Tetamu Kehormat...

August 18, 2011

Fatwa Ramadhan : Wajib Pertahankan Kebenaran Yang Didedahkan Oleh Papa Gomo! Tolong Sebar

Dalam minggu minggu ini Gomo sendiri yang mempunyai saudara mara berugama Kristian disebelah Wife turut mengundang risiko dalam kehidupan kekeluargaan. Gomo akui bahawa artikel dan kenyataan yang Gomo keluarkan sedikit sebanyak mengundang kurang rasa senang dari keluarga sebelah Isteri. Namun apakan daya dalam perjuangan menegakkan Islam ditanah Melayu ini dan berjuang bersama umat Islam lain dalam menyelamatkan lebih ramai umat Islam dimurtadkan soal keluarga harus diketepikan. Ini lah perjuangan yang wajib dilaksanakan oleh seorang umat Islam dan ianya mesti dilakukan dengan cara apa sekalipun. Sambung bacaan anda di sini..

17 comments:

Anonymous said...

Mengemukakan usul yang juga meminta Dewan Rakyat mewujudkan undang-undang mencegah murtad seperti meminda Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan dengan memasukkan peruntukan yang jelas menghalang individu Islam daripada secara bebas mengisytiharkan diri keluar daripada agama Islam.

"Usul itu juga tidak dipedulikan oleh kerajaan dan ahli-ahli Parlimen Umno,"

Anonymous said...

bukan ahli parlimen umno tak peduli..undang2 yg sedia ada sudah cukup membendung kes murtad, masalahnya pelaksanaan..tambah pula dgn campur tangan orang politik..mcm mana la undang2 nak ditegakkan..serbu gereja pun dah kena belasah dengan PAS

Anonymous said...

KUALA LUMPUR: Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, berkata banyak usaha dilakukan pihak tertentu untuk mempengaruhi dan memurtadkan umat Islam di negara ini, namun tiada tindakan diambil pihak berkuasa agama Islam termasuk pimpinan tertinggi bagi menyekat aktiviti berkenaan.

“Apabila saya dedahkan laporan Persatuan Paderi Malaysia yang mengisytiharkan lebih 230,000 umat Islam memeluk Kristian pada 2008, tiada tindakan diambil, malah kata saya itu didustakan.

Anonymous said...

anon 10:51am

kalau undang-undang dah cukup kenape ramai yang murtad?

undang-undang ke hukum ISLAM?

Anonymous said...

Papagomo memang hebat, kirannya dah sampai taraf messager, menjadi rujukan bolg lain, malah Utusan Melayu sebuah akhbar perdana pun sering merujuk papagomo.

Aliffnajmi said...

Anon 11:15. Berhenti menuding jadi. Sekadar menyalahkan sesetengah pihak walhal diri sndri berpeluk tubuh tanpa ada apa2 usaha penambahbaikan tidak akan menyelesaikan masalah.

Pemerintah telah berusaha menyediakan undang2, tp apakan daya ramai yg gemar utk melanggarnya.

Contoh mudah, kita selalu lihat terdpt pengguna jln raya yg tak patuh pada lampu isyarat. Dan selalunya, kita sekadar menonton, hanya berdiam diri dan mengharapkan polis utk mengambil tindakan.

Tp jangan la pula jika ada yg tertangkap dan disaman, kita membela perbuatan sipesalah dan menghina polis yg menjalankan tugas tu.

Anonymous said...

orang umno dah lama murtad sebab tolak hudud tak ada pun orang kisah...dah lama daaaaaaaa..

Anonymous said...

Lebih baik diam dari berkata-kata. Kepada Anon yang suka mengkritik usaha-usaha orang lain tetapi tiada satu pun idea bernas dari pengkritik apa maknanya? Untuk mencari kesalahan dan kesilapan orang lain memang mudah, tetapi kesalahan dan kesilapan dalam diri kita sendiri langsung tidak nampak. Kepada Anon yang dimaksudkan lebih baik cermin diri terlebih dahulu, sebelum mengkritik orang lain. Tanya diri anda sendiri, apakah sumbang anda untuk membenteras gejala memurtadkan Umat Islam sejak kebelakangan ini. Soal Akidah Umat Islam adalah tanggungjawab bersama semua Umat Islam tidak kira di mana saja berada.

