Tetamu Kehormat...

August 7, 2011

Terkini Isu Dr Hassan Ali : Haji Hadi Salahkan BN!

Rakyat bukan bodoh lagi - alasan Haji Hadi kononnya BN sengaja memperbesarkan isu ini sudah tidak dapat diterima oleh masyarakat awam bulat-bulat. Terdahulu, isu kegagalan MB Kedah menguatkuasakan larangan penutupan disko di Kedah pada bulan Ramadhan, turut dilihat sebagai kelemahan PAS dalam berhadapan dengan DAP - nampaknya kuasa yang begitu dikejar oleh PAS daripada tangan UMNO bagi melaksanakan Islam di negara ini hancur berkecai entah ke mana. PAS terpaksa tunduk kepada DAP, inilah natijahnya apabila berjuang bukan atas keikhlasan dan hanya bertujuan untuk mengalahkan UMNO/BN dalam pilihan raya semata-mata. Saya syak, pada kali ini PAS akan kalah teruk dalam PRU yang akan datang.

KUALA LUMPUR, 7 Ogos — PAS hari ini mengambil pendirian untuk mengadakan pertemuan dengan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Gereja Methodist Damansara Utama bagi mendapatkan gambaran jelas mengenai kotroversi terbaru. Jelas Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, pertemuan dengan kedua-dua agensi itu akan dibuat dalam tempoh terdekat untuk mengungkai situasi sebenar yang berlaku ekoran tindakan Jais menyerbu majlis makan malam muhibah di gereja itu.

“Kita bincang isu Selangor dan buat keputusan untuk terus ke medan yang mana kalau kita lihat ia sengaja dijadikan isu oleh Barisan Nasional (BN) untuk tutup isu Himpunan Bersih 2.0.

“PAS akan bertemu dengan Jais dan gereja secara terus untuk mendapatkan penjelasan dan selesaikan masalah ini,”katanya selepas pada sidang media di sini.

Beliau terlebih dahulu mempengerusikan mesyuarat bulanan jawatankuasa kerja PAS pusat. Tambah Hadi, Exco Kerajaan Negeri Selangor Datuk Dr Hasan Ali telah memberikan penjelasan berhubung dakwaan program anjuran Harapan Komuniti bertujuan untuk memurtadkan umat Islam. Hasan, sebelum ini mempertahankan tindakan Jais melakukan serbuan ke atas Gereja Methodist Damansara Utama, Rabu lalu dengan alasan pihaknya telah dimaklumkan perkataan “al-Quran” dan “doa” diselitkan, mendakwa ada bukti mahu memurtadkan umat Islam.

11 comments:

hafiz said...

Allahuakbar

Asyik salahkan orang jer..
Susah la macam ni..

Macam mana lah kalau mereka memerintah (Nauzubillah)

Muhammad Azli Shukri said...

hafiz, rakyat semakin bijak...dan tahu siapa sebenarnya yang berkuasa...DAP atau PAS

Groom said...

Masa saya di Jakarta dulu, taktik yg sama digunakan oleh paderi2 Kristian ini dgn mengadakan majlis2 berbuka puasa dan bantuan2 kpd orang2 miskin bagi tujuan memurtadkan mereka..Hai Tok Guru! kalau setakat nak bagi bantuan, tak payahlah nak buat majlis tertutup dlm gereja! dah tak de tempat lain ke?

Lagi satu, berbanding kat Indonesia,apakah org kat Malaysia begitu miskin, hina dina sampai sanggup menjual agama & murtad? Kalau betul, kenapa berjuta2 pendatang Indon, Pakistan, Bangladesh dan Kemboja datang Malaysia..kerja & hidup mewah? Apakah Tok Guru nak kata Malaysia ni dah kebulur mcm kat Somalia smpai terpaksa murtad?

Hakikatnya ialah mereka yg murtad ini adalah kerena lemah iman & kurang didikan agamanya. Kenapa? sebab org2 yg kononya bergelar Tok Guru & Ustaz2 tak de masa nak nak didik masyarakat dgn Islam yg sebenar...ataupun ramai depa ni yg ngajor agama songsang!..depa ni termasuklah Hj. Hadi ni mana ada masa nak didik & dakwah..dok sibuk berpolitik, kejar kuasa & kejar glamour...

So..Tok Guru baik ko muhasabah diri ko dulu...apakah ko dah menjalankan tugas ko untuk mentarbiah & mendidik masyarakat Islam di Malaysia? pooodaaahhh! Ko dah pegi dakwah misalnya saudara2 baru org Asli org Penan dlm hutan dan luar bandar? Ada ko buat? Mana ko nak pegi, ko sibuk politik, giler glamour & gila kuasa..bawak keta mewah besor kehulu kehilir..sat lagi kotor plak keta mewah kau..

