Tetamu Kehormat...

August 7, 2011

Hassan Ali Dizalimi

Percayalah - Dengan nama Allah Yang Maha Besar - Dr Hassan Ali berada di pihak yang benar. Beliau menjalankan tanggungjawab dengan jujur dan amanah. Serbuan JAIS dilakukan setelah mendapat laporan daripada orang ramai, di samping mempunyai bukti-bukti yang shahih. Soalnya, jika pihak Gereja memang berada di pihak yang benar, mengapa perlu menunggu sehingga satu jam baru diizinkan pihak polis dan JAIS masuk ke dalam Gereja untuk membuat siasatan? Dan jika 12 orang Melayu itu tidak bersalah, mengapa perlu melarikan diri melalui pintu belakang? Pihak Kristian di Malaysia jangan berbohong lagi - usaha untuk memurtadkan umat Islam di Malaysia sememangnya telah dirancang sangat rapi sejak dari dulu lagi, hampir semua orang tahu isu ini. Jangan berselindung atas nama kebebasan beragama. Usaha kristianisasi memang wujud di negera ini. Apa-apa pun syabas Dr Hassan Ali. Allah bersama kamu. Takbirr! Allahuakbar!

KUALA LUMPUR, 7 Ogos — Exco Kerajaan Negeri Selangor Datuk Dr Hasan Ali berkata beliau sanggup dipecat demi mempertahankan Islam, sebelum berdepan dengan jawatankuasa kerja PAS pusat untuk menjelaskan tindakan serbuan ke atas sebuah gereja di Petaling Jaya Rabu lalu. Akhbar milik Umno Utusan Malaysia, dalam laporan di muka depan edisi hujung minggu hari ini mengatakan pemimpin kanan PAS ini di bawah tajuk “Saya rela dipecat.”

“Saya sanggup melakukan apa sahaja termasuk menerima kenyataan jika saya diminta melepaskan jawatan sebagai Exco Kerajaan Negeri dan apa-apa jawatan sekali pun demi memperjuangkan apa yang saya yakin dapat membantu umat Islam, khususnya di negeri Selangor,” kata Hasan.

“Jika sesiapa pun yang percayakan kepada soal keharmonian beragama, maka soal kesucian agama Islam tidak boleh diganggu gugat sama sekali dan itulah yang saya perjuangkan, adakah itu salah?” tambah Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Istiadat Melayu dan Kemudahan Awam Selangor ini.

Hasan sebelum ini mempertahankan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang membuat serbuan ke atas satu majlis makan malam muhibah di Gereja Methodist Damansara Utama. Beliau berkata majlis itu juga pihaknya telah dimaklumkan perkataan “al-Quran” dan “doa” diselitkan, mendakwa ada bukti mahu memurtadkan umat Islam.

Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam), yang menggariskan tindakan-tindakan memurtadkan dilakukan oleh bukan Islam ke atas Muslim, membolehkan pihak berkuasa agama untuk melancarkan siasatan dan menahan mana-mana individual tanpa waran.

Tindakan Hasan mempertahankan Jais berlaku selepas Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim melahirkan rasa kesal tentang insiden yang berlaku. Dilihat sebagai satu isu keagamaan konservatif, Hasan tidak bersetuju dengan dasar-dasar liberal kerajaan negeri Selangor, yang paling ketara adalah larangan penjualan arak di negeri maju itu awal tahun ini.

Hasan telah kehilangan jawatan utama pada pemilihan PAS, yang dilihat memilih pemimpin lebih progresif dan inklusif. Selepas tidak dikekalkan sebagai pemimpin nombor satu Selangor, tindakan Hasan dilihat cenderung kepada pemikian Umno.

“Dalam profram itu, pihak penguatkuasaan dan polis telah melakukan pemeriksaan dan mendapati ada usaha untuk menghalang serta mengelak bahan bukti,” kata wakil rakyat PAS ini. Beliau berkata pihak berkuasa telah menemui bahan bukti yang mengaitkan dengan usaha untuk memurtadkan umat Islam tapi tidak mendedahkannya.

Hasan menambah beberapa orang Islam telah cuba melarikan diri melalui pintu belakang tetapi berjaya ditangkap pegawai Jais. Beliau juga menafikan pihak berkuasa telah melakukan “serbuan” ke atas gereja itu sebaliknya mengatakan ia adalah satu pemeriksaan yang dibuat berdasarkan satu laporan bahawa orang Islam menghadiri acara “berbuka puasa” di gereja itu.

7 comments:

daddyjoe said...

Hassan Ali ni gila kuasa! Tak payah tunggu di pecat, patut keluar saja dari parti sesat ini dari dulu lagi sejak insiden penjualan arak di shah alam..namun kerana mahukan kuasa dan kedudukan, sanggup bersubahat dengan mereka2 ini..Ini lakonan kedua Hassan yang akan menjadi box office!Akhir jalan cerita, Hassan akan meminta maaf dan menganggap silap faham dalam kejadian tersebut!

Anonymous said...

RASAlah penangan PKR dan DAP. Good acting.

PemikirpolitikJerantut said...

