaupun telah kaya raya melalui sistem yang membenarkan kita menjadi kaya. Setiap bangsa telah dikayakan, sibuk membantu bangsanya sendiri. Tetapi bila ada seseorang yang menawarkan bantuan secara ikhlas mungkin, kepada bangsanya, disebabkan oleh namanya yang tidak enak didengar dan boleh menjejaskan periuk nasi dan reputasi kita, kita tolak seratus peratus. Politik rimba apakah ini?

Pada hemat saya, kesilapan UiTM adalah dengan memberikan nama anugerah tersebut atas nama Ibrahim Ali, yang pada perkiraan saya agak tidak wajar nama beliau ditonjolkan dan mungkin Ibrahim Ali pun tidak setuju, walaupun wang itu datang daripada poketnya. Isu ini mungkin tidak akan menjadi sensasi jika anugerah tersebut dinamakan Anugerah Kepimpinan Terbaik dan disenyapkan nama Ibrahim Ali dan Perkasa.

Yang amat memelik saya, kenapa batang tubuh seseorang itu yang menjadi sasaran. Kita menuding jari siapa benar, siapa salah, bukannya mencari apa yang benar, apa yang salah! Apakah anugerah itu salah? Jika salah, betulkan, bukan dengan menolak secara total. Inilah pemikiran ultra kiasu, politik rimba, politik bebal dan politik pandir yang amat sukar untuk dipadamkan dan kita terikut-ikut sekali.

Banyak juga anugerah yang ditaja oleh syarikat judi, arak dan sebagainya, kenapa kita tidak tolak dan cemuh anugerah tersebut. Adakah Ibrahim Ali lebih hina daripada arak dan judi? Pada saya daripada mengambil anugerah yang ditaja oleh syarikat judi dan arak, lebih baik saya menerima anugerah Ibrahim Ali, jika itulah namanya dan memang tidak ada pilihan.

Ada yang mencadangkan nama-nama seperti Arsyad Ayub, Ani Arope, Ishak Mohamad, Awang Had Salleh, dijadikan anugerah. Saya tidak menolak nama dan tokoh tersebut, kerana mereka memang wajar untuk didendangkan kewiraannya. Jika kita bertindak waras, senyapkan nama Ibrahim Ali atau Perkasa, letakkan nama-nama tokoh besar tersebut. Kenapa tidak dibawa berbincang sehingga menyebabkan kawan makan kawan, kawan jadi lawan? Jika dibaca matlamat anugerah tersebut, tujuannya adalah murni untuk mencari pelajar terbaik dan serba boleh serta menggalakkan budaya persaingan, selain membantu merangsang pelajar bagi mengikuti program dan aktiviti berkaitan dengan peningkatan maruah dan martabat bangsa pelajar.

Adakah anugerah-anugerah seperti ini tidak terdapat di Kolej New Era, Kolej Tunku Abdul Rahman, Universiti Tunku Abdul Rahman, Universiti Terbuka Wawasan dan universiti-universiti yang dipunyai oleh kaum-kaum tertentu? Berapa banyak nama Lim Lian Geok dinobatkan? Adakah perjuangan parti-parti politik dan NGO perkauman yang saya sebut ini tidak rasis. Jika mereka boleh menyediakan pelbagai anugerah, kenapa pertubuhan Melayu yang menawarkan anugerah ini dianggap rasis? Ini cara pemikiran yang sukar untuk negara berkembang maju. Kita sanggup terima sumbangan daripada syarikat judi dan arak, tetapi menolak sumbangan seorang insan yang dianggap sebagai rasis. Adakah ini wajar?

Kita hanya pandai berkokok. Sanggupkah mereka yang berkokok menyediakan anugerah tersebut? Jika sanggup, Alhamdulillah. Jika tidak, jangan perlekehkan kerja amal orang lain yang bertujuan membangunkan anak bangsanya.

Di negara-negara Barat, anugerah-anugerah yang diambil berasaskan kepada nama-nama mereka yang memberi sumbangan adalah perkara biasa. Mereka tidak saling mencemuh, walaupun pada pandangan kita mereka adalah pendosa dan orang zalim. Misalnya, Presiden Bush, Hitler, dan sebagainya. Jika kita mengambil batang tubuh mereka, mereka tidak layak dinobat sebagai wira.

