Tetamu Kehormat...

August 8, 2011

Tolong Sebarkan Tulisan Terbaru Ridhuan Tee - Panas dan Memanaskan!

Menyambung bicara saya mengenai Ibrahim Ali minggu lalu. Segelintir ultra kiasu dalam parti komponen Barisan Nasional begitu anti dengan beliau. Misalnya, seorang perwakilan dalam Mesyuarat Agong MIC ke 65 membawa seekor katak, bagi tujuan menghina Ibrahim Ali atas tindakannya selama ini. Ini belum termasuk kenyataan Presiden MIC yang baru dilantik menjadi menteri penuh, mengancam akan keluar dari Barisan Nasional (BN) jika BN menerima parti lain yang mewakili masyarakat India. Kadangkala terfikir juga, bolehkah bukan Islam ini dipercayai? Atau mereka hanya mengambil kesempatan sahaja. Maaf, saya tidak kata semua.

Sebelum itu, paderi bergelar Tan Sri yang menyertai rombongan Perdana Menteri ke Rom bagi mewujudkan hubungan diplomatik dengan Pope Benedict XVI Gereja Roman Katolik, sekali lagi mendesak Putrajaya mewujudkan kementerian hal ehwal bukan Islam ekoran hubungan dua hala dengan Vatican.

Pendek kata, suara bukan Islam berlainan bangsa seolah-olah senada. Manakala, umat Islam yang bergelar satu umat, tidak pernah senada. Bergaduh tidak pernah reda. Yang peliknya, bila berhadapan dengan bukan Islam, lembut gigi daripada lidah. Sesama Islam begitu keras sekali pendekatannya.

Persoalan saya, adakah umat Islam yang menjadi minoriti di negara bukan Islam dilayan sebaik ini? Terdapatkah kementerian hal ehwal Islam seperti ini di negara China, India dan negara barat yang lain? Umat Islam tidak kurang ramainya di negara-negara tersebut. Beri betis nak peha. Apa lagi hak bukan Islam yang tidak dipenuhi di negara bertuah ini? Pergilah ke negara lain, lihatlah nasib minoriti dari segi bilangan rumah ibadat mereka, kubur mereka, dan sebagainya, cukuplah untuk membuktikan betapa beruntungnya kita di sini.

Perancangan licik ini amat jelas walaupun penganutnya kurang dari sepuluh peratus. Mereka terus mendesak kerajaan mewujudkan Majlis Antara Agama, berbanding jawatankuasa sedia ada. Jika diwujudkan, pasti mereka akan mendominasi menenggelamkan agama-agama lain yang lebih ramai penganutnya.

Permasalahan yang timbul tidak semesti diselesaikan dengan menubuhkan kementerian bukan Islam seperti yang pernah dikemukakan Mac lalu ekoran penahanan 35,000 kitab Injil versi Bahasa Malaysia oleh Kementerian Dalam Negeri - yang diimport dari Indonesia untuk penganut Kristian.

Orang kuat Kristian itu berkata lagi, mereka mahukan kerajaan membenarkan Katolik meneruskan seminar latihan paderi untuk menggalakkan penganut Kristian-Katolik mendapat pendidikan dan kursus guru selain mewujudkan hubungan dua hala antara institusi agama Islam dan Pontifical Institute for Arabic and Islamic Studies.

Hairan saya, tidak cukup lagikah kemudahan dan kelonggaran yang diberikan selama ini. Setiap hari cuti (ahad) saya lihat, pelbagai aktiviti diadakan di hotel-hotel dan dewan-dewan. Memperlihatkan seolah-olah syurga Kristian berada di sini, bukan di negara-negara barat. Itupun tidak cukup lagi.

Tidak semestinya apabila kerajaan ultra kiasu menubuhkan portfolio majlis eksekutif untuk menjaga isu-isu keagamaan bukan Islam pada Februari tahun ini, maka kita perlu mengikutinya. Sesuatu tindakan perlu berasaskan kepada perlembagaan dan sensitiviti masyarakat setempat terutama pribumi.

Masihkah kita ingat, sebelum ini mereka mendesak supaya ditubuhkan The Interfaith Commission of Malaysia (IFC), tetapi masih belum berjaya. Jika kerajaan tunduk kepada desakan mereka, maka berjayalah perancangan dan misi mereka selama ini yang telahpun tercapai walaupun, badan secara formal belum ditubuhkan.

