Tetamu Kehormat...

August 6, 2011

Gelaran "Syuhada" Anugerah PAS


MasyaAllah - hampir mahu termuntah saya apabila membaca kenyataan di dalam akhbar Harakah 22-24 Julai, yang mendakwa kononnya kematian Baharuddin dalam perhimpunan Bersih baru-baru ini disifatkan sebagai syuhada dan beliau boleh memberi syafaat kepada keluarganya - nauzubillah minzalik. Jahil sungguh mereka dalam soal ini. Sangat mudah mereka melabelkan kematian seeorang atas nama syahid, tanpa mereka sendiri memahami syarat-syarat untuk seseorang itu dimahkotakan oleh Allah dengan gelaran syuhada.

Para pemimpin PAS sangat mudah meletakkan status kematian seseorang itu mengikut selera mereka. Kalau benar mati ketika menyertai demonstrasi Bersih baru-baru ini boleh diklasifikasikan sebagai mati syahid, mengapa tidak para pemimpin PAS berlumpa-lumba berada di barisan hadapan untuk mengejar syurga Allah yang pasti? Mengapa hanya berani mengeluarkan fatwa, tetapi tidak berani mati syahid? Hakikatnya, mereka sendiri tahu, kematian Baharuddin bukan kematian syahid dan mati ketika menyertai Bersih tidak akan dianggap sebagai mati syahid pun.

Kita harus faham, niat perhimpunan Bersih yang diketuai oleh Ambiga bukan untuk meninggikan kalimah Allah atau memperjuangkan Islam - sebaliknya perhimpunan haram itu terang-terang menentang pemerintah Islam! Jadi mana mungkin Baharuddin mati syahid kalau niat penganjurnya sendiri bukan untuk meninggikan kalimah Allah. Bahkan Ambiga juga sangat memusuhi Islam. Baca juga rencana menarik di sini..

6 comments:

Anonymous said...

bagi ahli pas mati kerana mempertahankan ustaz kapak sin adalah juga syahid sebab itu ada ahli mereka sanggup mempertahankan kapak sin dengan nyawa mereka - er mungkin sama taraf dengan mempertahankan nabi la kut

Muhammad Azli Shukri said...

runtuhnya Islam...di bawah panji2 PAS

hafiz said...

untuk difikirkan bersama....

Anonymous said...

apa pandangan ulamak2 pas dalam hal ini???

Anonymous said...

memang pas dah terkeluar dari Islam dan sah adalah pertubuhan politik yang sesat takda bezanya dengan ayah pin, al maunah, al arqam dan lain2. Kerajaan (KDN) mesti bertindak!!!

zek said...

Pemimpin PAS lebih melihat kepada kuasa daripada mengamalkan ajaran Islam yang sebenar. Perpaduan umat Islam tidak lagi menjadi keutamaan mereka. Yang penting kerusi.t