Berapa ramai orang telah dibunuh ketika mereka menjadi pemimpin? Apakah kita boleh memaafkan Bush yang telah membunuh begitu ramai umat Islam melalui arahan yang dikeluarkan semasa menjadi presiden Amerika? Begitu dengan Hitler, Mao Tse Tung, Shih Huang Ti dan sebagainya. Nama-nama ini tetap disanjung dan tidak kurang anugerah diberikan atas nama mereka. Kenapa kita tidak mengutuk?

Menyerang batang tubuh seseorang adalah perbuatan yang keji dan tidak sepatutnya berlaku. Apabila orang Melayu menuntut hak mereka, dituduh sebagai rasis. Tetapi apabila kaum lain menuntut hak mereka secara ekstrem, maka itu dikatakan hak atau merit untuk mendapatkan keadilan.

Lebih malang lagi kita terpaksa tunduk kepada tuntutan dan desakan ini kerana tiada pilihan. Malah mereka tidak segan silu mengungut untuk keluar daripada barisan jika permintaan mereka tidak dipenuhi.

Akibatnya, masa depan pribumi dan Islam semakin tidak menentu. Hak orang lain semakin semakin, manakala hak sendiri semakin terhakis. Kerusi menteri bukan Melayu dalam kabinet semakin bertambah. Manakala kerusi orang Melayua atau Islam terus statik dan tidak mustahil semakin berkurang. Apabila sedikit kuota atau keistimewaan mereka ditarik balik untuk memberi laluan kepada bangsa mereka juga, disebabkan oleh parti politik berbeza dalam komponen yang sama, heboh satu Malaysia. Mereka ibarat cacing kepanasan. Tetapi apabila kerusi Melayu atau Islam berkurang, senyap, tidak ada yang bersuara termasuk orang Melayu (Islam) sendiri.

Sampai bilakah umat Islam boleh bertahan dengan ‘formula’ yang tidak mencerminkan keadilan ini. Sejak dahulu lagi saya mencadangkan supaya diwujudkan formula keadilan berasaskan kehendak Islam iaitu meletakkan sesuatu pada tempatnya. Bukan formula barat berasaskan kepada kesamarataan. Barat sendiri tidak mengotakan formula mereka, mengapa kita perlu mengikut apa yang mereka kemukakan tetapi mereka sendiri tidak pernah dipenuhi. Mereka mengemukakan formula yang boleh menyebabkan kita berantakan sesama sendiri. Sejarah membuktikan, Islam mampu memberikan keadilan tetapi bukan kesamarataan, kerana agama Islam itu sendiri tidak boleh disamaratakan dengan agama lain.

Ayuh! Wahai umat Islam, bangun dan bertindak. Jangan terus lena dibuai mimpi. Sekadar memegang tampok kekuasaan negara, belum menjamin masa depan jika hak semakin terhakis. Apa guna menang sorak kampung tergadai.

Orang lain, walaupun mereka tidak menjadi Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri, mereka semakin jauh ke hadapan meninggal kita. Apa guna kuasa berada di tangan jika anak bangsa terus merempat di bumi sendiri dan diselubungi dengan pelbagai gejala sosial yang menakutkan. Kekuatan ekonomi masih jauh lagi untuk dikuasai.

Apakah sesuatu bangsa itu boleh menjadi kuat dengan memegang kuasa sahaja? Sejarah membuktikan bahawa kuasa ekonomi boleh membeli kuasa politik. Kuasa politik tidak akan bertahan lama jika tidak disertai dengan kuasa ekonomi. Dalam dunia hari ini, kuasa ekonomi adalah segala-galanya (dengan tidak menafikan kuasa Allah SWT).

Kenapa Yahudi berjaya menguasai dunia hari ini walaupun bilangan mereka hanya sekelumit? Jawapannya, mudah kerana mereka menguasai ekonomi dunia. Kekayaan dunia berada di tangan mereka. Maka tidak hairanlah, saban hari umat Islam menjadi mangsa kerana mereka tahu bahawa umat Islam adalah ancaman kepada mereka.

Maka, berbagai jalan dicari untuk melemahkan umat Islam. Salah satunya pecahkan umat Islam dan sogokkan mereka dengan keseronokan sosial. Biar kita leka dengan kuasa yang ada. Pada pemikiran kita, dengan kuasa yang ada, kita boleh bertahan lama. Sebenarnya, tidak. Kuasa yang ada tanpa sokongan kuat ekonomi dan lain-lain, menunggu masa untuk pupus entah ke mana.

31 comments:

zainalsamsudin said...

satu luahan oleh rakyat malaysia sejati...syabas.

Razak said...

sdr Ridhuan Tee memberi pendapat yg amat bernas,org melayu masih di buai mimpi..tidak belajar sejarah kejatuhan Melaka di tangan Portugis.

tokgaru said...

salam ramadan

saya tak pernah miss mengikuti tulisan RT. dia banyak menyedarkan orang melayu tentang kelicikan strategi ultra kiasu. dia juga mahu melihat Umno dan Pas berjuang bersama2.

tapi orang melayu masih dengan dunia mereka. Umno dengan egonya. Pas dengan taksubnya.

pada saya, baik Umno mahu pun Pas kedua2nya sedang dipergunakan oleh puak ultra kiasu .. yang akhirnya akan menghancurkan penguasaan politik melayu dan islam dinegara ini.

Lebih bermakna jika RT bertanding dalam PRU 13 nanti atas tiket Umno.

aku said...

salam,
org melayu masih leka dgn akademi fantasia,raja lawak bodoh lepas tu maharaja lawak bodoh..gelak lah sampai mati..kenapa lah bangsa melayu mcm ni...
TQ

mualaf said...

kafir telah berjaya terapkan hati org melayu benci kpd bangsa sendiri dan saya rasa golongan ini adalah yg cetek ilmu islam tetapi merasakan diri dah lengkap

Muhammad Azli Shukri said...

Tq

Anonymous said...

SAYA PUN X PERNAH MISS...
TAPI SAYA RASA MCA LAGI RASIS DARI DAP... DAH KAWAN DENGAN UMNO 50 TAHUN, TAPI PASAL ISLAM HARAM TAK TAU... SALAM DENGAN BUKAN MUHRIM PUN JADI ISU MCA... JUDI PUN KENA SAMAN KAT KELANTAN...
KALAU NAK MELAYU PUN... ISLAM MESTI DIDAHULUKAN...
MANA LEBIH BAIK, HARAMKAN ISLAM MASUK PUSAT HIBURAN ATAU LANJUT MASA KELAB MALAM...
SELAMAT BERPOSA..

Anonymous said...

Jangan risau bangsa melayu, PAS ganti UMNO dgn perlembagaan tetap terjamin, malah keadilan sosial dan affimartive action lebih utuh. Kalau setakat melaung perjuangan melayu, tapi kenyang perut dgn skim ali baba, itu namanya hipokrit tahap totok.

Anonymous said...

anon12;22 dan anon 12:57 adalah orang yang sama, anda memberi komen yang dangkal apabila mengatakan pas mendahulukan islam..... majoriti melayu mengatakan pas melacurkan islam...fikirlah sendiri.

tokgaru said...

bukan orang melayu tolak Pas. tapi orang melayu tak yakin Pas boleh buat. Pas sekejab macam tu sekejab macam ni. Pas kena gempaq sikit dah buat U Turn.

Macam mana nak bagi Pas ganti Umno. Takut jadi lebih teruk daripada masa Umno perintah.

Ada waranti ker Bro ...

tokgaru said...

Pelik bin Ajaib

Hari ni orang melayu daripada yang duduk dalam buaian sampai kepada yang bongkok tiga, semua pakat rasa pelik dan heran dengan perangai Pas.

1. dengan sama melayu sama isle tak boleh buat kawan. dengan orang kafir boleh pulak. bercelaru habis ...

2. dulu riuh nak bentuk negara isle, sekarang kata negara isle tak dak dalam quran. pening jadinya ...

3. kata DAP tak menentang isle dah. tapi Karpal Singh bersin tak berenti2 bila Pas nak kuat kuasa undang2 isle. ambo makin tak faham ..

Anonymous said...

PAS ke yg serah pulau, highlands & bigger ekuity kepada non-melayu selama ini ? Bahasa melayu yg hilang darjatnya hari ni kerana PAS ke ? Bagi peluang kat PAS by trial-n-error, kita nak tengok tahap keciciran dan ketirisan berlaku kelak, semoga bezanya spt MB Selangor & CM Sarawak dgn MB Kedah & Kelantan.

pasulukinta said...

lelong tanah rezab melayu adakah PAS,ibrahim ali memperjuangkan hak dan ketuanan melayu, apa dia buat bila
1. bahasa melayu ditukar ke bahasa inggeris
2. biasiswa dimansuh ganti PTPTN
3. UMNO tolah ISLAM di kelantan, apa ibrahin bukan islam ke

Anonymous said...

anon 2:07 n 2:27
jgnlah nk bg peluang pd pas memerintah sb pas x layak nk terajui negara ini,org pas mana ada yg pandai2,klu p keluar negara dh pastu x leh nk berucap silap ngangguk jelah bila owg putih berucap.jd mmg pas x layak d beri mandat,dlu sy sokong gak pas tp skrg ni x lg sb org pas asyik tau berpolitik tepi jln jelah,utk pembangunan n menolong rakyat jauh sekali,berpolitik2 sampai kiamat mcmana nk terajui negara Malaysia,asyik2 semua org x betoi depa je lah yg betoi,piiiiirahhh pas

Anonymous said...

Ape bende yg Ridhuan Tee ni merepek..x abis² nk cerite pasal melayu berpecah..cerite pasal pembesar2 melayu bg tanah rizab milik org melayu kpd cukong² cina..x nk cerite ke??? cube berfikir secare kritikal..sejak merdeka siape yg perintah negara..dan siapa yg byk beri peluang perniagaan pd tycoon2 besar cina dinegara ini..pendekkan cerite siape yg jage ekonomi, siape yg memaharaja kan sistem kapitalis didalam negara ini kalau bukan tycoon² cina yg sentiase mendapat lampu hijau dr pembesar2 melayu..tak perlu sibuk nak laung hidup melayu!!hidup melayu..!!hidup melayu..!! kalau org melayu sendiri yang cuba menghimpit org melayu dan beri ruang pade cukong2 cina..yg kite tentang adelah pemimpin2 yg zalim..pemimpin yg korup..tak kira lah bangsa melayu,cina india atau ape sekalipun..itu perkara asas didalam untuk pastikan negara berada diatas landasan yg betul..berhentilah meniup sentimen perkauman..setiap mahkluk yg hidup diatas muka bumi ini adalah ciptaan Allah..mane ade org india minta dilahirkan jd org india, mane ade org cina minta dilahirkan jd org cina..mane ade org melayu minta dilahirkan sebagai org melayu..ini semua kuasa Allah..

shamshul anuar said...

Saudara Anonymous( ramai yang takut bagi nama disini),

Dr ridhuan Tee bukan merepek merapu. Ia hanya ingatkan kita umat islam tentang masalah orang Melayu.

Dr Ridhuan itu seorang Cina. Dia sendiri beritahu saya bahawa dia dengar sendiri betapa DAP mengutuk PAS dibelakang mereka.

Peringatan diberi kerana kasih dan sayangkam bangsa. Kedua dua UMNO dan PAS ada buat silap.

PAS pada saya langsung tidak beri ruang pada UMNO. PAS bercakap( dulu sekarang tidak lagi) pasal Islam tetapi PAS juga suka memfitnah berselang seli dengan Firman Allah SWT dan Sabda Nabi( dalam Harakah dan ceramah mereka).

Namun pada DAP, PAS menikus. PAS cuba menipu diri sendiri bahawa ia berjaya dekatkan DAP pada Islam. Yang sebaliknya berlaku. DAP yang berjaya dekatkan PAS pada akhlak Yahudi.

DAP pun lagi menyampah pada PAS. Tetapi PAS berguna untuk DAP jatuhkan UMNO, satu satunya halangan yang masih ada untuk ia berkuasa. Tak perlu DAP bersusah payah DAP serang UMNO dan Melayu. PAS sedia berbuat apa saja untuk DAP.

PAS sekarang semakin hilang( dah hilang sebenarnya) imej Islam. Nasihat dari Yang DiPertuan agung)(
( Ketua Ugama sendiri) supaya jangan buat budaya memberontak( dengan demonstrasi) ditolak mentah mentah.

Sebaliknya nasihat Ambiga yang berperang dengan Islam juga yang dijunjung.

