Tetamu Kehormat...

August 11, 2011

Mesej Daripada Wan Ahmad Wan Omar

SEBELUM Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12, ada pihak yang menuduh SPR bersikap tidak adil dengan menyebar fitnah dan tohmahan memburukkan imej dan kewibawaan badan ini. Selepas mereka menang 82 kerusi Dewan Rakyat mengalahkan BN di lima Dewan Undangan Negeri, mereka terkejut dengan kemenangan melalui proses pilihan raya yang mereka tuduh kotor dan tidak adil selama ini.

Ini kerana sistem dan proses pilihan raya yang adil yang telah memberi kemenangan besar kepada parti-parti pembangkang di negara ini. Agenda politik ‘kotor’ melalui penyebaran fitnah dan pembohongan telah menunjukkan hasil. Maka agenda yang sama perlu diulangi untuk menghadapi PRU yang akan datang.

PRU Ke-13 akan menjelma. Taktik dan strategi semasa menghadapi PRU Ke-12 dan beberapa PRK selepasnya akan berulang. SPR sekali lagi menjadi sasaran dan ‘punching-bag’ oleh pihak tertentu untuk meraih simpati rakyat dengan menggunakan isu pilihan raya tidak adil.

Seperti yang berlaku sebelum PRU Ke-12 apabila parti politik tertentu menyertai demonstrasi jalanan menuntut pilihan raya adil, mereka telah berjaya menaikkan kemarahan rakyat dan hasil perbuatan itu memberi kemenangan besar kepada mereka. Pada 9 Julai 2011 mereka sekali lagi mempergunakan strategi yang sama, iaitu menyertai demonstrasi jalanan menggunakan Bersih 2.0 menuntut pilihan raya adil dan berjaya mendapat liputan media antarabangsa.

Terdapat parti-parti politik di negara ini yang ketandusan isu untuk memikat hati rakyat dalam menghadapi PRU akan datang. Cara lain yang digunakan adalah menyebar fitnah memburukkan kepimpinan SPR supaya rakyat benci dan simpati. SPR dijadikan ‘kambing hitam’ dalam memperjuangkan cita-cita mereka.

Parti-parti politik di mana jua akan melakukan apa sahaja untuk mencari kemenangan dalam pilihan raya. Tetapi yang ketara berlaku di negara ini adalah perbuatan fitnah dan pembohongan yang menjadi perkara wajib dalam usaha mencari sokongan. Tidak cukup dengan kecaman terhadap parti lawan, SPR turut dijadikan sasaran kecaman dan fitnah. Mereka membuat kesimpulan atas sesuatu isu yang berbangkit semata-mata berasaskan andaian dan tuduhan yang tidak terbukti di mahkamah.

Melalui ceramah dan tulisan, tanpa rasa berdosa SPR dikecam semata-mata kerana buruk-sangka terhadap badan ini. Kebencian rakyat terhadap SPR dan pilihan raya diharapkan menjadi undi simpati yang memihak kepada mereka dalam pilihan raya akan datang.

Pilihan raya demokratik

Pilihan raya demokratik memberi hak dan kebebasan kepada rakyat untuk bertanding sebagai calon dan hak mengundi dalam pilihan raya. Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan menjamin hak dan kebebasan tersebut. Sesiapa jua rakyat yang layak di bawah undang-undang boleh mendaftar sebagai pengundi dan bebas membuat pilihan.

Tertakluk kepada undang-undang yang ditetapkan, calon dan parti politik yang bertanding bebas menjalankan aktiviti kempen dan bertemu pengundi. Malaysia adalah satu-satunya negara di dunia di mana parti-parti politik berkempen sepanjang tahun, sama ada melalui ceramah, media dan sebagainya. Akhbar-akhbar milik parti bebas membuat laporan termasuk fitnah dan pembohongan serta mengedarnya di seluruh negara.

Pada hari pengundian, kenderaan parti-parti politik bebas mengangkut para pengundi dan bebas meraih undi walaupun undang-undang melarang berkempen pada hari mengundi. Di tempat mengundi, rakyat bebas membuat pilihan dan undi adalah rahsia, tiada siapa yang tahu. Selepas tamat pengundian, jam 5 petang, setiap kertas undi sah akan dikira dengan disaksikan oleh wakil calon-calon yang bertanding.

Calon yang mendapat undi terbanyak di isytihar menang dan menjadi wakil rakyat. Apa lagi yang mereka kata pilihan raya tidak bebas dan tidak adil? Adakah apabila menang semua kerusi baru mereka akan menganggap pilihan raya di negara ini bebas dan adil?.

Rakyat perlu sedar bahawa di negara ini golongan yang menuduh pilihan raya tidak adil terdiri daripada mereka yang telah menang dalam pilihan raya. Mungkinkah mereka menang jika pilihan raya dijalankan secara tidak bebas dan tidak adil?, atau jika proses pengundian atau pengiraan undi tidak dilakukan dengan telus dan bersih?

Pemimpin-pemimpin politik yang terlibat dalam demonstrasi jalanan pada 9 Julai 2011 kesemua mereka yang menjadi wakil-wakil rakyat melalui proses pilihan raya yang berlandaskan undang-undang yang adil dan saksama. Mereka telah menang dan menjadi wakil rakyat. Jikalau mereka kalah mungkin ada kebenarannya dakwaan yang pilihan raya tidak adil. Oleh kerana proses pilihan raya yang bebas dan adil, mereka telah berjaya mengisi kerusi-kerusi di Dewan Rakyat dan Dewan-Dewan Undangan Negeri.

Malaysia merupakan satu-satunya negara di dunia yang bebas mengamalkan political dynasty di mana ahli keluarga boleh bertanding dan menang dalam pilihan raya jika dipilih rakyat. Ayah dan anak bertanding dan menang kerusi masing-masing. Kelantan telah 22 tahun diperintah oleh Pas berturut-turut tidak berjaya digugat oleh parti BN disebabkan pilihan raya yang adil. Pilihan raya di negara ini berasaskan undang-undang yang ditetapkan. Ada yang menang dan ada kalah, rakyat yang menentukannya. Apa lagi yang kotor dan tidak adil? Bersyukur sahaja kepada Allah SWT atas kejayaan itu.

Parti-parti politik tidak perlu menganggap SPR sebagai musuh dengan menabur fitnah dan kecaman yang tidak dapat dibuktikan. Dalam pilihan raya demokratik yang penting adalah proses pemilihannya bebas, telus dan adil. Siapa yang layak boleh bertanding dan calon yang dipilih rakyat akan menang dalam pertandingan. Parti yang mendapat jumlah kerusi majoriti akan menubuh kerajaan.

Pada 2003, saya menyertai kumpulan pemerhati antarabangsa memantau perjalanan pilihan raya di sebuah negara di Asia. Saya berpeluang bercakap dengan beberapa pemimpin politik pembangkang yang bertanding. Mereka mengadu amat sukar parti-parti mereka menang walau pun satu kerusi kerana kata mereka proses pilihan raya di negara itu tidak telus dan tidak adil.

Sepanjang pemantauan itu saya berkesempatan melihat sendiri kebenaran perkara-perkara yang diceritakan. Dakwaan mereka terbukti benar apabila semua calon mereka kalah, hanya beberapa kerusi sahaja yang dimenangi parti-parti kecil yang tidak ternama yang dianggap boneka kepada parti pemerintah. Di Malaysia, mereka yang memberitahu kepada media asing bahawa pilihan raya di negara ini tidak adil, kesemua mereka terdiri daripada golongan yang telah menang dan menikmati kehidupan sebagai wakil rakyat.

Permainan politik memerlukan kepintaran ahli-ahli dan parti-parti politik memainkan isu untuk mewujudkan persepsi bagi mempengaruhi pemikiran rakyat. Di negara ini ada pihak-pihak yang pintar dalam bidang berkenaan. Mereka mengaburi mata rakyat dengan menuduh pilihan raya tidak adil, tidak telus dan kotor. Pelbagai alasan diberi apabila mereka kalah.

Mereka tidak dapat menerima kemenangan orang lain. SPR yang menjalankan pilihan raya secara adil dan saksama yang telah memberi kemenangan kepada mereka, turut menjadi sasaran kecaman dan fitnah. Fikir-fikirlah.

DATUK WAN AHMAD WAN OMAR,

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya

Pilihan Raya Malaysia (SPR)

8 comments:

Anonymous said...

try la bagi access media perdana sama rata.

