Tetamu Kehormat...

August 19, 2011

Kalau Dah "Kepala Otak" Gaya Anwar Ibrahim - Sudah Jelas Salah Pun Masih Nak Putar Belit

KUALA LUMPUR 18 Ogos – Presiden Persatuan Kakitangan Akademik Universiti Malaya (PKAUM), Prof. Madya Dr. Azmi Sharom menegaskan, beliau tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu krisis kemerosotan ilmuwan dan pakar yang dihadapi universiti itu. Sebaliknya, jelas beliau, kenyataan yang merujuk kepada tindakan 146 staf akademik UM meletak jawatan sejak 2009 sehingga menyebabkan berlakunya krisis tersebut adalah daripada segelintir ahli PKAUM.

Penafian beliau itu bagaimanapun bercanggah dengan apa yang dikatakannya semalam mengenai krisis yang melanda UM itu. Azmi ketika dihubungi hari ini menjelaskan, beliau sebagai Presiden PKAUM, hadir pada sidang akhbar semalam semata-mata untuk memberi perlindungan kepada ahli-ahlinya.

“Semalam, saya langsung tak kata apa pun. Saya sebagai Presiden PKAUM berada di sana (sidang akhbar) sekitar lima ke 10 minit sahaja. Saya hadir hanya untuk memberi perlindungan kepada ahli.

“Mereka berhak untuk bersuara dan saya setuju. Ahli-ahli PKAUM datang untuk memberi penjelasan kepada wartawan. Oleh itu, kenyataan berhubung dakwaan UM berhadapan dengan krisis kemerosotan ilmuwan adalah kenyataan sekumpulan ahli PKAUM.

“Ia bukan kenyataan rasmi saya dan bukan kenyataan rasmi PKAUM. Saya pun tak pernah nampak (lihat) angka-angka yang diberikan itu,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Beliau berkata, sekumpulan ahli PKAUM ada menyatakan rungutan mereka yang tidak senang hati dengan beberapa polisi UM ketika ini dan itu adalah hak mereka untuk bersuara.

Menurut Azmi, beliau telah memberikan penjelasan secara bertulis kepada Naib Canselor UM, Tan Sri Dr. Ghauth Jasmon untuk menerangkan perkara sebenar.

Berikut adalah kenyataan akhbar yang diberi kepada wartawan Utusan Malaysia pada sidang akhbar semalam.

KENYATAAN AKHBAR OLEH AHLI DAN PRESIDEN PKAUM MENGENAI PENGURUSAN UM DALAM KERANGKA KEPENTINGAN AGAMA, BANGSA DAN NEGARA

Kenyataan ini adalah kesan keprihatinan kami terhadap gaya, kaedah, dan tindakan kepimpinan Y.Bhg Tan Sri Datuk Dr. Ghauth Jasmon selaku Naib Canselor Universiti Malaya.

Berdasarkan bukti dan pengamatan kami ahli akademik di Universiti Malaya, kami berpendapat bahawa cara, gaya, kaedah, dan tindakan Naib Canselor akan menjejaskan kedudukan dan kepentingan bangsa, agama dan negara. Berikut ialah ringkasan eksekutif kenyataan akhbar mengenai perkara ini:

1. Dalam tempoh 2009-2010, seramai 122 profesor/ profesor madya dan pensyarah/ ahli akademik telah meletakkan jawatan. Seramai 52 orang staf akademik dari Fakulti Perubatan telah mengambil tindakan sedemikian, 12 orang dari Fakulti Perakaunan, 10 orang dari Fakulti Sains, 8 orang dari Fakulti Kejuruteraan, dan selebihnya seperti pada Lampiran 7 memorandum. Sebahagian besar daripada mereka yang meletakkan jawatan terdiri daripada pakar-pakar bidang dan profesor senior. Ini bermakna bahawa Universiti Malaya sedang menghadapi krisis kemerosoton ilmuan dan pakar yang mempengaruh besar dalam akademia dan masyarakat, sama ada peringkat nasional atau internasional.

