Tetamu Kehormat...

August 10, 2011

Menyanggah Pandangan Dr Asri di dalam Malaysiakini

Dr Asri diminta jangan terlalu bijak berbicara, tetapi lemah dalam tindakan. Menyuruh orang lain membuat kebaikan, tetapi kita sendiri masih gagal menunjukkan kebaikan, hanya mengundang sifat kemunafikan. Islam, menurut Dr Asri adalah agama yang ditegakkan dengan hujah dan bukan bergantung dengan undang-undang. Dalam satu segi, ia seolah-olah kenyataan yang hak, tetapi sayang tidak kena tempatnya.

Dalam sebuah negara yang dikuasai oleh umat Islam sepenuhnya, hadis nabi yang diriwayatkan oleh Imam Muslim ini wajib dijadikan pedoman. Rasulullah bersabda, "Barangsiapa di kalangan kamu melihat kemungkaran, maka cegahlah ia dengan tangan (kuasa). Jika tidak tidak mampu, maka cegahlah ia dengan lisan. Jika itu juga di luar kemampuannya, maka cegahlah dengan hati Sesungguhnya (mencegah dengan hati) selemah-lemah iman."

Oleh yang demikian, dalam sebuah negara yang kuasanya dipegang oleh umat Islam, maka uslub utama dalam mencegah kemungkaran adalah dengan kuasa yang ada pada mereka. Sekiranya umat Islam di negara ini tiada kuasa dalam berhadapan dengan kemungkaran, maka cegahkanlah kemungkaran itu dengan lisan (hujah) dan sekiranya dengan hujah boleh mendatangkan mudarat besar seperti kehilangan nyawa atau diseksa - maka cegahlah ia dengan hati dan itu adalah selemah-lemah iman.

Namun demikian, di Malaysia, umat Islam adalah pihak yang memerintah dengan kuasa majoriti, maka adalah wajib bagi pemerintah Malaysia yang dikuasai oleh orang Islam mencegah apa-apa sahaja kemungkaran dengan kuasa yang telah pun diperuntukan kepadanya. Menggunakan kaedah hujah (lisan) sepertimana yang disarankan oleh Dr Asri dalam mencegah kemungkaran dalam sesebuah negara yang dikuasai sepenuhnya orang Islam adalah bercanggah dengan hadis di atas yang terang-terang menyuruh umat Islam menggunakan kuasa terlebih dahulu, sekiranya mampu dan mempunyai kekuatan. Di Malaysia - orang Islam adalah orang yang berkuasa! Maka, gunakankan kuasa yang ada pada mereka.

Lantaran itu, menggunakan JAIS dalam mencegah kemungkaran adalah wajib! Apatah lagi dalam isu yang melibatkan aqidah! Kerana sememangnya terdapat peruntukan dan undang-undang daripada pihak pemerintah untuk pihak JAIS mencegah kemungkaran, khususnya dalam isu murtad dengan menggunakan kuasa yang telah pun diamanahkan kepada mereka. Bahkan, JAIS bukanlah bertindak dengan sewenang-wenangnya. Mereka sudah mengumpul bukti dan laporan daripada orang ramai berhubung kegiatan memurtadkan umat Islam di Lembah Kelang. JAIS tidak akan melakukan serbuan tanpa terlebih dahulu menyiasat dan mendapat laporan lengkap daripada orang ramai.

Jika Asri terlalu yakin bahawa dengan hujah mampu menyelesaikan segenap masalah yang sedang melanda umat Islam kini - maka sudah tentulah Islam tidak akan menyariatkan jihad bagi menentang kaum kafir yang terang-terang memusuhi Islam dengan memurtadkan para penganutnya. Bahkan jika benar Islam ditegakkan hanya dengan hujah, maka mengapa Saidina Abu Bakar menggunakan pedang bagi memerangi umat Islam yang murtad setelah kewafatan Rasulullah? Mengapa Abu Bakar tidak menerima cadangan para sahabatnya yang mahu beliau mengadakan dialog terlebih dahulu dengan golongan yang murtad tersebut? Mengapa Abu Bakar mendahulukan "tangan" atau kuasa bagi mencegah kemungkaran yang berlaku pada zamannya?

Dan yang lebih penting lagi, mengapa Abu Bakar tidak menggunakan "lisan" atau hujah dalam berhadapan dengan puak-puak riddah tersebut? Sedangkan pada waktu itu para sahabat besar Rasulullah masih ramai, di samping mereka semua bijak berhujah? Apakah Abu Bakar dianggap takut untuk berhujah dengan puak-puak murtad tersebut? Jawapannya tidak! Dalam hal-hal yang melibatkan aqidah, tiada kompromi dalam Islam. Mencegah umat Islam daripada murtad mesti didahulukan dengan kuasa dan bukan hujah! Maka, sebab itulah dalam hukum Hudud, mana-mana umat Islam yang murtad, hanya diberi kata dua, bertaubat atau dihukum bunuh! Dan bukan dihantar ke pusat pemulihan. Perlu diingat, Islam itu seimbang - ada masa kita berhujah dan ada masa kita menggunakan sepenuhnya kuasa yang telah Allah berikan kepada kita! Kenyataan Dr Asri di bawah betul, tetapi salah waki'nya! Wallahualam.



ISLAM ADALAH AGAMA hujah dan semestinya ditegakkan dengan hujah serta dilindungi oleh hujah, kata bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin. Sehubungan itu, katanya Malaysia sebagai sebuah negara Islam sepatutnya, berlaku keadaan di mana orang lain terpengaruh dengan Islam dan bukannya umat Islam di negara ini pula yang dipengaruhi oleh hujah pihak lain. “Saya terfikir bagaimanakah jika negara-negara bukan Islam seperti Thailand, United Kingdom, Amerika Syarikat dan negara-negara di Eropah mengambil tindakan yang sama ke atas masjid-masjid di sana.

“Kita tahu umat Islam di sana aktif berdakwah kepada bukan Islam di pelbagai tempat khususnya di pusat-pusat Islam dan masjid-masjid. Bukan Muslim dijemput datang ke masjid dan diberikan al-Quran dan risalah-risalah berkaitan Islam. “Jika mereka memakai undang-undang seperti kita, tentu masjid-masjid akan diceroboh dan didakwa,” katanya dalam satu SMS ringkas kepada Malaysiakini, petang semalam.

Dr Asri mengulas kejadian 3 Ogos lalu, apabila Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) didakwa menyerbu sebuah majlis makan malam yang diadakan di sebuah gereja di Petaling Jaya tanpa sebarang waran. Exco kerajaan Selangor bagi hal ehwal Islam, Datuk Hasan Ali bagaimanapun mempertahankan tindakan JAIS ke atas Gereja Methodist Damansara Utama itu dengan alasan terdapat bukti kegiatan penyebaran agama bukan Islam terhadap penganut agama Islam.

Menurut Dr Asri sebagai agama hujah, pengajaran dan dakwah Islam sepatutnya mampu menangani isu berkenaan tanpa memerlukan tindakan seumpama itu daripada JAIS. “Bukan hendak mmpertikaikan JAIS, namun untuk renungan kita umat Islam di Malaysia; sehingga bila kita hendak bergantung dengan undang-undang? “Ertinya, pengajaran dan dakwah kita perlu disemak semula,” katanya mengakhiri SMS itu.

39 comments:

Anonymous said...

to dr asri :

Bismillahhirrahmannirrahim.

Maha suci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa’ dan Qidam, Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa.

Maha suci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa.

Maha suci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup.

Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa, melainkan zat Allah Taala. Ialah Tuhan yang maha besar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah Taala.

Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA,
hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini.

Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat.

Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawasanya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.

Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA, apabila datang kepada kamu 2 orang malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nangkir, maka janganlah berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut.

Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawasanya Mungkar dan Nangkir itu hamba Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala.

Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu.
Mereka berkata:
Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?

Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati.

Hendaklah kamu jawab begini:
Allah Taala Tuhanku,
Muhammad nabiku,
Islam agamaku,
Al-Quran ikutanku,
Baitullah itu qiblatku, malahan solat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku.
Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku, bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap kalimah “La ila ha illallah Muhammaddur rasulullah“.

Wahai SAYA Bin IBU SAYA, tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di dalam alam Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar.

Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawasanya mati ini adalah benar, soalan malaikat Mungkar dan Nangkir di dalam kubur ini adalah benar, bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar, berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, ada syurga dan neraka adalah benar.

Bahawasanya hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur.

Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala.
Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah-mudahan Allah Taala menjinakkan hati kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini. Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu.

Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada-Mu supaya tidak disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW.

Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalham dulillahi rabbil alamin.

“kullu nafsin za iqatul maut“
- Setiap yang Bernafas, Pasti akan Mati -

Anonymous said...

Di mana suara Umno ketika umat Islam bangkit menentang kes-kes murtad seperti kes Aishah Bukhari, Hartina Kamaruddin dan Lina Joy.

"Malah Umno juga berdiam diri ketika umat Islam bertindak menentang pindaaan 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan dan ketika 10 menteri dari Barisan Nasional bertindak mempertikaikan perkara 121 (1A) itu dengan tujuan untuk membunuh kuasa mahkamah Syariah serta membolehkan mahkamah sivil memansuhkan keputusan mahkamah Syariah,"

Anonymous said...

Mesti mencegah kemungkaran dgn kuasa. Macam mana pulak dgn kuasa duk taja kemungkaran spt judi bola dan hub hiburan malam ? Belum kira kes ketirisan & rasuah yg memalukan maruah ummah.

Anonymous said...

kepada anon 11:37 AM

kalau umno makan taik ko pun boleh makan taik? camtu?
kes takde kaitannya dgn umno, ini masalah agama, bukan politik..
jgn politik didahulukan, agama dikemudiankan..

dan kepada anon 11:49 AM pula

kes takde kait dgn judi, rasuah semua... tiada kerajaan islam di dunia ni menggalakan judi, hiburan rasuah semua tu utk umat islam..
jgn politik didahulukan, agama dikemudiankan..

terima kasih

Anonymous said...

undang2 yang ada mesti ditegakkan..bukan sekadar perhiasan..apatah lagi berkaitan dengan akidah..tak salah JAIS dengan tindakannya..yang salah ialah yang menentang terutama orang Islam kerana ini hanya menambah keberanian kristian untuk melakukan pelbagai lagi cara memurtadkan penganut Islam..Dr Asri agaknya masih ada perasaan dendam dengan JAIS kot..

Anonymous said...

Ada orang Islam kata diplomasi mulut/hujahan dapat selesaikan masalah antara GMDU dengan pihak yang satu lagi. Betul ke? Sudah banyak manakah hujah berjaya selesaikan kes-kes seumpama itu?

Hujah kalau mahu digunakan sepatutnya terpakai dalam kes di mana isunya berbentuk salah faham/salah tafsir tetapi bukan membabitkan perbuatan yang disengajakan atau dirancang rapi.

Berhujah dengan pihak yang sengaja melanggari etika, melakukan kesalahan, sengaja 'mencuri' pengikut puak lain, adalah tidak mungkin berhasil, malah mungkin lebih mengharu-birukan kerana majlis penghujahan (bagi permasalahan seumpama itu) biasanya bertemu jalan buntu.

Kalau betullah apa yang didakwa makanya orang yang sama ini boleh mengrelakan diri ke Kota London untuk bertindak sebagai penghujah dan seterusnya membuktikan berhujah sememangnya mampu selesaikan keharu-biruan yang ditimbulkan oleh para perusuh!

Anonymous said...

Undang2 mesti ditegakkan...macam mana pulak dgn undang2 qazaf, kes larangan berhibur di Kedah dan hukum rotan kes minum arak di Pahang itu dulu. Macam jadi perhiasan pulak. Undang2 bukan setakat jadi perhiasan, tapi sudah dilingamkan.

nonbal said...

Apa saja isu di selangor, Dr Asri akan buat kenyataan tidak memihak kpd JAIS, ini adalah kerana Jais pernah tangkap dia dulu.
Tak Sangka, hebat berceramah, mantap berhujah serta penampilan islamik ustaz ini tidak dapat menahan gelojak dendam didlm hati kpd jais. Tambah pula bersekongkol dgn PAS, lagilah bertambah sifat mazmumah didalam dada.

Anonymous said...

Alangkan wacana intelektual susulan bershit 2 berakhir dengan kelam-kelibut inikan pula majlis diskusi dengan puak jahiliyah -- buanmg masa bro.

Anonymous said...

Kau tanya Dr Asri bagaimana Rusuhan Di London, Aman Ke

Mohd Aizat Bin Mohd Saleh said...

Salam.

Saya cadangkan anda lebih banyak baca lagi buku sirah Nabi dan khulafa Al-Rasyidin.

Tindakan Abu Bakar As-Siddiq memerangi golongan Riddah tepat dengan suasana dan keadaan masyarakat Islam di Madinah ketika itu sedangkan ia tidak sama dengan masyarakat dan keadaan di Malaysia.

Matlamat JAIS ingin memerangi gejala murtad saya sangat bersetuju, tetapi saya tak bersetuju kaedah dan cara JAIS bertindak. Ketika menangkap Dr Asri dahulu, JAIS bawak polis lengkap bersenjata. Sekarang buat serbuan.

Sebelum anda menyanggah kenyataan Dr Asri, lebih elok anda belajar dahulu kaedah-kaedah hukum Islam (qawaid Fiqh dan Fiq al-Aulawiyyat). Tindakan JAIS (serbuan) itu walau pada matlamatnya baik (memerangi aqidah) tetapi menghasilkan kesan keburukan kepada Islam (Islam dipandang ekstrim). Sedangkan ada kaedah lain yg lebih baik dan murni dan tidak mendatangkan kesan buruk kepada Islam.

Mengapa anda tidak cadangkan kepada JAIS agar memerangi orang yg tidak membayar zakat seperti di zaman Abu Bakar? Yg tak bayar zakat, company berjuta-juta orang Melayu Datuk-Datuk. Elok serbu syarikat mereka..

Anonymous said...

Dr. Asri mengemukan hujah mantiq mengikut pemikiran beliau. Kalau JAIS serang gereja nanti di Thailan mereka serang Masjid. Ilmu mantiq premis yang tak betul.

Dr. Asri Makan pisang.
Kera makan pisang.

Kesamaan Dr. Asri dan kera adalah makan pisang. Itu jer yang sama. Dr. Asri dan Kera dua identiti yang berbeza. Malaysia dan Thailand dua negara berbeza.

Ustaz...mantiq anda tak sesuai dengan ijazah kefalsafahan...bayaha ler.

Kalau mantiq ini diteruskan, nanti ada yang mengaagap orang dan kera sama.Pelopor teori/faham Darwin dalam bidang berfikir.

Anonymous said...

Kalau boleh bukan JAIS saja masuk gereja nak check orang Islam ada atau tidak. Apa kata jabatan agama buat secara nasional di Negeri Sembilan, Melaka, Johor,Perak, Sabah, Sarawak dan lain-lain. kan isu ini dah menjadi agenda nasional.

Muhammad Azli Shukri said...

terima kasih saudara Aizat, soalan saya mudah, apakah saudara ada semasa pihak JAIS "menyerbu" gereja tempoh hari? Jika saudara tiada di tempat kejadian, maka bagaimana mungkin saudara boleh mendakwa saudara tidak bersetuju dengan kaedah yang digunakan oleh JAIS?

saudara tidak memahami tulisan saya dengan baik. elok juga saudara turut sama memahami kaedah-kaedah hukum Islam yang luas pemahamannya.

fahami tulisan mengikut konteks berdasarkan hadis yang saya paparkan di atas. Wallahaualam.

Anonymous said...

Aizat,
Ko nak samakan gejala murtad dgn tak bayar zakat???Rasanya otak ko ni ada mereng sikit...Mana yg lebih mendesak, selamatkan akidah umat Islam ke atau sibuk pasal zakat jika kedua2nya berlaku serentak???Yang dikatakn serbuan tu hanyalah pemeriksaan oleh JAIS dan ko ckp ada cara yg lebih baik....Sila sebutkan caranya.....Jgn hanya tau menghentam atas dasar politik tapi tak tahu nak bagi jalan penyelesaian satu2 masalah.....Ko nak tunggu 12 org tu failkan petisyen keluar Islam baru ko nak Jais bertindak.....Setakat baca sirah nabi 2-3 buku dah riak mcm tahu semuanya.....Pigidah........

amieiezam said...

isu orang tak bayar zakat....orang yang tak dapat zakat adalah sama sekali berbeza dengan cubaan memesongkan kepercayaan islam.... nak selesai masalah mesti DEAL dengan masalah itu bukan kaitkan dengan masalah lain....masalah sekarang ialah murtad dan sebab2 murtad bukan sebab kesempitan wang semata-mata sebaliknya letak duduk pada diri empunya badan...mohon allah lindungkan setiap batang tubuh muslim dari fitnah murtad.

jo said...