Mengenai perkataan "Allah" dikongsi umat Kristian, nasihat yang berguna diberi oleh orang PAS sendiri, Dr Harun Din dan Taib Azimuddin.

Namun tak laku. Yang PAS ikut ialah nasihat "Paderi Kristian".

Bila dah terkongsi nama, bukankah akan "terkongsi " akidah. Maknanya satu hari nanti anak anak kita akan kata "apa beza Islam dengan Krisdtian ni. Nama Tuhan pun sama, Jadi samalah ugama Islam dan Kristian".

Perkara yang boleh MENGELIRUKAN AKHIRNYA AKAN MENGELIRUKAN.

Betapa bodohnya Melayu diugut bahawa BN akan hilang undi Kristian jika bertegas tidak mahu benar Kristian guna perkataan "allah". Yang sebenarnya orang Melayu boleh bertempik me,mberi amaran pada bukan Melayu bahawa sokongan pada bukan Melayu akan luput jika mereka berdegil mahu perkataan Allah diguna oleh orang Kristian.

Jika PAS sanggup pertahankan ugama Islam disini( dengan bertegas seperti UMNO) tidak benarkan bukan Islam guna pekataan ":allah", saya yaakin tidaa ahli politik DAP akan berani hasut bukan melayu kerana mereka juga perlu undi Melayu.

Dan UMNO pula mesti buang bhudaya ksarut marut "subsidize" calon MCA, MIC. Biar mereka bertanding dikawasan CIna. Baru mereka sedar mereka terpaksa berperang dengan DAP untuk kekal relevan.

Anonymous said...

saya amat amat amat bersetuju dengan apa yang dikatakan RT.Ramai melayu masih tidak sedar. PAS langsung tdk pandai memerintah,,, boleh dikira dengan jari org dlm pas yg boleh jd pemimpin. kalau penzina pun dibela, apalah kejadahnya. mmg aku tak fhm dgn cara pemikiran org PAS ni

Anonymous said...

saudara Reduan kena tanya Pak Lah..ini adalah HASIL usaha Pak Lah...Kerajaan yg lemah buat apa pun semua serba tak kena...sekali lagi tahniah Pak Lah...mungkin Malasia akan jadi Repuklik dimasa hadapan...mungkin dia ada Peluang jadi President Malaysia Republik..

Anonymous said...

org cina x dilahirkan melayu, org india x dilahirkan melayu apa salah mereka?

xde salah, cuma islam menjaga hak kaumnya di tempat asalnya. keadilan islam bertempat, bukan liberal samarata. xkan nk lupakan terus tanah melayu tu tempatnya org melayu dahulu ?

islam sendiri x menolak seseorang yg manyayangi bangsa. itu adalah fitrah manusia nabi sendiri yg bercakap. tidak salah seseorang itu mencintai bangsanya melainkan dgn assabiyah.

sekarang ni cina ke melayu yg assabiyah? sape yg melampau tanpa segan silu menuntut hak melayu dikurangkan?

siapa yg mula meniupkan sentiment perkauman dgn demand yg mcm2? x assabiyah?

kalau nk sgt amal samarata lepas ni harta warisan keluarga kasi kt jiran semua, semua manusia sama kan? semua ciptaan Allah kan?

kita bukan bercakap pasal sape mulia, bangsa mana mulia, kita bercakap pasal hak dan keadilan hak yg didukung dalam islam!

saya x dilahirkan kaya x penah pn saya salahkan org2 kaya yg lain di malaysia.

x sepatutnya org2 cina menuntut mcm2 kerana x dilahirkan melayu.

ntah apa2

whiteorange said...

Sebagai orang Islam dan Melayu, aku berasa kagum dan malu kepada RT.

Walaupun beliau China, tetapi aku yakin beliau tidak meletakkan Chinanya mendahului agamanya, iaitu Islam.

Dari sudut agama RT adalah sama dengan kita , mungkin malah lebih daripada sebahagian kita.

Tetapi dari sudut pandangan Politik RT amat berbeza dengan kaumnya. RT melihat politik Melayu ini dari sudut kepentingan Islam melebihi kepentingan bangsa.

Kita sebagai bangsa Melayu, harus melapangkan dada, menajamkan fikiran, melepaskan ego dan merakamkan kesedaran diatas pandangan ikhlas RT terhadap bangsa Melayu dan agama Islam.