Jangan nak salahkan org lain lah..kes murtad ini adalah contoh kegagalan Tok Guru & geng2 mat kopiah ko dlm mendidik & mentarbiyah masyarakat..Kalau ko contohi tarbiyah dan didikan Nabi SAW, jangan kata wang ringgit, kena sula & hempap mati dgn batupun mereka tak kan murtad..

ni semua alasan politik nak selamat diri...cara yg terbaik salahkan org lain..org lain semua salah...dia je yg betul..grrr

JoN said...

dalam bulan mulia ni pun hadiNGOK nk berbohong jugak, tah posa ke dak org tua nih.. aku x pnah dngaq pun mana2 pemimpin2 UMNO dlm BN dok wat kecoh hal ni, kcuali apek khongkhet MCA tu ada la dok dngaq bnyi ckit2...

Anonymous said...

dalam pentabiran depa pun dok salah kan orang lain awat nak tguu 20 tahun pas memerintah baru ok kot ,pru 13 jom kita bagi puak puak ni dok kat rumah saja

Anonymous said...

Esok lusa bolehlah buka puasa kat gereja lak. Pastu terawikh dalam gereja. Siap ada morih lagi. Negeri berkebajikan.

Keris Jentayu said...

Kerja dia orang cari salah orang sejak ditubuhkan,,,sebabtulah ,,geram nak maki

Anonymous said...

Puak puak Pas tutup mata dan telinga dalam hal hal begini...mereka rasa islam mereka lebih islam dari orang lain...pagar rumah bumbung surau kerusi meja baju semua warna HIJAU.

Shamshul Anuar said...

SAudara Hafiz,

Masalah PAS yang paling besar ialah satu penyakit hati yang amat berat :RIAK

Kononnya hanya PAS saja perjuangkan Islam. Dan orang PAS selalu pandang seolah memperli Melayu yang tidak sertai PAS . Yang selalu dihina ialah ahli UMNO.

PAS selau perasan bahawa Islam itu milik PAS secara mutlak. Ini melahirkan sikap riak.

Kerana bongkak beginilah PAS jadi sasau . Walaupun bercakap pasal Islam tetapi itu hanya dimulut. Tindakan PAS selalu bertentangan dengan Islam.

Contoh terbaru Harakah memfitnah kononnya seorang wanita indonesia diberi kerakyatan selepas 4 jam memohon.

Kalau Editor Harakah ada sedikit keimanan, ia akan menyiasat sebelum siarkan berita.

Dalam ceramah berbuih cakap nak negara Islam( dululah sebelum jadi kuli DAP). Tetapi batang tubuh PAS sendiri buat perangai yang dicela Islam. Suka dengar fitnah dan menyebarkan fitmah. Dan lebih parah lagi mencipta fitnah atas nama ISLAM.

Kerja PAS ialah ceramah. Pagi petang siang malam berceramah sambil kutip derma guna nama anak yatim dan bina surau tetapi untuk poket sendiri.

Dan orang melayu ni ada toleransi yang tinggi pada penipu pembohong yang boleh berjenaka mencaci cela UMNO berselang seli dengan ayat AlQuran.

Cuba bayangkan jika Najib yang kata Malaysia adalah negara berkebajikan bukan negara islam sebagai matlamatnya. Dia akan dimaki hamun sebagai sesat atau rosak akidah.

Tetapi kerana yang cakap begini ialah Hadi yang berjubah dan berserban serta boleh berlindung pada perkataan Islam, maka reaksi orang ramai pun lebih kurang.

Cuba bayangkan Kerajaan Melaka yang ditunjangi UMNO menolak pembinaan UITM. Habis Ali Rustam akan dimaki dalam masjid . Tetapi sebab yang halang pembinaan Uitm itu Khalid , sekutu PAS, maka ia diampunkan.

Cuba bayangkan jika JAIP menyelidik kes murtad seperti JAIS buat baru baru ini. Katakanlah Dr Zamberi tegur EXCO ( seperti Khalid buat pada Hassan Ali ATAS ARAHAN DAP). Dijamin Harakah akan memaki hamun Dr Zamberi sebagai tidak peka isu murtad dan keimanan Dr zamberi dipersoalkan.

Selagi orang Melayu mahu menerima pembohong penipu seperti Hj Hadi, Mohd sabu dengan memilih mereka dalam pilihanraya , maka orang Melayu mesti terima hakikat bahawa mereka tak kisah jika Islam dipersendakan.