Mohon Link Tuan
http://pemikirpolitikjerantut.blogspot.com

shamshul anuar said...

Saudara Azli,

Kita boleh lihat jelas bahawa bagaimana MB Selangor "lebih DAP dari DAP" macam Nizar juga.

Belum apa apa dia sudah hubungi Gereja dan nyatakan kekesalan. Siasat dulu barulah buka mulut.

Apa salah beliau tanya sendiri Dr Hassan Ali apa yang terjadi? Nampak sangat beliau berat sebelah. Menyedihkan Islam diserang oleh orang Islam sendiri.

Khalid Gereja tak usah cakaplah. Nama pun orang sebut "Khalid Gereja". Keutamaan beliau ialah ugama bukan Islam. Dalam hal kuil di Seksyen 9, beiau lebih utamakan ugama Hindu seolah tak cukup kuil di Selangor melebihi masjid dan surau.

SEmoga Dr hassan Ali tersedar dari mimpi . Beliau mesti sedar bahawa BENARLAH FIRMAN ALLAH SWT bahawa Yahudi dan Nasrani tak akan senang duduk selagi umat islam tak ikut cara mereka.

Dr Hassan ali mesti berhenti bermimpi bahawa PAS akan sokong beliau. Beliau mesti sedar nbahawa walaupun PAS sibuk cakap Islam zamam berzaman( kini tidak lagi) , PAS sebenarnya hanya guna label Islam untuk tarik pengundi.

Dalam kes ini, Tentu Khalid Gereja akan masuk pihak Gereja. Maklumlah undi bukan Islam MAHA PENTING untuk beliau dan PAS. Kesucian Islam itu tak ada dalam senarai kepentingan PAS.

DAn kita semua dapat melihat betapa dinegeri yang dikuasai PR, yang berkuasa SEBENARNYA bukan MB tetapi lebih kepada EXCO DAP.

Buat apa DAP susah susah nak jawatan MB. Cukuplah ada MB yang boleh dicucuk hidung. Macam NIzar, Khalid Ibrahim.

Perasan tak sidang akhbar MB Selangor , beliau sentiasa dikelilingi EXCO DAP?

Oh ya. Satu berita "baik" untuk PAS. Jika nama ALLAH SWT dikongsi Kristian, maka isu Melayu murtad akan bertambah parah. Maklumlah "Allah" dah dikongsi bersama.

"LULUS JARUL LULUSLAH KELINDAN".

Wahai saudara seagama, bukan perkataan "Allah" itu yang jadi pokok persoalan. apa dibelakang nama "Allah SWT" itu perkara sebenarnya.

NYATAKAN kepekaan kita dengan tidak mahu berkompromi dalan nama "Allah SWT". Bagaimana? Degan beritahu ahli politik Melayu kita tak kira , PAS atau UMNO bahawa mereka akan ditendang keluar jika sanggup bertolak ansur dalam hal hal akidah.

Wahai Pengundi Melayu SHAH ALAM, dalam pilihanraya akan datang sila bagi "flying kick" sama Khalid cGereja. Buat apalah memilih wakil yang berperangdengan lkesucian Islam.

Dan pada UMNO, tolong lah lantik orang lain jadi Menteri Dalam Negeri. Hishamudin ni terlalu lembik dan gagal sebagai Menteri Dalm Negeri.

Keris 7 Lok said...

Salam perjuangan. Saya telah link blog tuan ke blog saya. Harap dapat follow & link juga blog saya ke blog tuan. Terima kasih.
Demi perjuangan alif ba ta
http://keris7lok.blogspot.com

Muhammad Azli Shukri said...

salam perjuangan

blog pemikiran jerantut dan keris lok 7 sudah saya paut. harap maklum

alfa4M said...

Hassan Ali maanusia biasa bukanya malaikat, rasul,nabi,atau pun org yg maksum..kerana mengejar duniawilah maka beliau melompat dari UMNO masuk kedalam kandang PAS atas rasa kecewa tak dapat apa yang dikehendaki dari parti pemerintah..jadi saya tak heran dah banyak kali pengurusan dan pentadbiranya dicabar bertubi2 oleh dajal2 dan kaum munafik diatas keseronokanya dibuai kemewahan dan keagungan kekuasaan..itu sebab beliau tak mahu melepaskan jawatan exco negeri Selangor..Kepada Hassan Ali saya bertanya kalau benar BERJUANG UNTUK MENEGAKAN SYIAR ISLAM,sanggupkah tinggalkan Parti Ambiga Srevaneesan (PAS)yang dah jadi bubur angguk pada kafir laknat tu?? Kepada rakyat Melayu dan Islam diSelangor janganlah diulangi lagi kesilapan untuk kali kedua..jangan marah nyamuk kita bakar kelambu..sekarang kita yang tak lena tidor disengat oleh sang nyamuk..cukup2lah dengan penghinaan keatas agama Islam dibumi yang majoritinya beragama Islam..Pastikan PRU13 nanti dajal2 dan pengkhianat agama,bangsa dan negara itu dikuburkan tanpa batu nisan.