Tetamu Kehormat...

August 18, 2011

Mustafa Ali Diminta Jangan Buat Fitnah Bodoh!

Mustafa Ali tolonglah jangan buat lawak bodoh dalam bulan Ramadhan ini. Tolonglah jangan buat fitnah. Cuba-cubalah bertaubat daripada perangai suka memfitnah dan menyalahkan orang lain. Muftafa kata ada bukti UMNO campur tangan dalam isu serbuan JAIS ke atas Gereja baru-baru ini - soalnya mana bukti-bukti tersebut? Kalau sekadar cakap, budak tadika pun boleh main tuduh membabi-buta. Mengapa nak tunggu pertemuan dengan pengarah JAIS baru mahu dedahkan kononnya UMNO ada campur tangan? Dedahlah sekarang, bukankah memang sudah menjadi tabiat jahat Pakatan Rakyat suka mendedah keburukan orang lain? Dedahlah segala bukti yang kononnya beliau ada itu? Nak tahu mengapa sehingga sekarang PAS tidak mampu mendedahkan bukti-bukti tersebut? Jawapannya mudah,

1. Mustafa Ali memang tiada apa-apa bukti pun berhubung dengan dakwaan beliau tersebut, ia adalah fitnah jijik lagi hanyir terhadap UMNO

2. PAS bimbang hentaman mereka terhadap JAIS hanya menimbulkan lagi kebencian staf JAIS terhadap parti Islam itu, dan kemungkinan besar undi protes akan berlaku.

3. PAS tersepit dengan isu tersebut dan cuba menjadikan UMNO sebagai kambing hitamnya. Baca berita di bawah :

KUALA LUMPUR, 17 Ogos — Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali menegaskan beliau tidak akan meminta maaf kepada Umno berhubung dakwaannya bahawa ada campur tangan parti Melayu terbesar itu dalam serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas sebuah gereja baru-baru ini. Sebaliknya tegas Mustafa, beliau mempunyai maklumat sahih bahawa Umno terlibat dalam tindakan Jais itu.

“Saya kekal dengan apa yang saya katakan di Kuala Terengganu, jadi soal minta maaf itu tidak berbangkit.

“Saya ada maklumat dan info yang sangat boleh dipercayai bahawa ada elemen campur tangan Umno dalam pemeriksaan itu,” katanya kepada The Malaysian Insider. Semalam, Umno Selangor memberi tempoh tiga hari bermula hari ini kepada Mustafa untuk memohon maaf kepada Umno.

Setiausaha Umno Selangor Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed berkata, ini kerana kenyataan Mustafa jelas berniat jahat dan bertujuan memburuk-burukkan Umno sebagai salah sebuah parti pemerintah dalam komponen Barisan Nasional (BN). Pada sidang akhbar di Kuala Terengganu kelmarin, Mustafa mendakwa Umno berperanan dalam pemeriksaan yang dilakukan oleh Jais ke atas Gereja Methodist Damansara Utama pada 3 Ogos lalu.

Mustafa turut mengatakan Umno memainkan peranan dalam mempolitikkan isu itu ekoran tindakan Jais yang sehingga kini belum mendedahkan hasil siasatan mereka ke atas gereja itu. Tambah Mustafa, beliau sedia mendedahkan maklumat campur tangan Umno kepada Pengarah Jais Marzuki Hussin.

“Saya sedia dedahkan maklumat ini kepada Pengarah Jais sekiranya berjumpa dengan beliau.

“Memang ada elemen campur tangan Umno di belakang operasi Jais,” katanya.

Gereja Methodist Damansara Utama menjadi tumpuan sejak beberapa minggu lalu selepas Jais melakukan pemeriksaan ke atas satu majlis makan malam muhibah anjuran Harapan Komuniti di premis itu. Jais berkata tindakan mereka hanya bersifat pemeriksaan tetapi pengurusan gereja mendakwa agensi itu melakukan serbuan.

Pemeriksaan itu mendapat bantahan banyak pihak dan kerajaan negeri Selangor di bawah Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim meminta satu laporan daripada Jais. Jais juga telah mengambil keterangan dan memberi kaunseling kepada 12 individu beragama Islam yang berada dalam gereja semasa pemeriksaan itu dilakukan. Pertemuan PAS dengan Jais dan Gereja Methodist Damansara Utama ditangguhkan.

No comments: