Tetamu Kehormat...

August 4, 2011

Maaf, Kali Ini Papa Nurul Izzah Tidak Dapat Diselamatkan Lagi!

AIDCNews – 03/08/11 – Satu memorandum akan dihantar esok, Khamis, 4 Ogos, jam 11 pagi di Pintu Masuk Utama Istana Negara bagi memohon perkenan Yang Dipertuan Agong menubuhkan Suruhanjaya Mengenalpasti Lelaki Dalam Video Seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Memorandum itu akan dihantar oleh sebuah NGO yang dinamakan Majlis Gabungan NGO Pembela Negara (MAGARAN). “Akta 1950 perkara D membenarkan penubuhan Suruhajaya Diraja sepertimana penubuhan Suruhanjaya Diraja Mengenalpasti indentiti wanita dalam Ketuk Ketampi sebelum ini”, kata Mohd Khairul Azam Abdul Aziz, Penasihat Undang-undang MAGARAN. Menurut Khairul Azam yang juga peguam peribadi Ummi Hafilda kes video seks perlu diselesaikan segera terutama mengenal pasti identiti lelaki yang melakukan hubungan seks dengan seorang pelacur wanita. “Orang awam perlu tahu kerana kes ini melibatkan seorang tokoh Ketua Pembangkang yang bakal menjadi Perdana Menteri Malaysia”, katanya dalam SMS kepada AIDCNews.

8 comments:

Anonymous said...

teruskan

rakyat banyak dikelirukan dengan isu video sex ini.

walaupun bukti gambar video telah tersebar meluas, tetapi penafian drpd sebahagian manusia di negara dengan pelbagai alasan sangat mengelirukan, terutama orang spt saya.

si tertuduh pula hanya menafikan dan menafikan. disuruh bersumpah tak mau. diminta beri bukti jam tak mau. nafikan dan nafikan.

setakat nak nafikan maka anjing boleh menafikan yg dia pernah menyalak. anjing boleh katakan yg kucing yg menyalak bukan dirinya.

anehnya manusia dengan penafian sebegitu- heran aku, heran aku.

wmi

kluangman said...

Apa perlunya penubuhan Suruhanjaya, sedangkan sudah terang lagi bersuluh, kenapa polis tidak mengambil tindakan ke atas anwar sebagai membuat laporan polis palsu.

Telalu banyak suruhanjaya yang ditubuhkan dengan pelbagai isu hanya melemah dan menjatuhkan kredibiliti suruhanjaya itu sendiri apabila tidak dihormati dan 'no action taken'.

Najib tolong undur - kerajaan lemah !!!

Anonymous said...

Jangan tunggu lama-lama. Semakin lama maka semakin ramai rakyat terkeliru. Jika benar pelakon video sex itu adalah Pemimpin Kanan PR maka dengan sendirinya makhluk ini tidak layak menerajui pemerintahan negara ini. Terlalu banyak sendiwara dalam politik Malaysia masa kini, baik dari Parti PR mahupun BN.
MUAKKK!!!
MUAKKK!!!

Anonymous said...

kalau pun keputusan yang datang nya dari suruhanjaya diraja...tetap juga dpertikaikan, tengok apa jadi dengan kes Mendiang Teoh Beng Hock.. suruhanjaya tu pulak di tuduh menipu...susah la org yg jenis x bleh terima kenyataan ni.. haduiiii

Anonymous said...

Saya setuju dgn kluangman. Kenapa tak diambil tindakan lapuran polis palsu keatas Anwar. Kes mcm ni boleh pergi ke mahkamah.

Muhammad Azli Shukri said...

Tq

shamshul anuar said...

Saudara azli,

Tak perlu tubuhkan Suruhan Diraja. Itu tak menyelesaikan masalah malah habiskan duit saja.

Masalah timbul bila Anwar dibeli layanan istimewa oleh Hakim untuk tunda berpuluh puluh kali. Elok juga Hakim itu diganti jika sudah gagal laksanakan tanggungjawab.

Sebenarnya tak sesusah mana untuk hadapi Kitol zaman moden ini. Rampas paspot beliau. Buat apa biarkan beliau keliling dunia tabur fitnah terhadap Malaysia.

Kita dapat balik apa yang kita buat. Bila orang Melayu sendiri sedar yang mereka ditipu BERKALI KALI oleh anwar tetapi masih sanggup sokong anwar Haprak ni, maka orang melayu mesti sanggup terima hakikat bahawa mereka yang rugi.

Dan sikap Hisjhamudin juga buat negeri tunggang langgang. Sepatutnya anwar dah lama dalam ISA sebab cuba jatuhkan Kerajaan Yang sah melalui Sept 16, 2008.

Hishamudin lembut lembai dan takut bertindak pada puak jahanam ini. Naik tocanglah mereka. Tangkap nanwar, ambiga, Mohd sabu , ronnie , Kit siang, guan eng dan juga azizah serta Shamsul Keadilan. sumbat dalam ISA.

Barulah orang hormat bila kita tegas. UMNO kena INGAT JIKA SITUASI TERBALIK iaitu jika Najib yang cuba buat Sept 16, 2008 ketka Anwar jadi PM, dah lama Najib "mati'.

Masalah dengan UMNO ialah ia pandang remeh segala nasihat Mekayu yang menyokongnya. Yang dijunjung ialah pandangan Kafir harbi yang menentangnya.

Silent Killer said...

shamshul anuar ader niat nak bertanding mana2 kerusi ker PRU 13?

anda layak jadi menteri neh.. sebab BODOH+MORON!

TQ