Tetamu Kehormat...

August 6, 2011

Tulisan Dahsyat Zulkifli Noordin

(Bayang apa akan jadi kalau gereja-gereja di Malaysia dinamakan "Rumah ALLAH"! Belum letak pun ada Melayu bangang yang sanggup cari makan kat gereja!)
(Gereja dan Kompleks Kristian Calvary setinggi 6 tingkat yang sedang dalam pembinaan dikatakan yang terbesar di Asia)

Salam 2 all.

Bulan puasa tahun 1431/ 2010 lepas, negara digegarkan dengan pendedahan seorang pastor kristian, Pastor Ouyang Wen Fang (gambar bawah) yang mengaku mahu mendirikan sebuah gereja gay! Tahun 1432/ 2011 ini, baru dua hari umat Islam mengerjakan puasa dibulan Ramadhan al-mubarak ini, tercetus satu lagi isu besar yang menggemparkan negara membabitkan gereja kristian lagi.

Sebuah gereja, Methodist Church di Damansara Utama dilapurkan menganjurkan satu majlis yang membabitkan beberapa orang Islam. Bertindak atas maklumat, Jabatan Agama Islam Selangor dengan bantuan pihak polis telah pergi menyiasat gereja tersebut. Mereka mengesahkan menemui beberapa orang Islam didalam majlis digereja tersebut dan selepas siasatan arahan dikeluarkan kepada mereka untuk hadir di pejabat JAIS untuk disiasat dibawah Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995.

Tindakan pihak JAIS ini telah diputar-belit dengan rekayarsa konon pihak JAIS "menyerbu satu majlis disebuah gereja tanpa waran". Ayat-ayat gegempa dan menggerunkan digunakan untuk memberi satu persepsi yang menakutkan, seolah-olah telah berlaku pembunuhan dan penyembelihan ramai-ramai didalam gereja itu. Hakikatnya pihak JAIS hanya pergi menyiasat. Dan berdasarkan maklumat, dipercayai ada kegiatan cuba mendakyahkan agama Kristian kepada hadirin termasuk yang Islam.

Exco Hal Ehwal Agama Islam Selangor, merangkap bekas Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor, YB Datuk Hassan Ali mengeluarkan kenyataan mempertahankan tindakan JAIS dengan alasan ada maklumat memang terdapat kegiatan cuba mendakyahkan agama bukan Islam kepada orang Islam dalam majlis di Methodist Church tersebut.

Kalau 10 tahun lepas, tindakan Hassan Ali dan JAIS itu akan dibela dan disanjung oleh PAS. Hassan Ali akan menjadi hero dan wira yang dijulang-julang sebagai pejuang tulin PAS. Kalau para pegawai JAIS itu terkorban dalam tugas mereka, dan kalau Hasan Ali terbunuh menjalankan tanggungjawabnya itu, teman yakin Hassan Ali dan para pegawai JAIS itu akan diisytihar sebagai syuhada. Mayat mereka tidak akan dimandikan atau dikafankan. Malah unit amal PAS akan berebut mengusung jenazah mereka ke perkuburan tanpa perlukan van jenazah, dan dimasukkan dalam liang dengan baju berdarah mereka; dan derma jihad akan dilancarkan untuk membantu keluarga mereka (walaupun yang kembong poket orang lain macam di Memali). Dan segala ceramah, tazkirah, kuliah, malah mimbar khutbah akan bergema dengan panggilan jihad!

