Tetamu Kehormat...

August 5, 2011

Tahniah Hassan Ali - Usaha Memulihkan Kembali Perjuangan Asal PAS

Tahniah Dr Hassan Ali - sekurang-kurangnya beliau telah menjalankan amanah yang telah Allah berikan kepadanya. Sememangnya benar lagi tepat, bahawa terdapat usaha strategi lagi rapi bagi memurtadkan umat Islam di Malaysia. Salah satu caranya adalah melalui pengkosian kalimah Allah yang ditentang hebat oleh UMNO - tetapi malang dihalalkan pula oleh Nik Aziz. Semoga Allah membuka hati Dr Hassan Ali agar kembali ke pangkal jalan dan membersihkan kembali perjuangan PAS yang semakin jauh daripada landasan sebenar. Usaha beliau mengembalikan semula arah perjuangan PAS yang asal patut dipuji dan diteladani. Wallahualam. Baca berita di bawah ;

KUALA LUMPUR, 4 Ogos — Exco Kerajaan Negeri Selangor Datuk Dr Hasan Ali mempertahankan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang menyerbu majlis makan malam Gereja Methodist Damansara Utama semalam atas alasan ada bukti mahu memurtadkan umat Islam. Hasan menegaskan maklumat yang beliau diterima menunjukkan terdapat kehadiran orang Islam pada majlis berbuka puasa di gereja berkenaan malam tadi.

Tambah beliau, pada majlis itu juga pihaknya dimaklumkan perkataan “Quran” dan “pray” diselitkan pada ucapan di majlis itu. Hasan menambah seramai 12 orang beragama Islam telah menghadri majlis tersebut tetapi tiada tangkapan dibuat. Mereka disiasat mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah 1995.

“Sebaliknya pemeriksaan dilakukan hanya selepas rundingan dengan pihak penganjur diadakan,” kata beliau menerusi kenyataan akhbar petang ini. Bekas pesuruhjaya PAS Selangor itu menambah anggota penguat kuasa Jais dan polis telah menjalankan pemeriksaan di bangunan gereja itu walaupun cuba dihalang oleh pihak penganjur.

“Penganjur utama yang dipercayai beragama Islam telah berunding selama hampir satu jam bersama ketua operasi agar pemeriksaan ke atas tempat dan individu tidak dilakukan sehingga majlis tersebut selesai,” kata Hasan lagi. Jelas beliau, apabila majlis hampir tamat, Jais dan polis telah membuat pemeriksaan meskipun terdapat cubaan bagi menghalang pemeriksaan dan melupuskan bahan bukti.

“Pegawai pengua kuasa Jais dan polis mendapati ada percubaan di kalangan peserta untuk melarikan diri melalui pintu belakang premis tetapi berjaya dihalang,” katanya.

Kenyataan itu berkata kesemua 12 mereka telah diarah untuk menghadirkan diri di Jais untuk siasatan lanjut.

Terdahulu dalam satu kenyataan, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri Selangor memandang serius tindakan Jais dan polis menyerbu majlis makan malam muhibbah itu malam tadi. Khalid berkata beliau secara peribadi telah menghubungi Pastor Daniel Ho dan menyatakan kekesalan pihak kerajaan negeri berhubung insiden tersebut.

“Saya memberitahu beliau bahawa saya telah minta Jais menyediakan laporan penuh mengenai insiden ini, termasuk sebab-sebab terperinci serbuan tersebut dilakukan.

“Saya berharap dapat berjumpa dengan Pastor Daniel Ho sebaik sahaja laporan lengkap ini diterima,” kata beliau.

Sehubungan itu, Khalid menegaskan, kerajaan Selangor selalu menghormati kebebasan beragama dan hak semua pihak untuk meraikan kebudayaan dan kepercayaan mereka. Beliau juga mengulangi bahawa kerajaan negeri sentiasa terbuka kepada perbincangan dan dialog mengenai keharmonian dan toleransi di kalangan rakyat yang pelbagai agama serta amat menghargai usaha-usaha meningkatkan kefahaman antara agama sekali gus menyatupadukan rakyat.

Ho berkata, kira-kira 30 anggota polis dan pihak berkuasa Jais memasuki premis gereja itu tanpa waran kira-kira 10 malam tadi. Majlis itu dihadiri antara 100 hingga 120 orang dari pelbagai kaum.

“Ini adalah majlis makan malam bagi orang ramai datang atas semangat 1 Malaysia. Kebanyakannya beragama Kristian... ada juga (hadirin), kira-kira 15 orang Melayu,” katanya lagi. Pihak berkuasa berkenaan menyoal siasat hadirin tetapi tiada sesiapa pun yang ditahan.

10 comments:

anti bohmau said...