Aku dah tak berapa yakin dgn idea Dr maza nih!...dulu yea aku sanjung...tapi bila dia kata Demonstrasi di London yg. disertainya aman damai...polis baik...La ni apa macam??...Polis UK baik?...Malaysia jahat..???Dr Asri dia suka Perendah orangang lain...ulamak lain..tak cuba untuk menyatukan umah...Asik-asik nak berdebat...ebat...debat..Gitulah gengnya MUFTI Perlis tu juga...satu geng.

Anonymous said...

Kes murtad ini kes hisap dadah. Kalau hanya menangkap penagih tapi sempadan negara mudah bolos oleh cartel dadah tak da gunanya. Si penagih pun tidak diasuh utk kenal dan benci dadah secara berkesan dari 11 tahun berada dlm sistem persekolahan.Nak buat mcm mana perkara akhlak dan akidah hanya perkara enteng, agenda besar hanyalah ekonomi bangsa, itu pun dikecapi oleh mereka dlm lingkaran saja. Bila timbul isu murtad di Selangor, tiba-tiba jadi jaguh, itu yg menjadi musykil oleh generasi facebook sekarang ini.

Anonymous said...

kalau ikut dr asri, pakat berhujah la kita. keputusan tak ada. dok asyik berhujah. masing-masing ada loyar belaka, hujah pakai loyar, bila nak habis. syok bercakap agaknya dr asri ni. dalam islam pun dok bertelagah. masing-masing dok kata diri sendiri yang terbaik dan orang islam lain tak baik. ni nak berhujah pulak dengan kristian. kalau logik idea dr asri tu, dah lama pope masuk islam.

duit dalam poket orang, mana kita tau dia tak bayar zakat. kita asyik melihat orang lain buruk, diri sendiri berak pun taik busuk. perasaan baik sangat, padahal hati penuh buruk sangka terhadap orang. hati tak pernah aman dan tenteram, asyik nak marah aje, beriman kah kamu kerana marah tu kawan syaitan.

biar la jais buat kerja dia. itu merupakan tugas mereka. pastikan mereka telah mengikut sop yang tersedia. kalau salah, rujuk sop. belum dapat maklumat, cakap macam dah dapat banyak maklumat. mb pun dok tunggu jais buat laporan.

Anonymous said...

Anon 1:24pm,
memang tak perlu berhujah lagi. Apa kata seluruh PBT di Malaysia tak kasi lulus langsung pembinaan gereja selepas ini, macam mana?

gun said...

bagus tindakan Dr Asri tu, berhujahlah sampai berbuih mulut pada pekara2 dan undang2 yg telah dibentuk dijaga dgn baik oleh pemimpin2 Umno dulu.Selepas ini kita patut berhujah pulak dgn puak bodoh2 cerdik ni hak2 mengembangkan lain2 agama di Malaysia.lepas tu kita berhujahlah sesama kita tentang hak2 kita sama ada ianya masih ada lagi ataupun tidak.Jgn esok dek kerana leka membicarakan tentang hak sampai tak sedar kita dah hanya tinggal seluar dalam je, malu kita kat anak cucu kita nanti. Ilmuan Islam berikan manfaat pada umatnya tp kalau Ilmuan Islam setakat nak mengembangkan fahaman wahabbi kat negara ini baik tak payah la kot.

jay said...

tolonglah beritahu Dr Asri yg perbuatanya itu spt menikam kemaraan tentera Islam disaat peperangan sedang berjalan.