Anonymous said...

apa pula sumbangan umno,cuba ante cakap,bagi lesen judi,buat kilang arak,pusat pelacuran berlesen,ini kerja sapa kalau bukan umno,siang malam joget,menyanyi,pirah mabuk orang munafik lagi bahaya dari orang murtad lah brooo..

Anonymous said...

saya naka pesanlah kat orang2 umno dan kera ni kera ni nya,kalau baca kitab jangan ambil separuh separuh ambil semua barulah lah selamat,broook,kaum munafikin ni lah susah nak ajar dari orang murtad,orang murtad sebab dia tak faham islam,orang munafik ni faham islam tapi tapi bodoh dan bahlol dalam pelaksaanaannya,dah lama daaaaa

anti bohmau said...

tidak guna menunding jari pada pihak lain jika diri sendiri juga gagal berbuat apa2. menuduh memang senang, tuduh orang lain murtad, tuduh orang lain tak berbuat apa2, tuduh orang lain mengada2kan cerita, tuduh orang tak perduli apa2. sesiapa pun yg menuduh belum tentu lepas bila ditanya Allah...

minggu lepas ambo dengar ceramah dari sheikh mat mesir (mufti muda paris - sheikh dr abd aziz almahmud muhd ghonim) yg menyatakan dari awal lagi AlQuran takkan dapat disamakan dgn mana2 kitab sebelumnya sebab apa yg Allah turunkan dlm beratus kitab sebelum AlQuran (yg berjumlah 140 buah) termasuklah Taurat, Zabur & Injil semuanya ada terkandung didlm AlQuran AlKareem.

perlu juga diingatkan buku2 injil (bukan kitab Allah yg sebenar) yg ada pada hari ini berjumlah 14 versi & tidak ada lagi Injil yg sebenar. kesemua 14 versi ini adalah berbeza antara satu sama lain krn manusia2 yg berkepentingan mengubah ayat2 mengikut kesukaan masing2 serta utk mendewa2kan ketua agama mrk dgn memetik kata2 ketua2 agama mrk dlm menulis ayat2 dlm injil tersebut kononnya dari tuhan mrk.

sedangkan ayat2 suci AlQuran tidak pernah berubah dari mula turunnya kpd Nabi Muhammad SAW hinggalah ke hari ini. tidak ada sesiapapun yg mampu meniru apa lagi mengubah walaupun satu perkataan dlm AlQuran. Nabi pernah mencabar kaum kafir utk mendatangkan 10 surah spt AlQuran bila mrk terus degil mengatakan AlQuran adalah ciptaan syair2 Baginda Rasulullah SAW sendiri! mrk tidak dpt berbuat spt itu. kemudian Rasulullah SAW menyuruh mrk mendatangkan 10 ayat, mrk masih juga gagal. bahkan satu ayat pun mrk gagal tunjukkan bahkan ayat mrk hanya membawa maksud 'katak yg melompat' tanpa memberikan apa2 pengajaran! jelas AlQuran itu terpelihara kandungannya hinggalah qiamat...

umat Islam hanya ada satu kitab iaitu AlQuran AlKareem tetapi buku2 karangan Injil ada berbagai versi & tafsiran hingga banyak butiran didlm setiap versi bercanggah antara satu sama lain sehingga mereka sanggup berperang & mengutuk mazhab2 yg berbeza antara mrk krn perbezaan yg ketara. sedangkan mazhab2 dlm Islam hanya berbeza dlm perkara ranting tp bukan akidah. kita semua memahami perbezaan mazhab tp tidak ada mazhab yg terkeluar dari landasan Islam kecuali mrk yg bertindak sendiri melampaui batas. antara mrk ini ada yg mengubah tafsiran AlQuran, mengambil sebahagian pengajaran ayat & menggunakan ayat2 demi kepentingan diri, kaum puak atau pemerintahan mrk sendiri semata.

