Tetamu Kehormat...

August 25, 2011

Lynas Satu Cerita Bohong : Dr Rosli Akan Dicaci Maki!

Setelah cerita pembohongan cincin 24 juta terbongkar tapi oleh pihak luar (Kompas) yang tersilap bergantung kepada penyebar fitnah bernama Chegu Bard, semalam Pakatan Rakyat terkantoi lagi tapi dalam isu Lynas pula, lebih memeritkan yang terlibat itu adalah orang Pakatan Rakyat sendiri, dari parti PAS.

Dalam nak menunjukkan bahawa partinya juga turut mendapat sokongan orang-orang terpelajar, sarjana-sarjana dalam pelbagai bidang, PAS telah mencalonkan beberapa orang dari kumpulan ini sebagai calon pilihanraya ke-12 pada 2008. Setelah keputusan keluar, beberapa diantara mereka ini menang dan bergelar YB sehingga kini.

Antara yang terlibat itu ialah Ahli Parlimen Hulu Langat dari PAS, Dr. Che Rosli Che Mat.

Berkelulusan Doktor Falsafah dalam sains Nuklear, sudah tentu Dr. Rosli punya pengetahuan mendalam apa yang dikatakan nuklear dan apa yang dikatakan tidak. Tahap radiasi macam mana yang boleh membahayakan kesihatan dan tidak. Sebagai pakar juga, sudah tentu Dr. Rosli tidak boleh menafikan kebenaran disebalik kilang Lynas ini, baik dari segi teori mahupun teknikal.

Semua ini yang membuatkan Dr. Rosli tidak boleh menahan diri dari membuat kenyataan yang benar mengenai Kilang Lynas ini – kilang ini bukan kilang memproses bahan nuklear dan seterusnya tidak merbahaya kepada manusia Walaupun dari segi politiknya ia amat merugikan PAS dan Pakatan Rakyat tapi sekurang-kurangnya maruah Dr. Rosli sebagai saintis nuklear masih terpelihara.

Kebetulan pulak isu ini sudah menjadi isu politik (bukan akedemik) dengan Pakatan Rakyat menjadi dalang di sebaliknya (gambar atas sebagai bukti)

Merugikan saja belajar bertahun-tahun sehingga mendapat PhD kalau membiarkan pihak-pihak yang ‘tidak sekolah’ ke tahap itu seperti Fuziah Salleh memberikan ulasan-ulasan yang jelas bercanggah dengan pengetahuan yang telah diperolehi hasil penat lelah mentelaah dahulu.

Menyokong Pakatan Rakyat tidak bermakna menyokong saja segala pembohongan yang diatur oleh mereka, mungkin inilah pandangan dan pendirian Dr. Rosli. Tapi Dr. Rosli silap, kenyataan di atas itu mungkin benar dalam bidang akedemik tapi tidak dalam bidang politik, lebih lagi cara politik yang diamalkan Pakatan Rakyat dan PAS.

Pada PAS, musuh yang nyata ialah UMNO, apa saja yang boleh untuk menjatuhkan UMNO (termasuk pembohongan) adalah ‘halal’ olehnya. Kebetulan kerajaan BN yang membawa pelaburan masuk RM 700 juta melalui kilang Lynas ini dan keadaan ini merugikan Pakatan Rakyat serta tidak boleh dibiarkan.

Untuk pengetahuan Dr. Rosli, segala apa yang dijadikan isu oleh Pakatan Rakyat dan komponennya selama ini, bukanlah isu yang sebenarnya. Tinggal lagi Dr. Rosli bukan pakar dalam bidang yang diisukan itu, maka itu Dr. Rosli tidak mengulas banyak atau mengulas langsung mengenainya. Berlainan pula dengan isu kilang Lynas yang memang menyentuh kepakaran Dr. Rosli sebagai saintis Nuklear.

Pendedahan Dr. Rosli yang menyokong pembinaan kilang Lynas ini benar-benar memberikan tamparan hebat kepada puak Pakatan Rakyat terutama PAS. Inilah padahnya bila memilih calon tangkap muat, bukan berdasarkan kriteria politik yang sepatutnya menjadi faktor penting dalam pemilihan seorang ahli Parlimen/ADUN.

Orang ini (Dr. Rosli) tidak ada pengetahuan politik, yang tahu olehnya ialah apa yang benar kepadanya, apa yang ada dalam kepakarannya dan apa yang fakta sahaja. Dr. Rosli bukan MP tak sekolah macam Mahfuz Omar yang boleh bercakap segala macam merepek dan boleh hidup dengan pembohongan tersebut sehingga dia mati!!

Dr. Rosli adalah pakar dalam bidang yang berkenaan, dengan berdiam diri dan membiarkan bidang kepakarannya diputar belit waima oleh media partinya sendiri (dalam hal ini Harakah), adalah satu tamparan kepada kelulusan akedemik yang dimilikinya.