Anonymous said...

anon 1.10,

tak boleh ke nak jadi jaguh dlm kes murtad, kena diam saja ler, kita pergi pd kes la, jgn pula nak diskreditkan org yg ada semangat utk menentang perbuatan memurtadkan, sekurang-kurangnya dah tanda kita sbg org islam , ni pakat nak menghujahkan org yg dok mengemparkan, biarle sekurang-kurangnya ada pemupukan semangat Islam tu, muga2 selepas ni kita lebih dlm menghayati Islam, insyallah dgn izinNYa selepas ni kita yg benci dgn perbuatan murtad ni di beri kekuatan oleh Allah
utk mengamalkan/meningkatkan keimanan kita serta keluarga sbb menyedari bahawa musuh Islam setiap saat nak memurtadkan kita dan keluarga.

Maknanya yg kita semua dok hebohkan ni ada sudut positifnya, iaitu kesedaran telah tertanam dlm diri kita bahawa kita insyallah akan mempertahankan Islam supaya jgn ada yg nak murtadkan diri dan keluarga, itulah yg baiknya. So jgnlah nak down grade deme yg dok tgh semangat ni, percaya lah dgn takdirNYA setiap saat, sebab tak bergerak satu zarah pun kecuali dgn izinNYA, jgnlah benci dgn kehendak Allah(selagi tak langgar syariah) itu menunjukkan iman di dada. Bukankah iman itu trbahagi pd 3 ( tangan, mulut dan hati?) so dimana generasi facebook sekarang berada pada iman mana dlm soal ni?

Anonymous said...

anon 2011 12:06 PM

siapa yang mentadbir malaysia kalau bukan UMNO

Anonymous said...

Dr. Asri itu satu hal, isu yg besar di sini ialah bagaimana umat Islam boleh murtad di dlm negara yg Islam agama rasminya. Siapa yg diberi mandat kuasa utk jaga akidah umat Islam buat sekian lama ? Kalau asyik duk serang atas nama Dr.Asri dan kerajaan Selangor, nampak sangat isu murtad hanya umpanan mainan politik. Mcm mana dgn kes-kes melayu berprofil tinggi yg didakwa masuk kristian, apa tindakan pihak berkuasa agama dan kerajaan. Kes nak rotan minum arak di Pahang pun cuba nak disenyapkan, tapi kalau berlaku di Selangor,ulam dicita pulak. Isu di sini ialah murtad bukannya cara JAIS dan Dr. Asri.

Anonymous said...

Astaga....
Asri dan Aizat aliran sama, Islam berkembang kerana hujah..semua orang tau. Hujah bagi yang mahu berhujah..ni dah terang 2 siap ada bukti lagi memang gereja tu nak terbalikan iman...hujah apa bendanya.Ini Asri dari dulu memang pakar kelentong, tanggok di air keruh. Mereka yang suka buat statement kontravasi lagi teruk..nak label apa pun entah.
Apa jasa dia pada Islam tak tau lah.
Orang duk cerita lain dia hala ke lain. Entah bila dia jadi pakar rujuk pun orang tak tau le. Bekas Tok peti yang suka glamor. Aizat pengikut setia dialah tu.
"Tak tau cerita, lebih baik diam dari menambah dosa sendiri je"

Anonymous said...

Anon 1:59pm,
kuman dan virus memang selalu mahu menyerang kita. Tapi mana dia sistem imuniti yg berkesan disedia dan diberikan oleh pihak berwajib dari peringkat pencegahan lagi, bukannya hanya peringkat pembasmian saja. Selalu dengar ke pimpinan kanan UMNO duk nasihat rakyat fasal jaga akidah dlm TV, Utusan Malaysia yg selalu ikut depa tu setiap hari jadi halwa telinga rakyat.

kopi said...

umat Islam patut juga berhujah tentang hak2 umat Kristian dan Yahudi
terhadap kota Mekah, kadang2 you ni so funny la Dr Asri.

usin said...

utk dr maza. salam takzim. jgn kerana marahkan JAIS kerana pernah menangkap anda & kes anda masih belum selesai, maka anda ambil peluang menghentam JAIS. anda hadir ketika kejadian itu? anda diposisi mana waktu itu, bersama JAISkah, atau berada dalam gerejakah? anda menyatakan agama Islam mesti ditegakkan dg hujah. adakah ia releven untuk setiap masa? adakah ketika pihak gereja sudah menyediakan org Islam yg ingin dimutrtadkanpun, kita kena berhujah? adakah itu pilihan terbaik yg kita ada? dr. anda berhujah dlm penulisan jika kita bertindak seperti ini di gereja negara kita, nanti negara lain yg diperintah bukan Islam akan bertindak serupa ke atas masjid, hujah yg dangkal. adakah keimanan kita kepada Islam itu sama nilai & tarafnya di sisi Allah dengan keimanan bukan Islam terhadap agama masing2? apa pandangan anda tentang pluralisme agama? nasihat saya kpd dr, jgn kerana dendam anda menghentam JAIS & membuat propaganda buruk yg akan mempengaruhi org lain. sekian.