dan jgnlah membandingkan bacaan injil yg ada hari ini dgn bacaan AlQuran. jgn juga berdebat jika tiada keupayaan utk mengupas isi injil2 yg terseleweng dari apa yg sebenarnya Allah SWT telah turunkan. kita bukan spt Allahyarham ahmad deedat yg memahami & mendalami AlQuran & berbagai versi Injil yg dia dapat tonjolkan segala percanggahan yg ada demi meninggikan syiar Islam, jgnlah kita sesuka hati nak mencadangkan perkara yg kita sendiri gagal fahami... Wallahuaklam

Anonymous said...

malaysia adalah negara islam,itulah yang di laungkan oleh munafik2 umno,buat masjid besor ratus juta sapa dapat projek kera-kera umnola,bangga masjid besor tapi sayang jemaah tak ada pasal apa?

wahai bloger-bloger munafikin umno
takyah lah depa semua nak berloyar buruk dalam blog kalian,apa yang kalian tulis tak ada gunanya munafik semuanya,

cubalah ante tanya yang mecanangkan malaysia negara islam mana undang2 islam yang dilaksanakan,zina denda masuk hasil,tak puasa tangkap denda masuk hasil,berjudi tangkap denda masuk hasil,pendek kata duit masuk tak apalah yang lain belakang kira,

cakap tak serupa bikin,
kata negara islam,hampah tadak,
pirah mabuk ante boleh tipu orang yang jahil macan ente,,dah lama dah menipu.

Anonymous said...

Memang Malaysia negara Islam, tapi pada masa yang sama Malaysia adalah negara majmuk. Dari sudut politik kita berkongsi kuasa dengan bukan Islam dan pada masa yang sama mereka (DAP/MCA) juga berkuasa untuk menjatuh atau menguatkan rakan yg berkongsi kuasa dengan mereka.

Kenapa PAS sukar melaksanakan dasar Islam di Selangor dan Kedah? Kenapa UMNO sukar melaksanakan dasar Islam di Malaysia?

Sebenarnya jika dasar yang Islamik hendak dilakukan di Malaysia, ia hendaklah berlaku di negeri Kelantan yang diperintah PAS terlebih dahulu kerana PAS tidak berkongsi kuasa dengan DAP di sana? Lagipun golongan bukan Islam cuma kecil dan tidak akan mampu menjatuhkan PAS dari sudut politik. Tetapi kenapa tak buat?? Kata ikut Quran. Jangan jadikan Perlembagaan sebagai alasan untuk melaksanakan hukum hudud.Ini bermakna PAS tidaklah seIslam yang kita sangkakan.
Jika dasar Islam hendak didirikan di Malaysia, orang Melayu dan UMNO serta PAS hendaklah bersatu padu kerana kita yakin kita tidak akan jatuh dari sudut politik kerana kekuatan politik bermakna sangat berkuasa. Tidak timbul soal takut akan Islam oleh bukan Islam sebaliknya mereka berasa hormat kepada pemimpin Islam yang mendapat sokongan rakyat sepenuhnya. Tapi kita tahu UMNO dan PAS sekarang masing-masing bergantung juga dengan parti politik bukan Islam kerana jika tidak mereka tidak berkuasa. Tidak salah kalau saya katakan, kedudukan umat Islam di Malaysia sekarang berada paling teruk dalam sejarah. Masih ramai yang tidak tahu punca dan asyik menuduh itu dan ini kerana politik sempit mereka.-Azlan Shafiee

Anonymous said...

Sebenarnya umat Islam harus mendokong kenyataan bahawa "Malaysia adalah negara Islam" kerana kesannya lebih merbahaya jika umat Islam sendiri menolak kenyataan bahawa Malaysia bukan negara Islam.

Ini kerana jika kita menolak kenyataan bahawa Malaysia adalah negara Islam bermakna kita menerima negara Malaysia ialah bukan negara Islam atau negara kafir.

Ini akan mengakibatkan ada pihak tertentu mengambil kesempatan kerana menganggap Malaysia bukan negara Islam dan boleh berbuat sesukahati di dalamnya. Sebagai contoh: perkahwinan sejenis, undang-undang membenarkan murtad dan liberalisme yang melampau.

Tapi umat Islam di negara ini ramai tidak faham dan menuduh Malaysia bukan negara Islam tanpa memikirkan kesan dari kata-kata mereka akan mendatangkan kesan buruk kepada mereka. Dengan mempertahankan Malaysia adalah sebuah negara Islam ia merupakan perlindungan atau "pemberitahuan" kepada golongan pro liberal supaya tidak melakukan perkara yang mendatangkan sensitiviti umat Islam di negara ini.

Anonymous said...

apa yang berlaku hari ini hasil dari pemerintahan umno,bila sebut hudud masing2 tunjuk pada pada pas kenapa tak buat dikelantan itu bukan isunya ,yang menjadi isu ialah kenapa umno tak buat hudud sadangkan dalam masa yang sama ia mengistiharkan malaysia negara islam,orang tak makan kulit broo..orang makan isi.

tak menjadi soal negara majmuk,nik aziz pernah berkata kalau umno nak buat hudud ikut al-quran kita bubar pas kita pakat sokong umno,tapi sampai sekarang mana ada
bukan apa depa takut kena potong tangan pasal ramai sangat dalam unmo yang jadi pencuri hasil negara,

berapa tahun umno memerintah apa yang kita dapat,negara maju konon tapi ekonomi siapa yang pegang kalau bukan yang tak basuh berak tu,gejala dadahjenayah,zina buang anak dan macan macan lagi

tanah rizab melayu hilang beribu ekar setahun,harga barang melambung,dan bla-bla

dan macam2 lagi malaslah nak cakap
cuma orang yang berakal sahaja yang boleh fikir,orang yang bodoh macan orang umno mana boleh fikir,yang dia fikir asal poket penuh,
agama kemudian,inilah yang akan menjahanam agama,bangsa dan negara.

bukan kawan nak katalah,tapi kadang2 tak boleh tahan akan rasa benci kawan pada umno,insaflah marilah kita sama2 buat islam yang sumul,tinggalkanlah dunia yang sementara ni
takutlah kamu azab ALLAH
berapa lama sngatlah kita nak hidup.

belajarlah amanah wahai orng umno,

cakap biarlah serupa bikin kawan.sekianlah sahaja..

Anonymous said...

persoalannya bukan UMNO atau PAS jahat atau baik, jahat atau baik biar Allah yang memandangnya. Kita balik ke persoalan asas, soal fundamentals..Malaysia adalah negara majmuk dan mana-mana parti politik Melayu yang mahu berkuasa di Malaysia kena berlaku adil kepada semua, termasuk yg bukan Islam. Tapi bukan sampai melutut kepada permintaan mereka yg merugikan agama dan umat Islam.

Kerana itulah dalam kerjasama DAP dan PAS, PAS gagal melaksanakan dasar Islam mereka kerana kuasa politik mereka tidak sekuat rakan kongsi mereka DAP.

Dalam konteks kerjasama UMNO pula,mereka menjaga hati sekutu politik mereka seperti MCA dan MIC dan menjalankan dasar Islam yang sederhana sahaja tanpa "menakutkan" bukan Islam. Tapi puak PAS mengatakan UMNO mengamalkan dasar Islam separuh dan menghukumnya tidak Islamik, seperti yg sudah dijangkakan.

Anonymous said...

Persoalannya mudah, mahukan anda melaksanakan hukum hudud di Malaysia tapi parti anda akhirnya tewas kerana pengundi bukan Islam tidak lagi memihak kepada anda? PAS faham hakikat ini, kerana itu mereka tidak lagi memperjuangkan hudud atau negara Islam.