Anonymous said...

kelantan tu nisbahnya tinggi antara PAS dan BN 70-30. Nak topup undi dgn apa. Kalau kat negeri lain nisbah 55-45 tu boleh lah masukan undi pos ngan undi hantu, maka kalau kalah menang pun nisbah 51-49. Tu pun dah topup banyak, tapi itulah keputusannya. Maka SPR kena buat sesuatu agar PRU13 nanti BN tidak hilang kesemuanya, dan beliau sendiri tidak hilang kerjayanya. Kalau SPR tak main peranan mungkin lagi banyak yg bungkus, BN dah lama tumbang. Confirm..

Anonymous said...

kalau dah nama hantu, kisah ape dgn nisbah? 70-30, 80-20?
bawak je la hantu ramai2..

hantu maa..mana ade limit..
ini masalah persepsi, bukan keje spr..

di tpt aku, letak nik aziz jd calon pun belum tentu PAS bleh menang...sbb bukan semua org nak sokong pembangkang..hanya pembangkang je yg rasa sokongan die makin bertambah..

Anonymous said...

Pemilihan tahunan parti tidak dapat dilaksanakan dengan adil dan telus, lagi mahu komplen seolah-olah depa tu mampu buat yang sempurna! Pig-idah! Kah, kah kah!

Anonymous said...

try la bagi access media perdana sama rata.

August 11, 2011 3:07 PM

Komen:

Sudahlah depa monopoli pembohongan dan fitnah sejak azali, lepas tu mahu monopoli media perdana pula. Habis apa yang tinggal untuk pihak yang satu lagi setelah media baru hangpa godam?

Kah...Kah...Kah

shamshul anuar said...

Saudara Azli,

Pilihaanraya Malaysia akan datang sangat menarik. Ianya bawa kesar yang sangat besar pada Malaysia.

Pilihanraya akan datang jika Melayu masih dengan sikap ambil mudah mungkin akan menyaksikan berakhirnya kekuasaan politik Melayu. Sekali gus segala harapan, citarasa, aspirasi Umat Nabi Muhammad SAW akan berkubur.

Atau jika insaf, pilihanraya akan datang bakal menyaksikan Melayu menunjukkan pada dunia bahawa mereka masih menguasai politik negara.

Namun ada sesetengah kawasan sudah hampir pasti beralih ke UMNO kembali. Asalkan UMNO tak buat lagi kerja bodoh letak calon yang semua orang meluat atau buat budaya pelik "babysit" parti politi era dinosour seperti Gerakan dan MCA dengan meletakkan mereka dikawasan Melayu.

Kawasan kawasan yang dijangka "berhijrah" ke UMNO adalah seperti berikut:
1) shah alam- sebab semua Melayu yang saya jumpa dah cukup muak dengan pahlawan Gereja no Wahid-Khalid Gereja

2) Balik Pulau- Orang Melayu d Pulau Pinang dah rasa azab pilih
budak melayu yang berperang dengan orang Melayu sendiri

3) Lembah pantai- Sebab letaklah calon PKR mana sekali pun, dijamin tewas. Wakil sekarang lebih sekadar tukang cuci "najis" PKR

4) Titiwangsa- Orang Melayu rasa PAS hipokrit

5) Bandar Tun Razak- Khalid sangat "memnyayangi" DAP

6) Bukit Gantang- Nizar dilihat lebih DAP dari DAP

7) Sg petani- Wakil sekarang mewakili parti yang memerangi umat Islam

8) TEluk Kemang- Dengan syarat letak calon BN hendaklah Islam

9) Kuala Trengganu-Oranmg melayu dah tak percaya PAS

10)Pokok sena- Wakil sekarang dilihat hipokrit

11) Kuantan- BN boleh menang dengan syarat calon BN datang dari UMNO

12) Rantau Panjang- makcik seorang ni dikenali sebagai peramah tapi tak buat kerja

13)Parit Buntar - Memandangkan PAS dah tak perjuangkan Islam( dulu pun tak perjuangkan cuma bercakap saja tapi sekarang tak boleh sebut Islam langsung ) , maka tiada kelebihan untuk PAS menang

14) Ampang- Makcik zuraidah ni peramah tapi maklumlah pertahankan puak puak yang semacam " Umat zaman Nabi Luth", jadi orang Melayu pun tak berkenan la.

UMNO boleh menang tapi tolong jangan letak Ismail Kijo lagi .

Dan pada jiran Makcik ni, azmin, bye bye bro. Orang pun dah menyampah dengan Azmin ni.

PERMATANG PAUH
Orang Melayu sebenarnya akan penuhi dewan kalau Anwar berucap. Mereka suka dengar Anwar berucap.Setakat suka sajalah. Tapi majoriti Melayu tak percaya.

