Tetamu Kehormat...

August 10, 2011

Kami Mahu Jadi Saksi!!

KUALA LUMPUR 9 Ogos - Lima bekas ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) menawarkan diri untuk menjadi saksi kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Rata-rata mereka beranggapan, tindakan peguam bela Penasihat PKR mahu menemu ramah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor adalah suatu yang tidak relevan kerana kedua-dua mereka tidak ada kena mengena dengan kes tersebut. Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Senator Mohamad Ezam Mohd. Noor berkata, beliau sedia menawarkan diri untuk dipanggil menjadi saksi kepada kes liwat Anwar.

"Jika Perdana Menteri dan isteri boleh dipanggil oleh peguam bela untuk menjadi saksi jadi mengapa saya tidak boleh dipanggil sebab saya lebih tahu siapa sebenarnya Anwar," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Isnin lalu membenarkan permohonan pembelaan kes liwat Anwar untuk menemu ramah kesemua 15 saksi termasuk Perdana Menteri dan isteri.

Bagaimanapun, temu ramah itu tertakluk kepada persetujuan saksi-saksi terbabit. Mohamad Ezam berkata, mahkamah adalah medan untuk menjawab segala fitnah bahawa beliau dan rakan-rakan lain tinggalkan Anwar kerana habuan, sebaliknya Anwar ditinggalkan oleh mereka kerana haram berketuakan seorang peliwat.

Bekas Naib Presiden PKR, N. Gobalakrishnan yang turut bersetuju menawarkan diri sebagai saksi kes liwat Anwar berkata, orang yang rasa bersalah pasti akan bertindak melengah-lengahkan perbicaraan kes yang sedang dihadapinya.

"Maka sebab itu Anwar mahu Perdana Menteri dan isteri menjadi saksi supaya beliau boleh politikkan keputusan mahkamah di dalam dan luar negara seterusnya memburuk-burukkan sistem kehakiman negara," katanya. Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Datuk Zulkifli Noordin pula berkata, beliau juga tertanya-tanya mengapa Anwar tidak memanggilnya sebagai saksi untuk perbicaraan kes liwatnya itu.

"Teman (saya) bersedia bila-bila masa. Malahan teman cabar Anwar dan Karpal Singh supaya memanggil teman sebagai saksi. Tak sabar teman nak ke mahkamah memberi keterangan.

"Persoalannya, kenapa teman dan rakan-rakan PKR lain tidak dipanggil menjadi saksi sedangkan kami tahu sedikit sebanyak malah ada yang terlibat secara langsung dalam kes itu," katanya.

Dua orang bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari dan Muhamad Rahimi Osman turut menyatakan kesediaan menjadi saksi di dalam kes liwat tersebut. Anuar berkata, sebagai bekas kakitangan yang telah berkhidmat kira-kira 12 tahun beliau amat mengenali, memahami dan mengetahui kecenderungan Anwar dalam segala segi.

Segala pergerakan Anwar katanya, juga amat diketahuinya kerana sebagai setiausaha sulit, beliau bertanggungjawab menjaga keperluan Penasihat PKR itu. Rahimi ketika dihubungi mempersoalkan jika Perdana Menteri dan isterinya boleh dipanggil menjadi saksi mengapa beliau yang merupakan bekas kakitangan Anwar tidak ditawarkan berbuat demikian.

"Saya lebih tahu siapa sebenarnya Anwar. Bagi saya Anwar hanya mahu mempolitikkan kes ini. Jika Anwar berani, panggil saya ke mahkamah dan saya boleh ceritakan bagaimana cubaan Anwar memfitnah Perdana Menteri dan isteri di dalam kes ini,'' ujarnya.

12 comments:

Anonymous said...

Ya, kita panggil Ezam, nanti dia bawa berkotak-kotak dokumen bukti. Zul Nordin pula ada kredibiliti dgn 110% bukti sahih.

Anonymous said...

Antara 5 hulubalalang berkenaan sapa nak jadi Hang Tuah,Jebat,Kasturi,Lekir & Lekiau. Rasa Zul/Zahrin boleh jadi lekiu/lekir. Habis kes Zul dapat Senator, Zahrin dapat Tan Sri. Musa Hasan boleh jadi rujukan..tup2 cepat naik jadi KPN. Itulah gunanya bersekongkol, takat muka masuk tv je nak wat pe.

Penyokong kuat Saiful.. said...

Soalan saya. Kenape meke be5 x tawarkan diri dari dulu lagi untuk membela saiful bagi pihak pendakwa? Saya rase kalau gitu situasinya, pertunjukan sarkis sekarang ni boleh dielakkan. Dan 2 org badut tua tu tak ade leverage utk terus mempermainkan sistem undang2 negara ni. Tahu2 sibadut iblis tu dah cabut lari sbb dia mmg besalah.

Anonymous said...

Saya cadangkan 2 orang utama turut dipanggil menjadi saksi kes liwat:

Karpal Singh (peguambela Anwar sendiri) kerana dia pernah berkata dalam parlimen tahun 1997 bahawa dia mempunyai bukti Anwar melakukan aktiviti liwat.

Mat Sabu (Timbalan Presiden PAS) kerana beliau turut berkata mempunyai bukti liwat Anwar pada tahun 1997 sahingga Mat Sabu menggelarkan Al Juburi kepada Anwar Ibrahim. Mat Sabu juga turut mengatakan UMNO pada ketika itu sewaktu Anwar masih sebagai Timbalan Perdana Menteri menyimpan seorang yang liwat (1997).

Anonymous said...

anon 3;52

hahaha..
sgt2 setuju dgn cadangan bernas anda.

Part Of The World said...

mohon saudara Azli Shukri membaca dan memberi komen terhadap
http://bepartoftheworld.blogspot.com/2011/08/umno-tanggungjawab-kepada-palestin.html
ini sebagai ahli UMNO..
terima kasih

Anonymous said...

Ayuh kalian!!.. Dgn lafaz keramat Auzubillahiminsyaitannirrajim Bismillahirrahmannirrahim.. tegakkan kebenaran atas nama perjuangan!! Berani kerana benar takut kerana salah!! Semoga yg haq ttp tegak berdiri dan yg bathil akan jatuh dgn Kuasa Allah!! Allahuakbar!!

Anonymous said...

Seingat aku memang ada diantara mereka bertujuh itu dan Cik Ummi Hafilda menawarkan diri tetapi Anwar tak mahu terima.

Kalau mereka berlapan ada, boleh terkencing dalam seluar dibuatnya.

Betul, betul, betul. Kalau tak percaya, cuba, pandu, try tengok. Apa akan jadi. Boleh berasap ooi..

Anonymous said...

Senator Ezam, Tan Sri Zahrain, Datuk Zul Nordin, Srikandi Ummi Halfida, apasal tak panggil sekali dulu-rasuah seks-sekarang-tidak bersalah ex-Exco ex-PKR Perak jadi saksi ?

Anonymous said...

Kalau pihak peguam bela boleh kemuka permohonan untuk menemubual Musa,Najib dan Rosmah. Hakim pun lulus permohonan ini.

Pihak pendakwa juga patut kemuka permohonan untuk menemuramah Zul, Ezam dll. Tapi tak tahu lah hakim nak luluskan permohonan ni.

Anonymous said...

rahimi yg bawa saiful kpd anwar & rahimim jugalah orang pertama saifuyl jumpa lps kena dgn nwar. anon 3:23 PM kenapa tak berani sentuh hal rahimi?

anti bohmau said...

setuju ngn anon 3:52 PM.

karpal & mat sapu wajib di panggil! kawan rapat benar sekarang! pakatan haram plak tuh!