Tujuannya tidak lain bila ada badan yang sah di sisi undang-undang, mereka mempunya kuasa undang-undang yang boleh mengubah sesetengah agama akibat didesak oleh agama lain. Mari kita saksikan tuntutan mereka yang boleh dikatakan ‘berjaya’ walaupun kononnya badan rasmi belum ditubuhkan.

Pertama, seseorang anak yang dilahirkan oleh ibubapa Islam tidak seharus secara menjadi Islam. Kedua, orang bukan Islam yang telah memeluk Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembalikepada agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh dikenakan undang-undang. Ketiga, sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendali oleh mahkamah syariah tetapinya dikendali tetapi dikendalikan oleh mahkamah sivil.

Keempat, tidak perlu dicatatkan dalam kad pengenalan Islam sebagai agama seseorang Muslim. Kelima, Orang bukan Islam tidak perlu memeluk Islam jika ingin berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan murtad jika ingin berkahwin dengan bukan Islam tanpa tindakan undang-undang.

Keenam, pasangan suami isteri yang salah seorangnya memeluk Islam, tidak mempunyai hak jagaan terhadap anak. Ketujuh, kerajaan mesti menyediakan dana mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah ibadat bukan Islam seperti dana untuk masjid. Kelapan, orang bukan Islam mempunyai hak ke atas harta ahli keluargannya yang memeluk Islam (jika meninggal).

Kesembilan, orang bukan Islam boleh menggunakan dan tidak boleh dihalang menggunakan perkataan-perkataan suci dalam Islam. Kesepuluh, bible bahasa Malaysia dan Indonesia mesti dibenarkan diedarkan secara terbuka untuk bacaan umum. Kesebelas, pelajaran agama bukan Islam mesti juga diajar disekolah seperti mana pelajaran Islam. Keduabelas, Program berunsur Islam dalam bahasa ibunda hendaklah ditiadakan. Manakala, program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing

Ketigabelas, orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat hendaklah boleh digunakan untuk keperluan bukan Islam. Keempatbelas, Islam tidak sepatutnya disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah (termasuk doa pagi).

Ringkasnya, belum pun tertubuh kementerian atau badan yang dicadangkan, sebahagian besar 14 permintaan mereka telah terlaksana. Apa lagi yang mereka mahu kalau bukan untuk menjadikan negara ini sebagai medan gerakan mereka kerana kebebasan sebegini tidak lagi terdapat di negara lain.

Kerajaan Malaysia yang sedia ada sudah begitu baik dalam menjaga hak bukan Islam sehingga menenggelam agama rasmi negara. Rumah ibadat bukan Islam sudah melebihi 100,000 buah berbanding 20,000 surau dan masjid, sedangkan bilangan mereka kurang daripada 50 peratus. Apa lagi yang kita mahu?

Ibarat beri betis nak peha, golongan ini tidak pernah berhenti atau berputus asa, dari mendesak dan menuntut, memperlihatkan seolah-olah ada tangan-tangan di luar sana yang mengaturkan semuanya ini. Jika tidak, mana mungkin mereka begitu berani dan bersungguh-sungguh, sedangkan hak dan bahagian mereka telahpun diberikan, sehinggakan kita agak sukar untuk membandingkan antara hak mereka dengan hak istimewa orang Melayu (bumiputera). Apakah lagi hak dan bahagian yang masih tinggal kepada peribumi, biasiswa? UiTM? kuota pembelian rumah? lesen? dan sebagainya? Boleh dikatakan semua telah mendapat bahagiannya, sama ada secara sedar atau tidak! Kenapa kita perlu merasa tergugat apabila diasak dan didesak?

Jawapannya, adalah disebabkan oleh kepentingan kuasa politik dan sentimen kepartian mengatasi segala. Ramai yang beranggapan parti politik adalah alat untuk mendapatkan kuasa. Dengan memegang kuasa, mereka akan mendapat merasai ketenangan dan kesenangan hidup. Mereka lupa bahawa kuasa tidak dapat menguruskan lenanya tidur, kuasa tidak dapat membeli selera makan, kuasa tidak dapat membeli waktu muda dan sebagainya.

Kuasa hanya bersifat sementara kerana yang Maha Berkuasa hanyalah Allah SWT. Allah SWT sahajalah yang akan kekal. Allahlah yang berkuasa memberikan nikmat tidur, selera makan dan sebagainya. Dengan sebab itu Rasulullah SAW mengingatkan supaya kita menggunakan masa muda sebelum tua, masa sihat sebelum sakit, masa lapang sebelum sempit, masa kaya sebelum papa dan masa hidup sebelum mati.

Manusia hanyalah penjaga amanah di muka bumi ini. Dunia ini hanyalah pinjaman. Maka manusia dipertanggungjawabkan menjaga amanah ini. Amanah ini mesti diuruskan dengan baik mengikut petunjuk dan kejadianNya. Jika bumi ini adalah pada asalnya adalah kepunyaan Melayu, makan tonjolkanlah identiti Kemelayuannya. Jangan sampai identiti itu hilang entah ke mana.

Bandingkanlah dengan bumi-bumi yang lain. Identiti dan jatidiri mereka yang Allah SWT anugerahkan tidak pernah hilang, malah semakin kuat mencengkam. Negeri China dengan Kechinaannya, India dengan Keindiaannya, Arab dengan Kearabannya, Siam dengan Kesiamannya, Nyanmar dengan Kenyanmarannya, Amerika dan Keamerikannya dan banyak lagi. Ini bukan bermakna, kita mengenepikan kepentingan agama dan bangsa lain. Tetapi mesti ada sebab Allah mencipta atau menjadikan sesuatu bangsa di sesuatu tempat. Justeru, agama dan identiti bangsa yang tidak bertentang perlu diadunkan agar terpancar identiti mereka supaya tidak tenggelam ditelan zaman.

Sama juga dengan identiti dan jati diri Kemelayuan. Banyak budaya melalui identiti dan jati diri yang terpancar tidak bertentangan dengan Islam seperti soal bahasa, pakaian, seni budaya pergaulan, makanan dan sebagainya. Tetapi di manakah penonjolannya dapat dilihat, di televisyenkah? di radiokah? di papan-papan tandakah? atau di mana-mana yang boleh dilihat!

Nampaknya, semakin sukar untuk dijumpai. Ada Dewan Bahasa dan Pustaka, peranannya tidak dimartabatkan. Kita terlalu sibuk dengan bahasa Inggeris. Usahlah dibincangkan bahasa al-Quran. Di televisyen dan radio, seolah-olah menjadi milik setiap kaum. Begitu juga dengan kemunculan institusi pendidikan yang sedia ada. Semuanya telah dihakmilikkan oleh kaum-kaum yang ada. Setiap kaum membawa haluan masing-masing mengikut identiti dan jati dirinya.

Lebih malang lagi, institusi yang diterajui oleh orang Islam sendiri tidak berjaya mempamerkan identiti dan jati diri tersebut. Misalnya, stesen penyiaran kita? Identiti dan jati diri apakah yang ditonjolkan yang menjadi tontontan anak kita seharian? Kita lebih terpengaruh dengan cara dan gaya hidup barat. Akhirnya, sebuah negara yang asalnya beridentitikan satu bangsa, menjadi caca merba. Tidak ada arah tuju.

Justeru, sudah sampai masanya kita melihat kembali identiti dan jati diri ini, tanpa menafikan hak orang lain, sebelumnya ianya hilang dan pupus begitu sahaja. Apabila sesuatu itu telah hilang dan pupus, amat sukar untuk dikembalikan. Hari ini, kita diasak dan didesak, semua perancangan ini bertujuan untuk menghilangkan identiti dan jati diri itu. Tetapi kita masih buta. Perebutan kuasa telah membutakan kita semua. Kita seolah-olah mengikut telunjuk orang lain. Akibatnya kaduk naik junjung. Bayangkanlah jika wujudnya sebuah kementerian hal ehwal bukan Islam, dapatkah kita bayangkan apa yang akan terjadi?

15 comments:

PemikirpolitikJerantut said...

ok

Anonymous said...

hanya UMNgOK saja yang masih macam katak bawah tempurung...... sentiasa menakutkan rakyat Malaysia dengan sentimen agama dan bangsa... sedarlah woiiiii

Anonymous said...