Bukan semua orang boleh dapat PhD lebih lagi dalam bidang sains nuklear tapi orang tak lulus SRP pun boleh jadi MP (Mahfuz).

Itu nasib baik tidak ada pakar dalam video dan fotografi yang terlepas menjadi calon dan menang atas kerusi PAS. Kalau tidak, orang ini pasti mampu menjelaskan hal teknikal yang membawa kepada rumusan pakar luar negara yang video Anwar dan china doll itu adalah 99.8 peratus tulen berlawanan dengan kenyataan Hadi Awang yang langsung tak pakar itu.

Isu Lynas ini sudah masuk tahap matang. Sudah ada sebilangan orang yang percaya ianya projek merbahaya dan sebilangan lagi yang berpendirian sebaliknya. Oleh yang demikian, pendedahan Dr. Rosli dalam is Lynas di tahap ‘matang’ ini bukan hanya mencemar imej PAS dan Pakatan yang disokongnya dalam isu ini, malah dalam isu-isu lain juga.

Nampak sangat PAS dan rakan komponennya sengaja memutar belit isu bukan berlandaskan kebenaran tapi demi kelebihan politik. Jenuh kami cakap selama hari ini tapi puak-puak ini taknak percaya, tapi nah ambik kau, orang dalam sendiri dah bercakap.

Bukan calang-calang orang pulak tu!!! (Sumber : MyKMU.Net)

8 comments:

Anonymous said...

Eleh mungkin Dr Rosli dah dibeli oleh BN, kot?

Anonymous said...

Nak menang (aka rampas kuasa) senang saja iaitu beritahu rakyat bahawasanya parti establishment menipu rakyat. Macam kes Lynas.

Meskipun parti berkuasa tidak menipu tetapi rakyat akan percaya fitnahan pembangkang kerana mereka (rakyat) tidak ada kaedah untuk mengesahkan penipuan yang dimaksudkan.

Dan kalau rakyat termakan tohmahan berkenaan, jatuhnya rakyat yang asalnya tidak ditipu oleh puak establishment tetapi kerana termakan tohmahan pembangkang akhirnya kena tipu jua dan penipunya bukanlah pihak establishment tetapi adalah pembangkang sendiri.

Dalam kes Lynas, kalau pembohongan pembangkang ditelan bulat-bulat atau tidak disanggah oleh Dr Rosli sudah tentu yang mendapat untung mega adalah pembangkang walhal pihak yang rugi adalah rakyat jua iaitu hilang peluang pekerjaan.

AntiPenipu

Anonymous said...

hang kalo kenyataan dah x menyebelahi Pas/PR terus kata ke BN yg buat.. apa bangang hang ni.... sisat dulu kesahihan dia.. jgn dok tuduh.. wat malu ja.

Anonymous said...

Itulah padahnya kalau dengar sebelah pihak sahaja.

Mudah kena tipu sebab kamu jadi taksub gila. Kalau dah masuk dalam ketegori taksub gila, tahi yang busuk pun boleh disangka wangi kalau yang mengatakan itu pemimpin yang kamu sangat sayang.

Ahli UMNO tidak taksub pada pemimpin sebab pemimpin datang pemimpin pergi. Ahli UMNO akan menyokong pemimpin selagi dia tidak lari dari dasar perjuangan iaitu untuk agama, bangsa dan negara.

Maka sebab itulah ramai pemimpin UMNO yang pernah di tolak oleh ahli, termasuklah ANWAR IBRAHIM yang mempunyai masaalah moral yang sangat teruk dan lagi satu suka sangat berbohong.

Sokong Islam Anda Selamat,
Tapi Sokong PAS anda sesat.

Anonymous said...

Lepas ini kepimpinan PAS akan ambil calon yang hanya kata YES SIR saja. Kelulusan calon tak penting. Tak lulus SRP pun tak apa. Yang penting mesti setia taraf babi buta.

Anonymous said...

SOKONG ISLAM ANDA SELAMAT
SOKONG PAS ANDA SESAT

Orang Melayu dalam UMNO semuanya orang Islam tetapi mereka tak mahu SESAT dengan menyokong PAS.

PAS dah betul2 sesat sejak bersekongkong dengan DAP dan PKR.

Apa juga kemungkaran mereka akan sokong dan apa juga kebenaran yang dibuat oleh kerajaan BN mereka ditolak.

Anonymous said...

umnooo parti penipu,semua dia nak kencing

Anonymous said...

Org UMPORNO angguk2 geleng2 saja. Kalau kilang tu meletup ke kebocoran ke, aku nak suruh org2 UMPORNO ni p tadah muka dulu kat kilang tu.

Tapi cam biasa la. Bila kesan buruk dah berlaku, dorang ni lari dulu.