Tetamu Kehormat...

August 6, 2011

Sebab Ada Bukti Kukuhlah JAIS Buat Serbuan! Faham?

Inilah akibatnya apabila kemaruk sangat mahukan undi kaum kafir - akhirnya jual agama Allah dengan sesuka hati. Terdahulu Tuan Ibrahim Tuan Man yang juga merupakan Ketua Penerangan PAS Pusat mengkritikan tindakan JAIS, tidak cukup dengan itu, Menteri Besar Selangor pula campur tangan melanyak JAIS, tidak cukup lagi dengan itu, Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam pula menghentam JAIS - sekarang ini tidak pasal-pasal JAIS pula yang jatuh berdosa! Sudah terang lagi jelas bukti wujudnya cubaan untuk memurtadkan umat Islam, para pemimpin PAS tetap membisu seribu bahasa. Dalam kepala otak mereka hanya ingat undi, undi dan undi! Kuasa, kuasa, dan kuasa! Islam hancur lantak korang la..janji UMNO kalah! Itu yang sebenarnya mereka fikirkan. Yang ini seorang lagi, anak Nik Aziz, tak sabar-sabar mahu komen, tidak boleh bersabar sikit ke? Tunggu sehingga laporan siasatan lengkap daripada Dr Hassan Ali, barulah komen.

KUALA LUMPUR, 6 Ogos — Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS pusat Nik Abduh Nik Abdul Aziz menegaskan semua rumah ibadat tidak boleh diceroboh dan sebarang bentuk pencabulan tidak dibenarkan melainkan dengan “kuasa dan hak.” Lebih selesa bercakap dari sudut ajaran Islam, Nik Abduh berkata setiap rumah ibadat perlu sentiasa dijaga dan dihormati.

Bagaimanapun tegas beliau sekiranya ada bukti mengaitkan dalam usaha untuk memurtadkan orang Islam tindakan boleh dilakukan tapi mengikut peruntukan undang-undang yang ditetapkan.

“Dari sudut Islam semua rumah ibadat termasuk gereja tidak boleh ada apa-apa pencabulan kecuali dengan kuasa dan hak yang dibenarkan selain mempunyai bukti yang kukuh, baru ia (serbuan) boleh dilakukan.

“Kita tidak boleh membunuh kecuali dengan hak, kita tidak boleh mencuri kecuali dengan hak, sama seperti rumah ibadat... rumah ibadat ini perlu dijaga, kalau nak buat serbuan perlu ada bukti yang kukuh,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Nik Abdul berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang menyerbu satu majlis makan malam muhibah di Gereja Methodist Damansara Utama dekat Petaling Jaya, Rabu lalu. Pada kejadian malam Rabu itu, kira-kira 30 anggota polis dan pihak berkuasa Jais memasuki premis Gereja Methodist Damansara Utama tanpa waran kira-kira 10 malam.

Majlis itu dihadiri antara 100 hingga 120 orang dari pelbagai kaum. Bagaimanapun tindakan Jais itu mendapat kritikan banyak pihak. Exco Kerajaan Negeri Selangor Datuk Dr Hasan Ali mempertahankan atas alasan ada bukti pihak terbabit mahu memurtadkan umat Islam.

Ditanya bahawa Jais mempunyai kuasa untuk melakukan serbuan itu, Nik Abduh bagaimanapun berkata, “ia undang-undang sudah lama, sepatutnya kita perlu mengambil pendekatan selesaikan secara berdialog.”

“Semua pihak berkuasa perlu mengikut undang-undang yang ada termasuk Jais, ia hanya undang-undang tapi dalam isu yang membabitkan agama ini lebih baik selesaikan konflik ini dengan cara perbincangan.

“Dengan cara pertemuan dan perbincangan ia boleh diselesaikan,” katanya sambil menambah, mahu menunggu hasil laporan Jais sebelum mengeluarkan sebarang komen lain. Beliau juga menyerahkan kepada PAS Selangor untuk selesaikan perkara itu.

Semalam PAS Selangor berkata akan memanggil Hasan berhubung dakwaan ada usaha mahu memurtadkan orang Islam dalam program anjuran Harapan Komuniti itu. Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim memutuskan untuk menghadap Sultan Selangor bagi mendapatkan nasihat menyelesaikan perkara itu. Beliau berkata langkah itu akan diambil sebaik sahaja menerima laporan Jais, yang turut akan dipersembahkan kepada Sultan Selangor.

3 comments:

Anonymous said...

PAS ni makin lama makin membusung. Dah jadi bangkai.busuk sebusuk2nya.

NasrulSafiq said...

Salam sejahtera,

JAIS = JIHAD

PAS + DAP + PKR = MENYESATKAN

Terima kasih

Anonymous said...

pas dahulu pejuang isu menghalang usaha memurtadkan umat islam kini pejuang usaha memurtadkan umat islam takebeer