Dr Redhuan tujukan umat Islam sebelah mana? Umat Islam yg tak mahu hukum hakam Islam atau tidak menghornati cara hidup Islam, sebelah sini kata buat itu tak elok, belah sana kata takpa. Belah sini kata wajib bagi seseorang Islam berpakaian begini dan begitu, sebelah sana pulak kata ianya bersifat peribadi dan pakaian bukan penyebab. Harga beras adalah harga syiling negara, tapi majlis agama pulak setiap negeri menetapkan zakat yg berbeza, maskawin pun berbeza dan banyak juga yg berbeza dlm negara. Pening juga umat Islam, apalagi masyarakat lain. So sampai bila pun akan ditanggung umat Islam. Ada yg mengaji agama sebab nakkan habuan dunia (kemewahan), ada yg mengaji kerana nak berbakti (pendakwah. Maka senangnya TV ada satu program khas bagi kumpulan yg rasa cerdik ni, berhujah dan berbincang. Adakah kalau ada program mcm ni, hasilnya akan jadi baik dan ikutan badan yg berkuasa? Entahlah jugak. Adakah ia menguntungkan atau merugikan kumpulan? Itu juga kena ambik kira. Maka takkan ada kesudahannya. Sama la jugak, satu pihak suka anjing, maka satu pihak lagi akan suka kucing.

Ular Menyusur Akar said...

anon 10:29,

UMNO aje yang tinggal. PAS dah tinggalkan perjuangan Islam.

KAPAKTAJAM said...

Teramat2 tepat buah fikiran yang Tuan penulis berikan dan bicarakan disini. Sdr Ridhuan Tee amat2 memahami budaya serta sedar tahap mana dan dimana bumi di pijak. Dan, beliau juga amat bersyukur lahir dan hidup dibumi bertuah.

Cuma, ada sesetengah kaum yang hidup mendatang di Malaysia masih tak sedar diri dan tak berterima kasih dengan apa yang ada dan sudah diberikan selama ini.

Malaysia hanya akan aman sepenuhnya, jika apa yang dinyatakan oleh Sdr Ridhuan Tee itu diambilkira dan disyukuri oleh semua rakyat Malaysia dan tahu harga diri serta tahu dari mana asal kita dan bersyukur dengan apa yang sudah diberikan dan dimiliki selAMa ini. Jangan sesekali ikut pepatah Melayu = Beri Betis Nak Peha. Jika ini yang dimahukan maka penumbok yang dapat.

sekian.

KAPAKTAJAM said...

Cuma KAPAK juga nak berpesan kepada Kaum Melayu yang mudah sangat lupa dan alpa ini, agar jangan bertangguh lagi. Buang yang keroh dan ambillah yang jernih. Bertaut lah kembali agar menjadi pokok yang rendang dan ranting2 yang kukuh serta kuat. Kekuatan ini akan menjadikan Kaum Melayu di segani dan digeruni dan mereka yang lain akan terhegih2 datang untuk berkawan dan berlindung dibawahnya.

Bukan macam sekarang kaum Melayu telah berpecah lebih dari tiga kumpulan dan hilang kekuatannya dan mula diperlekeh serta digertak2 itu dan ini. (MIC pun gertak jgn terima Parti lain yg mewakili kaum India, klu tidak mahu MIC keluar dari BN). Lihat betapa angkuhnya dia, begitu juga kaum Cina yang senantiasa menanam tebu dibibir mulut, depan kita pijak semut tak mati, Perdana Menteri datang bagi itu dan ini, TETAPI bila undi langsung tak beri, masih berkiblatkan bangsa mereka sendiri.

Lihatlah wahai Orang Melayu, kenapa kita yang Melayu dan mengaku ISLAM tidak bersikap sedemikian dan sayangkan bangsa dan Agamanya? Malu kan ! Sebenarnya inilah yang amat2 dikehendaki oleh musuh2 Islam dan secara halus mereka memasukkan jarum dan memperokperandakan Bangsa Melayu Islam.

Jika, orang Melayu tidak sedar lagi, jangan menyalahkan orang lain jika Malaysia akan jadi Pelastin untuk orang2 Melayu.

Akhir kata Wahai org Melayu Kembalilah bertaut dan bersatuhati. Persetankan Anwar Juburi, Tok Guru Haji Hadi dan Nik Aziz. Bagi mereka kuasa segala2nya dan membelakangkan kekuatan Bangsa Melayu dan Islam. Mereka adalah talibarut YAHUDI. Yang penting mereka yang lain yang sayangkan Melayu dan Islam WAJIB bersatu atas dasar ISLAM yang dipertahankan dibumi bertuah MALAYSIA, ini.

qamar said...

Anonymous:
Ntahla, walau siapa pun saudara, ikhlas sy katakan anda memang suka kalau melayu di KRISTIANKAN... atau mungkin anda hanya berselindung... berkata-kata melebihi nafsu dari akal, hinggakan yang benar dan nyatan hanya tinggal nukilan semata... sayang seribu kali sayang

Neezhom said...