2. Dalam tempoh yang sama, pihak pengurusan Naib Canselor telah melantik seramai 480 orang pensyarah baru di mana 80% daripada jumlah itu daripada negara asing seperti Bangladesh, Nigeria, Filipina, Sri Lanka, India, Jordan, dan lain-lain negara Dunia Ketiga. Ini telah menjejaskan kualiti pengilmuan dalam bahasa Melayu pada peringkat ijazah dasar di semua fakulti dan program pengajian, malahan juga di peringkat ijazah tinggi. Implikasi tindakan sedemikian ialah kemerosotan kualiti graduan, khasnya dalam bidang perubatan, sains, kejuruteraan, perakaunan, serta bidang-bidang ilmiah lain. Tindakan sedemikian telah juga menjejaskan proses pembangunan insan akademia, khasnya peringkat sarjana dan kedoktoran.

3. Dalam tempoh kepimpinan beliau, Naib Canselor telah memperketatkan proses dan prosedur kenaikan pangkat ke jawatan pensyarah kanan, profesor madya, dan profesor dengan lebih memberatkan penerbitan dalam jurnal ISI (berbahasa Inggeris antarabangsa), dan kurang memberi tumpuan kepada penerbitan dalam bahasa Melayu. Implikasi tindakan ini telah dan akan menjejaskan perkembangan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Bahasa Melayu perlu wajib berkembang sebagai bahasa ilmu agar rujukan dalam negara dan antarabangsa, seperti yang berlaku di universiti-universiti Jepun, Korea, China, Russia, Jerman, dan Perancis. Tindakan sedemikian juga bercanggah dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang menjadi tunjang pembinaan negara bangsa Malaysia. Implikasi lain ialah pelajar-pelajar pasca siswazah yang bercita-cita untuk masuk ke akademia akan merosot lantaran proses dan prosedur kenaikan pangkat yang ketat di Universiti Malaya.

4. Sehubungan dengan isu-isu yang dinyatakan sebelum ini, dalam tempoh terdekat Universiti Malaya akan dibanjiri oleh ahli akademik antarabangsa (bukan warga Malaysia); maka suara-suara yang mendokong kepentingan negara dan kebangsaan dari kalangan intelektual akan menjadi terpencil dan seterusnya Universiti Malaya bukan lagi menjadi warisan nasional yang dapat mempamerkan kewibawaan dan keintelektualan anak bangsanya sendiri.

5. Dalam tempoh kepimpinan Naib Canselor, kita tidak terdengar dan ternampak mercu tanda (landmarks) yang unggul yang diterajui oleh Universiti Malaya untuk memperkasakan kepentingan agama, bangsa, dan negara, dari segi penyelidikan dan teknologi yang mampu menjadi pemangkin untuk pembangunan ekonomi, masyarakat, dan negara. Daripada pengamatan kami, Naib Canselor hanya memberi tumpuan penerbitan artikel jurnal antarabangsa ISI, tanpa mengira kualiti penyelidikan; mutu jurnal dan bukan kepada kepentingan pembangunan negara. Sumbangan-sumbangan lain yang penting seperti inovasi alat, karya ilmiah, dan karya seni yang menyumbang kepada pembangunan tetapi tidak boleh diterbitkan sebagai bahan ISI tidak diambil kira dalam pengiktirafan akademik. Implikasinya Universiti Malaya hanya menjana kertas jurnal antarabangsa sahaja dan tidak mampu menterjemah hasil penyelidikan untuk kemajuan negara.

6. Juga ketaksuban kepada ISI ini telah menyebabkan calon SLAB /SLAI yang telah menyempurnakan PhD tidak diambil ke jawatan tetap; juga pensyarah muda yang tiada artikel ISI tidak dinaikkan pangkat ke pensyarah kanan dan profesor madya; dan profesor senior yang telah berkhidmat dengan cemerlang selama lebih 25 tahun tidak disambung kontrak lepas bersara disebabkan kurang artikel jurnal ISI. Implikasinya hal ini ialah berlakunya kelemahan di fakulti disebabkan penghijrahan keluar (brain drain) di kalangan staf akademik muda dan senior. Kekosongan ini boleh diisikan dengan pensyarah luar negara, namun komitmen mereka bukan berbentuk jangka panjang dan juga bukan kepada pembinaan negara bangsa.

7. Akhirnya apa? Keprihatan kita adalah kepada kegemilangan Universiti Malaya sebagai institusi yang instrumental dan progresif dalam proses pembangunan negara bangsa. Kepimpinan Naib Canselor telah gagal mewadahi kepentingan bangsa, agama, dan negara. Oleh itu, kami mohon pihak berkenaan menamatkan khidmat Tan Sri Datuk Ghauth Jasmon sebagai Naib Canselor pada November 2011 ini demi kepentingan Universiti Malaya dan negara. Sekian, terima kasih

Kenyataan ini dibuat oleh Presiden PKAUM (Persatuan Kakitangan Akademik Universiti Malaya) dan Ahli-ahli PKAUM dari beberapa fakulti terlibat pada Rabu 17 Ogos 2011.