Selepas ini janganlah hairan isu murtad bertambah parah. Maklumlah ada orang Melayu sendiri disebut seperti "Khalid Gereja" yang lebih sayang ugama apa pun asalkan bukan Islam.


Dan pada pemimpin UMNO yang takut bertindak atas puak yang suka memfitnah seperti Harakah dan DAP, maka terimalah hakikat bahawa masanya sudah hampir untuk Malaysia diperintah oleh orang yang bukan Umat Nabi Muhammad SAW.

Sendiri mahu ingat.

Shamshul anuar said...

Saudara Azli,

SAtu ketika dulu PAS ada tempat yang tinggi dihati orang Melayu. Itu ketika PAS tetap dengan pendirian menegakkan Islam( walaupun sekadar cakap kosong) .

Kini setelah "menyembah" DAP , maka prinsip hilang entah kemana. Secara tiba tiba Islam dah tak penting lagi. Demi mengambil hati DAP ( versi Yahudi asia Tenggara) , maka prinsip utama yang selama ini jadi trademark PAS dilupakan.

Kenapa PAS boleh jadi begini?

Kerana sebenarnya PAS bukan perjuangkan Islam. PAS hanya gunakan Islam untuk capai kuasa yang sedikit didunia.

Islam hanyalah alat, bukan matlamat. Kerana jika Islam itu matlamat, sudah tentu PAS akan mentarbiah ahli ahlinya supaya taat pada Allah dan ikut cara Nabi Muhammad SAW dalam sebarkan dakwah Islam.

Nabi Muhammad SAW bersabar hadapi segala rintangan dan cubaan bunuh oleh Kafir Quraish.

Prinsip dijunjung tinggi. Ketika Kafir Quraish menawarkan pangkat, kedudukan termulia dan wanita jika Baginda berhenti seru Islam, BAginda tegas menolak walau bulan dan bintang serta matahari sebagai habuan.

PAS bagaimana? TAK DITAWARKAN PANGKAT, KUASA PUN DAH GUGURKAN PRINSIP.

Cukuplah sekadar jadi kuli DAP. Dah memadai untuk gugurkan prinsip mahukan Islam.

Nabi Muhammad SAW cukup jaga akhlak sampai dikenali malah dikalangan orang Kafir sekali pun sebagai orang yang tinggi akhlaknya dan memang tidak pernah berbohong.

PAS. Masyaalah, kalau dengar ceramah PAS tak sah kalau tak fitnah pemimpin. Kalau tak dapat fitnah pemimpin, fitnah isteri pemimpin pun jadilah.

Nabi Muhammad SAW tak ajar orang islam memberontak walaupun Kafir quraish zalim.

PAS bagaimana? Pemimpin Negara tak zalim pada PAS pun PAS mahu memberontak. Malah siap dapat makan gaji pula dengan satu kerajaan yang dia dok maki hamun siang malam.

Kenapa saya berbicara pasal PAS. Kerana saya yakin 100% perbuatan PAS menyembah DAP itu satu malapetaka pada Melayu dan segala apa yang jadi pegangan dan aspirasi orang Melayu.

Jika dulu tak berani puak puak Yahudi bagi "ceramah" dalam masjid, kini mereka berani sebab jika ada Melayu yang masih beriman mahu tegur mereka, puak Yahudi ini akan "disintuk limau" oleh PAS.

Jika dulu haram tak berami "demand" berkongsi nama Allah SWT , kini berani kerana PAS sudah ikut cara Kristian boleh "excommunicate" mana mana Melayu yang sanggup terima nasma Allah dikongsi bersama, satu perkongsian nama yang AKHIRNYA BUAT AKIDAH TERKONGSI.

Bila akidah terkongsi, bukan maknanya orang bukan Islam ( Kristian) percaya Tuhan itu SATU tetapi SEBALIKNYA orang Islam yang akan terkongsi kepercayaan bahawa apa beza Tuhan yang Islam sembah dengan Tuhan yang orang kristian sembah.

SEPERTI YANG KITA LIHAT DEPAN MATA bagaimana Dr Hassan Ali cuba tegah dari terjadi.

Ingatlah berbuka puasa di gereja pun sudah menjurus kearah tergugat keimanan. Bagaimana nanti bila nama Allah dikongsi besama.

Ada baiknya orang melayu ingat pepatah "Lulus jarum lulus kelindan".

Kalau nak murtadkan orang melayu, apa cara yang lebih baik dari kongsi nama Tuhan dengan mereka.

Zek said...

Hujah saudara Shamshul Anuar hebat. penyokong2 PAS patut baca dan hayati.

Tahniah saudara.