Tetamu Kehormat...

August 4, 2011

Isu Kematian Sarbaini Selesai - Mati Bukan Dibunuh!

Akhirnya kematian Ahmad Sarbaini Mohamed di bangunan SPRM terjawab juga - muktamad bahawa beliau bukan mati di bunuh, sebaliknya mati akibat terjatuh daripada cubaan melarikan diri melalui tingkap di bilik pantri aras tiga bangunan SPRM - apakah tujuan beliau cuba keluar daripada tingkap di bilik pantri tersebut masih tidak diketahui. Tapi yang penting - ini bukan kes pembunuhan, ia sama seperti kes Teoh Beng Hock yang sengaja disensasikan untuk memburukkan agensi kerajaan. Saya yakin, kes Teoh Beng Hock adalah kes membunuh diri, manakala kes Ahmad Sarbaini pula adalah kes cubaan melarikan diri yang akhirnya mengorbankan diri beliau sendiri. Baca berita di bawah :

KUALA LUMPUR 3 Ogos – Mahkamah Koroner hari ini diberitahu Penolong Pengarah Kastam Selangor Ahmad Sarbaini Mohamed terjatuh dari aras tiga bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan dengan tidak disengajakan. Perkara itu disahkan oleh pakar patologi, Prof Dr Shahrom Abd Wahid dari Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) yang memberi keterangan dalam perbicaraan inkues untuk menyiasat kematian Ahmad Sarbaini.

Dr Shahrom, 54, yang juga saksi ke-32 inkues berkata, daripada hasil penemuan yang dibuat selepas melawat tempat kejadian, didapati Ahmad Sarbaini (mangsa) keluar dari tingkap di bilik pantri di aras tiga bangunan itu untuk menuju ke bumbung berhampiran yang mengelilingi gelanggang badminton.

"Ini adalah kerana jika berdiri berhampiran tingkap, kelihatan bumbung yang terletak di sebelah kiri tingkap itu nampak dekat tetapi apabila mangsa berjaya keluar dari tingkap, didapati bumbung berada dalam kedudukan yang jauh,” katanya ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Abazafree Mohd Abbas.

Dr Shahrom berkata, Ahmad Sarbaini kemudiannya cuba meniti di atas tebing tingkap ke arah kanan untuk mencapai bumbung berhampiran sambil tangannya berpaut pada bingkai tingkap, namun tidak berjaya. Saksi itu berkata, mangsa kemudiannya cuba memanjat semula tingkap untuk masuk ke bilik pantri, tetapi beliau tidak dapat mengimbangi badannya lalu tergelincir dan jatuh ke aras satu bangunan itu. – Bernama

4 comments:

Anonymous said...

Walaupun bagaimana kuat hujah dibentangkan oleh pakar-pakar, nampaknya masih ramai belum dapat menerima.Ini mungkin ketidakpercayaan terhadap agensi kerajaan semakin membuak dlm masyarakat sebagaimana rakyat susah nak menerima konsep 1Malaysia jika polarisasi kaum semakin membesar gara-gara mulut orang politik disebarkan lagi melaui media perdana. Transformasi menjadi nasi basi, tak lalu dimakan.

Muhammad Azli Shukri said...

Tq

Silent Killer said...

apa yang membuatkan arwah keluar ikut tingkap? hujah lemah!

Anonymous said...

kalau nak dibunuh kenapa tidak diracun sahaja...atau dipengsan dan dibunuh di tempat lain....kenapa SPRM perlu membunuh saksi mereka yg penting? jangan pandai pandai nak buat spekulasi sendiri, dah ada keputusan selebihnya serah pada Allah.