Salaamun alaikum

@KAPAK TAJAM

Saudara mengatakan Tok Guru Haji Abd Hadi dan Nik Abdul Aziz talibarut YAHUDI?

Sedarlah saudara, British telah lama JAJAH MALAYA ni. Sedarkah anda British bagi kuasa pada siap untuk memerintah malaysia sampai sekarang tak tukar2 lagi?

Sedarkah Malaysia ada hubungan diplomatik dengan Amerika Syarikat? Sedarkah Najib berbaik dengan Obama?

Baca sejarah, Amerika Syarikat dijumpai oleh Christopher Columbus, dihantar oleh BRITISH!

British dulu ditakluk oleh ROM. Maka British dan AS adalah keturunan ROM. Dan baca hadith nabi tentang akhir zaman betapa keturunan ROM ini yg menguasai dunia akhir zaman.

AS bapa angkat ISRAEL. maka siapa TALIBARUT YAHUDI sekarang?

Segala2nya JELAS jika anda baca sejarah dan MENGKAJI, jangan hanya percaya pada berita TV. Media massa utama adalah antara racun yang ditinggalkan oleh Illuminati @ British dan sekutu2nya

Salam damai, salaam Ramadhan, baarokallahu lakum :)

p/s: Diharap tidak mencarut di bulan Ramadhan yg mulia ini dan sampai ke mati. Tunjukkan lah bahawa orang ISLAM ini berakhlak mulia kepada non-muslim. Malu sangat kalau non-muslim tengok orang Islam suka mencarut :)

Anonymous said...

walopon dpt bonus kcik...aku takkan undi PAS..pengkhianat dan kanser agama islam

mie said...

neezhom

salamz..
nama melayu ke ni?
erm komen anda bernas, guna akal..
walau pun kita ada hubungan diplomatik dgn mana mana negara bukan islam pun, ia x kan membuatkan kita ni kafir. yang penting hati, niat..

apakah pakatan rakyat lebih islam? pkr? pas?
hanya ber retorik.. x de tindakan yang selaras dengan hukum islam.
kelantan selepas 20 taun masih x jalankan hukum hudud yg d war warkan.
pemimpin semua ada masalah..
bersahabat dgn kapir harbi.. berkerjasama untuk memusnah dan memusuhi pemerintah islam termasuk raja raja yang pasti nya melayu islam.

sekian. selamat berpuasa d ramadhan al karim

Anonymous said...

Tamaddun dan sejarah menunjukkan bangsa cina hanya berjaya membina "china town" dengan begitu banyak sekali di seluruh pelusuk dunia. Sebut sahaja mana negara tidak ada chinatown?

Tapi kat Melaysia ni pulak mereka skg dah sampai nak buat macam "negara cina" lah pulak.

Anonymous said...

kenapa nak marah pada kenyataan yg betul...dah terang lagikan bersuluh..jangan salahkan orang lain kalau agama sendiri tergadai demi mainan politik...kalau umno dikatakan tidak menitik beratkan agama islam...apa yang parti PAS buat...dlm negeri sendiri pun masih ada yg berbuat jahat...mungkar..

geramsungguh said...

hanya Pasial saja yang jumod tak sudah sudah... sentiasa jadi lembu cucuk hidung dan bersuap2 lidah dengan DApig... Sampai hancur umat Islam Malaysia..Sedar lah hoii bangang!!!!

sunan utara said...

salam saudara2 ku semua...bacalh semula catatan Dr. Ridhuan tu. knapa mesti mengutuk sesama sendiri? nmpknya kita selalu melebihkan emosi dari rasional dlm mghadapi apa2 situasi. Kita adalah bersaudara dgn tautan dua kalimah syahadah.Rasulullah s.a.w. pun ada menyebut bgaimana umat Islam ini bagaikan satu jasad, apabila satu bahagian sakit seluruh badan akan merasainya. saudara2 ku sekelian, marilah bersatu sebagai saudara seagama...Dr. Ridhuan yg berbgsa cina pun risau dgn sikap melayu, knapa kita kasih terus nk bercakaran sesama sendiri? seburuk2 org umno, dia tetap saudara kita,,org Islam. tetapi sebaik2 dap, mereka dh jelas adalah kafir harbi di bumi malaysia yg dirahmati ALLAH SWT ini.....kafir yg wajib ditentang..........!!

Anonymous said...

Semoga DR sentiasa dirahmati dan dilindungi oleh Allah sentiasa... teruskan perjuangan DR...