Itu dulu yop. Tapi hari ini apa yang berlaku sebaliknya. Tan Sri Khalid Ibrahim mengarahkan JAIS berikan lapuran, dan tak cukop dengan itu, Hassan Ali serta lain-lain exco diarahkan tutup mulut. Jangan bincang langsung isu ini. Mike bayang yop kalau PM yang buat arahan itu. Pasti PM akan dimaki hamun sebagai melanggar hak asasi manusia, hak kebebasan bersuara dan macam-macam sumpah seranah lagi. Silap-silap mereka akan buat rusuhan haram untuk "Sapu-Bersih:3" Perdana Menteri. Tapi bila mereka yang buat, mereka melalak kata ini soal disiplin, masalah dalaman Kerajaan pakatan pembangkang. Tengok apa jadi kepada YB Jeff Ooi Ahli Parlimen (DAP-Jelutong), yang menegur Exco kerajaan Guan Eng. Sepantas kilat anak jantan Kitsiang mengarahkan YB Jeff Ooi supaya tutup mulut! Memang kaum hipokrit dan talam banyak muka puak-puak ni yop!

Kitsiang turut mengeluarkan kenyataan mengutuk Hasan Ali sebagai tidak "toe the line", tak ikut dasar pakatan pembangkang. Benarlah firman ALLAH swt, memang dalam hati dan benak perut puak-puak kaum kafir harbi ni kebencian kepada Islam sangat tebal, setebal muka babi yang halal dimakan oleh Kitsiang. Sebagaimana dalam kes rampasan arak dahulu, Hassan Ali yang menjadi sasaran. Hukum-hakam Islam dicemuh. Dan yang paling sedih, kawan-kawan Hasan Ali dalam PAS pun tak mampu pertahankan Islam, apatah lagi membela Hassan Ali. Tinggallah Hassan Ali terkonteng-konteng sorang-sorang berdepan dengan jentera kafir harbi dan sekutu mereka melanyak Hassan Ali dan Islam. Akhirnya Hassan Ali terpaksa bersalam berma'af-ma'afan dengan kafir harbi Ronnie Liu.

Dan yang paling malang, tindakan Hassan Ali mempertahankan tindakan JAIS itu dijadikan alasan untuk heret beliau ke hadapan Jawatankuasa Perhubungan PAS Negeri Selangor. Khalid Samad, yang dibuang oleh Hassan Ali dalam kepimpinan PAS Selangor yang lepas mengambil peluang ini mempersoalkan tindakan Hassan Ali, dan menuntut beliau memberikan penjelasan.

Kata Khalid Samad, "menyertai program anjuran bukan Islam, tidak semestinya ia usaha untuk memurtadkan kita..Hadir dalam program itu tidak boleh jadikan kesimpulan untuk murtadkan". Teman faham bebenor kenyataan Khalid ini, kerana antara tindakan awal yang beliau buat sebaik menjadi Ahli Parlimen ialah melawat gereja. Dan sehingga kini beliau belum murtad, walaupun beliau antara penyokong kuat untuk kristian guna kalimah 'ALLAH' dalam bentuk triniti. Adakah itu kesan tempias beliau melawat gereja teman tak tahulah, tapi yang nyata beliau belum murtad!

Begitulah nasib Hassan Ali kini, tokoh yang dikompang keliling kampung merata negeri semasa menyertai PAS pada tahun 1998. Diwaktu PAS sudah ketandusan pemimpin, diwaktu PAS dahagakan suntikan para profesional, kemasukan Hassan Ali kedalam PAS pada tahun 1998 bagaikan "China-Doll dikondang-kondi Mat CD, bagai orang mengantuk disorong bantal" oleh PAS. Hassan Ali, yang terkenal dengan peranan moderator Forum Perdana Ehwal Islam siaran RTM 1 dijulang sebagai hero oleh kaum PAS. Hari ini Hassan Ali ditendang terajang macam sampah kucing kurap!!!

Teman cukup yakin isu siasatan gereja oleh JAIS ini akan digunakan oleh puak-puak tertentu untuk menyingkirkan Hassan Ali dan menggugurkan beliau daripada jawatan Exco Kerajaan Selangor. Mungkin sudah ada yang berangan nak menduduki kerusi empuk lubuk emas yang diduduki oleh Hassan Ali. Kasihan Hassan Ali, dulu ditatang sekarang ditendang-tendang, dulu dikompang sekarang diterajang!