Prof. Madya Dr. Azmi Sharom

Presiden PKAUM

13 comments:

Anonymous said...

Kalau U sendiri tak iktiraf penerbitan jurnal dalam bahasa kebangsaan maka siapa lagi yang akan berbuat begitu?

Anonymous said...

Kalau bahasa Cina ambil masa lebih 2,000 tahun untuk maju dalam semua bidang makanya berilah peluang kepada bahasa Melayu untuk menjadi bahasa ilmiah dalam semua lapangan. Memanglah bahasa asing jalan pintas menuju puncak ilmu tetapi penggunaan bahasa ibunda bakal menjadi pendorong dan motivasi yang lebih kuat agar perjalanan menuju puncak ilmu menjadi lebih yakin dan cepat.

Atas Pagar

Anonymous said...

Cina dapat mengekang penghijrahan intelek kerana setiap mereka memiliki semangat patriotisme menerusi penggunaan bahasa vernakular.

Logiknya, penghijrahan ke padang rumput yang lebih hijau lebih banyak dikaitkan dengan kemahiran dalam menggunakan bahasa asing antarabangsa.

Makanya, penggunaan bahasa kebangsaan adalah strategi pelaburan jangka panjang yang meskipun perlahan tetapi bakal membawa pulangan memuaskan.

Antihipokrit

Anonymous said...

Daya tarikan tidak semestinya dibebankan dibahu NC saja. Yang lain itupun (dekan/ketua jabatan/rakan sejawatan) sepatutnya memainkan peranan dalam menjadikan menara gading tempat jalan-jalan cari makan yang menarik buat para muka-muka baru.

Anonymous said...

Persepsinya mungkin di peringkat lebih tinggi yang membuatkan individu k/tangan mengambil keputusan berhijrah ke tempat lain, walhal keputusan itu mungkin bertitik tolak di peringkat lebih bawah -- fakulti/jabatan.

nonama said...

dear azli shukri
FUCK YOU

Anonymous said...

@nonama

Ko ni spesis Anwar ke, sampai nak fuck2 orang.

Anonymous said...

Saya graduate UM,dan apabila masuk ke UM sekarang ni sudah berada di universiti cacamerba.Kita akan jumpa pensyarah serta mahasiswa asing yg tidak fasih berbahasa inggeris dan juga jauh sekali faham bahasa Malaysia.Apabila mereka ini buat thesis atau projek paper kita tak tau hujung pangkalnya dan apabila kita tanya pemileknya mereka lebih daripada kita tak tau apa berlaku...adakah ni di sebabkan ada orang tertentu yg kerjanya ambil upah buat assignment/projek paper atau thesis ? Wallahhulallam kerana saya tak berani menebak tapi mengikut khalayak Universiti perkara ni mememang berlaku.Saya tanya kenapa ini berlaku...jawapan mereka senang saja kerana RATINGS..dimana slah satu kriterianya mempunyai student/pensyarah berbilang negara .Semasa saya di UM dulu kebanyakkan pensyarah saya adalah berbagai bangsa dan ketua jabatan adalah Mat Saleh tapi mereka ni sangat professional dan tau apa yg mereka buat untuk menaikkan imej UM walaupun tidak sibuk dgn ratings kerana semua tau UM is the best.Buat masa sekarang bekas ketua jabatan tersebut sudah berumur 82 tahun dan sekarang masih memegang jawatan Professor Ameritus di UM dan jurnal serta penulisan lainya masih lagi di terbitkan.Jadi tak perlulah kita sibuk dgn ratings sangat tapi carilah pensyarah serta pelajar luar yg betul betul berkalibar kerana bilangan tidak mencerminkan kecerlangan.

Anonymous said...

pelik aku ngan pemiran tuan blog nie..apesalahnye ngan dr azmi...klu ko kata dia nie otak anwar nmpknye mmg otak anwar nie cerdikla..knp marah lak dgn kenyataan dr nie..dia nk bahasa melayu diterapkn kpd student.sgt bgs dan cerdik pendapat dia...cube tgk unversiti diluar...bodoh ke diaorg menggunakn bahasa ibunda diaorg??rasanya student2 mereka lebih akedemik dari negara nie wlaupn negara mereka ada mundur..

apsal byk sgt lantik pensyarah2 luar?dah xde ker graduat malaysia nie yg berkelayakan?smpai rata2 student malaysia nie menjadi penganggur?mmg pelik sgt cara pemikiran tuan blog nie...dlu blajar mane yer?

make fun said...