Anwar akan tewas di Permatang Pauh jika ia masih bebas ( sebab kes ditunda berkali kali.

Pada Najib, elok jangan letak Nazri, Khairi dan juga Hishamuddin dalam pilihanraya akan datang. Orang dah muak dengan "3 stooges" ni.

Dan eloklah beri perhatian pada kau yang menyokong BN, Buat apalah lukakan hati orang Melayu dengan beri bantuan mencurah curah pada sekolah Cina. Bukan mereka nak sokong BN pun.

Dan pada kawasan seperti Grik, eloklah letak calon Melayu. Orang Melayu dah tak nak sokong bukan Melayu walaupun dari BN.

Dan Insyaallah, pada pilihanraya akan datang Selangor, Kedah dan Kelantan akan "berhijrah" kembali pada UMNO.

shamshul anuar said...

Saudara Azli,

Malaysia adalah negara yang unik di dunia ini. Malah banyak "cara" Malaysia sebenarnya boleh masuk Guiness World Record.

1) Kempen pilihanraya sepanjang zaman. Kempen tidak berhenti henti. DAP dengan jamuan makan malam dengan Persatuan persatuan Cina serta sokongan padu akhbar akhbar Cina yang jarang tulis yang baik pasal Kerajaan Malaysia.

PAS pula dengan kempen sepanjang masa berceramah sana sini sambil kutip derma untuk anak yatim dan pembinaan surau tetapi tak tahulah kita dimana sumbangan itu pergi.

2)Kaum majoriti bertindak dan berperangai seperti minoriti. Begitu pula sebaliknya.

Orang melayu diminta menjaga hak bukan Melayu dan apa apa saja kecuali hak Melayu.

Bila heboh kes Kristian mahu guna nama Allah SWT, tidak berhenti akhbar seperti STAR, Nanyang siang pau mengingatkan bahawa Kerajaan Malaysia akan kehilangan undi bukan Melayu jika bertegas pertahankan akidah dengan melarang perkongsian nama "Allah SWT".

Namun pelik. tiada siapa dikalangan ahli politik Melayu baik PAS, UMNO mahu ingatkan bahawa orang Melayu akan menolak mana mana ahli politik yang sibuk mahu Kristian guna nama Allah.

3) Budaya unik di dunia dimana satu Kerajaan begitu menjaga hati puak yang memeranginya tetapi ambil mudah kaum yang menyokongnya.

Tak sah Najib melawat sesuatu negeri kalau tak bagi bantuan pada sekolah cina walaupun majoriti orang cina sudah tidak mahukan BN kerana lebih untung bagi mereka sokong PR yang dikuasai DAP.

Alangkah baiknya dana tersebut diberi pada UiTM atau sekolah ugama atau pelajar Melayu yang belajar perubatan di Mesir contohnya.

4) Budaya pelik yang hanya UMNO saja didunia ini amalkan iaitu sibuk letak calon bukan Melayu dikawasan Melayu.

Ini menjadikan parti bukan Melayu dalam BN "tidur' kerana tanpa perlu berperang dengan DAP yang perkauman itu pun mereka masih boleh menang di kawasan Melayu.

5) Dan Malaysia juga "terkenal" iaitu dalam konteks yang buat satu dunia geleng kepala iaitu mempunyai Menteri Dalam Negeri yang "lembut lembai" .

Menteri ini begitu banyak kuasa tetapi dia cukup suka bagi amaran demi amaran demi amaran.

Apa cerita budak universiti yang berdemonstrasi? Kata nak kena buang universiti? Senyap saja.

Apa cerita pegawai kastam yang kembung perut makan rasuah? tahan setahun saja. Lepas tu boleh pula berlakun sedu sedan menangis kononnya insaf. Patutnya dikenakan hukuman 20 tahun dalam ISA.

Kadang kadang kira berdoa minta Allah SWT beri hidayah pada Najib supaya tolong lantik orang lain sebagai Menteri Dalam Negeri.

Anonymous said...

Komen:

Sudahlah depa monopoli pembohongan dan fitnah sejak azali, lepas tu mahu monopoli media perdana pula. Habis apa yang tinggal untuk pihak yang satu lagi setelah media baru hangpa godam?

Kah...Kah...Kah

August 11, 2011 6:56 PM

Bodoh kah kita semua kalau dah dibagi peluang menilai antara dua?