Dan teman cukup yakin, diakhir rekayarsa ini, Hassan Ali dan JAIS akan disuruh meminta maaf kepada pihak Methodist Church dan kaum kristian. Itulah yang terjadi semasa isu rampasan arak dahulu pun. Hassan Ali kena berma'af-ma'afan, sehingga jatuh maruah beliau sebagai pejuang Islam. Dan pihak MBSA, bukan sahaja disuruh mintak ma'af, malah dipaksa serahkan balik arak-arak yang dirampas kepada tokey-tokey arak. Begitulah murahnya harga Islam sekarang. Dan semuanya kerana apa; kerana adanya para politikus kalkatus yang sanggup melacurkan agama mereka demi untuk mendapat sedikit kuasa dan habuan ke Putrajaya!

Benarlah sabda Rasulullah saw, diakhir zaman nanti, "kamu akan disuruh melakukan yang mungkar, dan ditegah melakukan yang ma'ruf". Dan jika kamu berkeras mahu berpegang kepada Islam, "kamu akan menjadi terasing, dan kamu umpama memegang bara api yang membakar".

Teman seru kepada semua umat Islam dan yang ta'atkan ALLAH dan cintakan Rasulullah saw, dibulan Ramadhan penuh barakah ini, marilah kita pertahankan Islam. Berdoalah kita untuk termasuk didalam golongan yang sedikit, golongan yang masih mahukan Islam berdasarkan Al Quran dan Sunnah. Golongan yang tidak menjual agamanya, golongan yang tidak menggadai Tuhannya, golongan yang tidak memajak anak-bininya, golongan yang tidak tunduk kepada kafir harbi la'natullah; golongan yang tetap istiqomah dengan perjuangan Islam!

Kepada YB Datuk Hassan Ali, teman tahu beliau seorang yang sangat sayangkan Islam. Beliau sanggup tinggalkan kedudukan lumayan, populariti dan habuan jawatan semata-mata untuk perjuangkan Islam. Dan beliau sertai PAS, sebagaimana ramai yang lain, kerana terpedaya dengan slogan "pangkah PAS masuk syurga". Tetapi kini kita semua tahu, PAS adalah sebuah parti politik biasa, bukan satu agama. PAS saperti parti politik lain juga berangan mahu berkuasa. PAS juga mahu merasa duduk diatas takhta. Jangankan perjuangan negara Islam campak kelongkang, kalimah ALLAH pun PAS sedia benarkan kristian gunakan.

Oleh itu teman berseru kepada YB Datuk Hassan Ali, mungkin sudah tiba masanya beliau memikirkan untuk berhijrah. Lakukanlah hijrah keimanan, menyelamatkan aqidah kita. Candu politik kepartian sudah melanda PAS sehingga ramai yang terjerumus kelembah ketagihan tegar, menjadi kalkatu mengejar cahaya kekuasaan yang akan membinasakan diri sendiri. YB Datuk Hassan, tinggalkan politik kepartian, jadilah pejuang Islam yang tulin, berdasarkan wadah Al Quran dan Sunnah!

5 comments:

Anonymous said...

kekadang aku kesian dan kekadang aku meluat mengikuti perkembangan yb dr hassan ali ini. dulu aku amat menyanjungi beliau terutama sekali semasa bersama2 rtm menjadi moderator didalam program hal ehwal perdana islam. apabila aku mengikuti ceramah politik beliau menjelang pru 12 amboi bukan main angkoh lagi beliau memainkan isu untuk memenangi pertandingan didalam pilihanraya tersebut. dengan angkuhnya beliau menjanjikan bermacam2 kebajikan untuk para pengundi pas, tapi selepas itu lihatlah apa yang terjadi...namun masih belum terlewat bagi beliau kembali kepangkal jalan dengan mengajak rakan2 sembang beliau di dalam rtm dahulu seperti datuk harun din, tuan man tuan ibrahim, taib azimuddin, badrulamin dan beberapa orang lagi yang aktif dalam pas sekarang meninggalkan pas tanpa menghiraukan sumpah setia yang telah dibuat dengan pihak pas dahulu.. insyallah hanya dengan ini perbuatan beliau akan dimaafkan dan agar dapat menyelamatkan bangsa, ugama dan negara...insyallah

Anonymous said...