Hello tuan, saya telah dikaitkan web yang bagus anda, supaya anda boleh link blog saya?Saya berharap anda tidak keberatan ...
ini adalah blog saya
http://jomsumpit.blogspot.com/
http://webmarhaen.blogspot.com/

nasib baik

shamshul anuar said...

Saudara Azli,

SAya ingin membicara satu topik lain di blog saudara.

Saya ingin mengulas kesalahan demi kesalahan yang dilakukan secara bertali arus yang akhirnya membawa padah pada BN dan orang Melayu sendiri.

Sebagai contoh tindakan Hishamudin melepaskan 9 pegawai imigresen setelah diahan beerapa bulan bawah ISA. Kononnya mereka sudah insaf.

Tiada hukuman undang undang kah yang boleh dilakukan terhadap mereka? Apa kata hadapkan mereka ke mahkamah .

Melepaskan mereka memberi isyarat yang salah pada umum. Orang akan kata buat salah lepas itu menangis tersedu sedan lalu dibebaskan.

Kesslahan demmi kesalahan Hishamudin lakukan . Jangan lupa Menteri yang lain. Hishamudin berlembut pada penyangak seperti Ambiga yang secara berterang terangan mengingkari perintah Yang DiPrertuan agung. Tetapi sepatah haram apa pun Hushamudin tak ambil tindakan. Sudah jelas Ambiga patut kena sumbat masuk ISA.

Mungkin Hishamudin mahu peserta demonstrasi dilayan sdeperti tetamu kenduri kahwin. Maka satu lagi kesalahan bila POlis pula layan orang yang langgar undang undang dengan nasi ayam tak ubah seperti kita hadiri jemputan kenduri khwin.

Apa semua mengarut ni? Menteri Pelajaran juga sama. Langsung tiada tindakan pada pelajar yang berdemonstrasi.

Amaran begitu keras tetapi tiada tindakan.

Banyak lagi "list' Yang menunjukkan kesalahan yang dulunya dizaman DR Mahathir tak pernah terduga akan berlaku.

Di zaman Dr mahathir perkara mengarut begini tak berlaku sebab beliau tegas. Orang tak berani biadap pada beliau.

Guan Eng siap boleh hina bahawa Najib sezalim Hittler. Najib relaks selamba saja.

Apa maknanya. Isyarat yang salah bahawa tak apa kurang ajar begini. UMNO tak akan bertindak. Maka dia akan fitnah kemudian lagi sebab naik tocanglah tiada tindakan padanya.

Ianya berulang lagi bertali arus. Tunggu apa lagi bila PAS fitnah UMNO dalang JAIS siasat kes murtad. Saman PAS.

Begitu juga pada Guan eng fitnah UMNO bakar pejabat DAP. Beri kata dua supaya DAP minta maaf. Jika masih degil, heret Guan eng masuk mahkamah.

Beri kata dua pada Hakim yang kendalikan kes Anwar bahawa beliau akan dianggap menerima rasuah jika kes Anwar ditangguh lagi minggu depan SEPERTI YANG KITA SIANG SIANG LAGI TAHU IANYA AKAN DITANGGUH LEPAS raya.

Haramkan penerbitan akhbar STAR selama 60 bulan sebab bersikap biadap letak promosi babi dalam juadah Ramadhan. Tak cukup dengan minta maaf saja.

Sebenarnya tak sesusah mana untuk amankan negara. Cuma masalah timbul bila Menteri seperti Hishamudin berlagak seperti apa yang orang Utara cakap "darai".

Maksudnya Hioshamudin berperangai seperti pondan. ITu akar umbinya.

BOMBO said...

shamshul anuar

Ni dah nak buta baca Utusan Meloya,dan terus butakan mata lagi senang tak payah baca,jgn ingat sendiri saja betul...sendiri mau fikir mahh

shamshul anuar said...

Saudara Bombo ,

Maaf jika tersinggung. Sesuai benar komen saudara bedasarkan nama saudara.

Ini tiada kena mengena dengan Utusan Malaysia. Dan apa hebatnya sumber beita saudara yang rata rata terdiri dari orang kafir, fasik, munafik