HADOYYAI! PAS BENAR2 TERSEPIT SEKARANG NI ANTARA PUAK2 NWAR ERDOGAN & ULAMA'.
NAK DITELAN MATI KHALID SAMAD, NAK DILUAH MATI HASSAN ALI!!

BUKAN MASANYA BERLEMBUT LAGI DGN MRK YG SUKA SELEWENGKAN KESUCIAN ISLAM NI. SIAPA YG NAK JAWAB?

Anonymous said...

alhamdulillah,
seorang pejuang islam sebenar.
syabas tn hassan ali.
marilah kita bersama2 perjuangkan yg hak dan tentang yang bathil.
kembalilah pada islam.
... mamu melayu ampang

mae1000 said...

JAIS itu tertubuh atas usaha UMNO. Hassan Ali hanya menumpang. Kenapa PAS tidak bubarkan JAIS dan tubuhkan jabatan lain ?

Muhammad Azli Shukri said...

Hassan Ali buat kerja, UMNO dapat pahala...

shamshul anuar said...

Saudara Mae1000,

Ini bukan soal UMNO atau PAS. ini soal akidah.

Kepada orang islam yang hadiri majlis buka puasa di gereja perlu ditanya SUDAH TAK ADA MASJID ATAU SURAU KE UNTUK MEREKA BERBUKA?

Kita mesti ada sikap berhati hati dengan golongan yang sudah Allah SWT ingatkan kita bahawa mereka tak akan puas hati selagi kita tak ikut mereka.

Apa faedahnya hadiri majlis ini ? Dah tentu tak pergi sembahyang terawih. Silap silap senbahyang yang wajib pun terlepas.

Dr Hassan Ali bertindak benar. Oleh itu kita wajib sokong dia dalam hal ini. Tak kisah samada kita sokong PAS atau UMNO.

Jika orang Islam sendiri pula menentang tindakan Dr Hassan Ali, jangan salahkan JAIS bila ia enggan bertindak lagi pertahankan Islam di hari muka. Buat apa bertindak bila ia sendiri diserang saudara seugama. Baik goyang kaki saja tengok usaha murtadkan anak Melayu.

Jika kita orang Islam sayang ugama, maka kita mesti ingatkan ahli politik Melayu dan bukan Melayu bahawa jika mereka sokong kongsi nama "Allah SWT" dengan Kristian, mereka tak dapat undi orang Melayu.

Jika PAS dan UMNO bersatu dalam hal ini, DAP tak akkan berani sokong Kristian guna nama Allah.

Masalah sekarang orang melayu pula terlampau jaga hati paderi Kristian lebih dari jaga kesucian Islam

Keris Jentayu said...

Kesian Hasan Ali..dok kena jeer dia...

shamshul anuar said...

Saudara azli,

Dalam banyak hal, orang melayu mempunyai sikap pelik iaitu terlalu mempercayai lawan melebihi saudara seugama.

Dr Hassan bertindak betul dalam hal ini. Saya yakin tentu gereja tak susah payah anjurkan majlis yang dihadiri umat islam jika tak ada niat lain.

Melayu melayu yang hadir hanya letakkan diri mereka dalam kesusahan yang mereka sendiri cari. Waktu orang sibuk berbuka dan bersembahyang terawih, mereka sibuk hadiri makan malam dalam gereja pula.

Penting sangatkan makan malam kat gereja ni. Tak boleh hadiri majlis kat masjid ke?

Dan pada Dr hassan Ali, jangan terperanjat anda keseorangan dalam pimpinan Kerajaan Negeri. Inilah padahmya bila PAS "tidur sebantal" dengan Yahudi dan berperang pula dengan saudara seugama "UMNO".

Bila berbuih mulut nasihatkan PAS bahawa DAP itu Yahudi , kita pula disalahkan sebagai menakutkan orang Melayu supaya tunduk pada UMNO.

Masih tak fahamkah PAS bahawa DAP pun menyampah dengan PAS. Hanya PAS berguna untuk DAP bantai UMNO. Kot mana tengok pun, orang Melayu juga yang rugi.

Daam sidang akhbar MB Selangor, saya selalu perasan Khalid sentiasa diapit oleh EXCO DAP. Mana Hassan Ali? Bukan dia EXCO juga ke.

Dan apa cerita Teresa KOk bertaraf Senior EXCO?

Wahai PAS, lembutkan lah hati dan keluarlah dariPR. Nescaya orang Melayuu aklan kembali pada PAS.

Jika PAS tak mahu Selangor jadi "Darul Urut", eloklah keluar dari PR.

Dulu kita semua asyik bantai UMNO tapi rupa rupanya pemerintahan UMNO 10 kali bagus dari pemerintahan MB yang kena cucuk hidung ni.

zek said...

Teman bersetuju sangat dengan tindakan Dato Hasan Ali exco kerajaan negeri Selangor. Teman juga sokong pendapat sdra Shamshul Anuar yang patut dibaca oleh penyokong2 PAS.

Dalam bulan yang mulia ini, banyakkan muhasabah untuk merenung apakah perjuangan anda selama ini di pihak yang benar. Kalau pemimpin PAS telah sanggup menggadaikan perjuangan parti kerana mengikut parti kafir harbi, patutkah anda ikut lagi.

Berfikirlah saudaraku seagama.

Anonymous said...

MANA ADA MAJLIS BUKA PUASA JAM 10 MALAM..DAH TUE X BAGI JAIS MASUK HINGGA AKHIR MAJLIS..JELAS ADA ADENDA JAHAT TELAH BERLAKU..UMAT ISLAM DI SELANGOR MESTI PERTAHANKAN TINDAKAN JAIS ITU JIKA TIDAK TANGGUNGLAH AZAB DARI ALLAH KELAK..PERSETANKAN KHALID IBRAHIM DAN KHALID SAMAT YG JELAS MENYEBELAHI PIHAK GEREJA...

shamshul anuar said...

SAudara Zek,

Masalah PAS ialah ia menanamkan sikap yang dilarang keras oleh Islam iaitu taksub dan memuja manusia.

Sedangkan Islam sendiri melarang umatnya memuja Nabi Muhammad SAW. Baginda diibaratkan "Kekasih "Allah SWT.

Dilarang memuja kerana bimbang terpesong akidah. Inikan kita pula senang senang memuja Nik aziz. Siap diberi gelaran "Tok guru" seolah olah cakap Tok guru sebaris dengan Firman Allah SWT.

Untuk melunakkan hati Melayu pada musuh hakiki mereka, DAP, siap diberi gelaran "Khalifah Omar" pada Guan eng. PAs pun canang Guan eng sebagai satu pemimpin setaraf Khalifah Omar. Malah beliau dimuliakan dalam Khutbah Jumaat.

Adab dan sopan-teras Ugama Islam yang berzamam berjaya tawan hati umat manusia dicampak keluar. Tak payah doakan Yang DiPertuan agung dalam khutnah Jumaat. cukuplah doakan satu yahudi mata sepet .

Begitu teruknya mereka terpesong. Persahabatan yang ditunjukkan UMNO dengan sanggup serahkan kerusi MB di selangor dan Perak jika PAS buat kerajaan dengan UMNO ditolak mentah mentah.

Sepatutnya PAS terima tawaran istimewa. KOt mana kita melihat, jawatan MB memang 100% patut UMNO yang dapat jawatan MB kerana di Perak UMNO ada 28 kerusi dan PAS 6 sahaja.

Tetapi untuk tunjukkan bahawa ia jujur, UMNO sanggup buat satu tawaran yang tiada parti lain di dunia buat. Tetapi PAS menolak sebaliknya lebih selesa jadi kuli DAP .

Jika PAS buat kerajaan di Selangor dan Perak dengan UMNO, tak ada lah masalah rumah pelacuran bercambah di Selangor.

UiTM pun boleh dibina di Selangor. Bodohmya MB Selangor sekarang tolak bina Uitm di selangor. Bayangkan peluang bina satu bandar terbuka luas bila ribuan pelajar berada disitu. Peniaga pun dapat peluang berniaga. Ekonomi orang melayu pun naik.

Pada PAS yang masih berpura pura tidak tahu gereja memang mahu Kristiankan Melayu, elok mereka ini ditanya samada mereka hanya mahu MENGAKU hakikat itu bila talkin dibaca untuk mereka.

Jujurkah PAS pada diri sendiri. Jujurkah mereka sebagai seorang manusia.

Lupakah mereka pada peringatan allah SWT bahawa Yahudi dan Nasrani tidak akan puas hati selagi umat Islam tidak ikut cara mereka.

Terlalu zalim sangatkah UMNO ni. Ya. UMNo pun buat silap. Nama pun manusia. Tetapi UMNO tidak zalim.

Wahai PAS. Berbaiklah dengan UMNO.

Walaupun tak yakin PAS akan berubah, saya masih akan terus ingatkan PAS bahawa bodohnya PAS jadi kuli batak DAP.

Semoga Allah SWT menunaikan hajat saya( dan jutaan umat Islam) supaya PAS sedar dan tidak lagi amalkan budaya bodoh sombong .

Sudah sudahlah berceramah dan kutip derma atas nama anak yatim tapi masuk poket sendiri. Gunakan masa untuk memerintah. Maklumlah PAS bukan lagi pembangkang. Ia menguasai Kerajaan Negeri Kedah dan Kelantan.

Eloklah Nik aziz hentikan fatwa mengarut. Sebakinya elok lawat Melaka dan lihat bagaimana bersihnya Melaka sesuai dengan kehendak Islam.