Kerana chintanya terhadap Islam melebihi bangsanya, beliau sanggup mengetepikan keegoan kebangsaannya.

Apakah itu tidak cukup untuk kita orang Melayu bermuhasabah?

whiteorange said...

anon 11.45
Sebenarnya bukan soal orang melayu leka dengan akademi fantasia, dengan hiburan lawak, dan sebagainya.

Percaya atau tidak, orang Melayu , tidak kira penganut PKR, PAS dan UMNO, menonton semua rancangan yang sdr sebutkan. Apatah lagi jika ada perlawanan bola sepak. Semua penganut fahaman politik boleh duduk bersama dalam sebuah stadium.

Belum ada bukti bahawa acara Hiburan dan sukan, telah sampai ketahap memecahbelahkan umat.

Tetapi Cuba kita renung kejadian ini pula,

mengapa ada dikalangan umat Islam yang sanggup bersembahyangkan dua imam?

Mengapa ada dikalangan umat Islam yang tergamak mengkafirkan sesama umat?

Mengapa ada dikalangan umat Islam yang tergamak menceraikan isteri gara gara berlainan ideologi politik?

Mengapa ada dikalangan umat Islam tergamak menghukum haram makan sembelihan orang Islam lain yang tidak sealiran ideologi politik?

Mengapa ada dikalangan umat Islam yang menentang pemerintahan yang jelas Islam?

Pda pandangan saya , Agama yang sepatutnya menjadi penghubung silaturahmin, menjadi pengikat tali persaudaraan telah menjadi sebaliknya, gara gara kepentingan politik , Islam telah diperalatkan.

Tohmahan, fitnah, pembohongan , putar belit telah di gunakan semaksimumnya untuk mengksploitasi pemikiran umat Islam agar menyokong ideologi mereka.

Kesannya, seperti yang kita lihat hari ini, bermula dengan penggunaan Islam, ayat alQuran dan hadis untuk mengelirukan umat Islam, kemudian ditanamkan perasaan benci dan taksub, hasilnya, kita lihat hari ini, satu kelompok Islam membenci satu kelomok Islam lainnya sehingga berlaku hal hal seperti di atas.

Sesungguhnya, bergaduh sesama Islam yang melibatkan kepercayaan dan anutan agama yang lebih bermotifkan politik adalah lebih mudarat daripada menonton raja lawak dan akademia fantasia.

Anonymous said...

Anon 2.07, cuba kau check kat kelantan berapa banyak tanah simpanan melayu diberikan kepada bangsa lain, kat terengganu pun konsesi balak diberikan kepada bangsa cina masa diperintah Pas. Buka mata dan hati, jangan asyik duk kedai kopi dan dengar ceramah pilitik je.

Muhammad Azli Shukri said...

Tq

shamshul anuar said...

Saudara anonymous(9:42)

Sikap PAS menolak kepentingan Melayu( kononnya assabiyah) jelas tidak menepati kehendak ugama islam.

Saya setuju dengan saudara. apa nak dimalukan lahir sebagai Melayu dan berikrar pertahankan Hak Melayu.

Negeri ini pun dulu dikenali sebagai tanah Melayu. Dunia sendiri iktiraf kedudukan Melayu. Setiap perjanjian diantara Negeri negeri di tanah Melayu adalah antara Raja raja melayu dan Kerajaan asing.

Tiada orang lain yang diterima untuk menandatangani segala Perjanjian walaupun memang ada perjanjian yang berat sebelah .

Malangnya orang Melayu sendiri ( PAS) cakap salah untuk UMNO petahankan hak Melayu. Kini sukar UMNO cakap mahu pertahankan Hak Melayu kerana setiap kali berbuat demikian akan dituduh perkauman oleh orang Melayu sendiri, apatah lagi DAP komunis.

Saya nampak oramng Melayu masih tak mahu terima hakikat bahawa suatu hari nanti kuasa politik mereka( satu satunya bargaining poiint mereka) akan hilang.

Ramai terlupa bahawa kedudukan utama Islam dan Bahasa Melayu serta Raja Raja serta Hak Bumipuetera dalam Perlembagaan HANYA BERMAKNA BILA MELAYU MENGUASAI POLITIK.

