Tetamu Kehormat...

August 9, 2011

Kalau Berada Di Pihak Yang Benar, Mengapa Takut Berjumpa JAIS?

KUALA LUMPUR, 9 Ogos — Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) akan memohon perintah mahkamah ke atas 12 indvidu beragama Islam yang menghadiri majlis makan malam muhibah di Gereja Methodist Damansara Utama, Rabu lalu. Penolong Pengarah Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Jais, Sharom Maarof berkata perintah mahkamah akan dipohon dalam tempoh terdekat berikutan kegagalan kesemua mereka tampil memberikan keterangan. Jelas beliau, pihaknya akan membuat permohonan di Mahkamah Syariah.

“Kita telah meminta kesemua 12 individu ini agar hadir di pejabat (Jais) memberikan keterangan tentang kehadiran mereka dalam majlis itu tapi sehingga kini mereka tidak menghadirkan diri dan saya difahamkan mereka dinasihatkan peguam masing-masing supaya tidak hadir.

“Kita akan mohon perintah mahkamah ini dalam tempoh terdekat, kita hanya mahu mereka memberikan keterangan dan membantu siasatan,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Jelas Sharom, sekiranya kesemua 12 individu itu tetap enggan menghadirkan diri walaupun perintah mahkamah dikeluarkan kelak, pihaknya tidak akan teragak-agak untuk memohon perintah tangkapan terhadap mereka.

“Kita akan pohon supaya mereka hadirkan diri ke pejabat untuk memberikan keterangan dan kalau mereka tetap enggan hadir, kita mungkin akan dapatkan perintah menahan ke atas mereka,” katanya. Tambah beliau, kesemua 12 individu yang ditahan semasa serbuan ke atas majlis makan malam muhibah di Gereja Methodist Damansara Utama dekat Petalin Jaya Rabu lalu rata-rata berasal dari Selangor.

“Ramai dari Selangor tapi ada juga dari luar,” katanya yang enggan mengulas lanjut mengenai perkembangan hasil siasatan Jais mengenai kontroversi serbuan itu.

Kira-kira 30 anggota polis dan Jais memasuki premis gereja tanpa waran kira-kira 10 malam, Rabu lalu. Majlis itu dihadiri antara 100 hingga 120 orang dari pelbagai kaum. Dalam serbuan itu, Jais dilaporkan telah memeriksa 12 individu beragama Islam yang turut hadir dalam program anjuran Harapan Komuniti. Tindakan Jais itu mendapat kritikan banyak pihak.

Exco Kerajaan Negeri Selangor Datuk Dr Hasan Ali mempertahankan atas alasan ada bukti pihak terbabit mahu memurtadkan umat Islam. Beliau menegaskan maklumat yang diterima menunjukkan terdapat kehadiran orang Islam pada majlis berbuka puasa di gereja berkenaan.

Tambah beliau, pada majlis itu juga pihaknya dimaklumkan perkataan “al-Quran” dan “doa” atau “pray” diselitkan. Hasan menambah seramai 12 orang beragama Islam itu disiasat mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah 1995.

Di bawah seksyen itu, seseorang yang didapati melakukan kesalahan memujuk, mempengaruhi atau menghasut seseorang yang beragama Islam supaya cenderung kepada mana-mana agama bukan Islam, atau supaya menjadi penganut atau anggota mana-mana agama bukan Islam, atau supaya meninggalkan atau tidak suka kepada agama Islam. Mereka boleh disabitkan mengikut seksyen kecil (1) dan jika didapati bersalah boleh dikenakan penjara sehingga satu tahun atau denda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

3 comments:

shamshul anuar said...

Saudara azli,

Disamping mengambil berat dengan gejala yang menggugat akidah seperti berbuk di gereja( seolah tiada masjid untuk berbuka) , umat Islam juga mestilah ambil berat dengan apa yang diperkatakan dalam akhbar contohnya seperti STAR.

Kalau dibaca ulasan Karim Raslan( yang ditulis dalam ruangan "Ceritalah), tindakan PAS digambarkan seperti menunjukkan Dr Hassan ali adalah punca masalah.

Maksud beliau, orang Islam atau Melayu yang tidak bermasalah adalah yang jenis tak peduli pasal akidah dan menurut rentak PR.

Dan kita semua tahu PR dikuasai DAP dari segi pemikiran, hasrat, aspirasi. Soal Islam, akidah dan kepentingan Melayu tiada dalam agenda PR.

Ulasan beginilah yang banyak mempengaruhi masyarakat diluar sana. Lebih parah lagi tiada seorang menteri pun yang mahu secara terbuka tidak setuju dengan ulasan Karim raslan yang kita sendiri tahu "bias".

Saya rasa semua ini tak akan timbul bila kita bertegas dengan segala amaran kita.

Bila ketegasan tiada , maka ramai akan pandang sebelah mata dan akan sentiasa cabar kita.

Segala peruntukan tentang islam, Melayu semua hanyalah tulisan diatas sekeping kertas. Ianya tiada nilai sehingga kita bertegas melaksanakan tanggungjawab kita meletakkan Islam sesuai ditempat utama dan tidak bertolak ansur dengan cubaan halus untuk merosakkan akidah kita.

Zek said...

Mesiti Baca. "ABIS MADU SEPAH DITERAJANG" tulisan ZULKIFLI NOORDIN dalam blognya.

Muhammad Azli Shukri said...

Tq