Salah satu sebab-pemboleh pembunuhan beramai-ramai umat Islam Bosnia dalam peperang sewarga baru-baru ini adalah sikap terlalu mempercayai dan berlembut atau senang berkompromi dengan orang lain (terutama sekali rakyat senegara). 

Bukan semua orang bukan Islam itu boleh dipercayai. Mulut manis tetapi hati membenci. Bertimbun-timbun kisah orang Islam terpedaya sehingga dibunuh oleh sahabat akrab sendiri apabila yang bukan Islam itu berkuasa. 

Orang Islam dengan didikan berterusan (melalui amal ibadat harian) brsumberkan al-Quran dan Hadis yang menekankan keesaan tuhan (tuhan hanya satu - Allah), mengikut hasil-hasil terkini dalam penyelidikan otak dan sains saraf (neurosciences), boleh membentuk talian neuron di dalam otak yakni struktur otak mereka sebegitu rupa - mudah berlaku adil. Mereka seperti kakaltu mencari cahaya. Menumpukan pemikiran otak ke arah keadilan yang tulen walaupun sehingga boleh memberhayakan kehidupan sendiri. 

Keadaan ini bukanlah satu kelemahan. Dalam satu keadaan ideal, di mana Kerajaan orang Islam itu masih utuh ianya boleh menjadi satu kemuliaan. Tetapi, dalam keadaan kekuasaan orang Islam mula pudar ia boleh membawa kepada kejinaan dan kehancuran. Jesteru orang Islam mesti siaga berwaspada. Jika struktur otak sebegini tidak ditanam dengan ingatan-ingatan yang sememangnya Allah dah jelaskan dalam al-Quran - tentang kafasikan dan kezaliman orang bukan Islam: betapa mereka boleh menjadi zalim sezalimnya apabila diberi peluang berkuasa boleh membawa kepada 'self-destruction' atau kehancuran diri umat Islam sebagaimana yang berlaku di Bosnia. Cuba baca,  fahami dan telitikan Takbir yang kita baca di Hari Raya - Aidil Fitri atau Aidil Adha. 

Sayugia orang Islam mesti senantiasa berwaspada dan menyeimbangkan pemikiran mereka supaya tidak membawa kepada kehancuran diri. Bukan bermakna mesti sentiasa meragui mereka; tidak salah jika mencemburui - sesama Islam sekali pun. Bukankah makhluk ke 3 senantiasa memantau kekebalan iman kita dan membisik untuk memfitnah anak cucu Adam. Bukankah kita semua anak cucu Adam?

Untuk memperjelaskan lagi - semua kita menyayangi anak remaja kita yang belum lagi matang berfikir (struktur otak belum mantap). Bahkan kita berasa kemahuan untuk mempercayainya. Tetapi mahukah kita menyerah kunci kereta baru kita kepadanya? Mahukah kita menyuruh dia menyimpan kad ATM  bank kita kepadanya? Nah begitulah seharusnya kita bergaul dengan rakan yang bukan seagama. Didikan mereka lain. Akhlah Minda mereka lain. Berbeza. 

Allahuwaklam

Anonymous said...

nak berhijrah macamana yeop ...kami semua dah baiah talak tiga isteri-isteri kami kalau berhijrah yeop ...........waaaaaaaaaaaaaa
huaaaaaaaaaaaaaaaa....

Anonymous said...

Kesian melayu, digunakan untuk menjatuhkan perlembagaan, objektif mereka gulingkan raja, islam no more, speak no malay liao2

Anonymous said...

kalau da diugut mcm ni la jwbnya..xpasti berapa juta yg nik aziz da ambil dr DAP..hrp ade yg selidik..