Bila hilang kuasa politik, segalanya akan berakhir. Dan yang pertama yang akan dibuang ialah Raja Raja. Bila sudah tiada Raja Raja, maka satu satunya lambang yang masih ada yang ingatkan dunia akan sejarah Tanah Melayu akan berakhir. Orang Melayu tak boleh lagi "claim" mereka bumiputera.

Bila kuasa sudah tiada, maka kita akan nampak bagaimana kakitangan awam peringkat senior adalah sesiapa asalkan bukan Melayu. Begitu juga segala kedudukan Jeneral dalam Tentera. Tiada Melayu dilantik.

Apa masalah PAS sebenarnya hingga ia enggan terima hakikat bahawa ikut telunjuk DAP hanya memusnahkan orang Melayu dan PAS sendiri. Tidakkah PAS sedar bahawa undi Melayu pada PAS merosot kerana orang Melayu muak tengok perangai PAS menyembah DAP.

Betulkah Hadi ini ulama? Saya rasa jauh panggang dari api. Tak nampak pun ciri ciri ulama. Yang saya nampak ialah pakaian saja mencontohi Nabi, akhlak dalam longkang.

Semoga tulisan RT sedarkan kita. Kalau tak sedar lagi , maka terimalah hakikat bahawa mAlaysia sedang menuju kearah jadi Palestine ke 2.

Jangan lupa. Yahudi bukan di negeri Arab saja. Disini pun ramai .

Anonymous said...

Tulisan terbaru Ridwan yg tak pedas pun......
Apalah sangat dng tulisan yg membela Ibrahim Ali yg kerjanya mengcari cebisan peluang di dlm politik, kerjanya membodek kerajaan dan menunggu kok kok di beri peluang bertanding di dlm PRU ke 13 nanti......
Kalau dng pembangkang serba tak kena, tetapi kalu BN semua bagus ....pooorah

shamshul anuar said...

Saudara anonymous(12:38)

Bagaimana saudara tahu Dr Ridhuan mahu bodek? Saudara kenal dia ke dan tahu peribadinya ke?

Nasihat diberi kerana kebaikan. Bagaimana saudara ini. Saudara seagama cakap ditolak tepi tepi. Yang diterima hanya nasihat dari kafir DAP.

Masih tak nampak kah lagi bahawa orang Islam senakin berpecahbelah

M.HASHIM SALLEH said...

Aku sokong RT, sokong PERKASA. Aku baru masuk jadi ahli. Hidup Ibrahim Ali!!!!!!

KZSO said...

Kenapalah ada anonymous disini? takut beri nama? Kalau gentleman berilah nama walaupun nama samaran!

Anonymous said...

Kalau dng pembangkang serba tak kena, tetapi kalu BN semua bagus ....pooorah
INI MESTI BUKAN MELAYU.KALAU MELAYU PUN MELAYU MURTAD PENCACAI NAJIS CINA.
MENGAPA RT BERBANGSA CINA BERANI BERPIDATO MASALAH MELAYU.MANA PERGI KAUM MELAYU YANG EGOIS?
SEPATUTNYA KITA BYK TQ KPD RT.
NAK HARAPKAN PUAS PAS MAAFLAH.KALAU CINA SURUH CUCI BONTONT DIA LEPAS BERAK MAKA MEREKA PUN SANGGUP.

budakkampong said...

@anon August 1, 2011 3:04 PM
aku rasa hang pandang dari sudut yg sempit tentang tulisan RT,cuba buka minda bai,jgn buruk sangka ja,RT walau bukan melayu tapi dia tetap tgur demi kebaikan bersama,kerana teras islam di malaysia adalah dari melayu bai..malu la kalau sebagai melayu hang kutuk tentang org yg bukan melayu yg menegur demi kebaikan bangsa hang sendiri,dari bahasa RT aku faham dia bukanlah pembodek atau mengadu domba mcm anak KOMUNIS di pulau pinang yg mengaku khalifah tu,
Bahasa RT jelas,terang,bermaksud,berfakta dan atas dasar kesuburan islam..
tak kisah hang PAS ka UMNO tapi untuk kearah kebaikan kita tetap kena sokong walaupun kebenaran sememangnya pahit utk didengar...

Anonymous said...

Ada akai ke org mcm Hadi,Mat sapu, Nit Ajeed Nak memimpin Malaysia?