Anonymous said...

MUFTI SELANGOR PERTAHAN TINDAKAN JAIS DAN DATUK HASSAN ALI..MOHON SEMUA UMAT ISLAM PERLIHARA AKIDAH DAN UTAMAKAN AGAMA ISLAM DARI PARTI POLITIK...ADA SESAPA MAHU KOMEN????

Anonymous said...

Kita mahu kerajaan pimpinan UMNO mengistiharkan dasar baru iaitu dasar membasmikan murtad semeriah dasar membasmi kemiskinan dan 1Malaysia. Say no to murtad menjadi tagline RTM dan Utusan Malaysia, institusi media ummah.

gas said...

Anon 2:39 PM kepalaotak sama mcm Dr Maza,DUMC sepatutnya fokuus utama. Kalau ye pon berdendam ngan UMNO dan Jais bawak2lah bersabar dulu ye..

Anonymous said...

Gas,
isu murtad beso maa..kena diurus oleh yg paling besar kuasanya iaitu UMNO.

Anonymous said...

Aizat...jiwa ko x tenteram ke? Jangan terus main hentam je. Ko nak samakan pasala x bayar zakat dengan memurtadkan orang. Ko tahap bahalol paling maksima...

Anonymous said...

Hujah-hujah juga tetapi selain berhujah, nabi juga angkat pedang!

Cumanya apakah pak kopiah yang lebih pentingkan hujah mampu angkat pedang?

KniGht of isLaM said...

jgn lar nk bergaduh sesama sendiri..pd hemat saya, semuanya salah dalam hal ne..x mintak pendapat ulama dalam hal ne..Ulama dalah hal ne maksudnya org yg faham dan boleh berijtihad untuk kebaikan semua..adakah nabi menyerang sesuatu puak itu dengan membabi buta tanpa memikirkan kesannya...bkan sahaja hal seperti di zaman khulafa arrasyidin, tapi kita kena lihat bagai mana selepas Salahudin Al Ayubi menawan Jurusalem, dia perintahkan org2 dia jgn musnahkan gereja dan kalau ade kerosakan baiki..mereka adalah zimmi, tapi kita yg jadikan mereka harbi...fikir dan muhasabah diri..bukan terlalu ikutka ideologi politik yg sempit lg dungu..

Anonymous said...

Cegah isu murtad bukan saja di bawah UMNO. Semua bernama Islam terlibat..Islam bukan untuk kepartian. Islam mengajar kita berpolitik secara bijak dan bukan menjadikan agama modal taruhan politik. Hafal hadis quran tetapi terjemah ikut kepala otak sendiri tanpa melihat persekitaran. Islam kan Ad-Deen....jgn sikit2 UMNO dipersalahkan. Bukan soal parti pemerintah..semua yang memerintah pun sama..UMNO mungkin memerintah negera..yang parti pembangkan memerintah negeri pun x mampu apatah lagi pertikai pentadbiran orang lain..Pas buat apa..tido...ceramah sana sini agama sajer ker...banteras la sama2. ni tak..negeri pembangkan maksiat pun ada...mana bukti Islam ditegakkan di negeri pembangkang. Sama saja...cakap jer berdegar2..habukk...yang bijak dia org dapt duit masyuk...YB katakan..kita berdebat sesama kita.

Dalam memberi pendapat dan hujah, elakkan la sentimen politik kerana idealogi itu akan memberi ruang menampakkan kelemahan kita dlm memberi pendapat walaupun bagus sekalipun.

Muhammad Azli Shukri said...

Tq

leman decaprio said...

SALAM... ABOUT DR MAZA,READ HERE 4 MY HUMBLE OPINION (CLICK!)